Share

10 | Takut

SUKARNYA MEMBUANG rasa bersalah apabila Hanzalah mengeluarkan duitnya untuk kos membaiki kereta Kancil Kak Long biarpun aku berkeras menghalangnya. Aku tahu dia bukannya berduit sangat dan bukan salah dia pun. Kereta tu memang bermasalah.

"Takkan nak pulangkan kereta tak boleh hidup macam ni?"

"Tapi..."

"Pengajarannya lain kali balik dengan saya."

Ouch, aku sentap!

Kak Long dan abi pula tak nak terima Kancil tu sebab katanya tak ada siapa pun guna sejak Kak Long kahwin dengan Abang Long. Hanzalah beriya menolak, keberatan menerima tawaran Kak Long.

"Motor kan tengah baiki. Pakai saja dulu sementara tunggu motor tu siap."

Dek kerana kata-kata Abang Long itulah Hanzalah terima juga akhirnya. Dalam perjalanan pulang dari rumah abi, aku perasan Hanzalah melalui jalan yang berbeza.

"Kita nak ke mana?"

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status