Share

Bab 3

Author: Feek Adeen
last update Last Updated: 2021-08-18 09:23:06

Punat on pada alat kawan jauh televisyen itu ditekan, saluran televisyen ditukar silih berganti. Terdapat banyak saluran yang boleh ditonton tetapi dia memilih untuk mematikannya semula. Tiada satu pun rancangan yang menarik perhatiannya untuk dia terus menghadap skrin televisyennya itu.

Jam dinding diperhatikan lagi untuk kesekian kalinya, tepat pukul 9.10 malam. Kepalanya disandarkan pada sofa dan matanya dipejamkan seketika, cuba mengusir rasa bosan yang mula bertamu dalam diri.

Selang beberapa minit, dia dikejutkan dengan bunyi jeriji pintu ditarik keluar. Kepalanya ditegakkan semula sebelum menoleh ke arah pintu rumahnya, menunggu kelibat seseorang memunculkan diri.

Adam melangkah masuk berbekalkan wajah kepenatan.

“Baru balik Dam, penat aku tunggu kau sampai berbisul dah punggung aku ni,” tegur Toki. “Macammana dah jumpa kerja yang sesuai dengan jiwa kau?” Sambungnya lagi.

“Tak cari pun, Julia ada offer kerja dekat syarikat ayahnya tapi itulah, aku malas nak kerja dekat sana.” Adam melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan Toki.

Toki menegakkan badan. Memandang wajah Adam serius.

“Kau tolak macam tu je Dam. Rugi. Takkan kau nak menganggur lagi Dam dah masuk tiga bulan kau tumpang rumah aku ni. FOC lagi tu. Nasib baiklah kau dapat member yang prihatin macam aku ni, kalau orang lain dah lama kau kena tendang keluar.” Ujar Toki panjang lebar.

“Baru tiga bulan belum tiga tahun.”

“Jadi kau nak suruh aku tanggung kau tiga tahun lagilah. Macam tu. Banyak cantik.”

“Hehehe. Aku gurau je lah Kie. Esok aku ada interview kerja. Confirm dapat punya.” Ujar Adam dengan nada penuh keyakinan.

“Perkataan confirm ni yang malas aku nak dengar, dah banyak interview kau pergi semua kau kata confirm dapat, dapat penat adalah aku tengok.”

“Ala Kie semua yang aku pergi tu perlukan pengalaman kerja, aku ni mana ada pengalaman kerja, baru habis study kot, konvo pun belum lagi. Tapi kerja yang ni tak perlukan pengalaman. Sebab tu aku rasa gerenti dapat punya.”

“Yelah harap yang ni kau dapat, aku tak larat dah nak tanggung biawak hidup ni lagi. Hehehe... eh aku punya reload phone mana? Kau ada beli tak?”

“Aku tak beli, aku beli buku.”

“Buku? Sapa nak baca?”

“Akulah, biawak hidup. Hahaha...”

Adam terus berlari naik ke biliknya yang berada di tingkat atas meninggalkan Toki bersendirian di bawah. Dia terlupa duit yang digunanya tadi untuk membeli buku sebenarnya duit pesanan Toki, dengan slumber badak sahaja dia membayar buku tersebut guna duit tu.

“Wei Dam aku tak habis cakap lagilah.” Jerit Toki, geram. “Apalah nasib dapat member macam kau ni.” Luahnya lagi.

Plan nak bergayut dengan aweknya malam ni terpaksa dibatalkan. Serta merta.

*****

Adam terus merebahkan badannya di atas katil, lenguh di kakinya masih terasa.

Agaknya dua tiga kilometer juga aku berjalan dalam mall tadi. Terasa penat yang amat. Mungkin bagi Julia pula setakat berjalan dua tiga kilometer keliling mall, keluar masuk dari satu butik ke butik yang lain merupakan perkara yang biasa. Penat itu akan hilang dengan sendirinya bila kita sudah memiliki – beli – benda yang kita minati. Shopping adalah terapi minda buat Julia.

Kadangkala dirasakan kehidupan seperti Julia itu terlalu indah, tak perlu bersusah-payah berkerja untuk mendapatkan benda yang dihajati. Duit dalam akaun bank memang tujuh keterunan pun tak akan habis. Tetapi mungkin dari segi material ya, Julia boleh memiliki segala-galanya tapi dari segi perasaan, Julia masih gagal untuk memiliki cinta hatinya.

Untung sahaja Julia terpaut hati pada Adam, dalam sisi nakalnya ada juga sisi mulianya. Kalaulah dia terjatuh hati dengan orang lain yang berniat serong, tentu saja kekayaannya sudah dikikis perlahan-lahan.

