Real love doesn't meet you at your best. It meets you in your mess. Siapa sangka disebalik seorang lelaki yang ego terselit kisah pilu duka dan kecewa? Dan siapa pula sangka di sebalik wajah dan senyuman manis wanita itu terselit ada rahsia silam yang pahit. ADRA SOFEA-Pemilik nama yang sungguh indah rupanya. Baik budi pekertinya. Akibat ditipu oleh sahabatnya Jasmin, dia terperangkap dalam kelab Diamonds. THAQEEF ILHAM-Pemilik kelab malam Diamonds yang gah di Kuala Lumpur. Akibat kecewa dengan bekas tunang, dia tegar mempermainkan hati dan maruah seorang wanita. "Jadikan saya yang halal untuk awak,Thaqeef..Saya mohon, nikahi saya. Biarpun hanya 100hari.Saya rela. Saya janji tak akan tuntut apa-apa pun hak. Saya janji saya akan patuh segala arahan awak." -ADRA SOFEA "Be prepared. You will be mine, baby Adra-THAQEEF ILHAM Dalam ego Thaqeef ada manjanya, perkahwinan mereka bagaikan roller coaster. Dan di saat Adra tak mampu menolak rasa hati, dan di saat Thaqeef masih dalam berteka-teki Adra memilih untuk pergi dengan cara yang sangat Thaqeef benci. Cukupkah 100hari untuk mereka mengukir bahagia atau itu hanya kisah dongeng semata-mata. WARNING :MATURE CONTENT IG:RIDZWANDA8 .
View MoreBAB 1 - STUPID, MIKAYLA
THAQEEF tersenyum sinis melihat Mikayla yang letih ketiduran disebelahnya. Wajah anggun milik wanita itu dia pandang dengan rasa kosong. Rasa meluat dan rasa benci. Hanya rasa nafsunya yang tumbuh untuk Mikayla.
Setahun yang lepas, dia sangat mencintai wanita ini namun cinta dan kasih sayangnya dipersiakan oleh Mikayla demi wang ringgit. Pada mulanya, memang dia sakit hati, dia kecewa namun baginya semua itu adalah tindakan yang sia-sia. Mengapa mahu mencintai lagi pada wanita yang sudah curang?
Wanita seperti Mikayla tak akan pernah cukup dengan seorang lelaki. Dua minggu lepas, Mikayla mencarinya di kelab malam mewah miliknya,ingin melunaskan nafsu yang tak tertunai oleh bekas suaminya. Bercerai kerana tidak mendapat nafkah zahir yang cukup dari suaminya. Lebih tepat lagi, Mikayla tidak merasa puas. Thaqeef kembali tersenyum sinis apabila teringatkan itu. Mikayla oh Mikayla. Kau memang wanita yang bodoh!
Rambut panjang wanita itu kembali dia usap. Pipi putih itu juga dia sentuh dengan bibir miliknya.
"Qeef.." Mikayla mengumam dalam desahan apabila wajah Thaqeef semakin menari-nari pada seluruh wajahnya.
"Hmm..Ini yang kau nak, kan? Ini juga yang aku akan bagi pada kau.." Sinis Thaqeef lagi.
"But I love you, Qeef.." Balas Mikayla sambil angkat wajah Thaqeef dari menjelajah lebih jauh.
"Cinta?" Thaqeef senyum sinis. Pipi Mikayla dia cengkam dengan kuat.
"Kau tak layak nak cakap cinta dengan aku, Mikayla. Cinta aku pada kau dah lama hilang. Dah lama mati bila aku tengok kau dengan jantan tak guna tu atas katil kau. Kau sama je dengan mummy aku. Sekarang ni, kau cuma pemuas nafsu aku. Bila aku dah bosan dengan kau, aku akan buang kau macam sampah! Jangan kau cakap cinta lagi dengan aku. Aku benci!"Balas Thaqeef dengan tegas. Tubuh diangkat dari tubuh Mikayla.
Pakaian yang berselerakan pada lantai itu Tahqeef ambil dan pakai dengan rasa berang. Tak ada masa dia nak layan cinta dan sayang mengarut ni.
" Pakai pakaian kau sekarang! Berambus kau dari sini! Aku dah tak ada hati nak bersama dengan kau malam ni. Kau buat aku rasa bosan malam ni, Mikayla."
Mikayla tunduk sambil memegang jari sendiri.
