CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang.
Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram.
Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini.
Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus.
Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu.
Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah.
“Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
ENAMbulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus. Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera.Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan.Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
AKU merebahkan tubuh di atas katil. Peningnya kepala aku bila teringatkan hal pagi tadi. Haih, otak aku ni lagi berserabut fikirkan hal mereka berbanding hal pertunangan aku. Lebih membebankan minda aku bila Fizi menyebut perkataan penumpang di hadapan Halmy. Mengapa dia kata begitu? Sungguh aku kurang mengerti. “Untung kau Aj. Crush asyik jadi hero kau je bila ada orang nak sakitkan hati kau.” Bella yang baru masuk ke dalam kamar kami terus melabuh duduk di kerusi yang tersedia. “Eleh, dia tolong aku sebab dia memang perasanlah tu aku suka dia. Sajalah tu nak bagi harapan palsu dekat aku,” ujarku sambil melepaskan getah rambut agar rambut aku rasa lebih selesa bila dilepaskan. “Eeh, sejak bila kau bersangka buruk dengan crush sendiri? Dia bantu kau ikhlaslah.” Bella memuncung sedepa. Tangan diletakkan ke dagu sambil dia tayang riak wajah sedang berfikir. Aku sekadar menjongket bahu. Aku fikir begini
HARI ini, aku bertekad mahu memberitahu Fizi untuk mengenalinya sebagai kawan. Aku tak mahu jadikan dia musuh aku lagi. Walaupun dia selalu buat aku marah, tak salah rasanya kalau aku memaafkan kesalahannya.Lewat ekor mata, aku memerhatikan figuranya yang sibuk berbual dengan rakan-rakannya. Aku tak boleh nak berjumpa dengannya sekarang. Aku perlu cari masa sesuai untuk memberitahu kesudian aku untuk berkawan dengannya.“Weyh, betina!”Aku terkejut bila satu tangan tiba-tiba menolak belakang tubuhku sehingga aku hampir tersungkur.Almy … Aku terkejut dengan tindakannya.“Apa masalah kau ni tiba-tiba tolak aku?” Aku menolak kembali tubuhnya sehingga dia terjatuh ke tanah.Kalau kau berani-berani sentuh tubuh aku, memang kau mendapat! Aku pantang betul orang sentuh aku.“Hari Ahad hari tu ada orang nampak kau balik hostel dengan Fizi. Dia betul-betul h