Share

BAB 8

Bab 8

"ALPHA ONE." Ram bersuara sambil menekan sebuah tolok. Seketika kemudian di bahagian atas, lubang berbentuk segiempat itu terbuka.

"Secret code?"  Hanya mata yang kelihatan dari lubang yang kecil itu. Qistina segera memegang lengan baju Ram. Sedikit sebanyak ia mengingatkan dia tentang zaman lampaunya.

"Tiga belas, satu dan lapan belas. Sagittarius.  Cipher," balas Ram. 

Suara dari dalam itu kemudian meminta agar Ram mendekati lubang yang terbuka itu.

"Retina scan," jelas Ram. 

Selepas itu barulah pintu besi itu dibuka dari dalam. 

"Semua tu langkah keselamatan. Bukan semua boleh hadiri perlawan. Kena ada kod rahsia dan pas yang hanya boleh dapat dari aku atau partner aku." Ram melambai seorang rakan yang memanggil namanya.

"Walaupun kau?" Bibir Qistina sedikit terjungkit. 

"Walaupun aku. Security memang ketat," jawab Ram bangga. 

"Bagaimana dengan fighter?" Jari Qistina menunjuk ke arah sekumpulan lelaki berbadan tegap yang sedang bercakap sesama mereka. 

"Itu bukan fighter. Itu bouncer aku." Tawa kecil terlepas dari bibir Ram. Dia menggeleng seketika sebelum mengajak Qistina masuk ke pejabatnya. 

Kunci dikeluarkan selepas Ram menekan beberapa nombor di papan kekunci bersebelahan pintu masuk pejabatnya.

Ram tersenyum sebelum membuka sebuah fail. 

"Semua fighter kena tandatangan satu akuan. Mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Tak boleh salahkan kami jika ada kecederaan parah." Jeda seketika. 

"Mereka juga akan mempunyai bilik rehat sendiri sebelum perlawanan. Setiap pertarung juga mempunyai jurulatih sendiri," sambung Ram seketika kemudian. 

Dia meneliti setiap maklumat mereka yang ingin menyertai kelabnya sebagai pertarung. Mereka harus mempunyai kemahiran seni mempertahanlan diri yang baik. Hampir setiap pertarung ini mempunyai penaja yang menjaga kebajikan mereka. Jadi hasil taruhan yang diterima nanti akan mereka kongsi bersama penaja mereka.

"Keselamatan? Maksud aku ambulan dan doktor. Ada tak disediakan?"

"Biasanya tak ada. Tetapi aku juga ada penaja. Jadi doktor dan ambulan memang tersedia."

Qistina mengangguk. "Jadi semua fighter tu ada rawatan kecemasan. Bagaimana pula jika aku nak jadi fighter?" Soal Qistina tanpa menunjuk sebarang reaksi wajah.

Jantung Ram seperti terhenti berdegup dan rahangnya bagai jatuh ke lantai. 

"Kau jangan main-main Qis. Lagipun sini hanya ada empat peninju wanita. Badan mereka..." Ram menunjukkan legannya yang berotot.

"Macam aku."

Shayra mencebik. Meja itu diketuk dengan hujung kuku sebelum dia berdiri. "Aku guraulah. Jom, aku nak tengok persiapan."

Ram menarik nafas lega. Sudahlah dia membawa gadis itu ke kelabnya tanpa pengetahuan Amran. Malahan Amran tidak tahu menahu tentang kelab yang dibuka hampir enam tahun lalu. 

Ia dibuka sebelum dia bertemu dengan Amran kembali. Dahulu dia juga seperti Amran, menyertai kongsi gelap. Selepas keluar dari penjara, dia ke Pulau Carey Blue. Tempat berlangsungnya perlawanan ini adalah impian pertamanya. Kedua, gym yang dimiliki bersama Amran.

PAGAR besi dipasang, agar penonton tidak masuk ke gelanggang perlawanan. Gelanggang pula bukan seperti gelanggang tinju, ia berbentuk dom, separuh bulat. Beberapa krew yang digaji oleh Ram sudah mula mengambil wang taruhan. Terdengar suara mereka menaikkan wang taruhan dan penonton yang menjerit-jerit menyebut nama pejuang yang mereka sukai.

Menurut kata Ram, stadium tertutup  yang terletak di bawah tanah itu sepatutnya siap sepuluh tahun dahulu. Tetapi disebabkan oleh beberapa masalah, ia menjadi projek yang terbengkalai.

Shayra membuang pandang. Hanya separuh bangunan itu yang siap, separuh lagi memang kelihatan bagai belum siap. 

