All Chapters of Eleftheria (BAHASA MELAYU): Chapter 1 - Chapter 10
21 Chapters
BAB 1
Bab 1  DIA bersembunyi di balik pintu amari yang tertutup. Jeritan suara seorang lelaki yang memanggil namanya membuat seluruh tubuh Shayra mengigil.  Lutut dilipat kemas dan rapat ke dada dan wajahnya disembamkan di kepala lutut.  Tangisan yang hampir terlepas dari bibir itu cuba ditahan dengan menekup mulut. Badannya menggigil menahan ketakutan yang menjalar ke segenap urat. Debaran jantung pula begitu kuat sehingga boleh didengari di telinganya. "Shayra. Baik kau keluar." Suara lelaki yang dia takuti itu meletup sehingga dia hampir terlompat. Kedengaran bunyi tapak kaki lelaki itu menghampiri tempat dia bersembunyi.  Dia cuba mengensot ke belakang takutnya dia usah dikata. Bibirnya sudah bergetar. "Kenapa kau susah nak faham?"  Bunyi kaca jatuh berderai menyapa telinga. Kemudian satu demi satu perabot di dalam bilik itu ditolak, mencarinya. Hati Shayra sudah semakin mengecut
Read more
BAB 2
LIMA TAHUN SELEPAS ITU. SETIAP satu wajah polos itu ditenung sebelum dia kembali mengukir senyum. Helaian kisah donggeng  si gadis berhud merah itu diselak.  Topeng serigala diletak di hadapan wajah. "Ohh, lihatlah betapa tajamnya gigiku."  "Takutnya cikgu." Ben bersuara. "Kenapa?" Soal Qistina. Topeng serigala itu dialihkan dari wajah. Kening sudah bertaut di tengah.  "Serigala tu gigi tajam. Nanti dia makan red riding hood tu?" Anak kecil sekitar usia lima tahun itu bersuara menyampaikan pendapat. Senyum yang hampir terukir di wajah itu hilang sekelip mata. Mahu sahaja dia khabarkan ada makhluk yang lebih menakutkan daripada serigala yang bergigi tajam itu. Giginya tersusun cantik dan kukunya tidak setajam kuku mana-mana binatang liar. Makhluk yang dikatakan itu berakal dan sangat pandai menyembunyikan kejahatannya. Makhluk yang bergelar manusia. "Kita tak perlu takut den
Read more
BAB 3
Bab 3 MAJLIS atau apa-apa sahaja keadaan di mana orang ramai berkumpul, masih cuba dijauhi sebaik mungkin. Hanya disebabkan majlis ini berkaitan Abang Amran sahaja yang menyebabkan dia hadir walaupun hatinya berat.  Riya, adik kepada Kak Rina sedang tersenyum di atas pelamin. Mata yang terpancar cahaya kegembiraan itu bertemu dengan pasangannya. Terpancar cahaya cinta dari pandangan itu. Qistina mengeluh perlahan. Satu masa dahulu, dia juga melihat impian yang sama. Hidup bahagia bersama lelaki yang akan menyempurnakan dia.  "Khayal tentang apa tu?"  Suara garau Abang Amran menyentak Qistina keluar dari rentetan fikiran yang sedang berlari di mindanya. "Tak ada apa. Qis hanya berdoa agar Riya bahagia." Dia cuma menayang senyum. Alas meja tempat makan itu digulung-gulung, mahu melarikan pandangan dari bertemu dengan mata coklat milik Abang Amran. "Qis pun boleh berbahagia seperti dia." Suara itu l
Read more
BAB 4
Bab 4 WAJAH Aisy yang sedang diulit lena itu dipandang. Hanya anak itu tinggal sebagai kenangan daripada Marissa yang meninggal enam bulan lalu. Kehidupan seorang Eijaz berbeza sekali sebelum kehadiran Marissa. Wanita itu membuat hati yang kosong  dan dipenuhi kegelapan itu mula belajar menyintai  orang lain selain diri sendiri.  Cinta Marissa menarik dia keluar dari kegelapan. Awalnya, banyak dugaan yang menghalang. Dia mahu berputus asa.  Tetapi wajah Marissa berjaya  membuat dia berjalan ke hadapan tanpa memandang ke belakang. Dunia gelap itu sudah lama hilang dan menjadi kisah silam. Oleh itu, dia mula bekerja keras demi untuk membahagiakan Marissa yang sanggup hidup bersama dengan dia. Flashback Sebut sahaja E, semua kenal. Kerjanya memukul dan demi duit dia sanggup buat apa sahaja. Sehingga dia diberi gambar Marissa. Gadis itu harus diugut agar menarik kembal
Read more
BAB 5
Bab 5 EIJAZ kembali ke pejabat selepas menghantar Aisy. Dia hanya berharap segalanya berjalan lancar. Nasib baik cikgu yang bernama Qistina itu pandai bermain dengan emosi Aisy. Dia menunggu di luar pintu tadika sebelum berlalu pergi, takut anak kecil itu melakukan sesuatu di luar jangkaan. "Tuan, butik kita di pulau ni sudah mula popular." Ketua jabatan jualan membuka bicara si dalam mesyuarat bulanan itu. Fail berisi unjuran jualan itu diteliti. "Bagus," puji Eijaz. Mata mengerling waktu di jam tangan.  Takut pula dia terlupa memgambil Aisy. Mahu panjang sedepa mulut anak lelakinya nanti. Sudahlah dia berjanji macam-macam pagi tadi. Fokusnya hampir terganggu. "Tapi, kita ada masalah logistik. Shipment kain tersangkut akibat kita lambat bayar." Lelaki yang memberi laporan itu menunduk.  "Lambat bayar? Terangkan." Suara Eijaz berubah keras. Belum pernah dia hadapi masalah begini. "Mereka beri invois yang salah, lain dari purc
