Share

JDMA-5

(CARI PASAL)

MINUM PETANG pada petang ini hanya didampingi dengan keadaan yang sunyi. Hanya bunyi garfu dan sudu berlaga antara mereka sahaja menjadi tetamu saat itu.

Setelah selesai , Datin Rasyidah menyusun pinggan kedalam dulang untuk membawanya kedapur begitu juga dengan Ilham.

“Takpa Mummy, biar Aura yang angkat.” Aura cuba mengambil dulang dari tangan Datin Rasyidah.

“Tak apa, Aura duduk je. Mummy boleh buat.” Balas Datin Rasyidah lalu menghadiahkan sebuah senyuman kepada Aura.

“Daddy nak ke rumah jiran sebelah kejap. Aura berborak la dulu dengan Linda.” Pamit Dato Malek lalu meninggalkan Aura dan Linda berdua berduaan.

Apa aku nak buat ni? Dah la aku tengok perempuan ni lain macam je.

“Handsomekan Zaffrel.”

Ayat yang keluar dari mulut Linda menaikkan darah Aura. Dah kenapa perempuan ni tiba-tiba puji Zaffrel. Dia tak tahu ke yang aku ni bakal isteri Zaffrel. Even aku tak suka Zaffrel pun tak bermakna kau boleh sesuka hati kacau hak aku. Zaffrel tu akan jadi hak aku!

“Of course , tengok la siapa bakal isteri dia.” Tangan Aura naik menyilang dada . Kaki sebelah kanan naik menindih paha sebelah kiri. Gaya berlagak macam tu.

“Kan best kalau aku jadi isteri dia.” Sekali lagi ayat Linda mengundang tentera amarah Aura. Budak ni tak reti malu agaknya cakap macam tu.

“Memang best pun best sangat. Tapi tu la kesian dekat kau, mampu berangan je kan. Takpa aku faham berangan tu kan percuma. Tapi jangan lebih - lebih berangan takut kecewa. “ Bidas Aura yang mampu menyakitkan hati Linda. Alah sikit je tu aku bagi, nak lebih lagi pun tak apa.

“Aku tak pernah berangan kosong, setakat Zaffrel tu bila-bila je boleh jadi hak aku.” Linda masih lagi berani bersuara.

“Kau tahu tak kau sedang cakap dengan siapa sekarang ni? Aku Aura Fellisya bakal isteri Zaffrel. And aku paling pantang orang cari pasal dengan aku. Kalau dah rasa diri tu tak ada maruah, jangan tunjuk dekat orang sangat. Jangan bangga bila tak ada maruah, sepatutnya kau rasa malu sebab orang akan pandang kau macam perempuan bodoh.” Setelah melontarkan isi hatinya Aura terus bangun dari kerusi. Aku takut makin lama aku dekat sini, aku buka gelanggang gusti, boleh arwah budak tak sedar diri ni.

“Setakat bakal isteri apa la sangat. Yang dah kahwin bertahun-tahun boleh bercerai berai inikan pula bakal isteri. Tunggu masa je boleh dijatuhkan.” Kata-kata Linda memhentikan Aura dari terus melangkah. Aura kembali berpaling kearah Linda dengan hati yang mendadak dengan amarah.

“Kau ingat aku takut ke dengan apa kau cakap? Sikit pun aku tak takut la. Setakat perempuan tak laku macam kau ni siapa yang nak pandang. Kau memang sesuai jadi perampas, sebab perampas ni untuk perempuan murahan macam kau. Muka dah tak boleh pergi , perangai apatah lagi, so kerja mudah rampas hak orang. Kalau muka cantik tak perlu rampas orang dah tempah. Tapi baguslah kau sedar diri yang kau tu tak layak nak ada di hati Zaffrel, so caranya adalah cari perhatian murahan dari Zaffrel. Bukan sekali aku jumpa perempuan macam kau tapi dah banyak kali. Cuma aku nak pesan, perempuan macam kau tak akan bahagia pun, tapi derita atas silap sendiri.” Amarah yang berombak didalam hati Aura sedaya upaya ditahannya. Malas nak gaduh dekat rumah orang ni, tapi kalau rumah sendiri dah arwah budak ni.

