EPILOG
TUBUH belakang disandar pada bantal. Rambut Thaqeef dibelai lembut dengan jari-jemarinya. Kemudian, Adra menunduk dengan perut yang mula menampakkan bentuk,dia kucup pula dahi Thaqeef. Tak sedar masa cepat berlalu, sudah tiga bulan kandungan Adra.
"Sayang.." Thaqeef memulakan bicara, tangan runcing Adra dicium sekilas.
"Ye, suami saya." Adra ukir senyuman manis pada Thaqeef.
Thaqeef tekup wajah di perut Adra,disertakan sekali ciuman pada perut itu. Seolah tak percaya, dirinya akan menjadi seorang bapa. Seorang lelaki dan suami yang pendosa.
"Ajar aku solat, boleh?" Bukan tidak tahu solat, cuma Thaqeef sudah lama menunaikan kewajipan yang satu itu.
Terkelip-kelip mata Adra seolah tidak percaya. Sebenarnya Adra selalu bentangkan sejadah pada Thaqeef selepas dia menunaikan solat namun Adra tahu bukan senang untuk suaminya berubah.
Kini, mungkin makbulnya doa seorang isteri. Adra kucup pip
Alhamdullilah.. Akhirnya perjalanan cinta Thaqeef Ilham dan Adra Sofea sudah berakhir. Terima kasih pada yang support kisah cinta mereka yang tak sempurna. Terima kasih buat segala perkara indah disini. Terima kasih pada pembaca yang sudi unlock Isteri 100hari dan terima kasih juga pada yang sudi vote. Maaf andai tak sempurna 🙏🌹 Lots of love, RIDZWANDA
BAB 1 - STUPID, MIKAYLA THAQEEF tersenyum sinis melihat Mikayla yang letih ketiduran disebelahnya. Wajah anggun milik wanita itu dia pandang dengan rasa kosong. Rasa meluat dan rasa benci. Hanya rasa nafsunya yang tumbuh untuk Mikayla.Setahun yang lepas, dia sangat mencintai wanita ini namun cinta dan kasih sayangnya dipersiakan oleh Mikayla demi wang ringgit. Pada mulanya, memang dia sakit hati, dia kecewa namun baginya semua itu adalah tindakan yang sia-sia. Mengapa mahu mencintai lagi pada wanita yang sudah curang?Wanita seperti Mikayla tak akan pernah cukup dengan seorang lelaki. Dua minggu lepas, Mikayla mencarinya di kelab malam mewah miliknya,ingin melunaskan nafsu yang tak tertunai oleh bekas suaminya. Bercerai kerana tidak mendapat nafkah zahir yang cukup dari suaminya. Lebih tepat lagi, Mikayla tidak merasa puas. Thaqeef kembali tersenyum sinis apabila teringatkan itu. Mikayla oh Mikayla. Kau memang wanita yang bodoh!
BAB 2- ADRA "JADI kau nak pergi Kuala Lumpur dengan Jasmin lah ye? Bagus jugak tu, kalau dekat sini menyampah pulak aku tengok muka kau. Kau macam mak kau yang dah mati tu, tak guna dan bodoh. Tak dengar cakap aku, tergilakan sangat si Richard tu dulu. Sekarang ni, mana Richard yang dia puja dia sayang tu? Entah hidup entah mati aku pun tak tahu."Adra hanya terdiam mendengar bebelan Maklong Siti. Dia sedar dia hanya menumpang dirumah mak saudaranya. Rumah dan harta ibunya semuanya dijual oleh ayahnya sebelum menghilangkan diri kerana dikejar oleh ahlong kerana kalah berjudi dan menculik seorang isteri hartawan sehingga menyebabkan kematian akibat kemalangan langgar lari. Semuanya itu sudah Maklong katakan padanya.Adra juga sedar dirinya banyak menyusahkan maklong. Tapi dia juga bersyukur kerana maklong sudi membiayai persekolahan sehingga ke universiti namun sekarang ni dia tak mahu lagi meny
BAB 3 ADRA hanya tunduk kepalanya apabila berada dalam bilik mewah itu. Sudah lima minit dia berada dalam bilik ini keseorangan setelah Jasmin dan seorang pembantu peribadi bos Jasmin keluar dari situ. Adra genggam kuat jari jemarinya bila terdengar derapan kasut menghampirinya dirinya.Thaqeef pandang lama wajah rakan Jasmin. Dari manalah si Jasmin ni kutip perempuan ni? Dengan pakaian yang lusuh. Zaman tahun manakah baju kurung perempuan ni pakai.Dekati gadis itu, Thaqeef angkat dagu gadis itu supaya memandang dirinya. Bila wajah itu memandang dirinya. Thaqeef tergamam bila memandang senyuman manis dan mata biru milik gadis itu.Walaupun rasa gelisah dan takut, bibir Adra cuba untuk ukirkan senyuman manis pada lelaki itu."Siapa nama kau?" Tanya Thaqeef. Jarinya masih berada pada dagu runcing gadis itu."Adra, Adra Sofea, Tuan.."Pelik Thaqeef bila gelaran Tuan keluar dari bibir Adra. Tak
BAB 4 "I warn you, Adra. Jangan cabar aku. Bila aku kata kau tak boleh kerja dekat sini, maknanya tidak." Tegas Thaqeef pula. Ingat dia nak mengalah dengan budak kecik ni? Memang tak lah!"Tapi kenapa tak boleh? Saya perlukan kerja, saya perlukan duit..""Kau kerja dengan aku. Kemas dan jaga kondo aku. Aku bayar gaji kau sama dengan gaji yang Jasmin dapat dekat sini." Kata Thaqeef sambil labuhkan duduk di sofa dan memandang wajah Adra yang berada di hujung bilik itu."Tapi.." Sekali lagi Adra cuba nak membantah.Thaqeef sudah mula bosan. Dia bukan seorang lelaki yang sabar."Jangan degil dan jangan bantah cakap aku, Adra. Aku rasa kau tahu kuasa aku dekat sini. Kau nak aku suruh budak-budak aku pukul dan rogol sahabat baik kau tu ke?!" Soal Thaqeef sambil jengilkan matanya memandang Adra.Eh perempuan ni memang sengaja mahu buat dia berang!"
