Share

CS ¦ 04

“SORA!”

Sora terkejut apabila mangkuk-mangkuk yang belum dicucinya sengaja dijatuhkan oleh Jungwoo. Lelaki tua itu, tiba-tiba saja muncul di gerai Sora kerana ingin membuat kacau.

“Jungwoo! Awak nak apa lagi? Saya tak ada duit nak bagi awak! Jadi, tolong pergi! Jangan ganggu saya!” Tegas Sora bersuara.

Hampir kesemua pelanggan Sora yang berada di situ menyaksikan pertelingkahan di antara bekas pasangan suami isteri tersebut.

“Berani kau nak melawan aku ya sekarang ni? Aku tak kira! Aku nak duit! Bagi aku cepat! Kalau tidak kau tunggulah nasib kau betina tua!”

“Apa guna kaki dan tangan awak ada kalau awak tak reti nak cari duit sendiri. Ini tempat saya cari rezeki! Awak jangan ganggu saya. Jangan takutkan pelanggan-pelanggan saya!” sekali lagi Sora bertegas kerana dia tidak mahu digertak oleh Jungwoo. Dia sudah tidak mahu kelihatan lemah lagi di hadapan lelaki itu.

“Argh! Aku peduli apa? Kau nak beri aku wang atau kau nak aku ambil secara kasar!”

“Saya tak ada duit! Saya kerja bukan nak sara biawak hidup macam awak. Jadi, tolong pergi dari sini sebelum saya panggil polis!”

“Hahahahaha... berani kau nak panggil polis!”

Tanpa sempat Sora bertindak untuk melarikan diri. Jungwoo terlebih dahulu menarik skarf rambutnya dan tidak semena-mena skarf rambut tersebut tertanggal dari kepala Sora.

Keadaan mula bingit apabila suara Sora kedengaran menjerit halus menahan kesakitan rambutnya direntap kuat oleh bekas suaminya itu.

“Encik! Jangan buat puan macam ni, apa-apa masalah boleh bawa berbincang. Cara begini tak akan menyelesaikan apa-apa masalah.”

Tegur seorang gadis remaja yang kelihatan seperti seusia Woojin, berani tampil ke hadapan Jungwoo untuk meleraikan tindakan lelaki tua itu. Waktu yang sama dia tidak suka wanita tua itu diperlakukan sebegitu.

“Kau siapa? Kenapa sibuk sangat hal aku? Aku ada kacau hal kau ke budak, sampaikan kau sibuk sangat nak ganggu urusan aku ni?”

“Saya bukan sibuk urusan encik tetapi, di sini tempat awam. Tak elok encik berkelakuan kasar begini.” Mata gadis itu memandang sekeliling sekilas. Sempat matanya menangkap beberapa orang pelajar sekolah tinggi sedang merekod adegan yang berlaku disitu.

“Kasar? Oh….” sengaja Jungwoo menolak kepala Puan Sora sehingga terhantuk ke bahagian dapur memasak.

“Argh!”

“Puan!”

Gadis itu cuba membuka langkah untuk mendekati Sora yang terjatuh ke lantai.

“Kau nak pergi mana budak?” namun langkahnya terhenti apabila Jungwoo menghalang laluannya. Senyuman gatal Jungwoo pamerkan lantas lidahnya menjilat bibir luarnya sambil mata merenung gadis itu dari atas sehingga ke bawah.

Rupa paras gadis itu cantik, kurus dan tinggi. Rambutnya yang separas bahu tidak diikat mula berterbangan apabila ditolak angin kuat. Wajahnya pula berbentuk hati tetapi sedikit cengkung membuatkan Jungwoo semakin galak memerhati.

Gadis itu berani berlawan mata dengan Jungwoo membuatkan Jungwoo tersenyum sinis. Gadis remaja ini benar-benar berani mencabarnya.

Sekali lagi dia menjilat bahagian luar bibirnya sebelum tangan cuba bertindak untuk mencabul gadis itu. Belum sempat tangan Jungwoo menyentuh bahu, tangan gadis itu terlebih dahulu dengan lajunya menampar wajah Jungwoo.

“Kurang ajar!” jerit Jungwoo. Terus tangannya pantas menarik rambut gadis itu. Keadaan itu sempat dirakam oleh beberapa orang pelajar sekolah yang turut menjadi pelanggan di situ tetapi tidak berani mahu membantu gadis tersebut. Hanya berani merekod sahaja.

“Jungwoo! Jangan apa-apakan budak tu!” jerit Sora separuh merayu agar bekas suaminya tidak melakukan apa-apa terhadap gadis tersebut.

“Kau dengan perempuan tua ni sama je. Dua-dua suka menyusahkan aku!” usai kata begitu, sengaja dia mencium bau wangi rambut gadis itu.

“Wangi juga rambut kau ya. Tak apa Sora, kalau kau tak ada duit budak ni ada! Hahahahaha….”

