Share

BAB 3

Amanda bermain dengan hujung baju. Sesekali Dylan yang ada di sebelah dikerling. Raut wajah lelaki itu beku tanpa senyuman. Selepas makan, terus lelaki itu mengajaknya keluar berjalan-jalan. Yang aneh bagi Amanda adalah lelaki itu buatkannya passport. Amanda agak lelaki itu mahu membawanya keluar dari Malaysia dan Amanda akan pastikan rancangan lelaki itu tidak berjaya.

"Awak,"

"Hmm?" 

"Boleh tak awak berhenti dekat mana-mana tempat untuk saya buang air?" pinta Amanda lembut.

Dylan mengecilkan matanya. Pandang curiga padaku yang sedang memberi senyum manis padanya. Biarpun begitu, lelaki itu tetap mengangguk lalu dengan cekap, signal kiri diberi. Kereta mewah lelaki itu masuk ke tempat isi minyak. Parking saja kereta, Amanda dengan kadar pantas terus keluar dari kereta lalu masuk ke dalam tandas. Tandas hujung sekali diterpa lalu dikunci rapat. Mundar-mandirku mencari jalan untuk keluar. Sesekali dagunya diketuk dengan jari telunjuk.

"Macam mana aku nak keluar dari sini?" soal Amanda sendiri.

Amanda keluar dari tandas menuju ke sinki. Mukanya dibasuh lalu diraup kasar. Seorang perempuan yang berada beberapa meter darinya dipandang dengan anak mata bersinar terang. Umpama seorang penyelamat kalau begini. Mungkin boleh menolongnya. Ini saja cara yang Amanda nampak. Aku merapati perempuan itu.

"Awak pekerja dekat sini?" Terhenti tingkah perempuan itu dari mengemop lantai.

"Iye, saya?" jawab Sofia lembut.

"Boleh tolong saya?" Amanda buat muka sedih sekali pakej dengan anak mata berkaca. Harapnya berjaya tagih simpati perempuan ini.

"Tolong apa?" 

"Saya nak pinjam baju awak dengan tudung yang awak pakai." pinta Amanda terlalu berharap.

"Ada, kejap ya?" Amanda mengangguk laju.

Tak sampai beberapa minit, Sofia kini membawa tote bag miliknya lalu baju spare yang dibawanya diberikan pada Amanda. 

"Thanks..."

"Call me Sofia." Sofia hulur senyum manis.

"Saya Amanda, Manda." Amanda memeluk tubuh Sofia. Erat bagai tak nak lepas. 

"Tukarlah sekarang." suruh Sofia.

Amanda mengangguk sebelum menukar pakaian yang Sofia berikan. Setelah pakaian siap disarung, tiba masa untuk Diana memakai tudung sarung. Mengigil tangannya apabila cuba memakai tudung. Melihat mukanya pada cermin buatnya tergamam. Berbeza sekali mukanya kalau pakai macam ni. Amanda merapati Sofia.

"Sofia..."

"Cantiknya awak, Amanda." puji Sofia ikhlas.

"Terima kasih." ucap Amanda malu.

"Kenapa awak mesti tukar pakaian macam ni?" soal Sofia aneh.

"Saya nak melarikan diri dari seorang lelaki yang cuba menculik saya." Muka Sofia berubah takut. Culik? Biar betul?

"Kenapa tak laporkan pada polis?" soal Sofia beura-ura nak call polis.

"Tak apa,saya boleh uruskan semua ini. Okay?" pujuk Amanda lembut.

"Kalau awak cakap macam tu takpelah, saya harap tak ada apa-apa yang berlaku pada awak." Amanda memeluk Sofia untuk sekali lagi sebelum keluar dari tandas. Tak lupa jugak cermin mata hitam dipakainya. Berdebar hebat jantung apabila melalui jalan di depan Dylan. Nafas dihembus lega. Lelaki itu leka bermain telefon pintar. Baguslah kalau macam tu.

Aku berlari anak mencari sebuah teksi untuk pulang. Tangan setia melambai. Helaan nafas keluar dari bibir apabila sebuah teksi kini telah berhenti.  Tak lengah masa, aku terus memboloskan diri masuk ke dalam. Alamat rumah diberi. Menerima anggukan, dengan itu terus teksi keluar dari kawasan itu. Doa Amanda satu saja, semoga lelaki itu tidak ikut sampai rumah.

