Share

DEBUT

'You... are bad girl...'

Go far... far away...

You... a dangerous girl!

Don't touch... touch me!

You think I don't know..

What your intentions...

You want to make me...

Your experiment love...

Hey, psycho girl!

Your eyes sharp fall on me...

Your lips smiled sarcastically to me...

your step is really charismatics...

stunk like a detective...

What do you want from me?

hey, you psycho girl!'

Tepukan gemuruh memenuhi ruang bilik rehearsal itu. Termasuk CEO 'W' STUDIO'S AGENCY'S.

"Great! Okay guys minggu depan kita boleh debut lagu ni untuk 6STAR!" Wahyu memberi kata putus membuatkan ahli 6STAR terloncat gembira.

Baru dua tiga bulan lebih jadi pelatih di agensi itu sudah boleh jadi penyanyi yang ada lagu sendiri. Perkara itu benar-benar membuatkan Marina sedikit bengang.

"Okey, semua. Kita boleh bubar sekarang. Dan 6STAR buat yang terbaik. Saya beri kepercayaan sepenuhnya kepada kamu semua. Yang lain, lepas ni ikut saya pergi ke bilik mesyuarat. Ada perkara penting yang saya nak bincangkan." Wahyu memberi arahan tegas.

Begitulah dia ditempat kerja. Tegas sebagai seorang CEO.

Di bilik mesyuarat~

"Assalamualaikum, semua!" Wahyu memulakan mukadimah perbincangan dengan memberi salam terlebih dulu.

"Waalaikumussalam, Tuan Wahyu." Semua staf W Studio jawab serentak.

Semua sekali lebih kurang 12 orang dari beberapa bahagian dalam agensi itu tak termasuk penyambut tetamu.

"Mesti semua tertanya-tanya kenapa tiba-tiba saya panggil kamu semua datang ke bilik mesyuarat ni, bukan?" Wahyu memulakan hujahannya.

"Ada apa, Tuan wahyu? Agensi kita ada nak terima pelatih baru pulak ke?" Amy hanya sekadar berseloroh.

"Mungkin. Saya tak tahulah bila. Tapi sekarang, bukan pasal itu yang saya nak bincangkan di sini. Untuk pengetahuan semua, mulai isnin depan saya akan bercuti selama beberapa hari," beritahu Wahyu tujuan utamanya dia mengadakan mesyuarat.

"Ha? Tuan tak sihat ke? Kenapa tiba- tiba je nak cuti ni Tuan? Lagipun, kita ada banyak projek ni nak handle. Kalau tuan tak de, matilah kami semua. Dahlah minggu depan kita akan buat pelancaran album terbaru Hasya Iman dengan perdebutan pelatih kita lagi. Tuan pulak nak cuti. Susahlah macam ni,"rungut Danny selaku, komposer di situ. Jelas riak susah hati pada wajahnya.

"Oh, jangan risau pasal tu. Saya akan serahkan semua kerja saya pada Cik Marina selaku pengarah di agensi ni. And esok, saya nak kita bukak peluang untuk mencari penulis lirik terbaik. Untuk menggantikan saya nanti. Lagipun kita tak de penulis lirik yang terbaik di agensi selain saya untuk membantu komposer Danny nanti. Macam mana semua? Any problem guys? Ada apa-apa nak ditambah lagi or ada apa-apa persoalan?"

Semua tidak menyahut. Mereka sedang berbincang sesama sendiri. Wahyu memerhtikan semua staf nya termasuk Marina yang sedang merenungnya penuh tanda tanya.

"Yes, Rina? Any question?" Wahyu perlahankan suaranya. Tidak mahu yang lain mendengarnya.

"Kenapa kau nak brcuti dengan tiba-tiba je ni? Kau merajuk dengan aku ke pasal semalam?" soal Marina ingin tahu punca lelaki itu mahu bercuti dengan mengejut.

"Taklah. Aku just nak restkan my mind yang tengah kusut ni," jawab Wahyu.

"Kenapa? Kejadian lama tu kembali mengganggu kau ke?" Marina kaget.

Risau kejadian setahun yang lalu masih mengganggu fikiran sahabatnya itu.

Sesungguhnya dia tidak mahu melihat Wahyu yang dulu kusut dan tak bermaya. Dia dan Jay telah pun berjaya membuat lelaki itu kembli bersemangat beberapa bulan yang lalu. Janganlah perkara lama itu berulang lagi mengganggu hidup Wahyu. Perit sungguh melihat keadaannya saat itu.

"Entahlah. Now, mimpi-mimpi ngeri selalu mengganggu tidur aku membuat aku rasa kusut. For now, aku perlukan rehat dan ketenangan. Aku mahu pergi bercuti ke satu tempat yang tiada sesiapa pun dapat mengganggu ketenangan aku." Wahyu mengurut pelipis dahinya. Runsing dengan mimpi yang mengganggu tidurnya saban malam yang dia sendiri tidak tahu puncanya.

"Aku ikut!" pinta Marina spontan.

"Tak boleh! Kau kena uruskan agensi ni. Please, bagi aku ruang untuk bertenang. And, aku nak pergi cari Bella sekali." Itu niatnya yang sebenar mahu mencari bekas tunangnya yang telah kecewakannya itu.

"Ok, kalau kau nak pergi bercuti tu aku faham. Tapi yang part kau nak cari Bella tu aku tak faham. Kenapa kau nak cari dia lagi? Dia dah putuskan pertunangan dengan kau tanpa belas kasihan tau. Sekarang kau terhegeh hegeh nak pergi cari dia pulak? Eh tolonglah... jangan buat macam tu. Jangan tunjuk lemah depan Bella tu. Menyampah betullah aku dengan perempuan tu. Kau jangan jumpa dia. Dengar cakap aku ni," larang Marina benar-benar tegas dan memaksudkannya. Dia tak mahu Wahyu terluka lagi.

"Tapi, aku perlukan penjelasan dari dia." Wahyu masih berdegil dan tetap dengan keputusannya yang mahu mencari bekas tunangnya itu kerana dia mahukan penjelasan.

"I said no mean no. Ok guys. Mulai isnin ni. Apa-apa report semua datang jumpa I sebab I atau Tuan Adief yang akan bertugas gantikan Tuan wahyu. Luna, awak tolong iklankan dalam media sosial untuk pencarian bakat penulis lirik muda lelaki dan perempuan, ya. Now! Kita dah tak de masa sebab esok tarikh ujibakat tu berlangsung. Ok, itu sahaja untuk harini. Tuan Wahyu ada apa-apa nak cakap lagi ke?" Tegas benar Marina memberi arahan pada staf.

Sebenarnya dia tak mahu dengar alasan dari Wahyu untuk mencari Bella lagi. Dia tak suka sahabatnya itu diperkotak katikkan Oleh bekas tunangnya a.k.a Bella atau nama sebenarnya Nur Nabila Rahman.

"Saya pun dah tak de apa nak cakap lagi. But, ingat persiapan untuk Hasya nanti mesti perfect untuk pelancaran album ke-5 nya minggu depan. Saya tak mahu dengar ada apa-apa masalah bila saya kembali masuk agensi nanti. Ingat, dia antara artis yang dah banyak menaikkan nama agensi ni. Kita perlu jaga semua keperluan dia," pesan Wahyu Mahu pastikan semua berjalan lancar nanti semasa ketiadaan dia.

"Baik, Tuan Wahyu. Semua kami dah bereskan. Just tunggu hari pelancaran je nanti," balas Maya selaku bahagian pengurusan album dari agensi itu.

Wahyu mengangguk faham. Kemudian mereka semua bersurai setelah mendapat kata sepakat.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status