Air suam yang baru diambil diruangan dapur diletakkan di atas meja makan sambil Sora melabuhkan punggung di atas kerusi.
“Tak apa-apa imo, saya cuma tak suka ahjusi tu berkasar dengan imo.”
Air yang dihulur Sora diambil oleh gadis itu lalu diteguk sedikit selepas meminta izin dengan isyarat kepala. Sora hanya tersenyum melihat gadis itu segan-segan untuk meminum air tersebut.“Apa nama kamu, nak?” soal Sora ingin tahu.
“Nama saya Jung Sherin.”
Semakin melebar senyuman Sora apabila mendengarkan nama gadis itu. Baginya, gadis ini mempunyai keberanian yang tidak ada pada gadis lain.
“Sherin makan malam dekat rumah imo ya? Sebagai tanda terima kasih tolong imo tadi. Kalau Sherin tak ada, mungkin lagi teruk imo kena tadi.”
“Eh, tak apalah Imo, buat susah-susah imo je.”
“Eish, tak susahlah. Makan malam rumah imo ya?”
Akhirnya, Sherin terpaksa mengangguk setuju agar tidak menghampakan harapan Sora.
“Imo, kalau saya nak tanya sesuatu boleh? Tapi saya harap imo tak berkecil hati.”Selang beberapa minit Sherin menyoal semula kerana perasaan ingin tahu mula menguasai dirinya.Sora mengangguk sebagai tanda memberikan keizinan kepada Sherin untuk bertanyakan soalannya.
“Ahjusi tadi masih suami imo?" Sora terus menggeleng laju. Senyuman masih kekal di bibirnya. “Dah lama kami berpisah, sejak umur anak imo 13 tahun.”
“Lamanya, kenapa dia datang cari imo lagi sedangkan imo dengan dia dah tak ada apa-apa?”
“Mungkin kerana duit, dari muda dia memang begitu Sherin. Imo sendiri sudah penat mahu melayani sikapnya sebab itu imo failkan penceraian dengan harapan dia tidak menganggu imo lagi selepas bercerai tetapi, imo silap.”
Sherin hanya mengangguk tanda mengerti, tangan Sora diusapnya perlahan agar dapat memberikan semangat kepada wanita tua itu. Dalam waktu yang sama, Sherin dapat rasakan seperti ada mata sedang memerhatikan mereka di meja makan itu. Matanya melirik ke arah tangga di mana Woojin sedang berdiri statik di situ.Mingi yang baru keluar dari tandas pula terus mendekati meja makan.
“Saya ada terdengar tadi, imo nak buat makan malam ya? Saya join boleh?” tanya Mingi. Mata sengaja dibulatkan menunjukkan dia terlalu teruja.
“Boleh je. Lebih ramai lebih meriah,” balas Sora disertai dengan ketawa geli hati. Pandangan Sora teralih ke arah Woojin yang hanya mendiamkan diri dari tadi.
“Woojin?” panggil Sora.
Woojin menoleh ke arah ibunya. Pandangan redupnya bertemu dengan pandangan Sora.
“Kenapa tercegat je dekat situ? Marilah duduk sini, ibu nak ke dapur sekejap siap-siap nak masak.”
“Ibu!”
Laju Woojin memanggil membuatkan pergerakkan Sora terhenti seketika. Wajahnya berpaling semula ke arah Woojin.
“Biar saya dengan Mingi yang masak, ibu duduk berehat.”“Eh?”
Terkejut Mingi apabila namanya diseru.
“Tak apalah, lagipun ibu nak masak untuk tetamu kita.”
Sora menolak dengan lembut, dia tidak mahu susahkan anaknya. Dia tahu, anaknya penat. Tambahan pula, anaknya itu lelaki bukannya perempuan.
“Err... tak apalah imo, lain kali jelah kita makan malam bersama.”
Sherin terus bangun dari duduknya. Dia tidak mahu anak-beranak itu bergaduh pula untuk masakkan makanan malam mereka. Sebelum apa-apa berlaku lebih baik dia meminta diri terlebih dahulu.“Eh, Sherin... janganlah balik lagi.” Sora cuba menahan Sherin dari berlalu pergi.
“Tak apalah imo, lain kali-”
“Lain kali, tak ada tempat untuk kau makan dalam rumah kami.”
Membuntang mata Sora mendengarkan suara garau Woojin menuturkan ayat itu. Sherin pula terkedu kerana tidak menjangka ayat itu akan meluncur keluar dari mulut Woojin.