"Janganlah aku jumpa dia lagi... aku tak nak." rintih Amanda dengan nada sedih. Amat berharap!

"Kenapa cik? Gaduh dengan suami ke?"

"Bukan." bantah Amanda geram. Dylan suami? Memang taklah! Dengan perangai suka paksa dan beku macam tu, tak ada hati untuk Amanda jadikan lelaki itu sebagai suaminya. Mintak simpang!

"Cerita aje dekat saya masalah cik, mana tahu saya boleh tolong."

"Saya tak ada suami." Amanda cengkam kuat tali beg tote nya. Menahan rasa nak marah dan geram.

Melihat teksi kini telah elok berhenti di depan rumahnya,  Amanda keluar dari teksi. Sebelum tutup pintu, sempat lagi dapat ceramah dari pemandu teksi itu.

"Sabar, hidup berumah tangga bukan senang. Janganlah merajuk sampai balik rumah keluarga sendiri. Tak elok. Kalau boleh bincang, bincang dengan suami masalah. Barulah adil." 

"Maaf pak cik, saya tak bersuami lagi. Saya tak lari dari suami malah orang gila yang cuba culik saya. Pak cik jangan tuduh saya bukan-bukan. Saya tak suka!" bentak Amanda garang.

"Pak cik tak tahu. Sorry..." ucap Pemandu teksi itu serba salah.

"Tak apa, saya tak ambil hati pun." ucap Amanda separuh tak ikhlas.

"Kejap cik," Tak sempat nak melangkah lebih, lelaki tua itu memanggilnya.

"Kenapa pak cik?"

"Lima puluh sen lagi mana?"

"Saya dah bayar tadi kan?" soalku dengan garuan kepala tidak gatal.

"Ini bayaran untuk denda tidak mempunyai suami." Bulat mata mendengarnya.

"Kenapa pelik sangat denda pak cik?" Amanda dah mula menyesal naik teksi pak cik ini.

"Tu." Pemandu teksi itu juih bibir pada sebuah sticker yang di lekatkan pada pintu.

Terlopong Amanda membaca setiap isi kandungan denda.

Tanpa suami atau isteri dikenakan denda lima puluh sen,

Tanpa anak dikenakan denda seposen satu kepala,

Banyak lagi denda yang mengarut dibacanya. Aku menggeleng, rela dalam terpaksa, aku memberikan lima puluh sen padanya. Sengihan dengan gigi rongak menakutkannya. Lambaian diberi. Ketawa kecil terhambur melihat balasan positif dari Pak cik itu. Namun, tawaanku hilang saat anak mata beradu dengan anak mata tua milik papa.

"Pa..." seruku dengan suara bergetar takut.

"Kau pergi mana?" soal Encik Jamal dengan tali pinggang bersamanya.

Mata tua itu pandang sekeliling. Mencari kalau-kalau ada lelaki yang berani mencari hal dengannya itu. Sesuka hati mencium anak perempuannya tanpa kebenaran dan paling buat dia sakit hati, apabila lelaki itu keluar dengan Amanda. Sejak bila Amanda pandai keluar dengan lelaki ni?

"M...Ma-manda..."

"Manda apa?" ulang Encik Jamal dengan raut wajah tegang.

"Ma-manda keluar dengan kawan." Automatik kakiku mengundur beberapa tapak ke belakang. Takut pada Encik Jamal yang kian merapat. Melihat muka tegang itu dapat memberinya petunjuk bahawa aku akan dipukul untuk sekian kalinya.

"Lelaki atau perempuan?" Rahang Encik Jamal bergerak dengan dada turun naik nak marah. Tajam anak mata Amanda ditenungnya.

"L...le-lelaki."

Zap!

Kuat dilibas pada kakiku dengan tali pinggang tebal itu. Terpejam rapat mataku. Sakit dipukul atas salahnya yang satu ini. Jatuh terjelepok tubuhku kerana libasan maha kuat itu. Papa tak suka Amanda keluar mahupun rapat dengan lelaki. Hidupnya dikawal seketatnya agar tidak bersama mana-mana lelaki. Mengigil tanganku dengan rasa ingin tumbang. Harus bagaimana lagi Amanda lakukan agar tidak dimarah lagi? Papa selalu marah biarpun hanya hal kecil. Adilkah buatnya?

"Kenapa kau keluar tanpa kebenaran aku? Lelaki pulak tu! Aku tak ada dating bersama mama kau sampai mati dan kau memandai nak keluar kenapa? Nak tunjuk hubungan kau lebih manis dari aku? Macam tu?!" Kuat Encik Jamal menjerkah.

