Share

BAB 2

Author: Arena Yidin
last update Last Updated: 2021-07-19 08:19:16

Kenangan...

Ternyata

berat untuk dilupakan. Semakin mencuba semakin ia

mendekat.

Ternyata

kenangan itu,

Melupakan

tidak

semudah

menciptakan...

Berapa tahun sebelumnya.

DUA tiga kali meronda di pasar malam, akhirnya Sukri membuat keputusan untuk pulang. Hanya beberapa barang yang dibeli. Selebihnya hanya mencuci mata.

Di tangan kanannya dibimbit plastik berisi kuih apam balik yang dibeli untuk ibunya, juga kuih karipap yang masih panas buat ayahnya. Untuk dirinya sendiri, cuma kuih apam kukus.

Satu plastik lagi berisi sehelai t-shirt terpakai berwarna hitam yang dibelinya dengan harga sepuluh ringgit sehelai.

Baru saja sepuluh minit berjalan di kerumunan orang ramai, mata Sukri tertancap pada satu susuk wanita yang sangat dia kenali. Dengan kata lainnya sangat rapat dengannya. Wanita yang sangat dia cintai, yang merajai hatinya.

Itulah Tina, gadis manis yang pernah menjadi tunangannya suatu ketika dahulu. Namun, percaturan Allah tidak seperti yang diimpikan hambanya.

Ikatan pertunangannya bersama Tina terlerai kerana satu kesilapan ayah gadis itu hingga mereka berdua dipisahkan dengan ikatan pertunangan Tina bersama lelaki lain iaitu Abang Mail. Itulah lelaki dayus yang menyiksa hidup Tina.

Tina yang terkejut dengan pertemuan tidak sengaja itu tertunduk lesu seraya mengalih pandangannya ke arah lain. Bukan membenci Sukri, tetapi lebih kepada rasa kecewa yang terpalit di hatinya.

Sukri menggagahkan diri menghampiri Tina, membuat Tina mengangkat muka memandangnya. Ada rasa getar di hatinya sebaik wajah Sukri berada dekat dengannya.

Aku nampak wajah kau pucat, Tina. Tak ceria. Kenapa Tina?” Sukri menegur Tina. Ada rasa kesal yang bertapak di hati lelaki itu.

Aku tak bahagia. Abang Mail seksa seluruh hidup aku, Sukri.” Pengakuan Tina menyakitkan hati Sukri. Ternyata, melupakan kisah itu amat payah baginya.

Kenapalah ayah kau tak fikir dulu sebelum buat keputusan. Sakit hati aku, Tina,” keluh Sukri, menahan resah di hatinya lalu melirik wajah pilu Tina.

Tina, wanita yang pernah hadir untuk membuatnya bahagia satu ketika dulu. Kini, hanya tinggal kenangan.

Sukri, kita pergi dari sini, nak?” Tersentak Sukri saat mendengar ucapan Tina. Apa maksud dari kata-kata Tina?

Ada apa ni, Tina? Apa maksud kau, kita pergi dari sini?” soal Sukri inginkan penjelasan daripada Tina. Wanita itu tertunduk lesu.

Kalau kau masih sayangkan aku, kita pergi dari sini. Tinggalkan semua ni. Aku tak kuat lagi. Abang Mail bukan suami yang baik untuk aku.” Pengakuan Tina membuat Sukri terkejut.

Separah itukah penderitaan Tina? Melebihi kekecewaan dirinya sendiri? Sukri tahu Tina sepertinya, kecewa dan menderita. Tetapi tidak pernah terfikir di benaknya untuk lari dari kenyataan hidup. Dia mencuba untuk ikhlaskan semuanya.

Tapi Tina? Ada rasa beban berat yang dipikul Tina dan pastinya itulah dari onar suaminya. Tak dapat dikurangi rasa sakitnya oleh Sukri. Lelaki itu berasa kesal.

Jangan, Tina. Aku masih menghormati kedudukan kau sebagai isteri Abang Mail. Walau apa pun, aku takkan buat macam tu. Aku tak nak perburukkan lagi keadaan. Fikirkan tentang emak kau, Tina.” Sukri masih berfikiran waras tidak mahu mengeruhkan keadaan.

