"Seriuslah?" Serentak Cetta dan Kak Long bersuara bila mendengar cerita kebekuan sang suamiku.
"Dia tak tanya ke kau okey atau dah nak gila diserang ketakutan? Kau tu sudahlah penakut tahap gaban!"
"Kau jangan ajak Dijah bawangkan suami sendiri, Kak Long," balasku.
Cetta masih gelak tak habis-habis. Mentang-mentanglah dia masih single. Buat seketika kami diam membisu melayan perasaan sendiri.
"Hah..." keluh Cetta diikuti helaan nafas Kak Long yang sedari tadi menyandarkan kepala pada cermin tingkap kafeteria.
"Aku nak tukar departmen. Entah bila nak naik pangkatnya." Cetta pula mengurut pelipis sendiri.
Kami bertiga berkawan baik walaupun Kak Long tu kakak aku dan Cetta sebaya dengannya. Cetta yang tolong aku dapatkan kerja dulu dan akhirnya kami jadi akrab. Kak Long pula kalau
Terima kasih untuk kalian yang sudah membaca hingga ke noktah ini ;) besar maknanya untuk penulis picisan seperti saya Zen.
AKU SALAM ABI DAN melangkah berat menuju ke kereta. Sebelum mencapai pemegang pintu, sekali lagi aku menoleh ke belakang. Walaupun abi sedang tersenyum, tapi aku nampak riak sayu di wajah tua itu. Aku tak rapat sangat dengan abi, kalau tidak mungkin aku sudah berlari memeluknya."Nak saya bukakan pintu ke?"Aku pandang ke hadapan. Sinisnya bunyi suara. Dengan kening terangkat-angkat. Baru pagi kelmarin nikah, dah tunjuk dah lagak veto dia. Sebagai tanda protes, aku menghempas pintu dengan kuat. Dari hujung mata, aku perasan dia tersenyum senget. Sebelum kereta melepasi pagar, aku melambai pada abi.'Abi, Dija sayang abi.'Rasa sesal kerana aku tak pernah beritahu abi tentang itu.•
Ketika Hanzalah membersihkan diri, aku ambil kesempatan meneliti dapur rumah itu. Hanzalah kata ini bukan rumah sewa. Memang dia beli dah lama dulu cuma belum pernah didiami kerana disewakan pada orang lain.Dapurnya tidaklah besar mana. Sederhana sahaja dengan rak pinggan dan satu meja lipat berpasangan dua kerusi plastik macam biasa aku tengok kat restoran. Ada empat pinggan, empat gelas dan sudu, semua macam baru beli. Kuali pun ada satu je. Macam kuali lejen. Ada kesan penggunaan bertahun-tahun. Senduk ke apa semua tak ada.Aku agak dia baru sediakan semua ni tak lama sebelum kami berkahwin. Entah kenapa, aku tak rasa dia lelaki yang ada kelemahan kerana apa yang dia sediakan ini serba serbi tidak mencukupi tapi sebaliknya aku rasa malu dan terharu kerana dia sebagai lelaki asing, pasti bersusah payah menyediakan semua ini untuk aku yang tidak pernah dia kenali agar hidup selesa. &n
'SELAMAT PENGANTIN BARU. Maafkan abi, ya.'Rasa nak meraung bila baca mesej dari abi. Tak pernah-pernah abi minta maaf. Ya, memang aku ada rasa marah pada abi. Semuanya sebab abi tak setuju bila aku kata aku nak terima pinangan Adam, anak kawan abi sendiri.Abi kata, abi tak boleh terima Adam sebab abi dah setuju dengan peminangan dari Hanzalah. Paling bengang bila aku dapat tahu abi yang suruh Hanzalah, si suami aku sekarang ni, masuk meminang aku. Itupun Kak Long yang cerita. Kalau tak, memang mati-mati aku ingat si Hanzalah tu yang masuk meminang dulu sebelum Adam. 3 hari 3 malam jugaklah aku mogok.Berbanding Hanzalah, Adam tu lagi nampak baik. Gentleman. Dah macam Imam Muda. Bila baca Al Quran memang taranum habis boleh melayang orang yang mendengarnya. Abi sendiri secara peribadi, agak akrab dengan mak ayah Adam.
SEKEJAP BERGOLEK KE KANAN, kemudian ke kiri. Seronok mesej dengan Kak Long tak ingat dunia.'Dah lama tak nampak Adam datang rumah.'Aku terdiam membaca mesej itu. Seketika aku terlentang, memandang kipas siling yang berpusing perlahan. Mesti Adam masih sedang merawat hati. Kalaulah dia tahu, aku pun menyimpan hati padanya...'Kesian dia, Kak Long. Nanti pergilah hantar mee goreng ke rumah mak ayah dia. Karang putus silaturrahim pulak.'Aku menekan butang send. Rumah Adam selang dua lorong saja dari rumah abi. Sebab tu selalu terserempak dan selalu juga keluarga kami bertukar-tukar makanan dengan keluarga mereka.'Mana ada orang nak masakkan mee goreng sedap macam Dija dah. Kak Long masak hari tu pun abi makan sekali je. Tak bertambah.''Jauh hati ke, Kak Long?'Aku tersengih sendiri.
