Share

CS ¦ 03

Author: Lucyana
last update Last Updated: 2022-08-17 00:00:14

3 tahun kemudian,

“WOOJIN-ah! najung-e seodulleo haggyoe gada. - (cepatlah nanti lambat nak ke sekolah)

Jeritan Sora dari bawah membuatkan Woojin kelam-kabut menyisipkan rambutnya dengan tangan.

Beg sekolah di atas katil terus digapai, langkah perlahan dibuka menuju ke pintu. Jam di dinding sempat dia melirik sekilas.

“Cepatlah woi!" jerit seseorang yang juga dari bawah. Woojin menuruni anak tangga dengan perlahan, kerutan di dahinya mula timbul. Wajah Mingi menyapa mata.

“Bersiap kalah perempuanlah kau ni, dah habis mi semangkuk aku telan kau tahu?”

Seloroh Mingi di samping sisa mi di dalam mangkuk dihirupnya dengan rakus.

“Mimpi apa kau ni, pagi-pagi buta dah muncul dalam rumah aku?” soal Woojin sambil mengambil tempat duduk disisi Mingi.

Sora datang semula dengan mendulang mangkuk mi sup untuk anak kesayangannya.

“Ibu tak makan sekali?” tanya Woojin apabila ibunya tidak terus duduk selepas meletakkan makanan di atas meja sebaliknya membuka langkah menuju ke dapur.

“Ibu nak siapkan barang niaga sekejap. Kamu makan dulu,” usai kata begitu, Sora terus berlalu pergi meninggalkan Mingi dan Woojin di meja makan.

“Kau lupa ke? Hari ni ada ujibakat pencarian vokal pelajar berbakat. Nah! Aku datang awal sebab nak ajak kau sertai ujibakat tulah! Jadi, cepat-cepat makan. Takut lambat nak daftarkan diri nanti.”

Woojin hanya menggeleng dengan sikap Mingi itu. Mereka sudah berkawan lebih dari setahun. Mingi tahu, impian Woojin hanya satu iaitu mahu menjadi seorang penyanyi manakala Mingi pula hanya suka bermain dengan alat muzik.

Jadi, peluang yang ada di depan mata haruslah mereka gunakan sebaik mungkin. Jika terlepas peluang pertama belum tentu mereka akan perolehi peluang kedua.

Selesai mereka sarapan, Woojin bangun mendekati ibunya di ruangan dapur.

“Ibu….” panggilan Woojin membuatkan Sora menoleh dan berhenti dari melakukan kerjanya.

“Nak pergi dah? Tunggu sekejap ya,” sapu tangan yang berada di dalam poket apron ditarik keluar lalu Sora mengelap tangannya di kain kecil tersebut. Kaki pula laju menuju ke kabinet dapur.

Satu sampul duit digapai dan Sora kembali mengorak langkah mendekati Woojin.

“Nah….” Sora menarik tangan Woojin lalu sampul duit itu diletakkan di atas telapak tangan Woojin.

“Belanja kamu untuk pergi ujibakat tu nanti.”

Mata Woojin membutang lantas tangannya menolak pemberian wang tersebut.

“Ibu... tak usahlah susah-susahkan diri lagi, ibu simpan duit ni. Saya ada duit sendiri.”

Penuh lembut Woojin menolak namun, Sora tetap berkeras. Sampul itu diletakkan semula di telapak tangan Woojin.

“Ambillah Woojin, ibu tahu kamu perlukan duit tambahan. Kalau tak nak guna, simpanlah buat sesak-sesak nanti.”

“Ibu... saya janji akan balas jasa ibu.” Tangan Sora terus naik mengusap wajah Woojin. Senyuman penuh kasih diukirkan di bibir.

“Dah besar dah anak ibu, dah kacak. Mesti ramai orang minat dengan anak ibu ni. Woojin jaga diri baik-baik ya, ingat selalu pesanan ibu.”

Woojin hanya mengangguk. Tangan Sora ditarik lembut lalu dicium belakang telapak tangan wanita tua itu.

“Terima kasih ibu, saya pergi dulu.” Pamit Woojin lantas mengorak langkah keluar dari dapur menuju ke pintu rumah.

