Share

BAB 7

Bab 7

"JANGAN takut." Alqard berbisik di tepi telinga. Pistol yang pemegangnya berwarna coklat keemasan itu bertukar tangan. Dia meletakkannya di dalam genggaman Shayra dan memaksa gadis itu memegangnya.

Wajah lelaki itu dipandang. Tangannya menggigil. Ini pertama kali dia memegang senjata yang dibuat dari logam itu. 

Alqard biasa mengajarnya secara teori sahaja. Cara memegang dan perkara-perkara penting tentang pistol, bukan memegangnya.

"Ke... kenapa?" Dia menyoal.

"Kau kena bersedia kalau ada musuhku yang datang menyerang," jawab Alqard. Beberapa botol kosong disusun di atas sebuah meja yang terletak sedikit jauh. 

"Kau tembak gelas-gelas tu semua." Bahu Shayra dipegang dan dia membetulkan pegangan Shayra yang kelihatan goyah. 

"Pastikan kau sasar botol, kena lurus. Jangan alih pandangan." Tanpa memperdulikan keadaan Shayra, dia terus mengarah gadis yang sedang ketakutan itu.

"A... Aku takut." Bibirnya dikemam. Air yang bergenang di kelopak mata dibiarkan jatuh satu demi satu menuruni pipi. Pistol yang diberi oleh Alqard tadi dibuang ke bawah, disambut oleh rumput hijau. Alqard yang sedang berdiri di belakangnya ditolak tanpa sengaja.

"Are you fucking joking? Tunang bakal ketua mafia New York menangis? Fucking weak whore!" Rambut Shayra ditarik sehingga tubuhnya membengkok ke belakang. Mata lelaki terbuka besar. Bahagian putih matanya berubah merah. Rahangnya bergerak-gerak.

Kedua belah tangan memegang tangan Alqard yang masih mencekak rambutnya. Terasa kulit kepala sakit bagai dicucuk dan panas. Bibir bergetar, namun tangisan yang hampir terlepas dari bibir itu ditahan sebaik mungkin. Hukuman lelaki itu akan menjadi lebih berat sekiranya dia menangis.

"S... sakit Qard. Please." Rayuan hadir bersama air mata tatkala dia terdengar cemuhan Alqard. 

"Kau pilih." 

Hujung pistol yang sejuk terasa di kepala. Mata Shayra terbeliak. Alqard memang gila!

"Kau nak mati atau aku tembak sampai bersepai otak kau di lantai."

Alqard menolak kepalanya dengan hujung pistol itu. Mata lelaki itu memandangnya tajam, bagai hujung mata pisau. pinggangnya dirangkul dengan kedua belah tengan. Kuku Alqard mengigit kulit yang terdedah di bahagian pinggang.Dada sasa lelaki itu cuba ditolak mengganakan telapak tangan, tetapi hampa. Kemarahan Alqard terasa membahang di wajah Shayra.

Walaupun takut, pistol yang dicampak jatuh tadi diambil dengan hati yang berat dan tangan yang menggetar. 

Wajah Alqard dipandang bersiloh ganti dengan pistol yang dia pegang. Hatinya menggesa agar kesempatan yang hadir itu digunakan untuk melepaskan diri dari penjara emas milik lelaki kejam.

Pandangannya melata, pengawal berdiri di setiap satu sudut. Dia mungkin mati, tetapi bukankah itu lebih baik dari terperangkap bagai burung di dalam sangkar? Tetapi dia menggeleng, ini tindakan pengecut. Dia yakin, masanya akan tiba nanti.

"Aku kata tembak!" Suara Alqard meletup di telinga.

Tubuh dipusing dan tangan dipasak besi. Tanpa melihat sasaran, kunci pada pistol dibuka dan picu ditekan. Badannya sedikit tertolak ke belakang ketika tembakan dilepaskan.

Bang!

Mata terbuka luas. Dada berdegup laju dan tubuh yang berbaring tadi terus terbangun dan duduk belunjur. Selimut yang menutup badan sudah jatuh ke bawah dan alas katil sudah tidak sekemas ketika dia tidur. Baju tidur yang membalut badan juga dibasahi peluh

Mata melingas melihat ke kiri dan kanan. Setiap sudut dilihat, takut lelaki yang menghantui mimpinya itu bersembunyi. ledua belah tangan menutup telinga. Ketakutan mencengkam hati, menjalar ke seluruh tubuh ketika bilik yang tidak biasa dilihat menyambut pandangan. 'ini bukan bilik aku.'

"Qis!" 

Suara abang Am.

Baru dia teringat. Malam itu dia keluar makan bersama Kak Rina dan kakak iparnya itu mengajak di tidur di rumahnya. 