KAMI PERANG DINGIN MUNGKIN. Dah dua hari rumah ini sunyi dari suara manusia walaupun semalam Hanzalah ada sepanjang hari di rumah. Pertama kali dia ada di rumah selama 24 jam. Kerja sebagai jurugambar profesional menjadikan dia bekerja setiap kali hari cuti terutama Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tapi hari-hari lainnya tetaplah dia tidak melekat di rumah. Sungguh, aku cuba untuk bersangka baik tapi semakin lama aku rasa, hubungan kami semakin jauh.Hmm... kami memang tak pernah rapat pun...Mee goreng yang terhidang aku tutup dengan tudung saji. Bimbang Puyen dan Oyen merasmikan dulu sebelum suami aku. Sengaja aku masak mee goreng. Antara menu yang memang biasanya menjadi di tangan aku. Biarpun aku masih menahan rajuk di hati namun tidak tegar rasanya berlama-lama begini. Aku isteri, sepatutnya banyak mengalah. Kalau dia taknak pujuk, akukan boleh mengadu pada Allah. Lama-lama begini, aku sendiri yang makan hati sedangkan Hanzalah selamba je lalu l
AKU DAH AGAK DAH Kak Long mesti gelak terbahak-bahak hilang pedoman bila aku cerita kat dia pasal Hanzalah terbaca mesej aku dengan dia hari tu. Gara-gara si Adam jodoh tak kesampaian aku tu. Bengang jugak sebab dia sesuka hati cek handphone aku tapi rasa bersalah tu lagi kuat.Aku mendekati bilik kerjanya. Dari luar aku dengar suaranya bersembang dengan seseorang melalui pembesar suara handphone. Perlahan-lahan pintu aku buka dan memandang dia yang membelakangi aku, khusyuk melarikan tetikus di atas meja. Terpapar gambar pengantin di skrin komputer sedang disusun menjadi satu album."Klien tu minta personal dari aku. Dan dia memang taknak pakej video pun. Plus, dia kawan pada bekas klien kita dulu. Jadi dia tahulah aku fotografer dalam team kita.” Serius nadanya bersuara pada handphone yang terbaring di tepi keyboard."Tapi kau tak boleh buat macam tu! Kau patut beritahu aku. Patutnya wedding dia jadi job under sy
SERONOK DUDUK BERAMAI-RAMAI di dapur siapkan hidangan untuk majlis tahlil malam ni. Hidangan dalam 350 orang makan. Biasanya kami buat 100 pax sahaja tapi abi kata nak raikan sekali menantu baru.Selebihnya biasa kami tapau dan hantar pada mana-mana rumah anak yatim dan asnaf zakat. Abi rajin naik motor hantar ke rumah jiran-jiran yang tak dapat hadir ke majlis rumah. Biasanya kami buat selang seli di rumah, ada waktu buat di masjid.Bakul berisi bawang dan cili yang siap dibasuh dari malam tadi aku atur siap-siap untuk dikisar dan digunakan. Di pintu dapur yang terbuka, aku melihat Hanzalah terbongkok-bongkok membasuh halaman depan rumah untuk dihampar tikar supaya tetamu yang datang boleh makan di situ sambil menikmati angin malam. Melihat wajahnya yang berkerut, ada rasa kasihan menerpa di dada. Aku tahu dia tak tidur sepanjang malam tadi sebab siapkan kerjanya."Jangan tenung lama-lama, pergilah hantar air kat Han aw
HUJUNG JARI MEMERAH akibat kesan getah yang berulang kali ditarik tegang. Suasana sekeliling aku tidak peduli. Lauk pauk yang ada aku bungkus siap-siap dan asingkan ke tepi. "Awak okay?"Susuk tubuh itu duduk selang satu kerusi berhadapan dengan aku. Aku diam tidak menjawab. Kesal… kerana itu Adam. Bukan Hanzalah.Dan satu lagi, aku benci sebab dia perasan yang aku memang tengah tak okay sekarang. Tadi aku nampak Hanzalah kejar Delilah di luar rumah. Jelas dari tingkap bilik aku di tingkat dua. Cuma aku tak dapat dengar apa yang mereka sembangkan dan hanya bahagian bawah tubuh sahaja jelas kelihatan kerana mereka berhenti betul-betul di sebalik pokok yang merendang di laman. "Khadeeja. Awak ikat plastik kosong tu."Aku lepaskan plastik di tanga