“Imo meonjeo gaja - (Makcik, kami pergi dulu)” jerit Mingi sambil berlari anak mengejar Woojin. Tangannya pula melambai ke arah wanita tua itu.

Sora hanya mengangguk sambil membalas lambaian tangan kedua-dua remaja itu.

Setelah bayang Woojin dan Mingi tidak kelihatan, senyuman yang terukir di bibir berubah keruh. Wajah seseorang yang amat Sora kenali sedang berdiri di hadapan pagar rumahnya.

Langkah Sora laju masuk ke dalam rumah semula. Dia tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan orang itu. Bagi Sora, hubungan di antara mereka sudah lama berakhir. Namun, Jungwoo yang berdiri di hadapan pagar rumah Sora pula merasakan Sora sengaja mahu mengelak darinya.

“Oh, dah berani kau sekarang. Kau tunggulah nanti, apa nasib kau. Anak dengan mak sama saja. Suka menyusahkan aku.”

Puntung rokok yang dihisapnya, dicampak ke bawah lalu dipijak geram. Air liur juga turut diludahkan ke tanah. Jelingan marah dilemparkan ke arah pintu utama rumah Sora. Tanpa melakukan apa-apa lagi, Jungwoo terus berlalu pergi dari situ.

Setelah kelibat Jungwoo tidak kelihatan dari sebalik tingkap. Sora memengang dadanya sendiri. Sesak nafas akibat ditahan tadi, baru kini terasa lega.

“Apa lagi yang kau nak Jungwoo, kita dah tak ada apa-apa ikatan. Janganlah ganggu kami lagi.”

Terbit rasa rimas dengan bekas suaminya itu. Seringkali datang menganggu ketenteraman dirinya apabila Woojin tiada bersama. Sora tidak mahu melenggahkan masa, akhirnya dia kembali ke dapur untuk membawa barang niaganya ke gerai dengan segera.

•••

Usai ujibakat yang telah dianjurkan oleh sebuah Syarikat terkenal di Korea Selatan itu. Woojin segera menuruni pentas untuk mendekati Mingi.

“Mantap bro, nyanyian kau memang padu. Aku tak sangka kau lancar je bernyanyi atas pentas tu tadi. Tahniah bro, kalau nanti kau terpilih untuk jadi trainee jangan lupakan aku.”

Seronok Mingi berbicara sambil menumbuk-numbuk perlahan bahu Woojin namun, kerenah Mingi itu langsung tidak dilayan oleh Woojin.

Mingi mula mencebik.

“Dari grade 9 sampai ke grade 12 mesti kau suka bersikap acah dingin. Poyo je lebih,” cemuh Mingi kerana geram dia diabaikan oleh Woojin seperti selalu.

“Dah tu, kau nak aku buat apa?”

Cuma satu perbezaan diri Woojin yang dulu dan yang kini. Jika dulu Woojin seorang yang pendiam dan agak sukar hendak mendengarkan suaranya. Seolah-olah ada emas dalam mulut tetapi, kini dia boleh diajak berbual dan bergurau senda seperti manusia lain.

Walaupun begitu, kedinginannya tetap terasa oleh sesiapa yang baru mengenali dirinya.

“Cubalah layan aku ni ha, penat jadi kawan kau tau tak? Dari kecil sampai ke besar. Sikap kau ni sejuk macam ais batu. Kesian dekat aku.”

“Buat apa nak kesian dengan kau, kau sendiri yang cari penyakit tu. Bukan salah aku.”

Sekali lagi Mingi mencebik. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Woojin pasti menusuk ke hatinya yang paling dalam sejak-sejak lelaki itu menunjukkan sikap baharunya.

“Tiba-tiba aku rasa macam bersyukur pula dapat kawan dengan diri kau yang dulu dari yang sekarang. Kalau sekarang, mulut kau macam tak ada insurans langsung. Kadang-kadang tu macam bau longkang pun ada. Aku rasa, kalau kau tembak burung tengah terbang guna mulut kau tu pun boleh mati burung tu.”

Sengaja Mingin berseloroh dalam waktu yang sama mahu memerli Woojin namun, sekali lagi Woojin tidak melayaninya.