" Tapi I nak bersama dengan you lagi, Qeef.." Angkat wajah memandang wajah Thaqeef, Mikayla cuba merayu lagi.
"Next time, Mikayla." Tegas Thaqeef. Wajah Mikayla dia tatap dengan wajah yang garang.
"Okaylah. Tapi you tak akan hilang macam dulu kan, Qeef? I masih boleh jumpa you bila-bila masa saja kan?" Tanya Mikayla sambil memakai pakaian miliknya.
"Hmm.. Okay." Cuma itu yang mampu Thaqeef jawab.
"See you soon, Qeef.." Pipi milik Thaqeef, Mikayla kucup dengan penuh rasa sayang sebelum dia berlalu dari bilik pejabat Thaqeef.
Thaqeef tersenyum sinis dan pipi yang Mikayla kucup tadi dia sapu dengan kasar.
*****Adra tersenyum pada Jasmin. Seakan tidak percaya dengan kata-kata sahabatnya itu.
"Betul ke, Jasmin? Betul ke kau boleh tolong aku pergi dari sini? Aku tak nak Rafiq kacau aku lagi."
"Betul. Aku nak kau kerja dengan aku. Tempat kerja aku tu perlukan seorang pembantu. Lagipun, kau bukan ada sesiapa pun dekat sini. Aku tak nak maklong kau tu ambik kesempatan lagi dekat kau. Entah betul ke tidak yang ibu kau pernah berhutang dengan dia. Bukan kau tak kenal maklong kau tu. Kaki penipu macam anak dia yang tak guna tu juga." Bebel Jasmin dengan geram.
Siapa yang tak geram, siapa yang tak sakit hati. Duit untung dari jualan nasi lemak semua mak saudara Adra ambil. Katanya, arwah ibu Adra pernah berhutang dengannya ketika arwah masih hidup dulu.
Kadang-kadang dia geram juga pada Adra, ikut aje kemahuan mak saudaranya. Katanya, tak baik melawan orang tua.
"Takpelah. Hanya dia je kakak ibu aku yang masih ada. Aku bersyukur sangat Maklong sudi jaga aku selepas ayah aku tinggalkan aku dan arwah ibu."
"Dia jaga kau atau kau jaga dia dan anak dia yang tak guna tu?" Bidas Jasmin selamba.
Hanya senyuman manis yang Adra ukirkan pada Jasmin.
"Aku okaylah, kau janganlah marah sangat. Nanti tak cantik tau.."
"Pandailah kau. Nak tukar topik lah tu, kan?" Hidung mancung Adra, Jasmin cuit sedikit geram dengan perangai baik Adra ni.
"Okaylah Adra. Aku balik dulu ye. Nanti esok aku jemput kau ye."
"Okay Jasmin.. Terima kasih sangat sebab kau sudi tolong cari kerja untuk aku."
"Tak ada hal lah. Kau kan kawan aku. Aku sayang kau." Ucap Jasmin sebelum berlalu pergi.
Adra tersenyum riang. Akhirnya dapat juga dia lari dari Rafiq. Dia tak suka Rafiq. Dia tak suka bila Rafiq memandang tubuhnya dengan penuh nafsu. Dia tahu Rafiq berniat tak baik bila memandang tubuhnya. Tapi pada siapa dia ingin mengadu? Maklong? Rasanya nanti dia dipukul dengan penyapu oleh Maklong lagi. Bukannya dia tak pernah bagitahu maklong. Tapi sakit yang dia dapat saat itu.
Cuma pada Jasmin dia ceritakan semuanya. Pasal ayah, arwah ibunya. Semuanya. Dia percayakan Jasmin dan dia tak sedar juga saat itu Jasmin juga mempergunakan dirinya.
******
Pulang je dari rumah Adra, Jasmin rasa bersalah kerana menipu Adra. Kalau lah Adra tahu pekerjaan sebenarnya di Kuala Lumpur tu mesti Adra tak nak pergi dari sini. Dia cuma ingin tolong Adra dari cengkaman kejam Maklong Siti dan Rafiq. Bukannya dia tahu dah banyak kali Rafiq cuba mengambil kesempatan pada Adra. Dia tak nak Adra dirosakkan oleh lelaki tak guna macam si Rafiq tu.
Tersentak Jasmin dari lamunan bila suara ibunya memanggil namanya. Jasmin hela nafas dengan kasar. Kisah hidupnya dengan Adra hampir sama. Dia cukup tak suka dengan suami baru ibunya yang hampir berumur 40tahun itu.
