Miliki Bayangmu (Malaysia)

Miliki Bayangmu (Malaysia)

By:  Flizwn 33  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel12goodnovel
10
1 rating
15Chapters
1.8Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

"Walaupun saya masih hidup, awak boleh berkahwin dengan orang lain, kan?" Hanzalah berpaling ke belakang, memandang Khadeeja yang tegak berdiri merenungnya tanpa segarit senyuman. Cuba memahami ayat yang diluahkan isterinya itu. "Tapi... kalau saya nak kahwin dengan orang lain, awak kena mati dulu... kan?" Tenang Khadeeja bersuara dengan mata yang terkedip lemah. Nafas perlahan terhembus di antara dua bibir yang terbuka sedikit. Hanzalah menelan air liur apabila tekak terasa kering. Matanya menangkap pemutar skru yang dicari sedari tadi, kini digenggam erat di tangan Khadeeja. _______________________________________ Kejadian misteri yang terjadi semakin menguji perkahwinan tanpa cinta mereka. Bergelut untuk meneruskan kehidupan bersama dan mencari sebab untuk mengekalkannya Memang susah bila hidup dengan dia yang asing. Memang susah untuk berkongsi kehidupan peribadi. Memang susah bila terasa kita berjuang sendiri. Tapi sebenarnya, lebih susah bila kita tak pernah usaha untuk membuka hati.

View More
Miliki Bayangmu (Malaysia) Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
NaNa Norliana Nana
cerita ni best sangat.. harap ada sambgan nya nanti!
2021-10-04 03:32:46
0
15 Chapters
01 | Langkah Pertama
AKU SALAM ABI DAN melangkah berat menuju ke kereta. Sebelum mencapai pemegang pintu, sekali lagi aku menoleh ke belakang. Walaupun abi sedang tersenyum, tapi aku nampak riak sayu di wajah tua itu. Aku tak rapat sangat dengan abi, kalau tidak mungkin aku sudah berlari memeluknya. "Nak saya bukakan pintu ke?" Aku pandang ke hadapan. Sinisnya bunyi suara. Dengan kening terangkat-angkat. Baru pagi kelmarin nikah, dah tunjuk dah lagak veto dia. Sebagai tanda protes, aku menghempas pintu dengan kuat. Dari hujung mata, aku perasan dia tersenyum senget. Sebelum kereta melepasi pagar, aku melambai pada abi.  'Abi, Dija sayang abi.'  Rasa sesal kerana aku tak pernah beritahu abi tentang itu.   •
Read more
02 | Selangkah Lebih Dekat
Ketika Hanzalah membersihkan diri, aku ambil kesempatan meneliti dapur rumah itu. Hanzalah kata ini bukan rumah sewa. Memang dia beli dah lama dulu cuma belum pernah didiami kerana disewakan pada orang lain. Dapurnya tidaklah besar mana. Sederhana sahaja dengan rak pinggan dan satu meja lipat berpasangan dua kerusi plastik macam biasa aku tengok kat restoran. Ada empat pinggan, empat gelas dan sudu, semua macam baru beli. Kuali pun ada satu je. Macam kuali lejen. Ada kesan penggunaan bertahun-tahun. Senduk ke apa semua tak ada. Aku agak dia baru sediakan semua ni tak lama sebelum kami berkahwin. Entah kenapa, aku tak rasa dia lelaki yang ada kelemahan kerana apa yang dia sediakan ini serba serbi tidak mencukupi tapi sebaliknya aku rasa malu dan terharu kerana dia sebagai lelaki asing, pasti bersusah payah menyediakan semua ini untuk aku yang tidak pernah dia kenali agar hidup selesa.           &n
Read more
03 | Drama Nasi Goreng
'SELAMAT PENGANTIN BARU. Maafkan abi, ya.' Rasa nak meraung bila baca mesej dari abi. Tak pernah-pernah abi minta maaf. Ya, memang aku ada rasa marah pada abi. Semuanya sebab abi tak setuju bila aku kata aku nak terima pinangan Adam, anak kawan abi sendiri.  Abi kata, abi tak boleh terima Adam sebab abi dah setuju dengan peminangan dari Hanzalah.  Paling bengang bila aku dapat tahu abi yang suruh Hanzalah, si suami aku sekarang ni, masuk meminang aku. Itupun Kak Long yang cerita. Kalau tak, memang mati-mati aku ingat si Hanzalah tu yang masuk meminang dulu sebelum Adam. 3 hari 3 malam jugaklah aku mogok. Berbanding Hanzalah, Adam tu lagi nampak baik. Gentleman. Dah macam Imam Muda. Bila baca Al Quran memang taranum habis boleh melayang orang yang mendengarnya. Abi sendiri secara peribadi, agak akrab dengan mak ayah Adam.