“Jaga percakapan kau . Kau tak kenal aku siapa. Aku takut kau yang menyesal!” Linda turut bangun dari kerusinya.

“We wait and see okay.” Aura terus meninggalkan Linda seorang diri disitu. Nampak je muka baik, tapi perangai fail. Aku nak tengok sejauh mana permainan kau.

SEMUA orang telah berada si meja makan untuk makan malam begitu juga Aura dan Linda. Linda duduk dihadapan Zaffrel manakala Aura pula duduk disebelah Zaffrel.

“Kalau la Aura ni dah kahwin dengan Zaff, mesti dah meriah rumah ni hari-hari mummy boleh borak dengan Aura.”Datin Rasyidah bersuara sewaktu mereka semua sedang menikmati makan malam.

“Tak lama dah mummy, nanti hari-hari kita boleh borak and hari-hari juga Aura boleh makan masakan mummy.” Aura menghadiahkan senyuman buat Datin Rasyidah.

“Ye la tu mummy, nanti Zaff dah kahwin dengan Aura takda masanya dia nak borak-borak dengan mummy, kerja dia makan,makan,makan. Kalau dah ada makanan depan mata memang dah tak peduli orang sekeliling.” Zaffrel cuba berseolorah walhal dalam hatinya memang nak mengata si Aura ni pun. Makan macam bela saka.

“Mana ada. Suka reka cerita.” Aura tayang wajah tidak puas hatinya. Kalau ye pun nak balas dendam dekat aku tak payah la mengata dekat aku.

“Tak apa mummy, Linda kan ada. Nanti Linda boleh teman mummy borak. “ Linda mencelah. Semua mata tertumpu kearahnya. Biar betul budak ni, tiba-tiba panggil mummy tak ada orang suruh panggil pun kan.

“Eh haah,nanti kita boleh borak.” Datin Rasyidah tayang senyuman paksa agar tidak kelihatan janggal.

Aura tersenyum bahagia. Cuba nak tarik perhatian orang, tapi hurmm kesian orang tak layan.

Senyuman sinis yang dipamerkan oleh Aura mengundang amarah Linda. Dirinya berasa jauh dari keluarga Zaffrel saat ini.

“Aura tolong ambilkan lauk ayam pedas tu.” Pinta Zaffrel dengan sopan .

Sewaktu Aura ingin mengambil lauk tersebut, Linda terlebih dahulu mencapainya lalu meletakkan lauk tersebut didalam pinggan Zaffrel.

Zaffrel cuba menahan amarahnya terhadap tindakan Linda. Dia tidak mahu bergaduh didepan rezeki. Zaffrel terus bangun dari kerusi lalu kearah singki untuk mencuci tangan.

“Zaff dah tak nak makan ke?” Soal Dato Malek.

“Zaff dah kenyang daddy. Zaff naik dulu.” Pamit Zaffrel lalu terus mendaki anak tangga. Mereka yang berada di meja makan hanya membisukan diri. Wajah Linda sudah bertukar merah, malu kerana diperlakukan begitu oleh Zaffrel dihadapan ahli keluarganya yang lain.

ZAFFREL memanggil Ilham saat melihat kelibat Ilham turun dari tangga. Waktu Ini Zaffrel masih di ruang tamu.

“Ada apa? Kau tak masuk tidur lagi?” Soal Ilham.

“Aku nak pergi pasar malam la. Kau nak ikut?” Ajak Zaffrel.

“Boleh juga. Kau ajak Aura sekali eh.” Arah Ilham.

“Buat apa nak ajak dia?” Zaffrel mengerutkan dahinya. Takkan mamat ni dah sukakan Aura.

“Aku cuma kesian tengok dia, nampak macam boring je, tak salah kita ajak sekali kan.” Ilham cuba membodek Zaffrel. Niat sebenarnya ingin memberi ruang untuk Zaffrel dengan Aura bersama.

“Yelah, jap aku panggil Aura.” Akhirnya Zaffrel mengalah lalu terus menuju ke bilik tetamu. Kalau tak ikut apa dia nak, memang dengan aku sekali tak boleh pergi.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Semua orang telah memasuki ruang bilik tidur masing-masing. Saat Linda memasuki bilik tetamu yang turut menempatkan Aura, dia melihat Aura sedang berbaring bebas diatas katil.

