Amanda termenung sendiri di dalam bilik. Tak ada air mata yang mengalir. Cuma hatinya saja hancur berkecai kerana layanan dari ayah kandungnya itu. Ayah adakalanya memperlakukannya baik bagai malaikat tapi apabila ada yang tidak kena, dia adalah syaitan yang paling ditakuti.
"Stai bene?" (Are you okay?)
Dylan melabuhkan duduk di sebelah Amanda. Mereka berdua kini telah selamat sampai di bumi Itali. Sangkaannya Amanda akan memberontak dan meminta agar dilepaskan, namun lain jadinya. Amanda nampak lemah bagai mayat hidup umpama layang-layang yang terputus talinya. Risau Dylan kalau Amanda terus begini.
"Ti ha mai picchiato?"(Did he ever hit you?)
Amanda diam tanpa kata. Sama ada tidak mengerti apa yang dikatakan atau perempuan itu sememangnya tidak mahu bercakap dengannya.
"Ehi, Manda..." (Hey, Manda...) Bahu Amanda dipegang lalu diusap lembut.
"Look at me." Dylan angkat dagu runcing itu agar pandang anak matanya.
"Please...tell me, Parlami di tuo padre." (Tell me about your father) Dylan mengusap lembut pipi Amanda.
"Can you tell me about your father?"
Amanda mengeluh berat. Tangan Dylan yang bermain pada pipinya ditepis.
"Ayah saya tak suka saya layan mahupun dekat dengan mana-mana lelaki. Dulu...ayah tak ada waktu bersama dengan ibu. Untuk bermanja pun tak ada. Sibuknya pada kerja dan bersama perempuan lain membuatkan hubungan mereka berantakan. Tak ada kenangan antara mereka sehinggalah ibu disahkan sakit. Kematian ibu memberi impak besar pada ayah. Namun, sayang. Setelah dia mempunyai segala-galanya...dia tidak menghargai. Apabila berlaku seperti keadaan ini, mulalah mahu salahkan semua yang tidak bersalah. Dia salahkan ibu kerana meninggal awal tanpa sempat meluangkan masa dengannya. Marahkan saya, kerana saya tidak menasihati setiap perbuatannya dulu." Panjang berjela Amanda menjelaskan.
Raut wajahnya biasa dan tidak terkesan sekali dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Entahlah, Amanda dah pasrah dengan setiap yang terjadi. Tak ada guna kalau menangis sedangkan semuanya telah terjadi dan paling sakit, Amanda tak boleh kembalikan sesuatu yang telah terjadi dalam hidupnya. Mustahil untuknya kembali ibunya yang telah mati.
"Manda..." Dylan menyelak rambut panjang Amanda. Tubuh merapat dan dicium dahi itu. Lama dan penuh syahdu.
"Walau apapun yang terjadi, aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku tak kesah kalau aku perlu berhadapan dengan ayah kau untuk mendapatkan sebuah restu. Aku mahukan kau dalam hidup aku, tak ada yang lain." Rambut Amanda diusap lembut. Dari atas turun ke bawah.
"We can't be together..." tolak Amanda lembut. Tangan besar itu juga ditepis.
"Why don't we?" Rahang Dylan bergerak-gerak menahan rasa marah.
"Non rinunciare solo perché le cose sono difficili."(Don't give up just because things are difficult)
"Saya tak suka kaum adam." akui Amanda sejujurnya.
Berkerut hebat dahi lelaki itu. Tak suka lelaki? Alasan yang sama?
"If you want this to change, just let me know and I'll help you"
"Some scars take time to heal Dylan," ujar Amanda lemah.
"Kalau macam tu..."Dylan sembunyi senyum.
Dirapati mukanya dengan Amanda. Tak ada balasan dari perempuan itu membuatkannya makin mendekat.
"Apa kata kalau aku hilangkan benci kepada cinta?" Dylan angkat kedua keningnya. Mukanya seinci saja dengan Amanda. Kalau salah seorang dari mereka bergerak pasti akan berciuman.
"Saya bencikan mereka bersebab..." Amanda cengkam kuat baju yang dipakainya.
"Sebab kau selalu dipukul." Amanda diam dan tahulah Dylan bahawa apa yang dia katakan adalah benar sekali. Anak mata berkaca itu juga menjadi bukti yang perempuan itu benar-benar sakit dengan semua yang telah terjadi.