“Baiklah, kali ini peserta yang akan diuji bakat adalah salah seorang pelajar dari sekolah terkenal sekitar kita. Mari kita panggil dia, sila naik ke pentas. Bella Kim.”

Sebaik saja nama itu disebut, begitu ramai pelajar bersorak dan berteriakkan di bahagian bawah pentas. Woojin dan Mingi turut melihat ke arah pentas namun, mereka tidak bersorak sebaliknya hanya memerhati.

“Annyeong Bella Kim, okey saya dapat tahu. Awak ini memang terkenal disebabkan suara awak yang merdu dan awak juga mempunyai channel youtube sendiri. Betul ke?”

“Annyeong yeorobun - (Hai semua)” tangan gadis itu melambai ke hadapan dengan senyuman lebar terukir di bibirnya.

“Maj-ayo - (betul tu), tapi saya cuma ada channel youtube sendiri. Terkenal tu tidaklah.”

Kata-kata gadis itu disorak hampir kesemua pelajar di bawah pentas. Ada juga yang menjerit mengatakan ‘dia sedang menipu.’ Bella ketawa geli hati sambil menutup mulutnya dengan tangan melihat reaksi kawan-kawannya di bawah pentas itu.

“Popular betul budak tu.” Mingi menjuihkan bibir ke arah gadis di atas pentas itu. Rasa menyampah tiba-tiba terbit dalam hatinya. “Betul ke terkenal? Aku tak tahu pun,” sambung Mingi lagi seolah-olah tidak percaya dengan apa yang diperkatakan oleh MC tadi.

"Padanlah, cantik orangnya. Dah, kalau dia popular pun buat apa dia nak beritahu kau?"

Jawab Woojin selamba membuatkan Mata Mingi terus membulat. Belum pernah dia mendengarkan Woojin memuji mana-mana perempuan sebelum ini dan ini adalah kali pertama dia mendengarkannya.

“Yah! Yah!” bahu Woojin terus ditepuk kasar.

“Kau buang tabiat ke apa? Tiba-tiba puji perempuan tu?” soal Mingi terkejut dalam waktu yang sama dia merasa jengkel dengan sikap gadis itu.

“Macam gedik je,” sambung Mingi lantas membuat mimik muka tidak suka ke arah gadis tersebut.

“Apa benda kau ni? Lantak dialah nak gedik ke apa ke, dia tak kacau kau pun. Dahlah, jom balik.”

Woojin segera bergerak keluar dari kawasan tersebut. Dia mahu segera pulang ke rumah. Hatinya tiba-tiba risaukan tentang Sora.

“Yah! Woojin! Aku nak tengok ujibakat sampai habis dulu." Jeritan dari Mingi langsung Woojin tidak

hiraukan. Terpaksa juga Mingi mengikuti Woojin pulang kerana mahu singgah di gerai Sora untuk menapau makanan seperti selalu.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ EPILOG

    "NUNAA! Kejamnya!” Mulut Mingi terlopong selepas mendengar Sherin menceritakan tentang kejadian setahun yang lepas di mana Sherin dan Woojin bertemu di tempat peringatan Puan Sora. “Nunaa, kenapa tak ambil gambar dia? Susah tahu tak, nak tengok Woo menangis macam bayi.” “Awak lagi kejam Mingi, ada ke patut orang tengah sedih disuruh rakam gambar. Kasihanlah dia.” Tergeleng kepala Sherin melihat sikap Mingi seperti anak kecil saat ini. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe Cheonsa, Saranghae. Mingi kata ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan kepada kakaknya itu. Setibanya mereka di kafe tersebut, kelibat Woojin sedang menanti mereka mula menyapa mata. Sherin terus mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. “Lambatnya Min, mandi peluh aku tunggu kau berdua.” “Kau berpeluh pun, aku lagi handsome!” seloroh Mingi membuatkan kepala Sherin tergeleng lagi. “Jomlah masuk,” ajak Woojin, namun belum sempat Woojin membuka langkah bahunya ditarik

