LOGINRapuhnya hati seorang anak lelaki apabila melihat ibu dan ayah seringkali berkelahi antara satu sama lain, menyebabkan dia nekad mahu mengejar impian. Namun, kedatangan seorang gadis bernama Bella Kim telah mewujudkan rasa cintanya yang mendalam. Tetapi... “Apa yang awak buat ni? Saya cuma anggap awak kawan je. Tak lebih dari itu!” – BELLA KIM Pahit perlu ditelan sendiri, dalam waktu yang sama kehadiran seorang gadis bernama Jung Sherin menambahkan lagi api yang sedang marak membara. “Woojin! Saya cuma nak bantu awak, tak lebih daripada apa yang awak tengah fikirkan pasal saya.” – JUNG SHERIN “Dahlah perempuan, jangan masuk campur urusan aku boleh tak?” – NAM WOOJIN. Keeogan yang menguasai, akhirnya memakan dirinya sendiri! Satu-persatu orang yang disayangi pergi menjauhi. Apakah kesudahan Nam Woojin? Mampukah dia hadapi semua itu dengan rasa tenang hati? Semuanya dalam sebuah kisah Cheonsa, Saranghae!
View More"NUNAA! Kejamnya!” Mulut Mingi terlopong selepas mendengar Sherin menceritakan tentang kejadian setahun yang lepas di mana Sherin dan Woojin bertemu di tempat peringatan Puan Sora. “Nunaa, kenapa tak ambil gambar dia? Susah tahu tak, nak tengok Woo menangis macam bayi.” “Awak lagi kejam Mingi, ada ke patut orang tengah sedih disuruh rakam gambar. Kasihanlah dia.” Tergeleng kepala Sherin melihat sikap Mingi seperti anak kecil saat ini. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe Cheonsa, Saranghae. Mingi kata ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan kepada kakaknya itu. Setibanya mereka di kafe tersebut, kelibat Woojin sedang menanti mereka mula menyapa mata. Sherin terus mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. “Lambatnya Min, mandi peluh aku tunggu kau berdua.” “Kau berpeluh pun, aku lagi handsome!” seloroh Mingi membuatkan kepala Sherin tergeleng lagi. “Jomlah masuk,” ajak Woojin, namun belum sempat Woojin membuka langkah bahunya ditarik
WOOJIN melangkah masuk ke dalam tempat peringatan Puan Sora. Lariannya tidak henti sejak tadi. Dia perlu segera sebelum terlambat.Akhirnya, langkah kaki Woojin terhenti. Badannya membongkok kepenatan. Gadis bernama Jung Sherin itu sedang menghadap ke almari yang menempatkan abu Puan Sora.Selesai dia melihat gambar Puan Sora dan Woojin di dalam rak kaca. Langkah Sherin dibuka dan pandangan matanya dari bawah naik ke atas. Namun, sebaik saja matanya melihat wajah Woojin. Kaki Sherin terhenti sendiri. Mata pula terbuntang luas. Terkejut melihat lelaki itu berada di hadapannya.Woojin segera membuka langkah dengan laju. Penatnya berlari tadi langsung hilang apabila wajah Sherin menyapa mata.“Sherin.…”Tanpa menunggu Sherin menyahut. Dakapan erat Woojin berikan kepada gadis itu. Sherin tergamam dan tidak mampu memberikan apa-apa reaksi kerana terlalu terkejut.“Mana kau pergi? Kenapa kau hindarkan diri
SETAHUN sudah berlalu, Woojin kembali hidup seperti orang biasa. Tiada lagi impian untuk menjadi seorang artis, dirinya juga telah disingkirkan dari syarikat WMC kerana melanggari syarat-syarat yang mereka berikan.Kini, Woojin menyambung semula perniagaan kecil Puan Sora dahulu iaitu menjual mi sup dan nasi goreng kimchi di sebuah kafe yang diberikan nama Cheonsa, Saranghae!“Bos, kawan bos dah datang.”Woojin menoleh apabila ditegur salah seorang pekerjanya. Tangan segera dilap lantas dia bergerak keluar dari tempat penyimpanan barang masakan.Wajah Mingi yang tersenyum lebar menyapa mata. Woojin turut berbalas senyuman.“Apa khabar bro?” tegur Woojin terlebih dahulu. Tangan mereka dilagakan lantas bahu mereka bersentuhan.“Macam biasa, jadi macam mana perniagaan kau sekarang?”Woojin mengangguk sambil matanya melirik sekeliling.“Macam yang kau tengok sekara
TAYANGAN berita siaran langsung di kaca televisyen tadi membuatkan hati Sherin terusik serba sedikit. Tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Mingi benar-benar dilakukan oleh adiknya itu.Kini, Sherin menyambung semula mengemas pakaian. Dia tidak dapat membongkok lama kerana lukanya belum pulih sepenuhnya. Saat Sherin sedang melakukan kerjanya itu pintu wad ditarik.“Nunaa!”Jerkahan Mingi membuatkan Sherin terkejut sehingga terhinjut bahu dan perutnya terus berasa senak.“Jangan banyak bergerak! Kan saya dah cakap, tunggu saya. Biar saya yang kemaskan.”Sherin tersenyum. Adiknya itu mengalahkan seorang ibu, bebelannya boleh sampai bernanah telinga Sherin dibuatnya.“Sikit je ni, bukannya banyak pun. Tak perlulah risau Mingi.”“Apa pula tak risaunya. Nunaa! Selagi nunaa tak kahwin. Selagi itulah nunaa tanggungjawab saya. Jadi, saya kena jaga
"SAYA tak sangka... kita adik-beradik!”Sherin meluahkan rasa gembira kepada Mingi. Kini, mereka berdua berada di lobi hospita. Selepas mendapat keputusan ujian DNA yang mereka lakukan minggu lepas. Hari ini mereka datang semula untuk mengetahui keputusannya.&l
SHERIN mengenggam telefon bimbit. Kerutan di dahi mula terpamer.“Awak okey?”Renungan Sherin pada skrin telefon teralih kepada Mingi yang kini berada di sisi. Pandangan mata mereka bertemu.“Okey.” Telefon bimbit itu segera disimpan ke d
KEESOKKANNYA, Mingi datang melawat Woojin di hospital sambil membawa buah tangan bersama.“Macam mana keadaan kau?” soal Mingi lantas tangan yang memegang beg plastik buah diletakkan di atas meja katil pesakit Woojin.“Bolehlah, cuma rasa sakit
SELEPAS Woojin meninggalkan rumah Sherin. Gerak langkah membawa dia berjalan perlahan menyusuri kaki lima sebuah kedai serbaneka. Tiba-tiba suara seorang gadis sedang menjerit nyaring menusuk halwa telinga. Pandangan Woojin tertoleh ke arah lorong sempit di tepinya. Perla
![Hopeless Romantis! [Bahasa Malaysia]](https://www.goodnovel.com/pcdist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)
![Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]](https://www.goodnovel.com/pcdist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)




reviews