Setelah berpuas hati dgn penampilannya tas tangan jenama channel diatas katil bersaiz king itu di capai. Kaki mula menapak, lantas tombol pintu biliknya dipulas dan dikuak perlahan pintu biliknya, dia terus melangkah menuruni tanggan dan menuju ke ruang makan.
''Good morning papa. Good morning mama'' ucap aisya ceria. Dia mengambil tempat duduk dihadapan Datin Aida.
''Morning sweetheart. Come have a breakfeast first before you go to work.'' Balas Datin Aida. Pinggan dihadapan Aisya diambil lantas disendukkan bihun ke pinggan anaknya itu. Datin Aida senang hati melihat anaknya sudah kembali pulih sepenuhnya.
Dato' Khairil? Seperti biasa masih menghadap surat khabar.Sekali sekala berkerut juga dahi orang tua itu, tidak tahu laa apa yang dibaca malas Aisya ambil pusing. Bihun goreng disudukan dan dimasukkan kedalam mulutnya.
Harini merupakan hari pertama dia akan bertugas di syarikat papanya. Setelah hampir setahun dia berehat dan pulang dari London tiga bulan yang lalu. Aisya ke London untk mendapatkan rawatan terhadap masalah mental yang dihidapinya.
Ya Aisya merupakan bekas pesakit jiwa kerana dia mengalami kemurungan selepas dia dikhinati oleh orang yang paling dia cintai. Dia sudah pulih dari kemurungannya tapi hatinya masih ingat akan jejaka itu. Sukar untuk Aisya melupakannya sekaligus memadam memorinya bersama jejaka itu.
Lima tahun menjalinkan hubungan cinta, tetapi sang jejaka lebih memilih untuk berpaling dan kini dia harus menerima segala yang telah berlaku dengan hati yang tenang walaupun rasa cinta berbaki di dalam hatinya.
Bak pepatah di dalam lagu kendati yang dinyanyikan oleh Amylea;
Mau saja ku bohong hati,
Mana mungkin cinta mudah gugur,
Kerna hatiku selalu denganmu,
Menempuh semua kendati apa pun.
Tengku Riyad Zulqarnain. Jejaka terhangat pasaran!
Merupakan anak sulung Tan Sri Tengku Ridhuan dan Puan Sri Syarifah Zahrah, daripada tiga beradik. Dikenali dgn sikap dingin dan bekunya.Ego? sudah tentu laa setinggi langit.
Boss A.B aka ais batu merupakan gelaran paling glamor untuknya di R&Z Propeties Land.
''Morning boss".Sapa Aina. Aina merupakan salah seorang staff di R&Z Properties Land dan memegang jawatan sebagai pembantu peribadi Riyad. Begitulah rutin harian Aina, dia akan menanti kehadiran Boss A.B nya setiap pagi di hadapan pintu masuk utama syarikat mereka. Kakinya diatur mengikut langkah Riyad ke lift. Sampai sahaja di hadapan lift dengan pantas jari Aina menekan button lift dengan anak panah menghala keatas. Apabila pintu lift terbuka Riyad memasukki perut lift diikuti setiausahanya. Butang 14 di tekan untuk menuju ke aras utama bangunan R&Z Propeties Land di mana terletaknya pejabat lelaki itu dan juga pekerja-pekerja yang memegang jawatan tinggi selain CEO seperti CFO, COO dan sebagainya.
''Engku pagi ni ada meeting pasal projek chalet di bagan lalang pukul 10 pagi. Tentang renovation yangg Engku cadangkan untuk menaip taraf resort kita, pukul 2:30 petang engku ada...''
''Halfday.'' Belum sempat Aina menghabiskan ucapannya Riyad sudah memotong percakapan gadis itu.
Keluhan kecil dilepaskan oleh Aina tanpa disedari oleh Riyad. Ringkas dan padat. Mendengar saja perkataan itu dia sudah faham. Dia harus membatalkan janji temu bossnya itu dan harus ditetapkan pada hari lain. Dia sudah faham dengan perangai bossnya itu kerana sudah 5tahun dia menjadi pembantu lelaki itu. Cuma tiga tahun kebelakangan ini sahaja lelaki itu sudah berubah menjadi dingin dan tegas. Tiada lagi lawak jenaka serta gelak tawa dari lelaki itu, tidak seperti Riyad yang dulu. Yang sentiasa senyum ceria sahaja.
Petang itu selepas waktu makan tengah hari Riyad mengajak Fariz yang merupakan teman baiknya untuk ke satu tempat. Sudah dimaklumkan kepada Aina yang dia akan bercuti esok hari.Riyad dan Fariz sudah berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka sama-sama belajar di sekolah berasrama penuh dahulu.
Mereka mula berkawan sejak dari tingkatan satu lagi memandangkan mereka berada di dalam satu kelas. Hubungan mereka tidak berakhir di situ sahaja kerana selepas menamatkan tingkatan lima mereka berdua terus menyambung pengajian di luar negara tetapi mengambil bidang yang berlainan. Dia menyambung pengajian dalam bidang engineering dan Fariz pula menyambung pelajaran di dalam bidang akaun.