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 039

    WOOJIN melangkah masuk ke dalam tempat peringatan Puan Sora. Lariannya tidak henti sejak tadi. Dia perlu segera sebelum terlambat.Akhirnya, langkah kaki Woojin terhenti. Badannya membongkok kepenatan. Gadis bernama Jung Sherin itu sedang menghadap ke almari yang menempatkan abu Puan Sora.Selesai dia melihat gambar Puan Sora dan Woojin di dalam rak kaca. Langkah Sherin dibuka dan pandangan matanya dari bawah naik ke atas. Namun, sebaik saja matanya melihat wajah Woojin. Kaki Sherin terhenti sendiri. Mata pula terbuntang luas. Terkejut melihat lelaki itu berada di hadapannya.Woojin segera membuka langkah dengan laju. Penatnya berlari tadi langsung hilang apabila wajah Sherin menyapa mata.“Sherin.…”Tanpa menunggu Sherin menyahut. Dakapan erat Woojin berikan kepada gadis itu. Sherin tergamam dan tidak mampu memberikan apa-apa reaksi kerana terlalu terkejut.“Mana kau pergi? Kenapa kau hindarkan diri

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 038

    SETAHUN sudah berlalu, Woojin kembali hidup seperti orang biasa. Tiada lagi impian untuk menjadi seorang artis, dirinya juga telah disingkirkan dari syarikat WMC kerana melanggari syarat-syarat yang mereka berikan.Kini, Woojin menyambung semula perniagaan kecil Puan Sora dahulu iaitu menjual mi sup dan nasi goreng kimchi di sebuah kafe yang diberikan nama Cheonsa, Saranghae!“Bos, kawan bos dah datang.”Woojin menoleh apabila ditegur salah seorang pekerjanya. Tangan segera dilap lantas dia bergerak keluar dari tempat penyimpanan barang masakan.Wajah Mingi yang tersenyum lebar menyapa mata. Woojin turut berbalas senyuman.“Apa khabar bro?” tegur Woojin terlebih dahulu. Tangan mereka dilagakan lantas bahu mereka bersentuhan.“Macam biasa, jadi macam mana perniagaan kau sekarang?”Woojin mengangguk sambil matanya melirik sekeliling.“Macam yang kau tengok sekara

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 037

    TAYANGAN berita siaran langsung di kaca televisyen tadi membuatkan hati Sherin terusik serba sedikit. Tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Mingi benar-benar dilakukan oleh adiknya itu.Kini, Sherin menyambung semula mengemas pakaian. Dia tidak dapat membongkok lama kerana lukanya belum pulih sepenuhnya. Saat Sherin sedang melakukan kerjanya itu pintu wad ditarik.“Nunaa!”Jerkahan Mingi membuatkan Sherin terkejut sehingga terhinjut bahu dan perutnya terus berasa senak.“Jangan banyak bergerak! Kan saya dah cakap, tunggu saya. Biar saya yang kemaskan.”Sherin tersenyum. Adiknya itu mengalahkan seorang ibu, bebelannya boleh sampai bernanah telinga Sherin dibuatnya.“Sikit je ni, bukannya banyak pun. Tak perlulah risau Mingi.”“Apa pula tak risaunya. Nunaa! Selagi nunaa tak kahwin. Selagi itulah nunaa tanggungjawab saya. Jadi, saya kena jaga

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 036

    "TAHNIAH Kumpulan Mixter Girl sebab berjaya menduduki carta pertama. Selepas ini, kamu semua akan berkabolari dengan para senior, bahkan kumpulan kamu boleh memilih sendiri mentor yang kamu semua mahu.”“Yuna-shi, kami boleh pilih artis ke untuk jadi mentor kami?” soalan daripada Bella membuatkan Yuna mengangguk perlahan-lahan.“Melihat ke atas kesudian artis yang kamu pilih tu. Jika dia sudi, kamu semua boleh jadikan dia mentor.”Kumpulan Mixter Girl terus bersorak keriangan. Termasuklah Bella Kim memandangkan dia juga merupakan ahli Mixter Girl.“Untuk kumpulan Infinity Six. Saya dapati Woojin tak sertai kamu semua untuk membuat persembahan. Jadi ke mana dia pergi sepanjang tempoh show kita berlangsung? Kamu semua tak cuba cari dia?”Renjun dan rakan-rakannya saling berpandangan sesama sendiri lantas mereka m

