LOGINsesungguhnya cinta itu akan menjadi indah apabila tiada pengkhianatan.. "KENAPA AKU SEPERTI PERNAH BERTEMU DENGANNYA?" KAPT.ZAKUAN EDAN "DAH BERKALI AKU KATAKAN CINTA! KAU HARUS LENYAPKAN DIA DARI HIDUP KAU!!" ALISYA KIRANA
View MoreWINSTAR CASINO AND RESORT,OKLAHOMA.PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau mas
WINSTAR CASINO AND RESORT, OKLAHOMA. PERTUNJUKAN tari tiang masih lagi rancak di atas pentas kemilau. Beberapa orang lelaki separa mabuk yang kalah judi mengerumuni tiga penari tiang bertubuh mungil tersebut. Tangan serta kaki terawang-awang seolah mahu menangkap penari-penari seksi yang asyik meliuk-lentok tubuh. Dari jauh, Tuan Elissandro tersenyum sambil menghisap curut dan makin dalam hisapan. Dia tersenyum melihat kemeriahan pusat kasino miliknya itu. Sedang asyik memerhati datang seseorang terus membisik sesuatu ke telinganya. Hembusan huruf O naik ke udara bergilir-gilir bagaikan putaran roda meja judi Roulette. Terdengar sahaja nama anaknya itu, Tuan Elissandro terus merenyuk curut walau masih ada bara hujungnya.&nbs
TAS TANGAN berjenama VERSACE dilemparkan atas katil. Rambut palsu juga ditarik secara kasar. Mekap indah terus disememehkan tanpa melihat cermin. Bahagian paling kerap dia tenyeh dengan kasar adalah bibir entah apa yang melekat pada bahagian itu, sebenarnya. Hanya dia seorang yang tahu. “Argh, benci. Aku jijik. Aku jijik tahu tak!” bebelnya menunduk tergeleng. Apa perkara yang sedang merunsingkan jiwa susuk tubuh itu. “Aku dah katakan takde jantan yang baik dalam dunia ini tapi kau degil. Tetap juga nak teruskan hidup yang kau anggap normal sangat itu. Siapa dia?” soal satu suara dari arah sebelah. Wanita itu terus mendongak serta pandang sisi. Dia menggeleng kemudian tertunduk semula.&n
“DATO E kan?” Alicia menapak laju apabila terpandang seseorang yang pada ketika itu sedang minum kopi seorang diri di kafe pusat beli-belah tersebut. Lelaki separuh baya namun masih kacak bergaya ditambahi pula dengan statusnya sebagai ahli korporat berjaya membuatkan dia kelihatan segak dan muda. Kopi tidak jadi diteguk kala mata menilik sekujur tubuh tegak berdiri sambil melemparkan senyuman padanya. Alicia tanpa dipelawa terus melabuhkan tubuhnya berhadapan dengan Dato E. Kacamata dari jenis Aviator Rayban ditarik keluar lalu menonjolkan lagi kejelitaan wajah kacukan tersebut. Dato E, pada mulanya agak terkejut dengan sapaan serta kehadiran wanita persis seorang model itu lantas dia cuba untuk tersenyum. Alicia menyilangkan kakinya yang terdedah dek kerana skirt ketat hitam yang dipakainya paras paha

![[B1] Saved By A Killer (Bahasa Melayu)](https://acfs1.goodnovel.com/dist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)




reviews