Share

BAB 4

Tiga bulan berikutnya...

MALAM itu Rayyan Zafrul tidak dapat melelapkan matanya, dia bingkas bangun dari katil, kunci kereta yang diletakkan di atas meja kecil di tepi katil itu disambar seraya bergerak menuju ke arah pintu. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya dikeluarkan dan nombor telefon sepupunya Aryan Syah didail.

"Helo... Assalammualaikum Rayyan, ada apa call aku waktu ni?" soal Aryan Syah di hujung talian.

"Waalaikumsalam Aryan. Hmm... tak ada apa-apa, saja je aku call kau. Tak boleh ke? Buat apa tu?" jawab Rayyan Zafrul seraya bertanya.

"Kalau dah waktu macam ni... pukul 11.45 malam macam ni apa lagi? Mestilah aku nak masuk tidur. Kenapa kau tanya?" soal Aryan Syah pula.

"Lepak kedai mamak jom!" 

"Eh, kau ni... mesti ada something ni..."

"Hmm... kalau dah tahu, kenapa tanya lagi? Cepat tau! Jangan pulak kau tak datang. Dekat tempat biasa, okey?" balas Rayyan Zafrul Lagi

"Alahai... yelah..." sahut Aryan Syah sebelum talian dimatikan.

Ketika Rayyan Zafrul menuruni tangga, dia terserempak dengan papanya, Dato' Azahari yang juga masih belum tidur. Papanya sedang duduk di sofa ruang tamu. Lagaknya seperti baru sahaja selepas berceramah kepada Zarul Amsyar, adiknya. Dia memberanikan dirinya untuk bertanya kepada papanya itu. "Papa... papa buat apa tu? Tak tidur lagi?" 

Bukannya Rayyan tidak tahu papanya itu setiap kali marahkan Zarul Amsyar. Tak ada seorang pun yang berani menyampuk termasuk mama tirinya, Datin Safura. Dato Azahari sangat tegas orangnya. Lebih-lebih lagi kepada anak-anaknya.

"Hmm... belum lagi, Rayyan nak pergi ke mana pulak tu?" Dato' Azahari bertanya.

"Rayyan nak keluar jumpa Aryan sekejap, papa." 

"Dah lewat dah ni... nak buat apa? Ni... kalau Rayyan ada jumpa Zarul, tolong sound sikit adik kamu tu. Suruh dia balik awal sikit. Esok papa nak dia lapor diri dekat pejabat awal pagi." Dato' Azahari sudahpun memulakan mukaddimahnya. 

Sabar ajelah Rayyan... Zarul punya pasal, aku jugak yang jadi mangsa. Tunggu kau Zarul... Kalau aku jumpa kau kejap lagi. Memang nak kena budak ni, gerutu Rayyan Zafrul dalam hati.

DUA puluh minit kemudian, Rayyan Zafrul tiba di kedai mamak yang juga merupakan tempat dia selalu melepak bersama dengan Aryan Syah, kekadang dia melepak bersama dengan adiknya, Zarul Amsyar di kedai mamak ini juga, lebih-lebih lagi setiap kali selepas salah seorang daripada mereka berdua dimarahi oleh papanya.

Aryan Syah tiba dengan baju melayu dan hanya berkain pelikat. Tak pasal-pasal Rayyan Zafrul tersembur teh tarik yang baru disedutnya. Nasib baik tidak terkena lengan baju melayu Aryan Syah.

"Woi! Kau apa hal main sembur-sembur ni?" marah Aryan Syah. 

"Hahaha! Sorry...  sorry bro! Yang kau ni dah kenapa pakai kain pelikat ni?" jawab Rayyan Zafrul sambil mengekek ketawa melihat sepupunya itu.

"Kot ye pun, janganlah sampai main sembur-sembur ni... Nasib baik tak terkena aku." Aryan Syah menggeleng kepalanya seraya tangannya ligat mengelap meja di hadapannya yang sudah basah oleh semburan teh tarik Rayyan Zafrul itu tadi.

"Sorry bro... aku tak sengaja okey," ujar Rayyan Zafrul sambil kedua-dua belah tangannya diangkat memberi isyarat surrender pada sepupunya itu.

"Ni, ada apa hal kau nak jumpa aku ni?" soal Aryan Syah sambil tangan kirinya dilambaikan kepada pekerja kedai mamak itu untuk menempah makanan. "Mi goreng ayam satu! Teh tarik satu!" 

"Woi,  aku nak tanya sikit ni. Pasal Zuriana..." Rayyan Zafrul memulakan perbualan.

"Apa woi-woi?  Aku ada nama bro... Nama aku Aryan Syah Bin Dato' Iskandar," balas Aryan Syah sambil memeluk tubuhnya dan memuncungkan bibirnya kepada Rayyan Zafrul sebagai tanda tidak puas hati.

Rayyan Zafrul menjulingkan matanya ke atas tanda meluat. "Alah... Yelah... yelah... Tu dah kenapa bibir tu muncung semacam aje? dah macam paruh itik aku tengok!"

Jeda.

Satu detik. 

Dua detik. 

Tiga detik. 

"Kau nak cakap apa pasal Zuriana?" soal Aryan Syah tenang. Mulutnya yang dimuncungkan tadi sudah tidak kelihatan.

"Ha... kan elok buat muka macho macam tu, barulah nampak handsome," puji Rayyan Zafrul. 

"Aku ni memanglah handsome dari dulu lagi... Kenapa? Kau Baru perasan ke?" 