Entahlah mungkin kerana masih ada tersisa kenangan dari arwah ayahnya membuatkan dia cukup berhati-hati menerima orang baru dalam keluarganya. Hanya Jasmin satu-satunya anak maknya Puan Kalsom.
"Mak panggil kau banyak kali tadi Jasmin, kenapa termenung dekat tangga ni?" Soal Puan Kalsom bila memandang anaknya Jasmin yang sedang termenung pada tangga rumahnya.
Jasmin hanya tersenyum kecil bila memandang wajah ibunya.
" Tak ada apa-apa mak, saja je Min ambik angin malam. Mak, Min ajak Adra kerja sekali dengan Min. Esok Min nak balik Kuala Lumpur dah mak.."
"Baru je sampai pagi tadi, cepat sangat kau nak pergi ni dah kenapa Min? Belum hilang lagi rindu mak pada kau. Bagus juga lah Min, kau bawak je Adra tu pergi dari sini. Aku kesian kat si Adra tu." Balas Puan Kalsom sambil turut duduk disisi Jasmin.
Jasmin tergelak kecil. Bahu ibunya dipaut dengan erat.
" Alah mak, nanti Min balik lagi ye. Min sibuk sikit sekarang ni. Banyak tempahan yang restoran Min terima sekarang ni."
Tiada siapa yang tahu pekerjaan sebenar dirinya. Bukan senang mencari kerja sekarang. Jasmin hanya ada sijil spm aje.
"Yelah, kau jangan buat hal tempat orang ye Min, jaga maruah keluarga kita."
"Tak mak, Min janji dengan Mak. Min cuma nak bantu Mak je. Min tahu Mak sayang Min." Usik Jasmin pula.
Puan Kalsom hanya tersenyum. Siapalah yang tak sayangkan anak. Lagi pula hanya Jasmin permata hatinya dengab arwah suaminya Encik Kamal.
"Mestilah mak sayang kau, Min. Dahlah dah masuk Isyak ni. Mak masuk dulu. Jangan lama sangat kat tangga ni, tak elok." Ucap Puan Kalsom sebelum angkat tubuh masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat Isyak.
Jasmin masih disitu memandang ke arah ibunya. Maafkan Min, Mak." Getus hati Jasmin.
EPILOG TUBUH belakang disandar pada bantal. Rambut Thaqeef dibelai lembut dengan jari-jemarinya. Kemudian, Adra menunduk dengan perut yang mula menampakkan bentuk,dia kucup pula dahi Thaqeef. Tak sedar masa cepat berlalu, sudah tiga bulan kandungan Adra. "Sayang.." Thaqeef memulakan bicara, tangan runcing Adra dicium sekilas. "Ye, suami saya." Adra ukir senyuman manis pada Thaqeef. Thaqeef tekup wajah di perut Adra,disertakan sekali ciuman pada perut itu. Seolah tak percaya, dirinya akan menjadi seorang bapa. Seorang lelaki dan suami yang pendosa. "Ajar aku solat, boleh?" Bukan tidak tahu solat, cuma Thaqeef sudah lama menunaikan kewajipan yang satu itu. Terkelip-kelip mata Adra seolah tidak percaya. Sebenarnya Adra selalu bentangkan sejadah pada Thaqeef selepas dia menunaikan solat namun Adra tahu bukan senang untuk suaminya berubah. Kini, mungkin makbulnya doa seorang isteri. Adra kucup pip
BAB 59SENYUMAN lebar terukir pada bibir Adra dan Thaqeef bila doktor mengesahkan Adra mengandung hampir dua bulan,sama kandungan pula dengan Mikayla. Tak mahu berlama dalam bilik doktor itu, dengan cepat mereka terus meminta diri untuk pulang. Tak sabar mahu melepaskan rasa kebahagiaan yang mereka alami sekarang.Thaqeef peluk Adra dengan erat. Dia kucup lembut tepi dahi Adra."Abang, lepaskan sayang. Lemas lah!" Jawab Adra di sebalik pelukan tersebut.Masuk saja dalam kereta, terus tubuhnya dipeluk kemas oleh ThaqeefPeluk dia macam tak peluk sepuluh tahun. Semput bila Thaqeef peluk kuat sangat. Kesian baby dan mummy baby.Thaqeef lepaskan pelukan itu sambil tersenyum bahagia. Yelah, siapa tak bahagia budak kecik ni dah mengandung. Yeay!Thaqeef cubit pipi tembam Adra. Makin cantik pula mummy buyung ni. Geram nak meow meow je."Sakit lah abang, tangan abang tu besar. Sakit tau pipi sayang." Adra tepis tangan dengan