Oleh itu Fariz diambil bekerja di R&Z Proprties Land sebagai CFO syarikat. Fariz diambil bekerja bukan sahaja disebabkan oleh kreadibiliti dia tetapi Fariz juga merupakan salah seorang pemegang saham di syarikat itu.
Hari ini merupakan tarikh keramat dalam sejarah hidupnya. Riyad merenung air terjun Lata Pelangi di hadapannya. Ingatannya kembali kepada seorang gadis yang berjaya mencuri hatinya sehingga kini. Selepas makan tengah hari semalam dia memandu ke Negeri Pahang ditemani sahabat baiknya itu. Pagi itu awal awal pagi lagi dia sudah bersiap untuk ke air terjun yang mencipta banyak memori didalam otaknya. Untuk ke air terjun itu mereka perlu menaiki pacuan empat roda. Perjalanan yang mengambil masa yang agak lama.
Air terjun itu dinamakan Lata Pelangi disebabkan terbentuknya satu pelangi didalam kawasan air terjun itu. Sungguh indah ciptaan tuhan yang satu itu.Tak terfikir dek akal pendek manusia seperti kita ini.
Air terjun dihadapannya direnung lagi. Mengenangkan kisah silamnya. Lebih tepat lagi kebodohan dirinya sendiri. Disebabkan Egonya yang melangit dia terpaksa menanggung semua ini.
''Kau masih ingatkan dia lagi kan. Kau masih tunggu dia balik kepada engkau kan?'' Fariz bersuara setelah agak lama bunyi air terjun lata pelangi menemani halwa telinga mereka.
''Hmmmmm'' satu keluh berat dilepaskan kasar oleh Riyad. Ya dia mengakui apa yg dikatakan oleh Fariz adalah benar semuanya.
3 tahun lepas....
Riyad masih terbayang lagi muka sedih dan kecewa gadis dihadapannya itu setelah mendengar berita dari bibirnya. Kerana ego dan mengikut kata hati, dia mengecewakan wanita yang dia cintai itu.
Usai mendengar pengakuan Riyad wanita dihadapannya menggangkat punggungnya dan terus meninggalkan Riyad sendirian. Ya dia sangat kecewa dgn lelaki itu. Fikirnya lelaki itu sibuk dengan urusan kerjanya tetapi lelaki itu sibuk dengan urusan lain.
Kini perasaan bersalah menyelubungi hati Riyad.Selama 5 tahun dia dan wanita itu menyemai cinta namun kerana kebodohannya dia melepaskan wanita itu pergi dengan penipuannya.
Selama 5 tahun mereka bercinta. Terlalu banyak kenagan yang dilalui mereka berdua. Susah senang mereka juga di tempuhi bersama. Wanita yang sentiasa berada dibelakang Riyad saat lelaki itu dalam kesusahan sehingga dia berjaya kini. Buktinya adalah R&Z propeties Land. Syarikat pembinaan itu adalah hasil titik peluhnya dan bantuan sepenuhnya dari wanita yang dicintai itu. Masih segar lagi dalam ingatannya susah payah dan perih dia dan wanita itu dalam membangunkan syarikat itu.
Satu keluhan terbit lagi di bibir Riyad untuk kesekian kalinya.
Tengku Riyad Zulkarnain masih menanti. Satu penantian yang tidak pasti.
Yang pasti adalah SAKIT SEBUAH PENGHARAPAN. Pengaharapan yang disebabkan oleh kebodohan dirinya sendiri.
Terpisat-pisat mata Riyad cuba di celik kembali. Sekilas wajah yang sedang lena berbantalkan dada dia ditatap penuh kasih. Tidak pernah sedetik pun dia tidak mencintai wanita itu.Perlahan Riyad menolak kepala Aisya dan meletakkan wanita itu ke atas bantal secara perlahan. Dengan langkah yang berhati-hati tidak mahu mengejutkan wanita itu Riyad bangun.Telefon bimbit yang berada di atas meja sisi katil di capai. Dia berjalan ke balkoni bilik untuk menjawab panggilan yang mengganggu lenanya sebentar tadi." Kau tak ada hari lain ke nak call aku" ujar Riyad malas sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi malas di balkoni tersebut." Info apa yang kau dapat kali ni? " Riyad menyoal kasar tetapi masih mengawal nada suara dia. Dia mengerling sekilas ke arah Aisya yang masih tidur di dalam bilik. Takut suara dia mengganggu tidur Aisya. Dia juga takut jika Aisya mendengar perbualan mereka."Terus perhatikan dia, jangan sampai dia terlepas." Arahan di beri
Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Aisya mengeliat kelegaan setelah kaki berjaya menjejak tanah. Perjalan dari Kuala Lumpur mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba di negeri di bawah bayu ini. Tidakah selama perjalanan dia ke London tetapi lenguh itu tetap terasa. " Jom" Riyad menarik tangan Aisya mengikuti dia. Tempat menuntut beg dituju. Lima belas minit menunggu akhirnya beg mereka selamat berada di atas troli. Troli ditolak menggunakan sebelah tangan manakala tangan kiri Riyad masih menggengam erat tangan Aisya. Luar lapangan terbang di tuju. Mata Riyad melilau mencari kelibat kereta yang sudah di sewa oleh Aina. Seketika dia melihat satu sosok berjalan menuju kearah mereka. " Encik Riyad?" Soal lelaki itu. " Ya saya" jawab Riyad menandang lelaki itu. " Mari ikut saya. Kereta dekat hujung sana" kata lelaki itu sambil jari menunjuk ke arah kereta yang terletak sedikit jauh dari tempat mereka berdiri. " Kita nak kemana