Jeda sekali lagi. 

"Woi! Kau ni dah kenapa puji-puji aku macam ni? Geli pulak aku... Kau jangan Rayyan. Nabi tak mengaku umat bro!" 

Ish... Apa kena si Aryan ni? Tiba-tiba aje fikir yang bukan-bukan! "Kau ni... Aku cepuk jugak dia ni karang! Ada ke sampai ke situ? Aku ni straight la bongok!"

"Hehehe, aku gurau ajelah bro..."

"Macam ni, aku ingat nak ambil Zuriana Imani untuk jadi PA akulah. Lagipun kau tahu kan, aku berkawan rapat dengan dia..." Rayyan Zafrul meluahkan niat sebenarnya. 

Aryan Syah yang terkejut sebaik sahaja kata-kata sepupunya itu menampar telinganya menyebabkan teh tarik yang baru disedutnya tersembur betul-betul terkena muka Rayyan, dan menyebabkan semua manusia yang berada di kedai itu menoleh ke arah meja mereka berdua.

"Hoi! Kau ni dah kenapa main sembur muka aku ni, hah?!" tengking Rayyan Zafrul, terkejut dan marah. Habis basah seluruh mukanya dan merah padam mukanya kerana marah dan malu.

"Mma... maaf bro. Aku tak sengaja okey. Aku tak sengaja!" balas Aryan Syah polos.

Rayyan Zafrul bingkas bangun dari kerusi dan terus mengatur langkah pergi meninggalkan sepupunya di kedai mamak itu.

SEMASA Rayyan Zafrul memandu balik, dia singgah sebentar di stesen minyak untuk mengisi minyak, dia terserempak dengan kereta Honda Accord berwarna hitam milik adiknya, Zarul Amsyar. Rayyan Zafrul terus menghampiri kereta Honda Accord itu. Memang sah adiknya berada di dalam perut kereta itu. Dia segera mengetuk tingkap kereta itu.

"Eh, Abang Rayyan..." tegur Zarul Amsyar.

"Zarul, keluar sekejap. Abang nak cakap sikit."

Zarul Amsyar terus membuka pintu keretanya seraya menapak keluar. "Abang nak cakap apa?"

"Hmm..." Sambil memeluk tubuhnya. "Papa suruh Zarul balik awal. Sebab esok pagi-pagi lagi kau kena lapor diri dekat Office... No excuses!"

"Alah... Zarul belum bersedia lagilah abang. Lagipun Zarul..." Belum habis ayat Zarul Amsyar, Rayyan Zafrul cepat-cepat memintas.

"I said NO EXCUSES! tahu tak, kau punya pasal tadi, abang pulak yang jadi mangsa," marah Rayyan Zafrul.

"Papa marah abang ke tadi?" soal Zarul Amsyar lagi, terkejut.

"Kau rasa?" Rayyan Zafrul menjawab soalan adiknya itu dengan soalan sambil kening kirinya dijongketkan ke atas.

"Alah, abang ni! Okeylah... okeylah... Zarul nak baliklah ni." Zarul Amsyar terpaksa akur dan ikut perintah. Dia tahu bila abangnya sudah menaikkan kening kirinya itu bermakna dia serius, nanti tak pasal-pasal buku lima abangnya hinggap ke muka.

TUBUHNYA direbahkan di atas katil bersaiz King itu seraya tangannya mengambil telefon bimbit yang diletakkan di tepi bantal, aplikasi message dibuka. Carian nama diteruskan sehingga tertera nama Zuriana Imani tertera di skrin.

Assalammualaikum...

~ Rayyan Zafrul.

Waalaikumsalam, awak tak tidur lagi?

~ Zuriana Imani.

Kalau aku dah tidur, tak adanya aku nak hantar mesej untuk kau time macam ni... 😜

~ Rayyan Zafrul.

Yelah... eee... kenapa tiba-tiba ada emoji tu? Sebelum ni tak pernah guna emoji pun... Emoji jelir lidah pulak tu!

~ Zuriana Imani.

Kenapa? Tak suka ya?

~ Rayyan Zafrul.

Alamak, janganlah marah awak... Nanti cepat tua! 😂

~ Zuriana Imani.

😡

~ Rayyan Zafrul.

Alamak... awak marah betul-betul ke ni? Takpelah. Assalammualaikum, saya nak tidur dulu... Sweet dreams  Encik Rayyan 😈

Zuriana Imani.

Eh, nanti!! Jangan tidur dulu! Esok aku nak kau datang ke RZA Holdings untuk melapor diri. Aku nak kau jadi PA aku... ARAHAN, MUKTAMAD!! 😡

~ Rayyan Zafrul.

Hah?! 😱

Are you serious Mr. Rayyan Zafrul?!

~ Zuriana Imani.

Selama kita kenal ni, ada nampak aku main-main ke? Dah, tidurlah sana... Esok pagi-pagi aku nak tengok muka kau ada di dalam bilik office aku!

NO EXCUSES!! Good night, assalammualaikum, sweet dreams...

~ Rayyan Zafrul.

Telefon bimbit itu dilempar ke atas meja kecil di tepi katil. Yes! Mulai esok, tak adalah aku bosan dekat pejabat... Nak pergi ke mana-mana pun aku boleh bawak PA baru aku sekali. Rayyan bermonolog seraya menghempas tubuhnya di atas katil. Senyuman di bibir terukir seraya matanya dipejamkan.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status