Habis... apa yang harus aku buat, Sukri?” tanya Tina dalam nada yang sedikit kecewa membuat lelaki itu mengeluh perlahan.

Sabarlah, Tina. Sedikit masa nanti, ayah kau akan tahu keikhlasan hati aku. Kau akan bebas dari cengkaman Abang Mail. Percayalah pada aku, Tina.

SUDAH dua minggu berturut-turut di bulan ini Sukri mengunjungi pusara Tina. Saban hari tatkala sebelum senja, dia menghabiskan masanya di situ. Berbicara dengan Tina walaupun dia tahu Tina tidak akan membalas setiap luahannya.

Yang ada cuma suara burung-burung berkicauan, menambah rasa pilu di hatinya tatkala itu.

Selesai membaca surah Yaasin, hadiah buat Tina agar tenang di sana, Sukri membongkok memegang batu nisan yang tertera nama Tina di situ. Beberapa butir air mata tiris dari kelopaknya.

Garis luka yang membekas di hatinya kerana putus tunang dengan orang tersayang masih belum dapat dicernakannya. Mengapa itu terjadi saat dia dan Tina tinggal menghitung hari bahagia untuk hidup bersama?

Kini ditambah lagi dengan kematian Tina. Luka yang membekas yang seakan meninggalkan parut yang tidak kering, bertukar menjadi luka yang makin membesar di dalamnya. Disiram racun hingga ia tak mungkin membaik lagi saat ini.

Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata Tina satu ketika dulu.

Sukri, kalau kita dah kahwin nanti, aku nak kita pindah rumah dan tinggal dekat dengan kawasan perkuburan.”

Tercengang Sukri dengan kata-kata Tina. Semua orang takut dengan kawasan perkuburan tetapi tidak dengan wanita ini.

Kenapa? Apa untungnya? Kau tak takut ke kalau malamnya terdengar macam-macam, Tina?

Untuk apa takut, Sukri? Bukan ke kita digalakkan untuk mengingati kematian? Bila tengok kubur, kita akan ingat mati. Lagi pula, kalau Tina mati dulu, Sukri tak perlu susah-susah untuk ziarah kubur Tina. Tempatnya dekat je kan? Pasti Sukri datang jenguk Tina hari-hari. Jadi, kita tak melupakan satu sama lain kalaupun Tina dah takde lagi.

Sukri meraup muka. Dia membuang cebisan air mata yang masih bersisa menempel di pipinya.

Kini Tina sedang berehat di dalam sana. Walaupun keinginan Tina untuk membina rumah tangga bersamanya tidak kesampaian, tetapi Sukri mengabulkan keinginan Tina. Sukri selalu menziarahi tempat beradunya. Itulah yang dilakukan lelaki itu sejak Tina tiada.

Okey, kita pindah. Tapi kalau kau mengigau tengah malam, jangan salahkan aku ya, sayang.

Abang kan ada... buat apa Tina takut kalau abang ada di sisi Tina.

Ciee ‘abang’. Dah bersedia dengan panggilan tu?

Dah, sayang! Tapi... sebelum kita nikah, biar Tina panggil Sukri saja dulu, ya?

“Sudahlah, Sukri. Wan faham apa yang kamu rasa. Marilah balik. Dah lama Wan tengok kamu di sini. Doakan saja Tina tenang di alam sana.”

Sukri mendongak. Ternyata  emak Tina ada di situ sedang memerhatikannya. Wan Saloma juga begitu. Hampir saban hari mengunjungi pusara Tina sejak kematian anak sulungnya itu.

Wan Saloma menghampiri lalu memegang bahu Sukri yang masih memegang batu nisan di kubur Tina. Matanya merah menahan rasa ingin menangis.

“Marilah kita balik, Sukri.” Wan Saloma menyambung lagi.

“Wan dah lama datang ke?”

“Ya, sukri. Sebelum kamu datang. Tadi Wan ziarah kubur arwah pak cik Tina hujung sana.” Wan Saloma bercerita.

“Oh!”

“Sudahlah, Sukri. Mari kita balik. Wan pun tahu kamu dah lama dekat sini. Janganlah diikutkan sangat perasaan tu. Wan faham apa yang kamu rasa. Tapi, hidup ni kena diteruskan juga. Redha ya, Sukri.”