“Jangan Jungwoo!”

Sora mendekati Jungwoo lalu menarik-narik tangan lelaki itu agar melepaskan gadis tadi namun, tangan Jungwoo sekali lagi menolak Sora sehingga terundur ke belakang.

“Ibu!”

Jungwoo menoleh ke arah suara yang menjerit nyaring itu. Dua orang remaja lelaki sedang berlari laju mendekati mereka. Beg sekolah yang berada di bahu, Woojin campak ke tepi dan langkahnya laju dibuka seperti seekor singa sedang mengejar mangsanya. Begitulah keadaan Woojin saat ini.

Gadis yang berada di sisi Jungwoo, Woojin tolak ke tepi. Kolar baju lelaki tua itu Woojin merentap kasar. Kerutan di dahi Woojin mula timbul. Rasa amarahnya cuba dikawal agar dia

tidak bertindak ganas terhadap ayahnya sendiri kerana rasa hormatnya masih ada.

Mingi yang turut berlari tadi segera mendekati Sora lalu mengangkat ibu kawan baiknya itu berdiri semula. “Imo tak apa-apa?” soal Mingi prihatin.

Laju Sora mengangguk lantas pandangannya teralih ke arah Woojin. Mulutnya terus memanggil Woojin kuat.

“Woojin-ah!” Tidak mahu Woojin bertindak mengasari ayahnya sendiri.

“Woojin-ah!” Sora menangis di situ melihat adegan anak dan bekas suaminya sedang bertegang urat.

Woojin mengerutkan dahi. Dia cuba menahan rasa amarahnya. Tangan kiri digenggam kuat manakala tangan kanan pula mencengkam kuat kolar baju ayahnya. Jelingan maut dilemparkan. Pandangan pula menoleh ke tepi, rahang diketap hebat.

“Kenapa? Tak berani sebab kau anak aku atau kau tak berani sebab aku lebih tua dari kau? Hahahahaha... pandai kau didik anak kau ni Sora. Lembik macam kau!”

Buk!

Tanpa memberi amaran terlebih dahulu tangan Woojin terus melayang hinggap di wajah ayahnya. Tubuh Jungwoo terundur ke belakang.

Sora berteriak nama Woojin berkali-kali. Tangisan Sora semakin menjadi-jadi. Kakinya longlai, akhirnya Sora menangis melutut di situ.

“Woojin-ah… jangan,” panggil Sora sambil kepala tergeleng perlahan seolah-olah sedang merayu kepada anaknya sendiri.

Walaupun Woojin masih belum puas mahu menumbuk ayahnya tetapi tangisan Sora membuatkan dia cuba mengawal rasa amarah itu dari terus berleluasa. Jika tidak sudah lunyai

Jungwoo dia mahu kerjakan.

Perlahan-lahan Woojin mendekati Sora. Tubuhnya turut melutut di hadapan Sora.

“Saya minta maaf ibu.”

Kepala Woojin turut dijatuhkan ke riba Sora.

“Saya minta maaf. Ibu jangan menangis. Saya minta maaf. Saya cuma tak suka dia kasari ibu. Cukuplah selama ni saya tak mampu buat apa-apa melihat ibu diperlakukan sebegitu. Kali ini biarkan saja saya mengajarnya bagaimana mahu

menghormati ibu saya.”

Sora terdiam dari menangis. Bahu Woojin ditarik perlahan sehingga badan anaknya kembali menegak menghadapnya. Apabila Woojin menegak badan mata mereka bertemu. Sora terus memeluk Woojin erat.

“Ibu tahu, ibu salah. Ibu minta maaf. Ibu cuma tak mahu kamu disakiti Woojin. Ibu sayang kamu. Ibu tahu Woojin marah tapi, dia masih ayah kamu.” Pujukkan dari Sora sedikit sebanyak dapat menenangkan perilaku Woojin ketika itu.

Waktu yang sama, Jungwoo mula naik menyampah melihat drama air mata bekas isterinya. Air liurnya diludah ke tanah. Langkahnya segera dibuka meninggalkan kawasan tersebut.

Cukup sekali dia mendapat tumbukkan dari anaknya. Itu pun, sudah dapat dia rasakan seolah-olah rahang giginya hendak tercabut. Sebelum nyawanya melayang dikerjakan anak sendiri. Lebih baik dia berlalu pergi.

Mingi dan gadis yang cuba membantu Sora tadi turut mendiamkan diri. Pelangan-pelangan yang lain semuanya telah beredar pergi apabila Mingi menolak mereka semua agar pergi dari situ bahkan Mingi juga turut memaksa mereka semua memadang video yang telah mereka rekodkan.

Jika tidak, permasalahan dalaman keluarga Woojin akan tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Mingi tidak mahu perkara itu terjadi kerana itu adalah aib keluarga sahabat baiknya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status