Read more
04 | Lari Rentak
SEKEJAP BERGOLEK KE KANAN, kemudian ke kiri. Seronok mesej dengan Kak Long tak ingat dunia. 'Dah lama tak nampak Adam datang rumah.' Aku terdiam membaca mesej itu. Seketika aku terlentang, memandang kipas siling yang berpusing perlahan. Mesti Adam masih sedang merawat hati. Kalaulah dia tahu, aku pun menyimpan hati padanya... 'Kesian dia, Kak Long. Nanti pergilah hantar mee goreng ke rumah mak ayah dia. Karang putus silaturrahim pulak.' Aku menekan butang send. Rumah Adam selang dua lorong saja dari rumah abi. Sebab tu selalu terserempak dan selalu juga keluarga kami bertukar-tukar makanan dengan keluarga mereka. 'Mana ada orang nak masakkan mee goreng sedap macam Dija dah. Kak Long masak hari tu pun abi makan sekali je. Tak bertambah.' 'Jauh hati ke, Kak Long?'  Aku tersengih sendiri.
Read more
05 | Mesej
KAMI PERANG DINGIN MUNGKIN. Dah dua hari rumah ini sunyi dari suara manusia walaupun semalam Hanzalah ada sepanjang hari di rumah. Pertama kali dia ada di rumah selama 24 jam. Kerja sebagai jurugambar profesional menjadikan dia bekerja setiap kali hari cuti terutama Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tapi hari-hari lainnya tetaplah dia tidak melekat di rumah. Sungguh, aku cuba untuk bersangka baik tapi semakin lama aku rasa, hubungan kami semakin jauh. Hmm... kami memang tak pernah rapat pun... Mee goreng yang terhidang aku tutup dengan tudung saji. Bimbang Puyen dan Oyen merasmikan dulu sebelum suami aku. Sengaja aku masak mee goreng. Antara menu yang memang biasanya menjadi di tangan aku. Biarpun aku masih menahan rajuk di hati namun tidak tegar rasanya berlama-lama begini. Aku isteri, sepatutnya banyak mengalah. Kalau dia taknak pujuk, akukan boleh mengadu pada Allah. Lama-lama begini, aku sendiri yang makan hati sedangkan Hanzalah selamba je lalu l
Read more
06 | Awning vs Helmet
AKU DAH AGAK DAH Kak Long mesti gelak terbahak-bahak hilang pedoman bila aku cerita kat dia pasal Hanzalah terbaca mesej aku dengan dia hari tu. Gara-gara si Adam jodoh tak kesampaian aku tu. Bengang jugak sebab dia sesuka hati cek handphone aku tapi rasa bersalah tu lagi kuat. Aku mendekati bilik kerjanya. Dari luar aku dengar suaranya bersembang dengan seseorang melalui pembesar suara handphone. Perlahan-lahan pintu aku buka dan memandang dia yang membelakangi aku, khusyuk melarikan tetikus di atas meja. Terpapar gambar pengantin di skrin komputer sedang disusun menjadi satu album. "Klien tu minta personal dari aku. Dan dia memang taknak pakej video pun. Plus, dia kawan pada bekas klien kita dulu. Jadi dia tahulah aku fotografer dalam team kita.” Serius nadanya bersuara pada handphone yang terbaring di tepi keyboard. "Tapi kau tak boleh buat macam tu! Kau patut beritahu aku. Patutnya wedding dia jadi job under sy
Read more
07 | Delilah