“Tepilah, aku nak tidur” arah Linda apabila melihat Aura masih lagi berbaring seperti tidak memberi ruang kepada Linda.

Bantal disebelah Aura diambil lalu dicampak kebawah sebelah katil.

“Opss sorry,” mulut Aura ditekup acah-acah memberi maksud yang dia tidak sengaja.

“Kau ingat katil ni hak aku ke suka-suka je nak suruh aku tidur bawah?” Bentak Linda dengan tindakan Aura.

“Katil ni pun bukan hak kau, so kau tidur bawah. Aku tak biasa tidur dengan orang. Lainlah nanti kahwin aku boleh tidur dengan Zaffrel, yang tu tak apa la, tapi kalau kena tidur dengan kau , erkk sorry mustahil.” Aura membuat gaya ala-ala gedik dan menyampah.

“Kau ni memang...”

Tok!Tok!

Pintu bilik kedengaran. Namun Aura hanya membekukan dirinya . Linda yang sedar dengan keadaan Aura yang tidak lansung bergerak untuk membuka pintu terus menuju kearah pintu untuk membukanya.

“Eh Zaff, ada apa datang sini?” Linda melembutkan suaranya seperti ingin menggoda. Aura yang mendengar suara Linda hanya mendiamkan diri. Zaffrel datang cari aku bukan cari kau, kesian.

“Aura sini jap.” Panggil Zaffrel yang mengendahkan sahaja Linda dihadapannya.

“Ada apa?” Soal Aura lalu berjalan kearah Zaffrel. Dia berdiri dihadapan Zaffrel membelakangi  Linda.

“Jom pergi pasar malam” ajak Zaffrel sambil badannya menyandar dipintu bilik dengan tangannya menyilang didada.

“Pasar malam, Linda nak ikut!” Jawab Linda dengan ceria.

“Aku ada ajak kau ke? Takda kan?” Soal Zaffrel sambil menaikkan sebelah keningnya. Aura sembunyi senyum. Padan muka . Tak malu betul.

Linda menyimpan amarahnya. Sabar Linda, jangan mudah mengalah.

“Lama dah tak pergi pasar malam, jom la kita pergi.” Aura terus menyauk tangan Zaffrel lalu menarik tangan Zaffrel seakan kanak-kanak riang.

“Kalau ye pun tak sabar nak pergi, janganlah tarik laju sangat.” Zaffrel berseloroh lalu Aura dan Zaffrel ketawa riang dihadapan Linda. Linda menahan perasaan. Air matanya sudah bertakung.

“Linda, tak nak ikut ke?” Soal Ilham dari arah belakang. Aura dan Zaffrel hanya mendiamkan diri.

“Takpa ke kalau Linda ikut?” Soal Linda dengan lembut seakan meraih simpati.

“Takpa jom la.” Ajak Ilham dengan sopan. Linda kembali senyum. Aura dan Zaffrel terus kearah kereta meninggalkan Ilham bersama Linda.

Aura mendekatkan wajahnya pada telinga Zaffrel lalu membisikkan sesuatu.

“Kau buat mesra eh dengan aku, kalau kau tak mesra, aku tak nak kawan dengan kau.”

“Okay deal!” Zaffrel turut berbisik dengan Aura. Ilham dan Linda hanya memerhatikan sahaja. Apa punya perangai la bisik bisik depan orang ni.

Saat Zaffrel memboloskan dirinya kedalam perut kereta bahagian belakang, Linda turut memasuki bahagian belakang.

“Aura duduk belakang!” Arah Zaffrel saat Aura ingin memasuki tempat duduk hadapan.

Aura tersenyum lebar. Lagi sekali aku menang.

Aura terus kearah tempat duduk belakang lalu berdiri ditepi pintu untuk memberi ruang kepada Linda keluar dari tempat tersebut. Dengan hati yang sebal, Linda keluar lalu terus ketempat duduk hadapan.