"Macam sikit lagi je nak siap," komen Shayra.

"Betul, sebab tu selamat. Tak ada cerucuk yang bahaya atau benda tajam."

"Jom," ajak Ram. Dia mempunyai tempat duduk khas. Beberapa pasang mata memerhati Ram yang pertama kali membawa seorang wanita ke gelanggang perlawanan itu.

Qistina pula memerhati kawasan sekeliling. Semuanya kelihatan seperti kawasan perlawanan yang sering dia tonton di kaca televisyen. Bezanya, Ram tidak punya permit untuk mengacara perlawanan. 

Loceng berbunyi dan kelihatan seorang lelaki tegap keluar dari sebelah kiri. Dia menyarung seluar berwarna hitam. Penonton yang melihatnya pula bersorak, menjerit-jerit menyebut satu nama. "Killer! Killer!" Keadaan berubah bingit. 

Ada penonton mengibar bendera merah bersama nama 'killer' tertulis di atasnya. Penonton wanita juga tidak kurang, melayangkan ciuman buat lelaki yang bakal beraksi sebentar lagi.

  

Beberapa lelaki berpakaian hitam mengawal penonton. 

"Itu bouncer yang aku sebut tadi." Jari Ram tegak menunjuk kumpulan lelaki yang berwajah bengis sambil memberi arahan kepada penonton.

"Siapa Killer tu?" Qistina menekup telinga.

"Dia tu namanya Chia. Tiga tahun lalu dia kata nak jadi fighter. So, aku beri peluang. Sekarang dia di antara fighter yang paling banyak dapat duit. Paling kurang-" Ram menunjuk lima jari sebanyak dua kali

"Sepuluh ribu. Sepuluh peratus kepunyaan kelab. Selebihnya hak dia dan penajanya jika ada."

 Qistina mengangguk.

Tiba-tiba lagu berentak hip hop bergema. Qistina memandang ke kiri dan kanan. Ram menunjuk kawasan di sebelah kanan.

"Gelaran dia hip breaker." 

Serentak dengan pengenalan yang diberi oleh Ram, penonton mula bersorak. "Breaker! Breaker!"

Kawasan tengah-tengah dom itu diterangi cahaya. Seorang lelaki berpakaian kemas memperkenalkan diri sebagai pengadil dan juga juruacara perlawanan. 

"Beri tepukan untuk kedua-dua fighter kita pada malam ini. Di sudut sebelah kanan adalah juara bertahan, The Killer. Manakala sebelah kanan adalah Hip Breaker. Keduanya-duanya hebat." Juruacara bernama Michael itu tersenyum sebelum menyambung bicara.

"Seperti biasa, peraturannya hanya ada satu. Mana-mana fighter yang rasa sudah tidak mampu bertahan, sila tepuk lantai sebanyak tiga kali." Loceng berbunyi dan juruacara itu bergerak keluar dari dom. Dia hanya memerhati dari luar.

Perlawanan itu kelihatan agak berisiko. Ini kerana kedua-dua peninju tersebut hanya memakai helmet kepala dan juga sarung tinju. Selain itu tiada alat pelindung diri yang biasa dipakai oleh Qistina. Itulah elemen yang menjadi sebab orang ramai berkerumun. Mereka mahu lihat perlawanan yang lasak.

"Hanya fighter perempuan pakai pelindung. Lelaki tidak diwajibkan. Satu lagi, di sini fighter boleh memilih untuk menggunakan mana-mana teknik pertahanan diri. The killer mahir dengan Brazilian jiu-jitsu. Hip breaker pula gunakan capoeira dan tekniknya sendiri," jelas Ram panjang lebar.

Ketika itu Qistina sudah tenggelam dalam keasyikan menonton perlawan yang ganas itu. Tiada langsung had atau undang-undang yang mengawal kedua-dua lawan.  

Dua pusingan sudah berlalu, namun kedua-dua lelaki yang masih berlawan di dalam gelanggang itu kelihatan masih belum mahu mengaku kalah walaupun muka dan tubuhereka sudah lebam dan berdarah.

Dia memerhatikan gerakan lelaki yang dipanggil the killer itu. Langkahnya kelihatan kemas. 

The hip breaker pula kelihatan seolah-olah menari. Langkah lelaki itu menyebabkan dahi Qistina berkerut. Dia belum pernah melihat seni mempertahankan diri yang ditunjukkan. Pada pandangan kasar Qistina, lelaki berseluar merah itu seolah-olah tidak serius. Dia bergerak ke kiri dan kanan, tangan juga berayun. Gerakan kakinya membuat langkah segitiga berulang-ulang. Namun, sekali dia menyerang, ia kelihatan padu dan tepat pada sasaran.

