Share

MIMPI

"TOLONG... tolong..." Kedengaran sayu suara orang mintak tolong.

Wahyu berjalan mencari suara orang yang minta pertolongan itu. Dia buntu. Puas mencari tapi tiada seorang pun tuan empunya suara yang ditemuinya. Gayanya seperti hanya dia sendirian di situ.

"Tolong... tolong..." Masih kedengaran lagi suara itu.

"Siapa tu? Cik di mana?" Wahyu berusaha mencari suara itu juga, dengan niat mahu menolong si empunya suara yang mungkin memerlukan sebuah pertolongan darinya.

Sunyi. 5 minit telahpun berlalu.

Wahyu pelik. Suara itu hilang dan dia tak tahu bagaimana sekali lagi dia boleh berada di kawasan sederhana gelap sebegitu. Tetapi, kali ini tempatnya agak berbeza.

"Cik? Di mana Cik?" Wahyu mula merasa resah.

"Tolong..." Baru kedengaran semula suara sayu tadi bergema ke seluruh kawasan berdekatan situ telah menyentakkan Wahyu.

Wahyu menghampiri suara itu.

Dia merasakan suara itu terlalu dekat dengannya. Dalam suasana yang samar-samar dengan hanya ditemani lampu neon di tepi jalan itu, dia terlihat sebuah kereta. Dia mendekati kereta itu.

"Tolong saya..." Jelas pada pendengaran Wahyu suara itu datangnya dari arah kereta itu.

Wahyu mengintai ke dalam kereta dari luar cermin tingkap. Malangnya, tiada sesiapa di dalamnya. Dari mana datangnya suara itu?

"Tolong saya... selamatkan saya, Encik. hik hik hik..."Terselit tangisan sendu pada suara itu.

Wahyu yang mendengarnya mengelilingi kereta itu dan tercari-cari kelibat manusia yang merayu memohon bantuan darinya. Tidak juga dia menemuinya.

  Beberapa saat kemudian, dia terlihat cecair pekat keluar dari bawah perut kereta itu. Dia terus mencangkung dan menunduk untuk melihat keadaan sebenar di bawah perut kereta itu. Saat itu tiada perasaan takut baginya. Yang ada hanya perasaan ingin tahu dan ingin menolong.

Kelihatan ada seseorang sedang terbaring kaku dari bawah perut kereta itu membuatkan Wahyu terus terduduk atas jalan tar. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

"Encik... tolong saya..."Orang itu masih merayu meminta pertolongan darinya.

Wahyu dengan terketar-ketar kerana gementar cuba gagahkan diri untuk keluarkan orang itu dari bawah perut kereta itu.

"Sabar ye, cik. Saya akan keluarkan cik dari sana." Setelah berusaha keluarkan orang itu.

Akhirnya, dia berjaya.

Tubuh orang itu penuh berlumuran darah. Wahyu panik dan cuba untuk hubungi ambulan. Malangnya, telefon pintarnya tiada padanya. Entah hilang ke mana. Kelam kabut dia mahu mencari bantuan demi menyelamatkan mangsa kemalangan itu.

"Encik, tolong saya... tolong cari adik saya. Dia dah tak ada sesiapa lagi, selain saya. Saya rasa waktu saya dah tak lama lagi. Encik tolong jagakan adik saya... tolong..." rayu orang itu berbaur amanat dalam keadaan suara tersekat-sekat kerana tengah nazak.

Wahyu tercengang mendengarkan amanat dari orang itu.

"Ha? Adik? Saya... tak tahu siapa adik awak. Tunggu ya, saya cari bantuan sekejap." Belum sempat Wahyu bingkas bangun untuk mencari bantuan, lengannya ditarik oleh mangsa membuatkan niatnya terbantut. Wahyu kembali mencangkung di hadapan mangsa.

"Tak perlu. Saya dah nak pergi. Tolong cari adik saya. Tolong jagakan dia... tolong!" Nafas orang itu tidak stabil.

   Ketika itu, do sudah mula berombak-ombak. Wahyu mengangkat kepala orang itu dan diletakkan atas ribanya.

  "Cik... mengucap, cik... lailahailallah..." Wahyu cuba mengajar orang itu mengucap.

Belum sempat orang itu mengucap, nafasnya terhenti serta merta. Wahyu gelabah. Tangannya mengggigil kerana terkejut dengan apa yang berlaku di hadapannya.