Sepanjang perjalanan mereka, semua orang hanya mendiamkan diri. Linda sering mengerling kearah belakang untuk memandang wajah Zaffrel. Tindakannya sudah banyak kalu tertangkap oleh Ilham dan Zaffrel begitu juga Aura, namun mereka memilih untuk mendiamkan diri.

Bermacam ragam Aura dengan Zaffrel di pasar malam tersebut. Linda yang menjadi permerhati hanya mampu mendiamkan diri menyimpan perasaan.

“Aura nak pergi tandas kejap.” Pinta Aura sewaktu mereka semua ingin bertolak pulang.

“Biar saya teman Aura. Korang tunggu la sini kejap.” Arah Zaffrel lalu memimpin tangan Aura kearah tandas yang berdekatan.

“Lepaslah tangan aku! “ Aura terus menarik tangannya setelah mereka hilang dari pandangan Ilham dan Linda.

“Macam aku nak pegang sangat tangan kau tu.” Balas Zaffrel.

“Kau tak rasa pelik ke dengan Linda. Kenapa aku tengok dia macam lain je? Dia apa cakap apa-apa dekat kau ke?” Soal Zaffrel lagi.

“Dia cakap dia suka kau” selamba Aura menjawab.

“What!”

Aura terlepas tawa. Alahai muka terkejut dia tu, dah macam kena santau dengan pontianak.

“Kenapa kau gelak?” Zaffrel mula merasa seram, butul ke tak budak ni.

“Tak payah la buat muka terkejut macam tu. Teruk betul muka kau.” Kutuk Aura tanpa berlapis.

“Berani kau kutuk aku . Tunggulah nasib kau.” Aura hanya buat-buat tidak dengar . Kakinya melangkah kearah kereta kembali.

“Aura kau tak cerita lagi pasal tu” Zaffrel mengejar Aura dari arah belakang.

“Nanti aku cerita aku mengantuklah. Aku nak balik.” Jawab Aura lalu terus kearah kereta lalu memasuki perut kereta.

Ish budak ni, tadi siap ugut tak nak kawan dengan aku, lepas tu buat aku tertanya-tanya. Geram je aku dengan kau ni.

SEWAKTU dalam perjalanan pulang, mata Aura sudahpun tidak mampu bertahan. Dia tersengguk-sengguk menahan kantuk.

Zaffrel yang melihat wajah Aura menahan tawa. Mengantuk sangat budak ni.

“Ouchh” Aura memegang kepalanya apabila terkena cermin kereta sewaktu dia tersengguk-sengguk. Zaffrel tersenyum melihat Aura yang menyambung tidurnya walaupun kepalanya sudah terhantuk pada cermin kereta.

Tubuh Aura ditarik perlahan lalu merebahkan kepala Aura pada pahanya. Rambut Aura diusap lembut. Nasib kau dah nak jadi isteri aku, kalau tak aku biar je kau tersengguk macam tu.

Wajah Aura ditatapnya. Kau ni boleh kira cantik tapi tu la psycho, suka menjawab, asyik nak menang, jenuh nak layan perangai kau. Tapi kau tak mampu nak buka hati aku lagi, sebab hati aku masih kosong dan bukan milik kau.

Makin lama, makin aku dapat rasa yang kita sesuai untuk bersama. Tapi aku mampu terima kau atas tanggungjawab bukan cinta. Aku akan lindungi kau , sebab kau bakal jadi tanggungjawab aku.

Linda yang menjadi pemerhati menguatkan hatinya. Empangan air matanya dikawal sebaik mungkin. Kalau dia berseorangan empangan air mata ni dah bocor. Sabar Linda ini baru permulaan. Banyak lagi cara untuk aku dapatkan Zaffrel.

Setibanya mereka dirumah, Zaffrel terus mengangkat Aura lalu meletakkan tubuh itu diatas katil. Zaffrel menyelimuti separuh badan Aura.

Linda pula hanya tidur dibawah. Malas dia mahu bergaduh tentang katil, hatinya yang sakit perlu diberi perhatian. Linda terus melelapkan matanya melayan perasaan. Air matanya dibiarkan gugur.

AURA tersedar dari tidur. Dia terus meraba-raba disekelilingnya.