Adam juga bukanlah jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan terhadap wanita, golongan wanita itu patut dilindungi bukan dianiayai. Lebih-lebih lagi Julia, wanita yang terlalu banyak membantunya, tak sanggup rasanya dia mengambil kesempatan terhadap kepercayaan Julia.

Tapi itulah seperti kata orang cinta itu tidak boleh dipaksa. Tapi bagi Julia pula cinta itu boleh disemai, lama-kelamaan akan mekar juga bunga cinta itu di dalam hati. Dan Adam masih berpegang pada kata orang – cinta memang tidak boleh dipaksa. Tiada sikit pun walau secubit rasa sayang selain rasa sayang seorang rakan sahaja terhadap wanita bernama Julia itu.

Lamunannya yang berkisar tentang Julia perlahan-lahan hilang daripada kotak memorinya, diganti pula dengan bayangan Hannan. Gadis yang baru dikenalinya hari ini, gadis yang berjaya mengkucar-kacirkan hati untuk beberapa minit sahaja. Ajaib. Imejan Hannan dalam khayalannya itu terus mengingatkan dia terhadap novel yang baru dibelinya petang tadi.

Adam terus duduk bersila di atas katil, membuka beg samping yang berada di sisinya. Buku di dalam plastik biru itu di keluarkan.

Teliti dia memerhatikan novel berjudul Bayu itu, luaran novel itu masih lagi dalam kondisi yang baik – agak baik sebenarnya, walaupun warna kulitnya sudah kelihatan pudar sedikit, malah sebahagian cover novel telah renyuk.

Novel terakhir Megat Aidin sebelum dia menghilangkan diri 25 tahun yang lalu. Kata-kata Hannan tentang novel tersebut kembali bermain dalam fikirannya.

Agaknya kat mana Megat Aidin berada sekarang. Fikirnya lagi.         

Adam menarik nafas sebelum menghembuskannya. Dia membuka muka surat pertama novel itu.

Untuk anak-anakku... Ringkas mukadimah penghargaan novel ni.” Gumamnya perlahan.

Dia terus membaca bab pertama novel tersebut.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 20

    Kampung Gelam. “Itulah Karim aku dah beritahu dari dulu lagi kampung kita ni memang jadi tumpuan kaki judi.” Terang Zakaria bersungguh-sungguh sebelum cawan kopi di atas meja dicapai.Karim hanya mengurut janggut panjangnya yang sudah menampakkan uban putih sedikit. “Bukan kampung kitalah Jaka, itukan kampung sebelah.” Ujar Pak Samad yang sudah mengerakkan buah damnya satu petak ke atas.“Memang bukan kampung kita tapi benda ni perlahan-lahan akan merebak juga ke sini kalau tidak dibendung lebih awal.” Zakaria meletakkan semula cawan kopinya yang sudah berbaki separuh.“Haa, Karim. Kau selaku JKK kampung ni apa pendapat kau?” Tanya Bidin seraya mengerakkan buah damnya, tiga biji buah dam Pak Samad dimakan serentak. Satu langkah lagi sebelum buah damnya naik haji. Dia tersengih.Karim masih diam, tenung cawan teh tariknya yang belum terusik sedikit pun. Pak Samad pula sudah mengaru-garu kopiah putihnya sebelum berdiri. “Bidin aku gerak dulu. Kau mainlah dengan Jaka dulu tak pun deng

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 19

    Kampung Bulan Sabit. Sebaiknya sahaja motorsikalnya berhenti di bahu jalan Razif terus memerhati keadaan sekeliling sebelum melangkah turun, Toki juga ikut turun sama. Razif mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluar jeansnya, aplikasi lampu sentuh dibuka dan cahaya lampu tersebut terus dihala ke kawasan belukar bersebelahannya. Lorong kecil di tengah-tengah belukar tersebut jelas kelihatan. Toki hanya memerhatikan sahaja tindakan Razif. Hujan gerimis mula membasahkan sedikit bahagian atas baju mereka, Toki memandang ke langit. Gelap. Tahulah dia sebentar lagi hujan lebat pasti akan turun.“Zif kita nak pergi mana ni?”“Masuk hutan.”“Masuk hutan! Buat apa?”Razif menyuluh tepat ke wajah Toki. Pantas juga Toki berpindah posisi mengelak cahaya tersebut daripada terus menyilaukan retina matanya.“Eh, bukan kau nak cari penyangak dua ekor tu ke? Kita nak pergi port dioranglah ni.” Cahaya telefon bimbitnya kembali menyuluh ke lorong kecil di hadapannya.“Dekat mana?” Soal Toki lag