BAB 5PERLAHAN-LAHAN kelopak mata Adra dibuka. Sakit pada kepalanya masih terasa. Bilik yang mewah itu dia pandang dengan rasa bingung. Dia dekat mana sekarang ni?Tangan yang melingkar atas dada bogelnya itu menyebabkan dia menoleh ke tepi dan bila memandang wajah Thaqeef yang lena itu membuatkan mata Adra mula berkaca. Terasa sakit bila dia cuba bangun dari katil. Belum sempat pun, kakinya mencecah lantai, pinggang rampingnya dirangkul dari arah belakang hingga dia menjerit kecil pabila Thaqeef rebahkan kembali tubuhnya atas katil itu sambil menindih tubuhnya. "Nak lari ke, Adra sayang?" Bisik Thaqeef depan wajah Adra. Kedua-dua tangan Adra ditekan diatas tilam bagi mengunci pergerakan Adra. Adra meronta-ronta ingin lepaskan dari pelukan Thaqeef .. Kakinya cuba untuk menendang, tapi lelaki itu lebih bijak membaca gerak tubuhnya.Adra menjeling benci melihat
BAB 6 SHAFIQ pandang wajah Thaqeef yang sedang leka dalam pekerjaannya. Tangan mula mengusap rahangnya, pelik tapi benar. Sudah pukul 5petang tadi Thaqeef masih sibuk dan tidak peduli dengan kehadirannya."Qeef.." Cubaan untuk menyedarkan Thaqeef yang dirinya manusia bukan anak patung."Hmm.." Jawab Thaqeef tanpa angkat wajahnya, masih sibuk meneliti fail bulanan Hotel Luna.Geram pulak dengan Shafiq ni, sibuk je nak datang ganggu dia. Bukannya dia tidak tahu, mesti hal semalam sudah sampai pada telinga Shafiq.Dia, Shafiq dan Ricky adalah sahabat karib dari universiti lagi. Tiada rahsia antara mereka.Lagi-lagi dia dengan si Shafiq ni. Setelah berkawan rapat dengan Jasmin, makin menjadi-jadi perangai busybody sahabatnya itu.Ye, benar.. Syafiq mengenali Jasmin di kelab malam
BAB 7 PAGI itu, Thaqeef tersedar bila tubuh Adra tiada disisinya. Pantas dia bangun dari katil dan berlari keluar mencari Adra.Thaqeef takut Adra lari tinggalkan dirinya. Dia juga takut ada lelaki lain yang akan miliki Adra. Adra miliknya, dan hanya miliknya saja.Nafas dihela dengan rasa lega bila Thaqeef melihat Adra yang sedang sibuk di dapur. Mungkin Adra tidak menyedari kerana tubuh Adra membelakanginya.Thaqeef berdeham perlahan. Jari naik mengaru hujung keningnya."Kau masak?" Tanya Thaqeef pada Adra. Tubuh Adra dia dekati dan dia peluk tubuh itu.Adra terkejut bila Thaqeef memeluk tubuhnya dari arah belakang.Adra hanya mengangguk."Masak apa?" Tanya Thaqeef lagi sambil hujung telinga Adra itu dia kucup."Roti telur je, boleh? Sebab saya tengok dalam almari dapur tu, tak ada apa pun..""Hmm.." Thaqeef cuma mengumam lembut disebalik rambut Adra."Lep
BAB 8MIKAYLA hempas pintu rumahnya sekuat hati. Rasa dimalukan oleh Thaqeef tadi masih terasa.Tak guna punya Thaqeef. Dia ingat kalau bukan kerana nafsu atau wang lelaki itu, dia mahu memalukan dirinya sebegitu rupa?Ye, memang dulu dia cintakan Thaqeef. Dia curang dulu pun kerana sifat lelaki itu yang tidak ada masa untuknya. Dia perlukan perhatian dan belaian.Thaqeef bukan lelaki pertama yang menyentuh dirinya.Terukir senyuman sinis pada bibir Mikayla. Thaqeef miliknya dan dia tak akan lepaskan lelaki itu lagi."Baby.."Mikayla tersenyum manja bila seorang lelaki memeluk tubuhnya.Charles,lelaki yang temani dia malam tadi. Lelaki kelahiran Jordan itu sudah seminggu dia kenali.Datang ke Malaysia atas dasar perniagaan. Suami dan ayah kepada dua orang anak. Tapi, ada Mikayla kisah? Sebab yang penting, adalah tuntutan nafsunya yang dapat dipenuhi oleh lelaki ini.Mikayla memeluk leher lelaki itu. Mereka berkucu