Share

BAB 5

USAI mencuci muka dan memberus gigi di bilik air, Zuriana Imani menapak keluar semula dan terus menuju ke bilik tidurnya, punggungnya dilabuhkan di birai katil seraya tangannya bergerak menghala ke arah meja kecil di sebelah katil itu. 

Diari merah jambu dan pen biru diambil seraya tangannya sibuk dengan aktiviti menconteng halaman muka surat diari merah jambunya itu.

Perjalanan sepanjang hari ini seperti biasa...

Hari ni, genap tiga bulan aku kenal dengan Rayyan. Ye! Si Rayyan Zafrul yang handsome tu! Bakal CEO RZA Holdings... 

Aku tak tahulah macam mana perasaan sebenar Rayyan kepada aku. Kadang-kadang aku lihat dia sangat caring! Kadang-kadang menjengkelkan aku, hmm... kadang-kadang sweet sangat-sangat

Hai Rayyan... kalaulah kau tahu yang sebenarnya aku dah jatuh cinta dekat kau. Agak-agaknya macam manalah reaksi kau, Rayyan? Adakah kau sudi terima aku? Atau mungkin kau akan membenci aku? 

Sumpah! Dia adalah cinta pertama aku...

Tapi takpelah. Biar aku simpan aje perasaan cinta aku pada dia dalam hati aku. Aku rasa bahagia jika dia bahagia dengan hidup dia.

Malam ni. Masa aku berbaring di atas katil tadi, handphoneku berbunyi. Ya! ada mesej W******p masuk. Rayyan yang menghantar mesej tu... dia nak aku datang office dia pagi esok. Sebab? Sebab dia nak aku jadi Personal Assistant (PA) dia. Ya Allah!! Aku tak tahu nak buat macam mana? Hati aku happy sangat!!

Tapi macam mana dengan kerja aku dekat Zuhrah Holdings? Macam mana reaksi Encik Aryan Syah esok? Pasti dia terkejut!

Tapi takpelah... Zuhrah Holdings tu kan anak syarikat RZA Holdings... 

Tapi hati aku ni masih 50/50 lagi... Nak pergi mana... Ya Allah bantulah hambamu ini...

~~~~~~

Telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan katil berdering menandakan ada panggilan masuk. Zuriana Imani yang sedang bersiap-siap itu cepat-cepat menyambar telefon bimbitnya. Dia terus menjawab panggilan itu tanpa melihat nama pemanggil di skrin.

"Helo... siapa di sana?" 

"Ehem..." sahut si pemanggil.

... 

Zuriana Imani terpempan, lidahnya kelu sebaik sahaja mendengar suara Rayyan Zafrul di hujung talian.

"Hah, kenapa diam? Dah tercekik sikat rambut ke?"

"Err... Rayyan? Awak ke tu? Maaf, saya tak perasan awak yang call."

"Bukan, aku adalah..."

"Adalah apa?" soal Zuriana Imani sambil tersenyum. Dalam hatinya masa ini sudah pun berbunga-bunga.

"Hantu!"

"Awak jangan nak buat lawaklah. Mana ada hantu pagi-pagi buta ni."

"Pagi-pagi buta? Dah pukul 7.35 pagi ni Cik Zuriana Imani oii... dah, cepat sikit berkemas tu! Aku tunggu dekat depan rumah kau ni! Aku bagi kau masa lima minit," arah Rayyan Zafrul seraya menamatkan talian.

"Hah?? Rayyan ni... biar betul," gumam Zuriana Imani. Langkah diatur menuju ke arah tingkap, tingkap dibuka sedikit dan dilihatnya kereta Toyota Vios berwarna putih milik Rayyan Zafrul sudahpun berada di hadapan rumah sewanya. "Alamak, dia ni..." 

RAYYAN ZAFRUL yang melihat Zuriana Imani yang sudah berdiri di sebelah keretanya itu cepat-cepat membuka pintu di sebelahnya. 

"Hai," ucap Rayyan Zafrul seraya sebelah tangannya mengangkat rayban hitam serta memberikan senyuman kepada Zuriana Imani.

Ya Tuhan. Indahnya pemandangan pagi ni, getus hati gadis manis itu. Dia berdiri terpaku melihat jejaka kacak di hadapannya pada masa ini.

"Helo... Cik Zuriana Imani. Kau tak nak masuk ke?" soal Rayyan Zafrul sebaik sahaja mendapati gadis manis itu hanya berdiri kaku.

"Oh, maaf."

"Kau ni dah kenapa? Tak pernah nampak lelaki handsome macam aku ni ke?" tegur Rayyan Zafrul sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih dan rata itu.

"Eee... tolong sikit. Tak ada maknanya! Jangan nak perasan, okey!" balas Zuriana Imani. Mulut aje kata macam tu, tapi dalam hati ni dah berbunga-bunga!

Rayyan Zafrul ketawa dan terus memandu keretanya.

Dalam perjalanan, suasana dalam kereta agak sepi, tidak seperti biasa.

"Ehem! Kau dah kenapa senyap aje dari tadi?" soal Rayyan Zafrul memulakan bicara.

Sebenarnya Zuriana Imani sibuk mengelamun dari tadi lagi. Entah apa la yang difikirkannya. Rayyan Zafrul yang bertanya di sebelahnya pun tidak diendahnya.

"Woi! Aku tanya kau ni!" jerkah Rayyan Zafrul.

"Oohh... sayang aku cinta kamu!" sekali lagi Zuriana Imani melatah.

Rayyan Zafrul ketawa.

Zuriana Imani pula sudah merah mukanya menahan malu.

"Kau cintakan siapa pulak tu? Err... kau ni dah ada boyfriend ke? Kenapa tak kenalkan dengan aku? Mana tahu, aku boleh berkawan dengan boyfriend kau tu..." ujar Rayyan Zafrul perlahan.

"Ish, awak ni... saya ni manalah ada orang yang nak..." balas Zuriana Imani jujur seraya membuang pandang ke arah luar tingkap. Rayyan... aku hanya sukakan kau sorang aje. Tak ada orang lain! Nak mampus kalau cakap terang-terangan depan dia? 

Suasana sepi seketika.

"Aku sebenarnya sukakan kau..." ucap Rayyan Zafrul perlahan.

"Apa dia?" soal Zuriana Imani sambil mengerling ke arah Rayyan Zafrul di sebelah. Dia terkejut sebaik sahaja ucapan itu menampar telinganya. 

"Tak... tak ada apa-apa! Ni aku suka dengar lagu ni..." bidas Rayyan Zafrul sambil tangannya memulas punat volume radio untuk dikuatkan. Adui Rayyan. Kau ni dah kenapa? Tak boleh... tak boleh... kau betul-betul suka dia ni ke Rayyan? Ish... janganlah. 

Suasana sepi sepanjang perjalanan sehinggalah mereka berdua tiba di pejabat RZA Holdings.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status