‘Aku dekat atas katil? Siapa angkat aku!? Zaffrel? Oh no, aku harap bukan dia’ Aura cuba menenangkan dirinya. Tuala dicapai lalu dia melangkah masuk kedalam bilik air.

Usai membersihkan diri, Aura mendekati Linda.

Tak bangun lagi budak ni, dah pukul 8 pagi. Dia tak solat ke?

Aura mendapat idea dengan tiba-tiba. Remote aircond dicapai lalu diturunkan suhu bilik . Kasi sejuk sikit, auto pukul 5 petang bangun budak ni. Aura mengawal tawanya. Jangan ketawa Aura.

“Maafkan aku Linda, aku tak jahat tau . Cuma aku tak suka orang cari pasal dengan aku.” Wajah Linda ditatap kesian. Kesian? Lambat lagi. Aura terus keluar dari bilik tersebut.

“Nyenyak tidur semalam.” Sapa Zaffrel dari arah belakang Aura.

“Siapa yang angkat aku semalam?” Soal Aura sambil merenung wajah Zaffrel mencari kejujuran lelaki tersebut.

“Cerita dulu apa yang Linda cakap lagi dekat kau.” Jawab Zaffrel lalu melabuhkan punggungnya disofa.

“Tak nak cerita. Lagipun aku tahu siapa angkat aku. Mesti Ilham yang kejutkan aku and aku jalan sendiri .” Yakin sahaja Aura menjawab.

“Kesian Linda. Dia yang angkat Ilham dapat nama.” Zaffrel cuba mengusik Aura. Nak tengok reaksi dia.

“What! Serius la.” Mata Aura dah luas macam panda. Tolong jangan bergurau macam ni.

“Nak tahu tak hal sebenar?” Soal Zaffrel.

Aura mengerutkan dahi. Jadi bukan Lindalah yang angkat aku. Fuhh, nasib baik.

Zaffrel mendekati Aura lalu membisikkan sesuatu.

“Boleh tahan berat badan kau.”

Aura terdiam seketika. Jadi dia la angkat aku. Why Aura Why! Kau suka malukan diri sendiri. Bencinya!

“Aura.” Sapa Dato Malek apabila melihat Aura hanya berdiri mendiamkan diri diruang tamu.

“Eh Daddy, apa ada ?” Soal Aura lembut.

“Mana Linda?” Soal Dato Malek pula.

“Erkk, Linda tidur lagi la daddy.” Aura buat-buat seperti tidak tergamak untuk memberitahu walaupun dalam hati dah senyum riang.

“Tak bangun lagi?” Soal Datin Rasyidah pula.

“Belum.” Aura dah senyum menang didalam hati. Cari pasal lagi dengan aku.

“Tak apalah kita breakfast dulu. Dah lambat ni.” Ajak Dato Malek.

Aura dan Datin Rasyidah hanya menuruti arahan Dato Malek.

JAM sudahpun mengenjak 10:30 pagi. Semua orang mula meluangkan masa di ruang tamu.

“Linda tak banguh lagi ke Aura?” Soal Ilham lalu melabuhkan duduknya disofa.

“Entahlah, belum lagi kut.” Aura sembunyi senyum. Jahat sangat ke aku ni? Eh lantaklah dia yang lambat bangun.

“Mummy , daddy Zaff nak cakap sikit.” Zaffrel mencelah. Mata-mata mula tertumpu kearahnya.

“Kenapa mummy nak sangat carikan rumah sewa untuk Linda? Dia boleh je cari sendiri. Dah kenapa kita nak susah-susah sebab dia?” Zaffrel mula menunjukkan ketidakpuasan hatinya. Kalau nak ikutkan perasaan nak je aku halau perempuan tu sekarang.

“Zaff tak baik cakap macam tu, Ingat tak arwah ibu pernah pesan dekat Zaff tolong tengok-tengokkan anak dia. Zaff tak kesiankan arwah ibu ke?” Datin Rasyidah cuma memujuk Zaffrel. Dia kenal sangat dengan sikap Zaffrel , kalau dah benci memang tak akan ada harapan untuk dia terima seseorang tu.

“Arwah ibu selalu pedulikan dia, tapi dia? Ada dia kesah dengan arwah ibu? Manusia macam tu tak boleh bagi muka. Biar dia sedar dia tu manusia paling tak guna!”