Zap!

Dilibas tali pinggang itu pada tubuh Amanda. Ringisan sakit dan rayuan dipekakkan tanpa berniat untuk berhenti. Sakit hati dengan anak perempuannya yang tak pernah mendengar kata. Bukan susah sangat, hanya perlu duduk di rumah dan luang masa bersamanya. Itu susah jugak ke?

"Salah ke Manda keluar? Sampai bila nak control Manda macam ni? Manda ada hak untuk atur hidup sendiri. Kenapa papa selalu pukul biarpun kesalahan yang Manda lakukan sekecil kuman saja? Kenapa? Papa tak sayang Manda ke?" soalku dengan muka berkerut rapat menahan rasa sakit. 

Zap!

Setiap libasan umpama mainan saja dalam hidupnya. Tak ada yang lebih memeritkan daripada dikenakan sampai begini sekali oleh ayah kandung sendiri. Alasannya Encik Jamal tidak pernah merasai kasih sayang apabila bersama mama. Kalau benar begitu? Kenapa duakan mama? Kenapa tidak hiraukan mama ketika sakit?

"Salah! Aku tak suka dan selamanya tak akan benarkan kau keluar. Aku pun tak pernah ada kesempatan bersama isteri aku dan kau! Kau tak patut diberi peluang untuk keluar dengan mana-mana lelaki. Aku nak kau merasa apa yang pernah terjadi dalam hidup. Hidup sengsara macam aku. Faham tak?!" Kuat Encik Jamal menjerkah.

Zap!

"Manda tak salah dalam hal ini. Semua ini salah papa sendiri, papa yang tidak hargai setiap detik masa bersama mama. Papa sibuk dengan perempuan lain dan sekarang papa nak salahkan orang lain dalam hidup papa? Papa jenis apa macam ni? Papa tak layaklah jadi papa Manda!"

"Manda!"

Tak semena tangannya ditahan oleh seseorang tanpa sempat melibas tali pinggang pada tubuh Amanda. Mengigil hebat tanganku menahan dari dipukul. Air mata umpama air terjun, begitu deras dan tak mampu untuk ku hentikan. Kepala diangkat untuk melihat empunya badan yang menjadi penyelamat. Terbeliak mata melihat Dylan kini berada di depanku. Menentang hebat anak mata tua milik Papa.

"A father should not abuse like this!" tekan Dylan kuat.

Tali pinggang dirampas dan dilempar menjauh. Kalau ikut hati, sekarang jugak akan dia bunuh lelaki ini. Tapi itu bukan caranya, Dylan akan bertindak andai lelaki tua ini bertindak lebih. 

"Children who grow up with prolonged abuse may develop what’s known as 'complex trauma', or C-PTSD. As Dr Bessel can der Kolk describes it, kids with complex trauma develop a view of the world that incorporates their betrayal and hurt. They anticipate and expect the trauma to recur and respond with hyperactivity, aggression, defeat or freeze responses to minor stresses.” Dylan menjelas dengan muka ketat sekali. 

Raut wajah Encik Jamal nampak biasa. Tak terkesan langsung dengan penjelasan dari Dylan. Tak semena tubuhnya ditolak tanpa sempat menarik tangan anak perempuannya.

"Non ti permetterò di ferirla."(I won't let you hurt her)

Dylan mara ke depan dan automatik kaki tua itu mengundur ke belakang menjauhi lelaki itu. 

"Amanda anak perempuan aku, aku tak benarkan kau ambil dia tanpa kebenaran aku. Kalau kau berani, aku akan laporkan pada polis atas perbuatan kau!" ugut Encik Jamal dengan senyuman sinis.

"Mi credi veramente cosi stupida?"(You really think I'm so stupid?) Dylan ikut sama menyinis.

"Se lo dici, ti ammazzo"(If you say so, I'll kill you) ucap lelaki itu keras dengan suara di celah gigi.

Gerun Encik Jamal mendengarnya. Biarpun tidak mengerti apa yang dikatakan lelaki itu, tapi aura gelap lelaki itu memenuhi segala ruang yang ada dan makin lama mematah semua kekuatannya. Lelaki ini nampak begitu berkuasa dengan anak buahnya yang ramai dan Encik Jamal percaya lelaki ini bukan calang-calang orang yang boleh dilawan begitu saja.