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 035

    SEDARI tadi Mingi menangis tidak berlagu di ruangan menunggu. Bilik kecemasan yang menempatkan Puan Sora tadi kini sudah digantikan dengan Sherin.Lampu berwarna merah di atas pintu bilik rawatan kecemasan itu mula berubah warna. Mingi mengigit bibir. Di saat pintu dibuka oleh seorang doktor yang merawat. Mingi segera bangun lantas air mata yang membasahi wajah dilap rakus.“Doktor macam mana dengan kakak saya?”Doktor itu hanya mempamerkan wajah serius saja. Barangkali keletihan menyapa dirinya. Tangan doktor itu naik ke bahu Mingi lalu menepuk beberapa kali.“Syukur kakak kamu tak apa-apa. Walaupun luka yang diterimanya agak dalam tetapi semangat kakak kamu masih kuat. Jika tidak mungkin kamu akan mendapat berita sedih untuk kedua kalinya.”Mingi meraup wajahnya berkali-kali, hati pula tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.“Boleh saya melawat kakak saya?”

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 034

    "MESTI imo bila terkejut dengar berita gembira ni nanti.” Senyuman Mingi terlukis bahagia di hadapan Sherin.Kini, mereka berdua sedang berjalan kaki mahu mengunjungi Puan Sora di rumahnya. Sejak Puan Sora keluar dari hospital, Sherin tidak membenarkan lagi Puan Sora membuka gerai kerana banyak risiko yang perlu mereka tempuhi sekiranya gerai itu masih dibuka, bahkan Sherin juga telah menyewakan sebuah rumah berdekatan dengan rumah keluarga tirinya untuk Puan Sora tinggal.Setibanya mereka di hadapan rumah Puan Sora. Sherin terlebih dahulu melangkah masuk.“Selamat tengah hari... imo!”Jeritan Sherin bergema apabila sekujur tubuh milik Puan Sora sudah terbaring di lantai.“Mingi!” laung Sherin meminta bantuan.Mingi turut kelam lantas berlari masuk ke dalam rumah. Keadaan mula bingit dengan keriuhan suara Mingi.“Imo! Imo!”“Kita bawa

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 033

    "SAYA tak sangka... kita adik-beradik!”Sherin meluahkan rasa gembira kepada Mingi. Kini, mereka berdua berada di lobi hospita. Selepas mendapat keputusan ujian DNA yang mereka lakukan minggu lepas. Hari ini mereka datang semula untuk mengetahui keputusannya.“Jadi kita akan buka semula kes ayah.” Mingi masih mahu meneruskan hasratnya. Dia tidak mahu Sherin dituduh sebagai seorang pembunuh dan title bekas pembunuh dibawa Sherin sehingga ke akhir hayat.Wajah Sherin mengendur, dia tahu siapa yang melakukan pembunuhan tersebut membuatkan hatinya berbelah-bahagi.“Boleh tak mulai hari ni saya panggil awak [1]nunaa?”Sherin mengangguk memberi keizinan kepada Mingi untuk memanggilnya dengan panggilan itu.“Nunaa kata, nunaa tahu siapa pembunuh sebenar. Nunaa ada di tempat kejadian, jadi lebih mudah untuk kita buka semula kes.”Pandangan

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 032

    TANGAN Woojin dilepaskan setelah mereka keluar dari ruangan lobi Syarikat WMC. Tangan Bella terus memeluk tubuh sambil jelingan menyampahnya diberi kepada Woojin.“Awak memang saja nak sakitkan hati saya kan?”“Apa maksud awak ni Bella? Saya tak faham.” Woojin memang tidak mengerti apa yang Bella cuba katakana, bahkan adegan Bella dan Sherin bergaduh tadi masih bermain difikiran.“Buat-buat tanya pula. Awak dah tahu saya tak sukakan perempuan tadi tu kenapa awak terima juga bekalan daripada dia?”“Waktu bila awak cakap dekat saya, awak tak sukakan dia?” Kening Woojin terangkat hairan.“Urgh! Bila-bila pun la. Lepas ni kalau saya tahu awak berjumpa dengan dia lagi. Saya tak teragak-agak tinggalkan awak.”Bahu Woojin ditolak kasar seraya langkah Bella dibuka luas meninggalkan Woojin keseorangan di situ.Woojin blur seketika dengan sit

Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status