Kata-kata Wan saloma buat Sukri menahan rasa. Dia merasa terpukul.

“Maafkan saya, Wan.”

“Tak ada apa yang nak dimaafkan Sukri. Kamu tak ada salah dengan Wan.”

Lelaki itu tertunduk pilu. Hatinya serasa begitu sayu.

“Marilah kita balik.”

“Ya, Wan.” Sukri bingkas bangun, lalu melangkah perlahan mengikuti emak Tina. 

Sekilas Sukri berpaling ke arah pusara Tina. Hati Sukri digamit sayu.

arenayidin

19 Julai 2021

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 81 ( AKHIR )

    Kata orang, seberapa berat ujian yang diterima, ganjarannya berlipat ganda, berapa banyak dugaan menimpa, akhirnya pasti kembali bahagia, yang pahit pasti akan manis akhirnya..._____________________“KALAU Tasha sudi, Izzat sepuluh kali sudi opah. Lagipun sebelum ni Izzat dah banyak kali minta maaf atas kesalahan Izzat, Opah. Tasha saja yang tak nak maafkan Izzat.”Itu kata-kata terakhir Izzat sejak pertemuan seluruh keluarga Tini dan Sukri di rumah emak lelaki itu.Natasha sudah berfikir masak-masak. Dia akan memaafkan Izzat sekaligus memberi peluang kepada lelaki itu untuk berubah serta membuktikan janji-janjinya untuk berjaya dalam pelajaran.Kini Izzat di bawah jagaan emak dan ayah Sukri memandangkan dia tiada siapa-siapa lagi untuk bergantung hidup. Sukri memantaunya saban waktu.Persengketaan bersama Izmir dilupakan dan Izzat menjadi sandaran untuk melupakan permusuhan itu. Sukri tidak mahu Izzat menerima nasib yang sama seperti Natasha di waktu kecilnya, hidup tanpa kasih saya

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 80

    Walau penyesalan datang terlambat, aku tetap punya semangat, merubah hidup dari yang sesat, ke arah jalan yang lebih hebat - Natasha____________________EMPAT bulan sudah berlalu. Natasha yang bersedih dengan kematian ayah kandungnya sudah mula menunjukkan tanda-tanda dia reda dengan pemergian ayahnya.Kesilapannya dahulu tidak mahu menerima kewujudan ayah kandung telah membuatnya berduka selama beberapa bulan.Sukri yang bimbang dengan keadaan Natasha sudah hilang punca untuk mengembalikan keceriaan anak gadisnya itu.Begitu juga dengan Tini. Kegusaran Tini semakin bertambah apabila Natasha membenci Izzat pula pada saat ini. Bagi Natasha, ayah Izzatlah punca kenapa ayah kandungnya meninggal.Sedangkan pada waktu ini Sukri berusaha untuk melupakan apa yang berlaku antara Izzat, Natasha dan Izmir. Izzat yang selama ini tidak juga disukai Sukri kini mulai mendapat kemaafan daripasa Sukri memandangkan Izzat sudah tinggal bersama ayah dan ibunya.Namun berlainan dengan Natasha. Beberapa

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 79

    Semua yang berlaku dalam hidup kita punya hikmahnya. Hanya kita yang tak pernah menyedarinya. Berlapang dada lah saat menerima.__________________________BERITA Abang Mail ditikam Izmir mengejutkan ramai pihak. Kematian Abang Mail menjadi tragedi berdarah. Izmir hilang entah ke mana bersama anak angkatnya Izzat semenjak peristiwa itu. Sukri yang terhutang nyawa dengan arwah Abang Mail tertunduk hiba saat mengunjungi kubur arwah Abang Mail.Kini, impiannya untuk menyatukan Natasha dengan Abang Mail hanya tinggal kenangan. Abang Mail telah pergi buat selamanya dengan mempertaruhkan nyawanya saat Izmir nekad untuk menikam perutnya dengan pisau tempoh hari.Jikalau Abang Mail tidak ada hari itu, Sukri tidak pasti dia akan ada untuk melihat dunia ini lagi. Dia berasa ngeri apabila mengenangkan itu semua. Abang Mail pergi di saat dia telah memaafkan lelaki itu. Di saat dia mula menghulurkan tangan persahabatan semula, Izmir campur tangan hingga menyebabkan tragedi berdarah yang meragut nya