BAB 58 COMFORTER ditarik menutupi tubuh Adra yang terdedah. Tidak mahu tubuh seksi Adra kesejukan bila ditinggalkan seketika. Dia melangkah ke arah balkoni. Mahu menenangkan amarah untuk Rafiq yang sengaja disembunyikan ke pelusuk hatinya yang sangat dalam. Bibir pandai memujuk Adra kerana dia tidak mahu Adra tahu gelodak hatinya yang seolah mahu terbakar selagi dia tidak menjumpai lelaki durjana yang berani menyentuh isterinya. Dia, Thaqeef Ilham. Tak akan sesekali lepaskan manusia yang berani menyentuh isterinya. Akan dicari sampai jumpa. Dia akan membuat perhitungan terakhir dengan lelaki durjana itu. Adra yang nyenyak ketiduran atas katil itu dia pandang penuh rasa cinta. Jika bayangan Rafiq muncul kembali, dia akan menghilangkan semua itu dengan sentuhan magisnya. Sentuhan seorang suami yang halal untuk Adra. Satu nombor yang sempat diberi oleh Datuk Ikram tadi didail oleh Thaqeef. Selepas mendengar balasan dari pi
BAB 57 PENUMBUK dikepal menahan kemarahan saat mata jatuh pada tubuh Adra yang hanya ditutup oleh selimut. Sedaya upaya Thaqeef menahan tangannya dari menumbuk dinding. Dia tak mahu mengejutkan sang isteri yang begitu lena. Biarlah Adra tidur lena dari bangun dan menghadapi mimpi ngeri itu. Thaqeef akan kejar Rafiq sampai dapat. Dia tak akan biarkan lelaki durjana itu terlepas. Lelaki yang berada menyentuh setiap inci tubuh isterinya, akan dia cari sampai ke hujung dunia sekalipun. Wajah yang sembap dengan air mata itu Thaqeef pandang dengan penuh rasa kasih, penuh rasa cinta. Dielus lembut wajah Adra. Kolam mata Thaqeef terasa hangat. Semua ini salahnya.Kalau dia tidak ikut rasa ego dan dendam, pasti dia akan menghalang Adra dari keluar seorang diri. Kini, rasa dendam itu membawa padah dirinya dan Adra yang menjadi mangsa Rafiq. Tidak patut dia biarkan semua itu terjadi sedangkan dia tahu lelaki durjana masih bersenang lenang berada di lu
BAB 56 ADRA yang masih tidak sedarkan diri tu dia angkat dan diletakkan atas toto usang. Kemudian, Rafiq turut berbaring bersama Adra. Wajah jelita Adra diusap dengan tangannya. Begitu indah wajah Adra bila matanya tertutup rapat,bibir juga tidak mengeluarkan kata-kata yang sering membuatkan dia marah. Kenapa Adra tidak pernah nampak dirinya? Dirinya yang begitu sayang Adra. Tersedar Adra dari lena bila wajahnya dikucup bertalu-talu. Terbuka luas mata Adra bila tubuhnya sedikit di tindih oleh lelaki. Dan bila lelaki mengangkat wajah, Adra menjerit kuat sehingga membuatkan mulutnya ditekup oleh lelaki itu. Mata Adra meliar di segenap ruang bilik itu. Sungguh Adra terkejut, bila bilik itu dipenuhi gambarnya bersama Thaqeef. Rafiq! Adra gigit tangan lelaki itu dengan kuat, tubuh Rafiq juga ditolak menjauh darinya. Tidak rela tubuhnya disentuh dari lelaki itu. Adra bingkas bangun namun tak sempat dia mahu membuka pi
