Share

CS ¦ 09

SEBULAN kemudian, Pengajian Woojin di sekolah tinggi Seoul akhirnya tamat. Selepas kejadian Puan Sora hampir-hampir terbunuh. Woojin sepakat dengan ibunya mahu berpindah keluar dari rumah itu dan memulakan kehidupan baru.

Kini, Woojin hanya membantu Puan Sora di gerai mereka sementara menunggu mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi.

“Woojin, bawa mi ni juga ya?” laung Puan Sora yang sedang sibuk di bahagian dapur memasak. Mangkuk yang sudah terisi dengan mi sup diletakkan di atas dulang.

Puan Sora sibuk menguruskan bahagian memasak manakala Woojin pula sibuk melayani pelanggan di hadapan. Tidak putus-putus kunjungan pelanggan datang ke gerai mereka menyebabkan mereka agak sedikit keletihan.

Woojin yang berada di bahagian luar hanya menyahut saja laungan ibunya itu. Woojin cuba mengubah diri secara perlahan-lahan selepas Puan Sora hamper kehilangan nyawa. Dia tidak mahu sakit bernanah yang dialami sejak kecil itu me

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status