SERONOK DUDUK BERAMAI-RAMAI di dapur siapkan hidangan untuk majlis tahlil malam ni. Hidangan dalam 350 orang makan. Biasanya kami buat 100 pax sahaja tapi abi kata nak raikan sekali menantu baru. Selebihnya biasa kami tapau dan hantar pada mana-mana rumah anak yatim dan asnaf zakat. Abi rajin naik motor hantar ke rumah jiran-jiran yang tak dapat hadir ke majlis rumah. Biasanya kami buat selang seli di rumah, ada waktu buat di masjid. Bakul berisi bawang dan cili yang siap dibasuh dari malam tadi aku atur siap-siap untuk dikisar dan digunakan. Di pintu dapur yang terbuka, aku melihat Hanzalah terbongkok-bongkok membasuh halaman depan rumah untuk dihampar tikar supaya tetamu yang datang boleh makan di situ sambil menikmati angin malam. Melihat wajahnya yang berkerut, ada rasa kasihan menerpa di dada. Aku tahu dia tak tidur sepanjang malam tadi sebab siapkan kerjanya. "Jangan tenung lama-lama, pergilah hantar air kat Han aw
Read more
08 | Adam
HUJUNG JARI MEMERAH akibat kesan getah yang berulang kali ditarik tegang. Suasana sekeliling aku tidak peduli. Lauk pauk yang ada aku bungkus siap-siap dan asingkan ke tepi.            "Awak okay?" Susuk tubuh itu duduk selang satu kerusi berhadapan dengan aku. Aku diam tidak menjawab. Kesal… kerana itu Adam. Bukan Hanzalah.  Dan satu lagi, aku benci sebab dia perasan yang aku memang tengah tak okay sekarang. Tadi aku nampak Hanzalah kejar Delilah di luar rumah. Jelas dari tingkap bilik aku di tingkat dua. Cuma aku tak dapat dengar apa yang mereka sembangkan dan hanya bahagian bawah tubuh sahaja jelas kelihatan kerana mereka berhenti betul-betul di sebalik pokok yang merendang di laman.            "Khadeeja. Awak ikat plastik kosong tu." Aku lepaskan plastik di tanga
Read more
09 | Match Made In Heaven
AKU TERJAGA apabila Hanzalah membetulkan selimut yang menyelimuti diriku.           "Awak nak keluar? Kerja? Awak kan jatuh motor semalam," soal aku, menolak selimut dan duduk memandangnya yang sedang memilih baju di almari.          "Nak jumpa orang." Pendek dia menjawab.          "Tapi luka kat tangan dan badan tu..."          "Khadeeja, jatuh motor tu benda biasalah kalau dah jadi penunggang motosikal." Dia nampak sedang cuba untuk bersabar. Sorry la, aku dah jadi sebahagian dari hidup dia. Ternganga aku mendengar balasan dari Hanzalah. Adakah ini terlalu normal baginya?           "Macamana kalau awak pengsan tengah jalan, tiba-tiba sakit. Pergilah klinik dulu. Penting sangat ke nak jumpa orang tu? Tak boleh tangguh?" Aku mula risau
Read more
10 | Takut
 SUKARNYA MEMBUANG rasa bersalah apabila Hanzalah mengeluarkan duitnya untuk kos membaiki kereta Kancil Kak Long biarpun aku berkeras menghalangnya. Aku tahu dia bukannya berduit sangat dan bukan salah dia pun. Kereta tu memang bermasalah. "Takkan nak pulangkan kereta tak boleh hidup macam ni?" "Tapi..." "Pengajarannya lain kali balik dengan saya." Ouch, aku sentap! Kak Long dan abi pula tak nak terima Kancil tu sebab katanya tak ada siapa pun guna sejak Kak Long kahwin dengan Abang Long. Hanzalah beriya menolak, keberatan menerima tawaran Kak Long. "Motor kan tengah baiki. Pakai saja dulu sementara tunggu motor tu siap." Dek kerana kata-kata Abang Long itulah Hanzalah terima juga akhirnya. Dalam perjalanan pulang dari rumah abi, aku perasan Hanzalah melalui jalan yang berbeza. "Kita nak ke mana?"
Read more
DMCA.com Protection Status