"S...sa-saya..." Amanda gigit perlahan bibirnya.
"Sa-saya tak mampu..." Hangat tubuhnya dipeluk Dylan dan ketika itu esakan keluar dari bibir. Mengongoi menangis dalam dakapan lelaki itu.
"Saya cuba lupakan setiap perbuatan ayah saya...tsk...tsk...tsk...tapi saya tak boleh..." Amanda menggeleng.
"You don't even know what it means to have a father who takes drugs, drinks and beats you.."
"Shhh... andrà tutto bene, mia cara." (Everything will be okay, my darling)
Ubun-ubun Amanda dicium bertalu-talu dan tidak cukup itu, tangan kecil itu digenggam erat bagai tidak mahu lepas walaupun untuk sesaat.
"Saya anak tak guna kan?"
"No, you are not..."
Untuk sekian kalinya Amanda menangis dan kali ini tangisannya kuat sekali umpama melampiaskan setiap rasa yang ada dalam dirinya. Kecewa, sedih dan juga terluka.
Kenangan dulu menjengah dalam fikirannya. Di mana dirinya dipukul kerana hal kecil saja.
Belum sempat gelas menyentuh bibir, ianya jatuh terhempas di lantai lalu pecah berderai
Prang!
"Kau buat apa ni?"
“M…Ma-manda…” Tangannya menggigil ketakutan dengan kaki dibawa mengundur ke belakang beberapa tapak.
“Kau memang suka buat masalah kan? Kau selalu buat aku panas hati. Gelas yang aku beli mahal daripada diri kau! Dan kau semudah itu memecahkannya? Kau adalah anak yang tidak kenang budilah!" Tali pinggang yang ada di tangan dihayun dan dilibas pada tubuh anak perempuannya.
"Manda tak sengaja, jangan pukul Manda. Tolong jangan buat Manda macam ni....tolonglah ayah..."Rintihku sayu.
"Tak sengaja? kau tahu tak gelas yang aku beli takkan dapat diganti selepas kau minta maaf? Kalau kau nak aku maafkan kau, gantikan balik gelas yang kau pecahkan dan pastikan gelas itu sebijik sama."
Mata dipejam rapat dengan tangan menggempal penumbuk menahan rasa sakit dan perit saat beberapa kali libasan tali pinggang mengena tubuhnya. Berkerut hebat mukanya dengan esakan dan air mata yang kian memenuhi lekuk pipinya. Rontaan dan setiap rintihan bagai angin lalu. Tak ada tanda ayah akan menghentikan perbuatannya.
"Jangan ayah...tsk...tsk...jangan..."rintih Amanda sekian kalinya.
Amanda gigit perlahan bibirnya. Air mata menderu laju menuruni pipi mulusnya, sementara tangan besar itu mengusap lembut kepalanya. Bagai seorang ayah yang ingin memujuk anaknya. Sesekali ciuman hangat diberi di setiap raut wajah cantik itu.
"Mi prenderò cura di te" (I will take care of you)
Dylan mengeratkan pelukan dengan tangannya tidak henti menggosok belakang badan Amanda..
"Ti prometto che ci sarò sempre quando avrai bisogno di me." (I promise you I'll always be there when you need me)
"Kalau nak pujuk pun, jangan guna bahasa yang saya tak faham. Kalau saya faham tak apa, boleh nak balas balik apa yang awak cakap." rungut Amanda dengan muka cemberut seribu.
Dylan ketawa kecil. Hidung Amanda ditarik geram dan itu menyebabkan hidung kecil itu kemerahan. Makin cemberutlah muka cantik itu dengan perbuatannya.
"Kenapa gelak? Saya tengah marah sekarang." Amanda peluk tubuh geram.
Merah menyala mukanya kerana ciuman bertalu-talu dari lelaki itu. Gatal betullah!
"Tak payahlah..." tolak Amanda malu-malu.
"Nak jugak..." Gaya nada suara Amanda diajuk.
Raut wajah cantik itu digomol manja. Tawa dari Amanda membahagiakannya. Janjinya, akan Dylan pastikan Amanda gembira bersamanya. Hanya dengannya tanpa orang lain.
Done! Jemput bca and jgn lupa share, I love you all so much! i may not be the best ... but i sure am trying my best!