Read more
BAB 6
Bab 6"RAM." Nama lelaki spesis mulut koyak itu dilaung. Pandangannya dibiarkan melata, melihat seluruh arena itu. Beg hitam yang disandang itu dimasukkan ke dalam lokar. Hampir seminggu dia tidak datang ke arena gusti itu disebabkan amaran yang diberi oleh abang Am. Hari ini dia datang pun curi-curi. Jika ia sampai ke pengetahuan lelaki yang dianggap sebagai abang itu, mahu berdarah telinganya nanti. Tetapi semua itu diabaikan kini. Seminggu duduk tanpa berlatih menjadikan badannya lesu dan tiada siapa yang lebih baik dari Ram untuk menjadi tempat dia melepas geram yang terbuku di hati.Nama lelaki berambut kerinting itu dilaung sekali lagi. Pandangan semacan peninju yang berada di dalam gelanggang diabaikan.Usia Ram atau Ramlan hampir sama dengan Abang Amran. Namun lelaki itu memintanya agar memanggilnya dengan nama sahaja. "Kau ni," gumam Ram. Dia menghela nafas yang panjang. Remaja lelaki yang sedang dilatih itu di
Read more
BAB 7
Bab 7"JANGAN takut." Alqard berbisik di tepi telinga. Pistol yang pemegangnya berwarna coklat keemasan itu bertukar tangan. Dia meletakkannya di dalam genggaman Shayra dan memaksa gadis itu memegangnya.Wajah lelaki itu dipandang. Tangannya menggigil. Ini pertama kali dia memegang senjata yang dibuat dari logam itu. Alqard biasa mengajarnya secara teori sahaja. Cara memegang dan perkara-perkara penting tentang pistol, bukan memegangnya."Ke... kenapa?" Dia menyoal."Kau kena bersedia kalau ada musuhku yang datang menyerang," jawab Alqard. Beberapa botol kosong disusun di atas sebuah meja yang terletak sedikit jauh. "Kau tembak gelas-gelas tu semua." Bahu Shayra dipegang dan dia membetulkan pegangan Shayra yang kelihatan goyah. "Pastikan kau sasar botol, kena lurus. Jangan alih pandangan." Tanpa memperdulikan keadaan Shayra, dia terus mengarah
Read more
BAB 8
Bab 8"ALPHA ONE." Ram bersuara sambil menekan sebuah tolok. Seketika kemudian di bahagian atas, lubang berbentuk segiempat itu terbuka."Secret code?"  Hanya mata yang kelihatan dari lubang yang kecil itu. Qistina segera memegang lengan baju Ram. Sedikit sebanyak ia mengingatkan dia tentang zaman lampaunya."Tiga belas, satu dan lapan belas. Sagittarius.  Cipher," balas Ram. Suara dari dalam itu kemudian meminta agar Ram mendekati lubang yang terbuka itu."Retina scan," jelas Ram. Selepas itu barulah pintu besi itu dibuka dari dalam. "Semua tu langkah keselamatan. Bukan semua boleh hadiri perlawan. Kena ada kod rahsia dan pas yang hanya boleh dapat dari aku atau partner aku." Ram melambai seorang rakan yang memanggil namanya."Walaupun kau?" Bibir Qistina sedikit terjungkit. "Walaupun aku. Security memang ketat," jawab Ram bangga. 
Read more
BAB 9
Bab 9 QISTINA masih memikirkan suasana di kelab Underground fight milik Ram itu. Ia bagai mempunyai kuasa magnet yang menarik Qistina. Masih terbayang adegan lawan di gelanggang itu di hadapan mata.  Adrenalin yang dirasa ketika perlawanan berlangsung itu membuat mimpi negeri malamnya berlari jauh. Dia mula berfikir mahu menyertai perlawanan itu. Menonton sahaja sudah menakutkan mimpi ngerinya, bagaimana jika dia berlawan di arena yang sama? Dia yakin ia akan membawa perubahan yang besar di dalam hidupnya nanti. Namun Ram pasti menolak mentah-mentah akibat takutkan Abang Amran. Dahinya berkerut,minda pula laju berputar memikirkan alasan yang harus diberi kepada Ram agar dia dapat menyertai perlawanan itu. Sekali cukup. Pen yang dipusing-pusing di tangan itu dijatuhkan ke atas meja. "Cikgu Qis sakit kepala?" Aisy datang menegur tatkala dia melihat cikgunya itu memegang kepala dengan wajah berkerut seribu.  Hanya merek
Read more
BAB 10
Bab 10 "BOLEHLAH Ram." Lengan lelaki itu ditarik. Ini kali kedua dia merayu agar dia dibenarkan bertanding di kelab bawah tanah milik lelaki itu.  "Kau ugut nak beritahu Amran pun aku tak kisah. Aku sanggup nyawa ni melayang dari berdepan dengan abang kau tu," jawab Ram acuh tak acuh. Pandangannya terpaku pada Zack yang sedang berlatih di gelanggang.   "Kaki tu tegakkan sebelum tendang," jerit lelaki itu. Bibir dikemut dan asap keluar dari hidung tatkala asap rokok itu dihembus keluar. Geram dengan Zack yang masih lemah, rokok yang tersepit di antara dua bibir itu dibuang ke lantai sebelum dipijak dengan kaki. Qistina yang sedang memujuknya sejak tadi diabaikan. Tali gelanggang itu diangkat sebelum dia melangkah masuk ke dalam arena. Kepala Zack diketuk. "Kau pakai kepala kau je. Tak dengar aku cakap?" Kedua-dua belah tangan diletakkan di pinggang. "Angkat kaki sekarang," gesa Ram. Zack telah memberin
Read more
PREV
123
DMCA.com Protection Status