“Zaffrel! Daddy tak ajar Zaff cakap macam tu! Macam mana sekali pun Linda, dia tetap anak arwah ibu. Kita sepatutnya jaga dia, kesianlah dekat arwah ibu.” Dato Malek yang mendiamkan diri dari semalam terus melepaskan amarahnya.

“Maafkan Zaff daddy. Tapi Zaff tak mampu nak terima semu ni. Jom Aura , saya hantar awak balik.” Zaffrel terus bangun lalu keluar dari ruang tamu itu.

“Jap saya nak ambil beg.” Pinta Aura lalu terus bergegas ke dalam biliknya.

“Bye Linda, aku balik dulu ye. Kau tidur puas-puas ye. Kesian aku tengok kau ni. Nanti jumpa lagi tau.” Ujar Aura lalu menarik perlahan selimut yang hampir sepenuhnya menutupi tubuh Aura. Kalau selimut takda, lagi sejuklah kau. Jahat sangat ke aku ni? Ala takpalah ni last day kita jumpa, so aku kena lepaskan semua kemarahan aku terhadap kau. Tapi tak semua lagi ye, kalau kita jumpa lagi aku topup yang tak puas lagi.

“Aura lambat lagi ke?” Soal Zaffrel dari muka pintu.

“Jap siap dah ni.” Jawab Aura lalu terus keluar dari biliknya.

“Jap nak salam mummy.” Aura pergi mendapatkan tangan Datin Rasyidah lalu dikucup hormat.

“Maaflah Aura , macam-macam perkara terjadi waktu Aura kat sini. Maaf mummy tak minta semua ni jadi, tapi nak buat macam mana benda dah nak jadi.” Rambut Aura diselit kebelakang telinga. Makin lama makin sayang dengan Aura ni.

“Takpa mummy, benda tak minta kan, Aura okay je. Lagipun Aura suka duduk sini ada teman nak berbual. Duduk rumah pun boring juga.” Senyuman manis dilemparkan.

“Jaga diri baik-baik tau Aura. Kalau Zaff buli Aura cakap dengan mummy.” Bahu Aura digosok lembut.

“Bukan Zaff buli Aura, tapi Aura yang buli Zaff. Kami pergi dulu ye mama.” Pinta Zaffrel dengan sopan.

Aura memandang Zaffrel dengan hati yang sakit. Amboi kau sedap mengata aku eh. Tak nak kawan.

“Hati-hati” ucap Dato Malek sewaktu Aura dan Zaffrel memasuki perut kereta.

“Aura.” Panggil Zaffrel sewaktu mereka dalam perjalanan pulang.

“Ye” Aura hanya menjawab ringkas. Matanya masih segar memandang permandangan diluar tingkap. Malasnya nak balik, kan best kalau boleh keluar lagi. Tapi mama mesti tak bagi punya.

“Aku tak nak balik lagi la selagi perempuan tu dekat rumah aku.” Aura yang mendengar kata-kata Zaffrel terus menoleh.

“Habis tu kau nak buat apa? Lari rumah?” Duga Aura. Jangan cakap nak lari rumah, kesian dekat mummy dan daddy.

“Ish kau ni jauh betul otak kau. Aku nak pergi tengok wayanglah. Kau nak ikut?” Pelawa Zaffrel. Mesti nak punya budak ni , muka kaki lepak macam ni ajak pergi toilet pun nak.

“Nak!” Riang Aura menjawab. Yey boleh keluar lagi. Kalau cakap Zaffrel yang ajak, mama confirm kasi. Takda la boring sangat dekat rumah.

“Jom , tapi jangan lupa bagitahu mama dengan papa dulu, nanti diorang tungu kau pula.” Pesan Zaffrel. Budak ni kalau kena marah nanti, aku juga yang dia persalahlan. Macam aku tak kenal perangai dia.

“Baik boss.” Aura terus mengeluarkan iphonenya lalu mengirim pesanan buat Datin Mona. Bestnya dapat jalan-jalan lagi. Kadang - kadang ada guna juga kau ni Zaffrel. Terima kasih !

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status