"Tolong... tolong aku! Ada orang excident oi!" Wahyu memekik meminta pertolongan dari sesiapa sahaja yang mungkin melewati laluan itu untuk memberi bantuan pada mereka.

Sayangnya, sunyi tiada seorang pun yang melewati jalan yang agak kelam itu.

"Wahyu... Wahyu!"

   Pada waktu yang sama, kedengaran suara orang sayup-sayup menyeru namanya berulangkali. Wahyu masih terkial-kial mencari arah suara yang menyeru namanya.

  Beberapa saat kemudian, dia terasa ada orang membalingnya sesuatu hingga membuatkan dia jatuh tergolek di atas jalan tar. Sudah serupa nangka jatuh daa.

"Hoi! Bangunlah! Kau tak pergi kerja ke?" Dengar sahaja suara yang sangat dikenalinya itu terus matanya terbuka luas.

Wahyu merenung ke sekelilingnya dengan renungan yang pelik. Baru dia tersedar, yang dia berada di rumah sebenarnya.

"Wahyu! Kau dah kenapa? Terpekik- pekik mintak tolong. Mimpi ngeri ke?"

soal Jay yang pagi-pagi lagi sudah tercongok masuk ke dalam rumah sahabatnya itu.

Memang sengaja Wahyu membuat kunci pendua untuk Jay. Sebabnya, kadang-kadang sahabatnya itu suka melepak dirumahnya hingga tertidur di situ. Jadi, senang dia nak tinggalkan Jay dirumahnya sendirian. Nanti Jay boleh keluar sendiri bila terjaga dari tidurnya dengan kunci pendua. Tak perlulah dia risau jika membiarkan rumahnya jikalau tinggal tidak berkunci lagi.

  Wahyu meraup wajahnya mengucap kata syukur kerana ianya hanyalah mimpi. Mimpi? Aduhai. Wahyu runsing. Mimpi lagi? Apa makna semua itu? Sungguh menjadi tanda tanya di hatinya.

"Entahlah, Jay. Semenjak dua menjak ni aku kerap mimpi buruklah. Kadang seram, kadang sedih. Aku hairanlah kenapa any dapat mimpi yang pelik-pelik macam tu. Kadang mimpi tu berulang-ulang tahu," beritahu Wahyu tentang mimpinya yang mengganggu tidurnya selama ini.

"Ala, mimpi kau tu mainan tidur aje tu. Kau tu tidur tak basuh kaki memanglah mimpi merapu. Haha..." balas Jay sambil tergelak.

  Sejurus kemudian, dia terus berlalu ke muka pintu kamar beradu milik sahabatnya itu berkira untuk ke ruang dapur sediakan sarapan pagi kerana pembantu rumah Wahyu ambil cuti hari itu kerana ada hal.

"Kalau sekali dua, mungkin mainan tidur. Tapi, ini banyak kali dapat mimpi yang sama. Cuma situasi yang berbeza. Adakala sedih adakala marah adakala seram. Itu aku tak rasa mainan tidur dah tu. Aku rasa..." Wahyu mula rasa meremang. Tidak jadi menghabiskan ayatnya.

Bulu romanya yang mula mencacak naik pada belakang lehernya digosok. Cuba menghilangkan keseramannya. Jay memberi pandangan kosong bersama sengihan senget yang dilemparkan terhadap Wahyu.

"Kau rasa apa? Dahlah, jangan fikir bukan-bukan. Pergi bersiap. Dah pukul berapa ni. Karang terlewat masuk kerja pulak. Lupakan mimpi tu. Perasaan kau aje tu. Tak ada apa-apalah. Setakat mimpi aje pun. Haish! " sangkal Jay.

Jay jenis yang susah nak percaya dengan mimpi-mimpi dan gangguan. Dia tak suka dengan perkara-perkara remeh atau lebih tepat lagi perkara mistik.

Jay berlalu pergi meninggalkan Wahyu termangu sendiri di bawah katil itu akibat terjatuh tadi. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Hm... mungkin betul kata Jay. Itu hanya mainan tidur. Aku yang terlalu banyak fikir yang bukan-bukan. Fuh! Forget it, Wahyu." Tanpa berfikir panjang lagi, dia terus bingkas bangun dan berlalu masuk ke ruangan kamar mandi untuk membasahkan tubuhnya dan bersiap-siap ke tempat kerja.

   Wahyu cuba melupakan mimpi yang mengganggunya saban malam. Dia berharap segalanya akan okey nanti.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status