BAB 14
THAQEEF tumbuk perlahan bahu Syafiq yang sedang duduk di meja bar kelab Diamonds.
Syafiq jeling menyampah pada Thaqeef. Jam di pergelengan tangan diangkat. Lewat hampir sejam datang tersenyum macam tidak ada apa.
Kalau dia yang buat Thaqeef macam tu, bernanah lah telinga hadap cemuhan Thaqeef.
"Kau apasal lambat ni? Dah sejam aku macam orang bodoh tunggu kau." Rungut Shafiq. Jari besarnya dilalukan pada tepi gelas air coke miliknya.
Peluk bahu Syafiq, Thaqeef tayang senyuman biasa. Dah biasa dengan si Shafiq kekwat ni.
"Baru macam bodoh? Tapi tak sampai jadi bodoh lagi kan?" Setepek Thaqeef bagi pada Syafiq.
Bukan boleh layan Syafiq ni. Bapak segala drama.
"Menyampah aku dengan kau ni, Qeef.. Ni, aku nak tanya sampai bila kau nak pegang si Adra tu? Aku kesian dekat Jasmin lah." Soal Syafiq bila setiap hari dia disajikan dengan wajah murung Jasmin.
Thaqeef hela nafas. Diusa
Happy reading. Boleh follow ig kita @ridzwanda8 atau *** kita Ridzwanda.. Tq singgah baca ❤️
BAB 15TURUN dari kereta,Jasmin mendongak memandang bangunan mewah yang tinggi dihadapannya.Oh, rupanya dekat sini Thaqeef kurung Adra? Patutlah, puas dia cari Adra disekitar hotel mewah. Rupanya Adra dikurung di Setia Sky. Kondo mewah yang terkenal dengan keselamatan yang begitu ketat dan baik.Mujurlah, sebelum dia datang ke sini pagi tadi, Syafiq sempat memberitahu dirinya yang Thaqeef sudah memberi izin dan kedatangannya sudah diberitahu kepada security guard disitu.Kad akses yang sempat diberi padanya oleh security guard yang bernama Darius itu, dia lihat ada nama Thaqeef disitu.Jasmin masuk dengan menggunakan kad akses yang ada pada dirinya.Ting!Lif terbuka dan Jasmin terpegun melihat kondo mewah Thaqeef. Rupanya lif dalam rumah. Hanya orang yang dibenarkan saja boleh masuk dalam kondo tersebut.Pintu dibuka perlahan-lahan oleh Jasmin.Buka kasut converse miliknya, beg yang
BAB 16 TEPUK tangan Jasmin, Adra muncungkan bibirnya sedikit ke depan. Yelah, dari tadi Jasmin hanya diam.Hanya senyuman yang terukir dibibirnya. "Kau suka dia ke?" Tanya Jasmin, Bibir Adra yang memuncung nak pergi Mekah balik hari tu, dia tarik sedikit lembut. Mata Adra mengecil melihat Jasmin. "Suka. Dia suami aku, mestilah aku suka." Jasmin ni pun satu, tanya macam tu dah kenapa? "Sayang?" Tanya Jasmin lagi. Dia simpan tawa dalam hati bila mata Adra tak lagi memandang dirinya. "Kau ni dah kenapa tanya aku macam tu?" Balas Adra sengaja ingin putar belit. Dia angkat kepala dari riba Jasmin. Adra dah rasa tak senang duduk. Angkat tubuh, dia berdiri dihadapan Jasmin yang dari tadi asyik tersenyum memandang dirinya. "Adra, kau ni sebenarnya dah sayang pada suami kau tu." Jawab Jasmin tak nak lagi main tarik tali dengan Adra. "Taklah. Aku tak sayang dia pun. Aku cuma suka dia je."
BAB 17 PETANG itu Thaqeef balik dengan kedua tangannya penuh dengan barang dapur. Dia tak tahu Adra pandai masak ke tidak. Ni semua pasal Syafiq nak datang makan malam di sini malam ni. Adra yang sedang lena di atas sofa itu Thaqeef renung lama. Mesti penat yang dia bagi pagi tadi tak hilang lagi. Senyuman nakal terukir dibibirnya bila mengingatkan itu. Selepas dia letak barang atas meja dapur itu, Thaqeef duduk melutut ditepi sofa sambil merenung wajah Adra. Rambut yang sedikit menutupi wajah Adra, dia selitkan ditepi telinga. Wajah putih Adra dia pandang dengan rasa tidak jemu. Jari besarnya mengelus pipi gebu Adra, dilarikan jari itu diseluruh wajah Adra. Tersedar Adra dari lena bila ada sesuatu yang bermain pada wajahnya. Terbuka mata Adra bila tiada jarak antara wajah mereka. Hembusan nafas Thaqeef dapat dia rasai. "Awak.." Adra mengeresot ke belakang, lalu bangun duduk di atas sofa itu. Dress yang sudah tersin