Tanpa memandang Sora mahupun Sherin, laju langkah Woojin ke dapur. Sempat tangannya menarik bahu Mingi agar mengikutinya sekali.Sherin hanya memerhati gerak langkah Woojin yang menghilang ke dapur.
“Imo minta maaf ya. Woojin, anak imo tu tak pernah ada kawan perempuan. Mungkin sebab itu dia bersikap macam tu. Tak apalah, Sherin duduklah dulu. Nanti mereka dah siap masak,
mereka hidangkan untuk kita.”“Hm.…” Sherin hanya mengumam perlahan diiringi dengan anggukkan kepala. Senyuman cubadiukirkan di bibirnya. Punggungnya kembali melabuh di atas kerusi. Pandangan matanya melirik memandang susuk tubuh anak teruna
Sora di ruangan dapur. Hembusan nafas berat cuba dilepaskan. Sherin tidak mengerti, adakah maksud Woojin itu mahu dia duduk di situ makan malam bersama mereka atau mungkin selepas ini dia tidak dibenarkan datang ke rumah Sora lagi?
Akhirnya, persoalan itu cepat-cepat dibuangnya. Wajah Sora ditatap lembut. Perbualan di antara mereka berdua diteruskan semula dengan begitu rancak.•••
Sementara itu, di ruangan dapur pula Mingi yang sedang membantu Woojin memotong sayur. Mula menyiku lengan sahabatnya itu.
“Apasal aku kena heret tolong kau dekat dapur ni? Biarlah imo yang masak. Boleh kita merasa air tangan budak perempuan tu kot-kot dia nak tolong imo masak.”
Seperti biasa, soalan Mingi dibiar bagaikan angin berlalu pergi oleh Woojin.
“Aku tak faham dengan kau ni, kau nak masak sebab tak nak imo penat ke apa? Ke kau saja nak masak tak sedap supaya budak perempuan tu blah cepat-cepat.”
Bebel Mingi bagaikan seorang ibu di telinga Woojin namun, bebelan Mingi langsung tidak dipedulikan oleh Woojin. Lelaki itu tetap melakukan kerjanya dengan memecahkan telur beberapa biji ke dalam mangkuk.
“Aih….”
Tergeleng Mingi dibuatnya dengan sikap dingin Woojin itu.
“Macam mana aku boleh berkawan dengan mamat poyo macam kau ni tak tahulah aku.”Sambung Mingi kerana berasa tidak puas hati Woojin tidak menjawab soalannya.“Boleh tak kau senyap dan buat je kerja tu?” Akhirnya Woojin bersuara tegas. Rimas juga dia asyik mendengar Mingi membebel dari tadi tak henti-henti.
“Ha, ada pun suaranya. Ni sayur ni dah siap. Lepas tu nak buat apa pula? Ke nak aku potong sayur ni bagi halus lagi atau nak suruh aku masak nasi pula?"
“Kau pergi duduk luarlah, biar aku buat semua sendiri. Masalah betul kalau tolong tak ikhlas ni, banyak bunyi betul.”
“Okey, cun!” apron di badan terus ditanggalkan Mingi. Laju dia melangkah keluar dari ruangan dapur sambil tersenyum girang.
“Babai.” Sambung Mingi lantas melarikan diri ke ruang tamu.
Woojin menghembuskan nafas beratnya. Dia masak sangat dengan perangai Mingi. Kalau menolong tak ikhlas, membebel saja kerjanya. Akhirnya Woojin melakukan kerja seorang diri. Barulah dia berasa tenang dari tadi. Alasan dia mahu memasak makan malam mereka hanyalah kerana tidak mahu Sora kepenatan.