" Aku terima nikahnya Aisya Yanie Binti Khairil dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit dan senaskhah al-Quran di bayar tunai." Senafas lafaz akad dilafazkan oleh lelaki itu dengan lancar." Sah?" Soal Dato'Khairil kepada dua orang saksi yang berada di sebelah dia." Sah " jawab mereka berdua serentak. Nafas di hela perlahan oleh pengantin lelaki. Tok kadi yang berada di situ turut mengangguk kepala dia sebelum tangan di tadah bagi membacakan doa.Aisya yang berada dibelakang pengantin lelaki hanya kaku tanpa riak. Jiwa dia kosong. Pandangan di hala ke hadapan. Wajah kegembiraan yang meraikan hari bahagia ditatap dengan pandangan yang sayu. Mereka mungkin bahagia tetapi bahagiakah dia menghawini lelaki itu?Mata dia masih tunak memandang ke arah pengantin lelaki. Tingkah lelaki itu diperhati. Dia melihat Riyad berdiri menuju ke satu arah dan lelaki itu melakukan sujud. Sujud syukur mungkin.Setelah memberi salam Riyad melangkah ke arah dia ya
Sudah tiga hari berlalu setelah pemergian Zafran. Keluarga Zafran semua bersetuju untuk tidak menggunakan alat bantuan pernafasan itu kerana ia tidak menjamin bahawa Zafran akan kembali pulih. Mereka menerima takdir tuhan yang sudah tertulis buat mereka. Jika sudah tiba waktunya untuk pergi mengapa harus kita menjadi penghalang perjalanan dia ke alam seterusnya. Malam ini merupakan malam yang ketiga berturut-turut mereka mengadakan bacaan yasin dan tahlil buat arwah Zafran. Aisya sendiri turut berada di rumah keluarga Zafran bersama kedua orang tua dia. Dia tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaan dia ketika ini. Bohonglah jika dia mengatakan bahawa dia tidak sedih dengan kehilangan Zafran, tapi dia tahu dia harus tetap kuat di hadapan keluarga dia dan keluarga Zafran. Sampai bila dia mahu menjadi wanita yang lemah. Satu helaan nafas dilepaskan untuk kali ke berapa dia sendiri juga tidak tahu. " Sya..." Panggil Puan Ainun sambil menyentuh sedikit bah
Riyad melangkah perlahan menuju ke bahagian kecemasan hospital. Di tangan dia terdapat handbag dan juga telefon bimbit wanita itu. Setiba dia di hadapan bilik kecemasan hospital dia melihat Aisya seorang diri di bangku sambil berendam air mata. Kali kedua dia melihat wanita itu lemah! "Ehemmm" Riyad berdehem bagi menyedarkan Aisya akan kehadirannya di situ. Mendengar sahaja bunyi itu, Aisya terus memanggung kepala dia. Sungguh dia tidak perasan ada seseorang sedang berdiri di hadapan dia. " Sorry. Saya cuma datang nak hantar handbag, handphone dan kunci kereta awak." Ujar Riyad apabila Aisya memandang dia pelik. " Oh. Thanks" balas Aisya, dilarikan pandangan mata dia dari terus memandang Riyad. Bukan! Sebenarnya dia terkedu melihat tompokan darah yang terdapat di baju lelaki itu. Seketika baru dia teringat bahawa Riyad juga turut berada di tempat kejadian. Dengan kudrat yang lemah Aisya berdiri ingin menyambut huluran handbag dia
" Assalamualaikum." Sapa Zafran sebaik sahaja Aisya melangkah memasuki kereta itu. Hari ini dia dan Aisya akan ke Adila Collection yang merupakan butik pilihan mereka untuk persiapan baju pernikahan mereka. Fitting terakhir akan di lakukan hari ini sebelum baju itu benar benar sepadan dengan tubuh mereka. Barangan hantaran mereka sudah siap sepenuhnya seminggu lalu cuma tinggal untuk memasang pelamin dan ucapan akad sahaja bagi mengesahkan status terbaharu mereka berdua. " Waalaikum salam. " Jawab Aisya sepatah. " Sihat?" " Sihat." Sepatah lagi! " Dah breakfeast? " Soal Zafran lagi. " Dah." Berkerut dahi Zafran mendengar jawapan Aisya sepatah sepatah itu. Jarang Aisya tidak banyak mulut apabila bersama dengan dia. Kadang dia sendiri buntu dari mana datang idea Aisya untuk bebicara sebanyak itu setiap kali mereka berjumpa. " Are you okay? " Aisya pantas menoleh kearah Zafran sebaik sahaja mendengar soalan yang keluar dari mu