"Kau cakap apa ni? Aku tak faham." Encik Jamal makin geram dengan bahasa asing yang diguna lelaki itu.

"Bahasa ibunda."

"Ibunda?"

"Itali."

Encik Jamal terkejut beruk. Jauh sekali perjalanan lelaki ini dan nyata, di sini sudsh terbukti dengan jelas lelaki ini seorang berada yang berharta. Anak matanya bertemu dengan Amanda. Bagaimana Amanda bisa dapat lelaki sehebat ini?

"Kau tetap tak boleh ambil anak perempuan aku. Dia adalah hak aku untuk dijaga dan tak layak untuk lelaki macam kau menjaganya."

"Che vuol dire?"(What does it mean?) tarikan bibir Dylan kian sinis.

Dylan angkat kedua keningnya. Muka blur dari Encik Jamal tidak diambil peduli. Sekelip mata, leher itu dicekik kuat sehingga nafas lelaki tua itu hilang. Terbatuk-batuk kerana tidak mampu bernafas dengan baik. 

"Jangan Dylan..."Amanda menegah. Cuba angkat tubuh bangun agar dapat menolong papanya. Tapi sayang, tubuhnya jatuh berkali-kali.

Dylan melirik Amanda seketika sebelum pandangan dibawa bertemu Encik Jamal.

"Sto solo cercando di prendermi cura di lei."(I'm just trying to take care of her.)bisik Dylan lembut namun terselit serius dari nadanya.

"Salah ke aku cuba jaga anak perempuan yang kau nak buang ni? Salah ke aku bagi seluruh cinta dan sayang aku pada perempuan yang selamanya aku jadikan dia milik aku? Huh?"

"Aku tak mahukan kau menjadi suaminya. Aku akan mencari lelaki yang lebih baik berbanding manusia kejam macam kau!"

Muka Amanda berkerut seribu. Tak dapat dengar dengan jelas apa yang mereka sedang bicarakan. Mereka berbisik bagai sengaja tak nak bagi Amanda dengar semua yang dibicarakan. Adakah tentang Amanda?

"Kau atau aku kejam?!" jerkah Dylan lantang dengan anak mata berubah hitam.

Makin kuat leher itu dicekik. Merah menyala mukanya kerana amarah yang tidak dapat dikawal. Hampir mati Encik Jamal kerana hilang nafas, nasib baik rintihan Amanda dapat menghentikan perbuatannya. 

"Jangan Awak... lepaskan leher papa saya. Tolong awak..."Tumpah air mataku menyaksikan papa hampir mati di depan mata.

"Kenapa kau tetap buat baik dekat manusia yang dah pukul kau? Papa kau tak patut hidup. Elok aku matikan saja. Ada anak bukannya nak hargai tapi lebih memilih untuk menyakiti. Sungguh tidak layak digelar seorang ayah." ucap Dylan sinis.

Amanda teresak-esak menangis. Air mata tak lekang dari matanya. Senyum pahit diukir apabila anak matanya melekat dengan anak mata papanya.

"Seorang ayah..." Amanda gigit kuat dalam pipinya. Menguatkan diri.

"Biarpun beribu kali kejahatan dilakukan, tetap dia adalah ayah kandung saya. Ayah yang menjaga saya sejak dari kecil sehingga dewasa. Memukul sehingga saya mengajar diri agar tidak lagi lemah mahupun lembik dalam kehidupan." Dylan kelihatan tergamam. Tak berkelip mata pandang Amanda yang jelas kuat di depan matanya.

"Saya takkan berdendam sebab saya tahu, hadirnya seorang ayah yang pemukul bersebab. Mungkin papa nak Manda sentiasa kuat kan?" Amanda mengetap kuat giginya. Encik Jamal buat tak tahu aje. Lelaki tua itu siap buat muka tak bersalah. Papa tak pernah berubah. Amanda kecewa...

"Stay with me, Manda."

Dylan mencempung tubuh Amanda masuk ke dalam keretanya. Setia anak buahnya menghalang Encik Jamal dari mendekat.

"Manda..." Amanda angkat kepala. Merah mukanya apabila kedua pipinya dicium lelaki itu.

"Aku akan jaga kau." ucap lelaki itu dengan genggaman tangan erat. 

Amanda tidak membalas. Anak mata setia melekat pada papanya. Benarkah perbuatannya ini?

Apa yang Amanda tahu adalah, I have nothing to fear. I trust in him

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status