Mulut ditekup saat dia melihat lelaki berseluar merah itu berpusing, tangan di lantai dan kakinya di atas, pinggang dipusing dan kedua kakinya menendang dada The Killer sehingga lelaki itu  terjatuh. Kesempatan itu diambil dan dia berdiri di atas tangan sekali lagi sebelum berpusing dan kakinya menghempap kaki The Killer sehingga juara bertahan itu menjerit kesakitan. 

"Itu sebab namanya hip breaker." Ram menepuk tangan.

"The Killer tu masih nak berlawan?"

Soalan Qistina tidak dijawab oleh Ram. Jarinya hanya menunjuk The Killer yang dibawa ke sudut kanan gelanggang yang dipagari besi itu. Orang ramai mula mengeboo ada juga yang bersiul, memberi semangat kepada the killer yang hampir mengalah.  Loceng dibunyikan menandakan waktu rehat tamat dan kali ini The Killer menggeleng.  Dia kelihatan sukar untuk berjalan.

"Jadi malam ini The Hip breaker menang?" 

Ram tertawa kecil. "Dua-dua menang. Sebab perlawanan hari ini kedua-dua mereka sudah membuat perjanjian. Wang pertaruhan dibahagi dua. Itu urusan mereka. Bagi aku, penonton hari ini enjoy pun sudah cukup."

"Macam mana kau tahu?"

"The Killer tak mudah mengaku kalah. Aku dengar dulu pengajarnya adalah seorang lagenda dunia perlawanan underground. Rekodnya bersih. Dia selalu menang. Namanya The E. Tiba-tiba dia hilang dan namanya bagai dilupakan dari arena ni." Ram menjungkit bahu. Dia juga belum pernah bertemu dengan lelaki yang dikatakan lagenda itu. Malahan anak murid lagenda itu sendiri tidak bertemu selepas kali terakhir mereka berdua bertemu di gelanggang.

"Tak pernah kalah?" Mata Qistina membulat.

Ram mengangguk laju. Beberapa lelaki berbaju hitam melambainya. Mereka menunjuk sebuah bekas berwarna hitam juga. Qistina hampir pasti ia berisi serbuk putih yang mengkhayalkan.

"Kenapa kau nak jual tu?" Soal Qistina selepas keduanya membisu seketika.

"Setiap orang ada sebabnya Qis. Aku terjebak kerana salah percaturan ketika aku nak buka underground club ni. Mereka datang beri duit.  Apabila aku tak mampu bayar, mereka tawar alternatif.  Jual atau mati." Dia tidak berbangga dengan keputusan yang dibuat pada waktu dia kesempitan wang dahulu. Dunia perlawanan tidak berlesen ketika itu amat popular dan ia cara senang mendapat duit.

"Aku juga pernah hidup dalam dunia kau sebut tu. Malahan pernah deal dengan pembekal. Ia memang perniagaan yang menguntungkan tetapi atas kebinasaan orang lain." Bibir ditarik.

"Tak mudah mahu keluar sekali kau sudah masuk Qis. Kau lebih tahu dari aku. Lagipun aku sudah ada pelanggan tetap." Ram menghembus nafas yang panjang. Kini selepas beberapa tahun terjerumus dalam jala jenayah yang dia cipta sendiri buat kali kedua, dia menyesal.

"Aku faham tetapi bukan bermakna aku setuju." Bahu Ram ditepuk.

"Aku hantar kau keluar dulu. Jadi selesai, ya?"

Qistina tersenyum. "Ada sesuatu yang aku fikirkan. Nanti aku khabarkan bila kita bertemu." 

Jawapan Qistina membuat hati Ram berdetak laju. Apa lagi yang gadis itu mahukan?

‐--‐--‐----‐-------------------------------‐----------------------------

Assalamualaikum  dan salam sejahtera. Maaf kerana lambat update. Ada hal kecemasan. 

dua-dua seni mempertahankan diri yang dinyatakan adalah dari Brazil. penyelidikan sedikit tentant dunia underground fighting. tetapi Pulau Carey Blue ni pun fantasi kan? jadi maafkan jika ada sedikit kesilapan.

Diharap bab ini seperti yang diharap oleh pembaca. Apa pendapat anda tentang cerita ini sehingga bab 8? 

Terima kasih kepada anda yang sudi membacanya. Bab 9 on the way ya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status