"NUNAA! Kejamnya!” Mulut Mingi terlopong selepas mendengar Sherin menceritakan tentang kejadian setahun yang lepas di mana Sherin dan Woojin bertemu di tempat peringatan Puan Sora. “Nunaa, kenapa tak ambil gambar dia? Susah tahu tak, nak tengok Woo menangis macam bayi.” “Awak lagi kejam Mingi, ada ke patut orang tengah sedih disuruh rakam gambar. Kasihanlah dia.” Tergeleng kepala Sherin melihat sikap Mingi seperti anak kecil saat ini. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe Cheonsa, Saranghae. Mingi kata ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan kepada kakaknya itu. Setibanya mereka di kafe tersebut, kelibat Woojin sedang menanti mereka mula menyapa mata. Sherin terus mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. “Lambatnya Min, mandi peluh aku tunggu kau berdua.” “Kau berpeluh pun, aku lagi handsome!” seloroh Mingi membuatkan kepala Sherin tergeleng lagi. “Jomlah masuk,” ajak Woojin, namun belum sempat Woojin membuka langkah bahunya ditarik
WOOJIN melangkah masuk ke dalam tempat peringatan Puan Sora. Lariannya tidak henti sejak tadi. Dia perlu segera sebelum terlambat.Akhirnya, langkah kaki Woojin terhenti. Badannya membongkok kepenatan. Gadis bernama Jung Sherin itu sedang menghadap ke almari yang menempatkan abu Puan Sora.Selesai dia melihat gambar Puan Sora dan Woojin di dalam rak kaca. Langkah Sherin dibuka dan pandangan matanya dari bawah naik ke atas. Namun, sebaik saja matanya melihat wajah Woojin. Kaki Sherin terhenti sendiri. Mata pula terbuntang luas. Terkejut melihat lelaki itu berada di hadapannya.Woojin segera membuka langkah dengan laju. Penatnya berlari tadi langsung hilang apabila wajah Sherin menyapa mata.“Sherin.…”Tanpa menunggu Sherin menyahut. Dakapan erat Woojin berikan kepada gadis itu. Sherin tergamam dan tidak mampu memberikan apa-apa reaksi kerana terlalu terkejut.“Mana kau pergi? Kenapa kau hindarkan diri
SETAHUN sudah berlalu, Woojin kembali hidup seperti orang biasa. Tiada lagi impian untuk menjadi seorang artis, dirinya juga telah disingkirkan dari syarikat WMC kerana melanggari syarat-syarat yang mereka berikan.Kini, Woojin menyambung semula perniagaan kecil Puan Sora dahulu iaitu menjual mi sup dan nasi goreng kimchi di sebuah kafe yang diberikan nama Cheonsa, Saranghae!“Bos, kawan bos dah datang.”Woojin menoleh apabila ditegur salah seorang pekerjanya. Tangan segera dilap lantas dia bergerak keluar dari tempat penyimpanan barang masakan.Wajah Mingi yang tersenyum lebar menyapa mata. Woojin turut berbalas senyuman.“Apa khabar bro?” tegur Woojin terlebih dahulu. Tangan mereka dilagakan lantas bahu mereka bersentuhan.“Macam biasa, jadi macam mana perniagaan kau sekarang?”Woojin mengangguk sambil matanya melirik sekeliling.“Macam yang kau tengok sekara
TAYANGAN berita siaran langsung di kaca televisyen tadi membuatkan hati Sherin terusik serba sedikit. Tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Mingi benar-benar dilakukan oleh adiknya itu.Kini, Sherin menyambung semula mengemas pakaian. Dia tidak dapat membongkok lama kerana lukanya belum pulih sepenuhnya. Saat Sherin sedang melakukan kerjanya itu pintu wad ditarik.“Nunaa!”Jerkahan Mingi membuatkan Sherin terkejut sehingga terhinjut bahu dan perutnya terus berasa senak.“Jangan banyak bergerak! Kan saya dah cakap, tunggu saya. Biar saya yang kemaskan.”Sherin tersenyum. Adiknya itu mengalahkan seorang ibu, bebelannya boleh sampai bernanah telinga Sherin dibuatnya.“Sikit je ni, bukannya banyak pun. Tak perlulah risau Mingi.”“Apa pula tak risaunya. Nunaa! Selagi nunaa tak kahwin. Selagi itulah nunaa tanggungjawab saya. Jadi, saya kena jaga
"TAHNIAH Kumpulan Mixter Girl sebab berjaya menduduki carta pertama. Selepas ini, kamu semua akan berkabolari dengan para senior, bahkan kumpulan kamu boleh memilih sendiri mentor yang kamu semua mahu.”“Yuna-shi, kami boleh pilih artis ke untuk jadi mentor kami?” soalan daripada Bella membuatkan Yuna mengangguk perlahan-lahan.“Melihat ke atas kesudian artis yang kamu pilih tu. Jika dia sudi, kamu semua boleh jadikan dia mentor.”Kumpulan Mixter Girl terus bersorak keriangan. Termasuklah Bella Kim memandangkan dia juga merupakan ahli Mixter Girl.“Untuk kumpulan Infinity Six. Saya dapati Woojin tak sertai kamu semua untuk membuat persembahan. Jadi ke mana dia pergi sepanjang tempoh show kita berlangsung? Kamu semua tak cuba cari dia?”Renjun dan rakan-rakannya saling berpandangan sesama sendiri lantas mereka m
SEDARI tadi Mingi menangis tidak berlagu di ruangan menunggu. Bilik kecemasan yang menempatkan Puan Sora tadi kini sudah digantikan dengan Sherin.Lampu berwarna merah di atas pintu bilik rawatan kecemasan itu mula berubah warna. Mingi mengigit bibir. Di saat pintu dibuka oleh seorang doktor yang merawat. Mingi segera bangun lantas air mata yang membasahi wajah dilap rakus.“Doktor macam mana dengan kakak saya?”Doktor itu hanya mempamerkan wajah serius saja. Barangkali keletihan menyapa dirinya. Tangan doktor itu naik ke bahu Mingi lalu menepuk beberapa kali.“Syukur kakak kamu tak apa-apa. Walaupun luka yang diterimanya agak dalam tetapi semangat kakak kamu masih kuat. Jika tidak mungkin kamu akan mendapat berita sedih untuk kedua kalinya.”Mingi meraup wajahnya berkali-kali, hati pula tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.“Boleh saya melawat kakak saya?”
