Share

Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)
Nikah Gantung (Bahasa Malaysia)
Author: Pink Rose

PROLOGUE

"Princess." Suara Maleek dibisik begitu syahdu pada telinga Puteri.

"Yes, my Mr. Mike?" Puteri membalas dengan intonasi yang sama.

"Nak tengok boleh?" 

"Tengok apa tu?"

"Yang tu. sikit je." 

Getaran jiwa dua insan yang telah bergelar suami isteri itu semakin membara. Tenungan mata keduanya semakin intim. bisikan kata-kata meluah rasa didada mula kedengaran.

Cardigan putih yang membaluti tubuh Puteri dibuka butangnya. Mata Maleek langsung tertancap pada tube tali halus berwarna pink yang menutupi keindahan milik isterinya. Terbuka rahangnya luas sambil terus memelototi keindahan didepan mata. Puteri membiarkan sahaja perlakuan lelaki yang telah sah bergelar suami kepadanya itu. 

"Nak pegang sikit." Pintanya dengan nada bergetar. Suara husky Maleek kedengaran semakin sensual. Gejolak didada bagai mahu meletup rasanya.

Puteri angguk kecil sebagai jawapan. Dia membenarkan suaminya menyentuh akan dirinya. Kerana dirinya juga sudah lama mendambakan sentuhan lelaki itu. 

Keduanya saling merapatkan kelopak mata. Desahan nafas mereka kedengaran begitu gairah. Bibir bawah digigit keasyikan menikmati sentuhan mesra.

"Oh, Princess. lembutnya." Meski masih berlapik kain, namun Maleek masih dapat merasakan kelembutan isterinya. 

Seketika mereka hampir hanyut dalam asmara serta membisikkan kata-kata cinta. sebelum akhirnya.....

TOK TOK TOK...

"Maleek, Puteri. apa kamu buat didalam tu? Daddy tahu kamu berdua ada didalam. Mari keluar cepat."

Agghhh.. Daddy....!!! 

Keduanya mengeluh kecewa sebaik mendengar suara Tan sri memanggil diluar pintu. Kemeja yang sudah terdedah didada akibat diceroboh oleh Puteri dibutang ala kadar sambil menuruni katil dengan terburu-buru. Langsung dirinya bergegas menuju pintu, selepas menyuruh Puteri bersembunyi disebalik selimut.

Rambut yang sudah berantakan dibetulkan sedikit. Wajah tenang cuba dipasang sebelum dia mula membuka pintu.

Daun pintu terkuak perlahan. Wajahnya sudah pucat melihat Tan sri telah berpeluk tubuh disitu.

"Sempat ke?" Soalan tanpa lapik dilontar tegas oleh Tan sri pada menantunya, yang mana penampilan pemuda itu sudah kusut masai seperti habis dilanggar taufan.

"Tak. tak sempat daddy." Meski malu menebal dimuka, jawapan jujur terpaksa diluahkan. Bimbang sang ayah mertua semakin murka nantinya. 

"Huh, nasib baik tak sempat. Bila masa kamu menyelinap kebilik ni?"

Tiada jawapan kali ini dari mulutnya. Hanya reaksi menggaru tanpa gatal dilakukan. Wajahnya sudah membahang dibakar rasa malu.

"Sudah. Mari turun. Mommy sudah selesai memasak. kita makan sama-sama."

"Baik daddy. Tapi sekejap, saya nak bagi tahu Puteri dulu."

"Tak payah. Bini kamu tu biar mommy uruskan nanti. Kamu tu bukan boleh diharap. Mari turun cepat. Tak nyempat-nyempat!"

Akur akhirnya Maleek dengan ajakan sang ayah mertua. Isterinya yang hanya mengintai dari balik selimut dipandang seketika. sayang terasa hendak melepaskan pandangan, namun dirinya terpaksa menurut perintah dan akur dengan syarat yang ditetapkan.

                      - Nikah Gantung -

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status