Share

NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]
NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]
Author: Ninie

Prologue

''Arghhhhhh!!!.''Aisya menjerit bersama tangannya menolak segala perkakasan di atas meja solek. Habis bertaburan peralatan solek milik Aisya Yanie di atas lantai biliknya.

Aisya duduk disudut biliknya sambil memeluk lutut melepaskan tangisannya.Sungguh sakit apa yang dirasakannya sekarang.

Tok... Tok... Tok...

Ketukan dipintu dibiar sepi. Aisya tahu itu pasti mamanya, untung saja dia terlebih dahulu mengunci pintu biliknya kerana dia sudah sedia maklum akan apa yang bakal berlaku. Dia mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu saat ini.

''Aisya. Sya ok ke sayang?'' Kedengaran suara Datin Sri Aida bertanya setelah ketukannya tadi di biar sepi. Dia yang kebetulan lalu di hadapan bilik Aisya terkejut apabila terdengar bunyi barang jatuh dari dalam bilik anak perempuan tunggalnya itu.

''Sya ok ma. Mama jangan risau laa.'' Balas Aisya dari dalam biliknya. Seadanya cuba ditahan tangisannya agar tidak didengari mamanya. Aisya tidak mahu mamanya risau akan dirinya.

"Ini mesti ada sesuatu yang berlaku." Ujar Datin Aida perlahan. Kalau tidak anak perempuannya itu tidak akan mengamuk sebegini. Bukan dia tidak dengar bunyi bising barang jatuh ke lantai tadi. Tetapi dia tidak mahu mendesak Aisya, kenal sangat perangai Aisya yang agak baran itu.

Dadanya diusap perlahan meredakan kegusaran di hati. Hati ibu mana yang tidak risau jika anak mereka sedang bersedih. Dia bukan tidak mengendahkan Aisya tetapi dia mahu biarkan anak perempuannya itu bertenang dahulu.

Kakinya diatur ke arah tangga. Anak tangga diturun satu persatu menuju ke ruang tamu rumah, ingin mencari kelibat suaminya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status