Encik Jamal menyerabutkan kepalanya dengan decitan tidak lepas dari bibir. Kepergian anak perempuannya beberapa hari ini membuatnya rasa kurang senang. Biasanya waktu pagi sebegini Amanda telah siapakan makanan pagi untuknya. Amanda tidak pernah lupa tugasnya sebagai seorang anak. Menolong siapkan apa yang patut. Semuanya hilang begitu saja selepas bertemu dengan lelaki muda Itali itu. Siapa dia? Kekasih Amanda?"Aku janji, aku takkan sesekali bagi peluang untuk kau bahagia dengan lelaki tak guna itu! Aku bunuh dia dengan tangan aku sendiri." Encik Jamal senyum sinis.Air keras yang ada di atas meja diminum rakus. Berselarak botol air keras itu di bawah lantai. Gara-gara Amanda merubahnya jadi gila sampai begini sekali. Bibir kering kehitaman itu dijilat dengan senyum paling menakutkan sekali. Rancangan untuk merogol anak perempuannya hilang begitu saja. Kalaulah Dylan tak muncul ke sini, pastinya rancangannya berjaya."Amanda....aku akan dapatkan ap
Adya dan Fatin sedang enak makan bersama. Sejak tadi bicarakan tentang Amanda. Sejak kebelakangan ini, bayang tubuh itu tiada dalam bilik kuliah. Dah ditanya semua orang dalam kuliah, tetap tak ada jawapan. "Kau rasa dia pergi?" soal Fatin kerisauan. Kalau Amanda boleh nak bercakap bahasa indonesia. Tapi bukan dia, Fatin jenis tak tengok sinetron indonesia. Entahlah, tak berminat. "Aku si ngak tahu, Manda ngak pernah hilang sampe kayak gini sekali. Aneh aku." Adya angkat kedua bahunya. "Itulah, aku pun tak tahu Manda hilang pergi mana. Aku lawat rumah dia, jumpa Encik Jamal. Encik Jamal tak ada. Nampak kosong aje rumah." Fatin teringat kembali sewaktu dia pergi ke rumah Amanda beberapa hari lalu. Langsung tak ada orang. Menakutkan
Amanda tersenyum sendiri teringatkan semua perbuatan Dylan padanya. Lelaki itu benar-benar menjaganya dengan baik. Bagai mereka berdua adalah suami isteri. Amanda rasa jatuh cinta pada lelaki itu tapi pada masa yang sama, tetap diletakkan jurang di antara mereka berdua. Kedengaran pintu dibuka menarik perhatiannya, Senyum manis dari Dylan dibalas seperti biasa. "Nak keluar tak?" ajak Dylan teruja. Amanda mengangguk. Dylan berura-ura nak piggyback Amanda. Namun, saat telefon pintarnya berbunyi menghentikan perbuatannya. "Jap darling." Dylan melangkah ke balkoni. "Ciao Andea." (Hello Andea) Amanda pandang Dylan tidak berkelip. Gaya lelaki itu bersandar tubuh pada palang balkoni menarik perhatiannya. Perlahan mencairkan hatinya yang telah berputik cinta buat lelaki itu. Amanda senyum kecil. "Se quello che dice è vero, allora me lo racconti."(If what you say is true, then tell me)"suara lelak
Dylan memegang erat tangan Amanda. Mata-mata yang memerhati dibiarkan saja. Ada bisikkan cemburu kerana lelaki terkaya di dalam Itali kini telah mempunyai teman wanita. Tak sangka dalam diam Dylan menyimpan perempuan secantik Amanda. Amat sepadan pasangan berdua itu. Cantik dan kacak! "Kenapa semua orang tengok kita berdua lain macam?" "Vuoi sapere perché?" (You want to know why?) Dylan senyum kacak. Hampir kaum Hawa nak terpengsan kerana terkejut. Dylan tidak pernah senyum dan apabila tarikan bibir itu menampak, hati bagai terpaut dan terpesona. "Huh?" "Eri così bella..." (You were so beautiful)puncak hidung Amanda dicium berkali-kali. "Malulah orang tengok! Jangan nak buat hal depan orang ramai boleh tak?" suara Amanda tertahan dari marah saja. "Okay, okay aku dah tak kacau kau." Dylan angkat kedua tangannya. Menyerah. Amanda menjeling tajam Dylan. Sengihan menampak dari bibir itu. Amanda