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 78

    Jika dengan begini buat kamu mahu menerimaku kembali, aku rela disakiti, jika begini buat aku bahagia walau seinci, aku sanggup di'jemput' pergi. - Abang Mail_______________________TANPA sengaja Izmir menolak Sukri. Sukri jatuh tergolek ke tanah. Tini, Wan Saloma dan Natasha terkedu melihat Sukri.“Abang!”“Ayah!”Sukri bingkas bangun dibantu Tini dan Natasha.“Papa, sudahlah. Marilah kita balik, papa.” Izzat pula yang berdiam diri dari tadi bersuara, berusaha untuk meredakan ketegangan.“Uncle jangan pukul semua orang lagi.” Natasha menjerit kepada Izmir apabila melihat lelaki itu sudah hilang pertimbangan.Izmir masih ingin menumbuk Abang Mail tetapi dihalang Sukri semula. Sukri menarik tangan Izmir kasar. Begitu juga dengan Izzat.“Cukup Izmir! Jangan teruskan lagi,” larang sukri dan masih menarik tangan Izmir.“Biarkan aku Sukri. Kalau kau halang aku, aku takkan teragak-agak untuk belasah kau juga,” ancam Izmir cuba memancing reaksi Sukri pula.“Izmir!” Kali ini Sukri pula yang

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 77

    Rasa marah yang menguasai diri, cuma salah satu jalan menuju kehancuran. Tanpa dapat mengawal hati, pasti ada sebuah penyesalan._________________________“ADA apa ni? Apa kau buat kat sini Izmir?”“Sukri... aku bukan datang untuk cari gaduh. Aku datang nak minta tolong dengan baik. Tolonglah Sukri. Benarkan Izzat jumpa Tasha.”“Sudahlah Izmir, bawa anak kau balik.”“Please Sukri. Percayalah, aku takkan lama.”“Macam mana aku nak percayakan kau lagi Izmir? Kau tu tahu berjanji saja. Tapi kau tak buat pun. Kau janji takkan ganggu Tini, takkan ganggu Tasha lagi. Tapi kau buat juga lagi kan?” balas Sukri, jengkel dengan janji yang ditabur Izmir selama ini.“Apa kau cakap ni?”“Kau jangan ingat aku tak tahu kau tunggu kat sekolah untuk tengok Tasha kan? Aku ingat, bila Tasha dah pindah sekolah, benda macam ni takkan jadi lagi. Tapi kau masih buat kan? Kau nak buat apa sebenarnya hah?” Geram pula Sukri kali ini.“Sukri...”“Janganlah buat macam ni lagi Izmir. Anak aku nak belajar dengan te

  • MASIHKAH ADA SINAR ( BAHASA MALAYSIA)   BAB 76

    Kita tidak pasti seseorang itu berubah untuk apa. Semoga ia berubah kerana khilaf, namun kalau ada rencana disebaliknya, masihkah ada maaf untuknya?__________________________“ABANG Mail ada apa cari saya?”“Abang ada hal sikit Sukri.”“Kalau Abang Mail tak kisah, boleh saya tahu kenapa dengan muka Abang Mail? Kata Abang Minhad tadi, mulut Abang Mail berdarah. Abang Mail kena pukul?” tanya Sukri sebaik sahaja melihat lebam di tepi mulut Abang Mail.“Abang bertumbuk dengan Izmir, Sukri.”“Apa? Abang Mail tak bergurau kan? Abang Mail ada masalah apa dengan Izmir?” Tercengang Sukri mendengar penjelasan Abang Mail. Matanya terjegil memandang lelaki itu.“Masalah apa lagi Sukri kalau melibatkan Izmir. Masalah Tasha la. Sebab inilah abang cari kau. Kau tahu tak Sukri, Izmir dah banyak kali cari Tasha dekat sekolah baru dia. Abang dapat tahu ni pun secara tak sengaja. Satu hari abang terserempak Izmir di hadapan sekolah. Masa tu abang ke sekolah tu atas urusan kerja. Abang ada minta kerja

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status