Pintu diketuk kuat sebelum bunyi berdentum memenuhi ruang. Pintu yang menutup bilik tadi tercabut dari engsel.

Amran melihat seluruh bilik. Tingkap juga diperiksa. Masih terkunci. Tubuhnya Qistina dipandang ddari jauh.

"Kenapa Qis menjerit?" Soalnya perlahan dipenuhi perasaan risau. Jeritan Qistina dapat didengar dengan jelas dari biliknya. 

Menjerit? Qistina tidak mampu berfikir lagi. Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi. Halal dan haram dibuang ke tepi. Qistina bingkas bangun dan meluru kepada Abang Amran. Tubuh sasa itu dipeluk tangisan dibiar keluar. Dia berasa selamat kini.

"Kenapa dia tak benarkan Qis hidup?" Soalnya dalam sisa tangisan. Bibir bergetar. Mimpi yang dilihat tadi adalah cebisan kenangan masa silamnya. 

Amran biarkan sahaja Qistina menangis. Rambut hitam gadis itu yang separas bahu dilurut lembut. Dia menarik nafas lega selepas mengetahui Qistina selamat. Ia hanya mimpi buruk.

"Siapa?" Dia kurang pasti orang yang dirujuk oleh Qistina.

"Alqard. Dia seksa ketika hidup dan datang dalam mimpi selepas mati. Bila Qis akan bebas?" Soal gadis itu sambil memejam mata. Semangatnya yang kuat hilang tatakala mimpi ngeri itu hadir, mengingatkan sebahagian kenangan masa silam itu.

"Dia hanya boleh seksa dalam mimpi, Qis. Jangan takutkan dia lagi."

"Cebisan kenangan tu susah nak dikikis Abang Am. Qistina atau Shayra sama sahaja,  lemah dan tahu menangis sahaja." Qistina meleraikan pelukannya. Air mata hampir mengering.

"Tidak salah menangis. Tidak salah juga mengaku kelemahan. Setiap manusia itu ada kelemahannya. Tetapi hati adik abang ni tabah. Jika tidak, pasti sudah lama nyawa melayang dari badan." Dia memandang wajah Qistina. Tidak sangka pula mimpi tentang seksaan Alqard masih menghantui Qistina.

"Abang ada malam tu." Dia mengambil tempat duduk di birai katil.

Dahi Qistina berkerut.

"Malam dia hampir..." Amran berdehem.

Qistina faham malam yang dimaksudkan oleh Amran. Dia juga mengambil tempat duduk di atas katil.

"Abang dah tekad masa tu. Biarlah adik abang mangsa terakhir Alqard. Gadis yang abang tengok dalam bilik malam tu akan diselamatkan walaupun abang harus bergadai nyawa."

Qistina mengunci mulut buat seketika. Malam lima tahun lalu kembali ke kotak memori. Hanya dia dan Abang Amran tahu kejadian pada malam itu. 

"Terima kasih Abang Am. Tanpa abang Am, mungkin Shayra betul-betul mati dan Qistina tidak wujud." 

Amran mengorak senyum. "Jangan fikir yang bukan-bukan lagi. Hari pun hampir siang. Subuh tak lama lagi. Nanti kita solat subuh berjemaah, ye?"

Selesai solat subuh, Qistina ke studio kickboxing milik Ram. Lelaki itu sudah berjanji akan membawanya ke tempat berlangsungnya perlawanan tidak berlesen itu. 

Pagi itu dia hanya mahu berlatih tanpa pasangan. Wajah Zack dipandang. Bibir lelaki itu yang pecah sudah baik.

"Aku anggap kau lemah." Zack menghulur tangan, mahu bersalam tetapi Qistina menggeleng.

"Tak apa, aku faham. Lagipun kau baru lagi. Banyak masa untuk belajar."

Zack tersenyum.

"Baik, masa tu kita buat perlawanan semula. Satu lagi, kau bukan lemah. Kawan lawan yang harus digeruni." Zack meletak di jari di dahi, memberi tabik hormat sebelum masuk ke dalam gelanggang bagi meneruskan latihan.

"Malam ni jangan lupa." Qistina mengingatkan Ram yang keluar dari pejabatnya. 

"Kau akan biarkan aku lupa?" Ram tersengih. Gadis itu telah meletakkan peringatan bersama loceng untuk perlawanan malam ini yang akan dihadiri bersama Qistina. Jadi, walaupun dia mahu, malam ini pasti tidak boleh dilupakan.

Comments (1)
goodnovel comment avatar
Noraelim Elin
rasa puas hati
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status