"Svegliati Manda," (Wake up Manda) Pipi Amanda ditepuk beberapa kali. Sesekali rambut panjang itu diusapnya. Tepisan dari Amanda menyebabkannya ketawa. Perempuan kalau tidur dalam kereta memang tak ingat dunia eh? "Manda,siamo a casa." (Manda, we're home) Muka Amanda dicium bertalu-talu sehingga Amanda kerimasan. "Kita dah sampai, jomlah masuk." ajak Dylan lembut. "Saya malas nak berjalan...."rengek Amanda tanpa celik mata. Malasnya! "Okay." Dylan cempung tubuh Amanda masuk ke dalam rumah. Dibaringkan tubuh kecil itu di atas sofa. Tubuh sasa itu dibawa tindih tubuh kecil itu. Senyum kecil terkutik apabila Amanda masih enak tidur tanpa merasa terganggu dengan perbuatannya menggomol muka cantik itu. "Jom masak sama-sama nak?" ajak Dylan manja. "Mmh ... not now ... I'm still sleepy..." rengek Amanda tidak puas hati. Ditolak wajah lelaki itu dari dekat dengannya. "Se con me
Terasa dahinya basha dengan sesuatu gagahkan anak matanya celik. Dylan menebar pandangan ke sekeliling dengan muka berkerut seribu. Bunyi kuakan pintu, terjengul tubuh Amanda yang ada beberapa meter darinya. "Esci subito da casa mia. Per favore..." (Get out of my house right away. Please) Dylan capai duvet miliknya lalu dibungkus seluruh anggota tubuh. Mata dipejam rapat berharap agar kantuknya akan hadir kembali belenggu diri. Namun sayang, matanya kelihatan degil untuk terus segar tanpa ditutup. "Dylan..." "Lasciami stare porca." (Leave me alone) Dylan ketap kuat giginya, tilam dekat dengannya seperti dihenyak oleh seseorang dan tak lain, tak bukan itu adalah perempuan kesayangannya iaitu Amanda. Keluhan berat dilepaskan. Apabila diberikan kebebasan, kenapa Amanda memilih untuk mengambil peduli tentangnya? Kenapa tidak tinggalkan Dylan sendiri aje? "Saya nak jelaskan dekat awak apa yang cakapkan
Encik Jamal senyum sehingga menampakkan setiap barisan giginya yang tidak teratur. Kehadirannya dalam negara Itali memberikan rasa bahagia yang tak dapat hilang dari hatinya. Rancangannya hanya satu, dapatkan Amanda dari tangan lelaki tak guna itu. Sesuka hati membawa anak perempuannya ke sini. Tak akan sesekali dia benarkan lelaki itu membawa Amanda jauh darinya lagi. Tak akan! Bunyi nada dering telefonnya berbunyi, lantas diangkat saat tertera nama anak buahnya. "Hello!" "Hello tuan," Ahmad tahan suara dari kedengaran getar takut. "Asal? Jumpa tak apa yang aku nak? Aku harap jawapan yang kau berikan pada aku memuaskan hati, kalau tak aku akan bunuh kau malam ini juga." ugut Encik Jamal keras. "Maaf, tiada maklumat yang saya dapat." nafi Ahmad. Longlai kakinya untuk berdiri. Terlalu takut saat ini. Bukan takut pada Encik Jamal tapi pada lelaki yang sedang merenungnya ketika ini. "Kau memang tak guna! Kau dengar sini
"Jangan buat Manda macam ni papa, Manda merayu....jangan papa...jangan..." racau Amanda. Peluh merenik pada dahi manakala kedua tangannya mengenggam erat duvet yang membungkus diri. Teresak-esak Amanda menangis kerana mimpinya yang begitu menakutkan sekali. Bibirnya tidak sudah menyebut perkataan 'jangan'. "Jangan buat Manda macam ni....tolong...." rintih Amanda sayu. Dylan yang baru keluar dari bilik air terus menerpa ke arah Amanda. Pipi mulus itu ditepuk beberapa kali dengan rasa risau yang membelenggu diri. Sejak tadi dia mendengar racauan dan jeritan dari Amanda. Banyak kali jugak Amanda menjadi agresif begini. Bagai takut akan sesuatu dan Dylan tahu Amanda takut pada Papanya. Sedang alami mimpi yang sama rasanya. "You okay baby?" soal Dylan lembut. Amanda bangun secara mendadak dengan nafas naik turun. Tak lengah masa, tubuh sas