BAB 55 BUKA saja pintu bilik dengan langkah yang terhuyang-hayang, Thaqeef dekati Adra yang ketiduran di atas sofa. Terukir senyuman sinis di bibir bila melihat air mata yang masih tersisa pada wajah Adra. Palsu! Semuanya palsu termasuk cinta wanita itu! "Qeef.." Adra bingkas bangun bila tubuhnya dihempap oleh Thaqeef, dia menghidu bau masam pada wajah dan tubuh Thaqeef. Sah!Lelaki ini mabuk lagi malam ini. Ditolak kuat tubuh Thaqeef supaya menjauh. "Eh eh, kau siapa nak tolak aku macam tu."Thaqeef tolak kembali tubuh Adra baring atas sofa itu, kemudian ditunjal pula dahi Adra. " Isteri kena dengar cakap suami! Kau tak belajar agama ke dulu hah? "Bidas Thaqeef selamba. Tangan Adra yang cuba melawan dirinya dia tekan pada sofa. Adra mendengus kuat. Tiada guna berlawan dengan orang mabuk macam Thaqeef sekarang. Bukan dia ingat pun. Adra jeling Thaqeef. " Awak nak apa?" baik Adra beralah, kalau tidak, tak tahu pukul berapa dia dapat tidur
BAB 54 THAQEEF hentak kuat stereng kereta. Air mata yang jatuh dia seka dengan kasar. Kereta dipandu laju melebihi hadlaju sehingga dia berani memintas dua lori JNT di hadapan. Pon! Pon! Hon yang kuat berbunyi tidak dia endahkan, mungkin pemandu tersebut merasa marah bila Thaqeef memintas tanpa memberi signal dan masuk ke laluan menuju ke Genting Highlands. "Argggghhh.." Thaqeef menjerit kuat dari atas bukit Genting Highlands itu. Kenapa sakit ini masih tidak hilang? Kenapa rasa cinta pada Adra semakin kuat? Kenapa dia tidak dapat membenci Adra? Kenapa? Kenapa? Tubuh Thaqeef melorot jatuh ke atas rumput hijau. Matahari pula sudah hampir menutupi wajah. Tidak sedar lima jam dia memandu tanpa henti selepas keluar dari Setia Sky. Telefon pintar sengaja dia tutup. Thaqeef tak mahu ada gangguan dari sesiapa. Termasuklah Adra. Thaqeef memeluk lutut dengan tangisan yang sudah mula berlagu. Perit dan terluka dia rasai sekarang sa
BAB 53 KERETA Audi RS7 merah Thaqeef meluncur masuk ke dalam basemant Kondo Setia Sky. Jam dipergelangan dilihat. Sudah menunjukkan pukul 2 petang. Meeting bersama Datuk Hans pula pada pukul 3. Adra yang sudah lena itu dia pandang buat seketika, tangan kiri mengelus pipi gebu Adra. "Sayang, bangun.." Kejut Thaqeef dengan lembut. Tangan mula meliar pada rambut dan leher Adra. Ah, masih tidak puas dia bermanja dengan Adra. Kalau tidak kerana ada meeting dengan Datuk Hans, akan dia ulit tubuh Adra di Resort Secret Garden itu selama seminggu. Itu rancangan awal tapi itulah, kerja perlu diutamakan.Walaupun hubungannya Datuk Ikram masih tidak lagi baik, namun Thaqeef tak akan sesekali mencampuri urusan kerja dan urusan peribadi. Adra mengeliat kegelian bila terasa wajahnya dikucup bertalu-talu. Siapa lagi suka mengusik dia sejak seminggu lepas. Hanya Thaqeef saja. "Dah sampai ke?" Tanya Adra dengan suara serak basah buat Thaqeef mahu mener
BAB 52 SEMINGGU KEMUDIAN.. "KAU suka datang sini?" Soal Thaqeef sambil peluk Adra dari arah belakang. Dihidu haruman rambut Adra,tak pernah puas dengan haruman Vanilla Blossom milik Adra. Dagu dilabuhkan pada bahu Adra yang terdedah. Selepas pulang dari kampung Jasmin, Thaqeef mula sibuk dengan pembukaan Hotel Luna di Pahang. Adra tersenyum kegelian bila ciuman Thaqeef mula meliar pula lehernya. Ah, dia sungguh bahagia saat ini. "Suka.. Tempat ni cantik. Walaupun jauh dari bandar,tapi resort ni cantik. Saya suka. Terima kasih suami saya." Adra mengucup pipi Thaqeef, kemudian dia tundukkan wajah.Dia malu bila Thaqeef memandang diri seolah ingin menerkam dirinya. Thaqeef berdekah suka,bila sifat malu-malu itu masih ada pada diri Adra walaupun sudah hampir tiga bulan mereka berkahwin. Ah, indahnya malu
Comments