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 18

    Suara pelakon-pelakon drama swasta yang jelas kedengaran daripada peti televisyen model lama itu menjadi peneman halwa telinga mereka bertiga sekarang. Julia dan Hannan sudah terlebih dahulu masuk ke bilik tidur. Menghilangkan penat seharian. Hanya Adam, Melina dan Mak Odah sahaja yang masih setia berada di ruang tamu, menunggu kepulangan Toki dan Razif.Melina yang duduk bersebelahan Mak Odah terlalu asyik bermain telefon bimbit – permainan candy crush. Adam memerhatikan Melina, sekejap-sekejap dia akan memerhatikan keadaan sekeliling ruang tamu itu pula. Keadaan rumah itu langsung mematikan suasana hatinya.“Mel apa plan untuk esok?” Tanyanya cuba menghilangkan kebisuan mereka di situ.Melina hanya memasang telinga sahaja masih fokus dengan permainan candy crush-nya, dia semakin hampir untuk ke peringkat seterusnya.“Bingo! Tak lama lagi naik level 110.” Telefon bimbitnya diletakkan di atas meja. Barulah dia mengalihkan pandangan ke wajah Adam.“Esok pagi kita terus pergi kampung G

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 17

    Pukul 10.00 malam. kereta Kancil itu tetap gagah menyusur jalan raya yang gelap dan sunyi.“Lan kau bagilah aku pandu kereta ni pula, kau pandu slow nak mampus. Bila mahu sampai tempat Ah Seng.” Joe Gigi sudah tidak tahan dengan cara pemanduan rakannya itu, rasanya kalau mereka berlumba dengan kancil sebenar jauh bertiang-tiang mereka kena tinggal. Lembab macam kura-kura.“Joe kau kena ingat kita ni penjahat bertamadun macammana jahat pun keselamatan kena utamakan. Safety first. Sebelum masuk simpang kena bagi signal, kelajuan pula kena ikut had laju yang ditetapkan. Joe kau tahu sebab aku bawa lajulah kaki sebelah aku ni tempang, Aku dah serik bawa laju.”Jelas Lan Tempang. “Itu masa kau bawa basikal. Kau yang cari nahas sendiri, yang kau pergi rempuh lembu pak Samad tu apa hal. Lembu tu tengah sedap-sedap melepas dekat jalan yang kau pergi langgar, mendapatlah. Sakit dapat tahi lembu pun dapat.” Joe gigi masih belum berpuas hati.Lan Tempang hanya berdiam diri malas nak berlawan hu

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 16

    Toki yang baru turun dari lori menyapu-nyapu belakang seluarnya cuba menghilangkan kesan kotoran yang melekat. Sekeliling jalan ditinjau. Hening. Sunyi. Sepi. “Hannan biar betul jalan ni menuju kampung Gelam. Macam jalan masuk hutan je?”“Ikut map betullah jalan ni.” Hannan diam seketika, fokusnya kembali kepada aplikasi Waze di telefon bimbitnya. “Coverage kat sini tak berapa kuatlah, tak dapat guna Waze.” Kali ini telefon bimbit di tangannya dijulang tinggi cuba mencari coverage yang sekejap ada sekejap hilang.Adam sudah duduk mencangkung di bahu jalan, bermain batu-batu kecil yang berselerakkan berhampirannya. “So macammana? Kita tunggu sini atau apa?” Batu-batu kecil itu sudah dilemparnya ke tengah jalan.“Kita jalan terus sambil-sambil tu bolehlah tahan kereta yang lalu, manalah tahu ada yang sudi tumpangkan kita.” Cadang Melina pula. Keringat juga sudah mula membasahi wajah Melina yang putih itu.Lebih kurang 15 minit sudah mereka melalui jalan raya yang bisu dan sepi tanpa keh

  • Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]   Bab 15

    “Aku dah tanya uncle tu, dia cakap teksi memang tiada dekat sini. Bas dekat sini pun ikut waktu, bas pertama dah gerak awal pagi tadi yang ada sekarang bas petang. So nak tunggu?” Terang Adam. “Uncle tu nak pergi mana?” Tanya Toki pula.“Uncle tu nak ambil ayam dekat kampung sebelah. Kenapa Kie nak tumpang uncle tu ke? Kalau nak uncle tu ok je tapi kena duduk belakanglah, uncle tu bawa anak bininya sekali.”“Naik lori ayam? Aku sanggup lagi tunggu dekat sini daripada naik lori buruk tu.” Celah Julia tiba-tiba. Seumur hidupnya tidak pernah dia naik lori tambah-tambah lagi lori ayam. Perkara yang tidak pernah terlintas dikepalanya.“Baguslah, kau tunggu dekat sini sampai tua.” Melina bersuara. Geram dengan sikap Julia yang suka mengada-ngada itu.“Kita tunggu dulu dalam setengah jam macam tu, sementara uncle tu siapkan urusannya. Sambil-sambil tu bolehlah cari-cari kereta kalau ada yang sudi tumpangkan kita.” Cadang Adam.Julia memanfaatkan masa yang terluang itu untuk mencari kereta,

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status