BAB 18 ADRA menghela nafas lega. Hidangan ringkas yang sempat dia sediakan tadi selepas setengah jam dia berhempas pulas di dapur. Ini semua salah dirinya yang berani mengoda seorang Thaqeef. Mujurlah dia sempat menyediakan dinner untuk tetamu mereka malam ni. Nasi ayam penyet. Pertama kali dia cuba buat. Sebelum ni, hanya pernah melihat resepi di kaca TV. Salah satu makanan kesukaan Jasmin. Sudah pukul 8 malam tapi Thaqeef masih tidak keluar lagi dari bilik.. Tangan Adra naik memeluk tubuhnya sendiri, kemudian digonyang ke kiri dan kanan. Mata dipejam rapat. "Kenapa dengan kau ni, Adra? Dah buang tabiat?" Terhenjut bahu Adra akibat sergahan itu. Dada diusap lembut. Pusingkan tubuh, wajah tampan Thaqeef dia pandang. Adra tekup pipinya dengan kedua tangannya. Kacaknya! Kacaknya suami dia. Sedikit rambut terjuntai atas dahi d
BAB 19 "GILA aku tak nak bila kena goda macam ni?" Thaqeef sembamkan wajah pada leher Adra. Zip dibelakang dress itu dia buka hingga dress merah itu terlucut ke atas lantai. "I want you too." Gumam Thaqeef lagi disebalik leher jinjang Adra. Adra gigit bibir bila Thaqeef mengusap lembut belakang tubuhnya yang terdedah. "Jangan lupa makan ubat yang aku bagi pada kau, Adra." Walaupun sudah tak tahan dengan godaan, Thaqeef tetap mahu mengingati Adra tentang hal itu. Kaku sekejap tubuh Adra. Jadi atas dasar apakah Thaqeef mahukan dirinya? Adakah hanya sebab nafsu? Thaqeef angkat wajah dari leher Adra bila tubuh itu hanya kaku tak membalas apa yang dia bagi. "Kenapa?" Thaqeef elus pipi Adra dengan jari besarnya. "Awak tak nak anak dengan saya? Saya hanya pemuas nafsu awak ke, Qeef?" Soal Adra sebak. Matanya sudah mula
BAB 20 JASMIN berdiri menghadap Amylea. Lengan wanita itu dia pegang supaya berdiri menghadapnya. "Terus terang pada aku Lea, apa yang kau buat pada Thaqeef malam tadi? Jangan cakap apa yang sedang aku fikirkan ini betul, Lea." Jasmin cuba menidakkan apa yang dia rasa. "Aku bagi Thaqeef pil tidur semalam,aku nak Thaqeef. Aku nak dia untuk aku. Tapi Syafiq dan Ricky masuk dalam bilik Thaqeef sebelum aku sempat buat apa-apa. Aku tak tahu dia dah kahwin. Sumpah, aku tak tahu!" Kata Amylea tangan naik mencengkam rambutnya. "Kau memang dah gila, memang dah gila.." Jasmin mengeleng kepala berulang kali. "Thaqeef kahwin dengan kawan aku tau. Kau buat dia macam tu, memang kau sengaja cari pasal dengan Thaqeef. Kau ingat dia akan lepaskan kau macam tu je? Thaqeef tu lebih gila dari kau! Ni, dia yang buat kau sampai kau macam ni kan?" Tunding jari pada wajah dan bibir terluka Amylea, Jasmin hela nafas dengan kasar. Cari bala, cari masalah memang mendapa
BAB 21 "AKU tak sangka Lea, kau jauh sampai macam ni sekali." Jasmin rasa kecewa dengan apa yang sudah Amylea lakukan. "Macam mana pulak kau boleh tahu pasal Thaqeef dah kahwin?" Jasmin rasa pelik, tak kan lah Thaqeef yang bongkarkan semua pasal tu pada Amylea? Tak mungkin Thaqeef. "Ricky dan Syafiq. Dia yang bagitahu aku." Pipi yang masih basah itu dia sapu dengan belakang tangan. "Sekarang baru kau nak rasa menyesal ke, Lea? Dari dulu lagi aku cakap jangan simpan harapan pada Thaqeef. Tapi kau tak dengar cakap aku kan? Sekarang ni, padan lah muka kau. Ricky pun tak nak layan kau." Sinis Jasmin bagai meluahkan kemarahan yang sudah terbuku dalam hati. Amylea mengemam bibir bawah menahan tangisan namun air mata juga degil juga jatuh pada pipi. "Ricky dah benci aku sekarang." Sejak kejadian malam tadi, lelaki itu hanya senyap sepanjang perjalanan menghantar dirinya pulang ke rumah.
BAB 22 "Saya isteri awak, mestilah saya marah." Mata sengaja dilarikan dari memandang wajah Thaqeef. Janganlah Thaqeef tahu rahsia hatinya. Duduk melutut di hadapan Adra yang tunduk bermain dengan jari jemarinya, dia bukan bodoh. Dia tahu Adra sudah lama sayangkan dirinya. Thaqeef sedar tentang hal itu. "Aku tahu kau sayang aku, Adra. Mata kau tak dapat tipu aku." "Tak, saya tak sayang awak." Adra tetap tidak mahu Thaqeef tahu tentang rasa hatinya. "Okay, takpe. Ye, aku tahu kau tak sayang aku sebab aku bukan lelaki yang baik untuk kau." Thaqeef bangun berdiri di hadapan Adra, palingkan tubuh, Thaqeef ingin berlalu dari situ namun lengannya di pegang oleh Adra. Senyuman sinis terukir pada bibir Thaqeef. Bukan susah pun kalau dengan Adra ni. Ahaks! " Saya sayang awak, Qeef. Sejak dari kita kahwin, saya sayang awak." Tangan Adra naik merangkul tubuh belakang Thaqeef. Pipi dilabuhkan disitu. Leraikan tangan Adra pada dirin