"MESTI imo bila terkejut dengar berita gembira ni nanti.” Senyuman Mingi terlukis bahagia di hadapan Sherin.Kini, mereka berdua sedang berjalan kaki mahu mengunjungi Puan Sora di rumahnya. Sejak Puan Sora keluar dari hospital, Sherin tidak membenarkan lagi Puan Sora membuka gerai kerana banyak risiko yang perlu mereka tempuhi sekiranya gerai itu masih dibuka, bahkan Sherin juga telah menyewakan sebuah rumah berdekatan dengan rumah keluarga tirinya untuk Puan Sora tinggal.Setibanya mereka di hadapan rumah Puan Sora. Sherin terlebih dahulu melangkah masuk.“Selamat tengah hari... imo!”Jeritan Sherin bergema apabila sekujur tubuh milik Puan Sora sudah terbaring di lantai.“Mingi!” laung Sherin meminta bantuan.Mingi turut kelam lantas berlari masuk ke dalam rumah. Keadaan mula bingit dengan keriuhan suara Mingi.“Imo! Imo!”“Kita bawa
"SAYA tak sangka... kita adik-beradik!”Sherin meluahkan rasa gembira kepada Mingi. Kini, mereka berdua berada di lobi hospita. Selepas mendapat keputusan ujian DNA yang mereka lakukan minggu lepas. Hari ini mereka datang semula untuk mengetahui keputusannya.“Jadi kita akan buka semula kes ayah.” Mingi masih mahu meneruskan hasratnya. Dia tidak mahu Sherin dituduh sebagai seorang pembunuh dan title bekas pembunuh dibawa Sherin sehingga ke akhir hayat.Wajah Sherin mengendur, dia tahu siapa yang melakukan pembunuhan tersebut membuatkan hatinya berbelah-bahagi.“Boleh tak mulai hari ni saya panggil awak [1]nunaa?”Sherin mengangguk memberi keizinan kepada Mingi untuk memanggilnya dengan panggilan itu.“Nunaa kata, nunaa tahu siapa pembunuh sebenar. Nunaa ada di tempat kejadian, jadi lebih mudah untuk kita buka semula kes.”Pandangan
TANGAN Woojin dilepaskan setelah mereka keluar dari ruangan lobi Syarikat WMC. Tangan Bella terus memeluk tubuh sambil jelingan menyampahnya diberi kepada Woojin.“Awak memang saja nak sakitkan hati saya kan?”“Apa maksud awak ni Bella? Saya tak faham.” Woojin memang tidak mengerti apa yang Bella cuba katakana, bahkan adegan Bella dan Sherin bergaduh tadi masih bermain difikiran.“Buat-buat tanya pula. Awak dah tahu saya tak sukakan perempuan tadi tu kenapa awak terima juga bekalan daripada dia?”“Waktu bila awak cakap dekat saya, awak tak sukakan dia?” Kening Woojin terangkat hairan.“Urgh! Bila-bila pun la. Lepas ni kalau saya tahu awak berjumpa dengan dia lagi. Saya tak teragak-agak tinggalkan awak.”Bahu Woojin ditolak kasar seraya langkah Bella dibuka luas meninggalkan Woojin keseorangan di situ.Woojin blur seketika dengan sit