NAQIUDIN
Aku memandu kereta ke tempat biasa perjumpaan kami. Perempuan yang duduk di sebelah aku seperti agak sedikit gementar. Sabar..sebentar lagi kau pasti akan ok. Aku kenal dia beberapa minggu yang lalu. Macam biasa dengan rupa aku yang tampan dan ayat-ayat manis sudah cukup untuk aku mengumpan dia bagi memenuhi kemahuan aku. Suasana malam yang gelap gelita menyukarkan aku melihat jalan walaupun aku selalu datang ke sini. Akhirnya kami sampai juga di depan bangunan yang sudah ditinggalkan bertahun lamanya.
“Awak, kita dekat mana ini? Saya takut lah.” Aku memandang dia dengan pandangan yang lembut. Aku genggam tangannya erat. Sekali sekala tangan aku merayap pada asetnya.
“Awak kan dah janji dengan saya kan, awak sanggup buat apa saja untuk saya. Ke awak tipu saya?” Seperti biasa lakonan sangat penting bagi meneruskan misi ini.
“Eh bukan macam tulah. Tempat ini macam seram sikit.” Dia memandang sekitar kawasan. Aku tidak pedulikan suasana seram itu. Bagi aku, lagi sunyi lagi best. Dia cuba untuk mengelak.
“Awak tak percaya saya ke?” Dia menggeleng.
“Saya percaya awak. Ok dah takkan kita nak borak je.” Tangannya lembut menyentuh muka aku. Aku yakin aku sudah berjaya.
Aku membawa dia keluar dari kereta. Tangannya aku genggam lalu menariknya masuk ke dalam bangunan. Kami berdua masuk ke dalam bilik yang aku sediakan. Aku sudah tidak tahan lagi. Sudah lama aku tunggu saat ini. Aku mendekatinya. Bibir aku dirapatkan ke bibirnya. Pada mulanya dia seperti mahu melawan tetapi lama-kelamaan dia tidak dapat menahan diri. Dia juga memulakan langkah untuk membantu aku. Aku dapat mendengar dengan jelas nafas kami berdua. Maka aku meneruskan perbuatan terkutuk bagi memenuhi nafsu serakah aku seperti yang selalu aku lakukan bersama perempuan lain.
Dia terbaring di sebelah aku. Mungkin sudah penat melayan aku. Aku bangun dari katil. Aku biarkan dia terbaring di situ.
“Amacam boek tak?” Haris muncul di depan pintu bilik.
“Pergi lah tengok sendiri.” Aku menunjuk ke arah perempuan itu. Haris memasuki bilik.
“Eh mana Naqi? Awak siapa?” Perempuan itu gelabah. Haris tersenyum sinis.
“Naqiiiii!!!!!” Aku tidak mengendahkan jeritan dia.
HARIS NAUFAL
“Mana Naqi? Awak siapa?” Soal perempuan itu ketakutan.
“Tadi turn Naqi. Sekarang turn aku pula hehe.” Aku menghampirinya. Naqi beredar membersihkan diri. Aku mengeluarkan pisau cukur di belakang poket seluar jeans aku. Dia menjerit sekuat hatinya.
“Kau jerit lah kuat mana pun takkan ada orang yang boleh tolong kau.” Yakin aku. Gila siapa je nak datang sini malam-malam buta.
Aku menghampirinya. Aku terus menampar pipi kanannya. Biar senyap sikit. Aku ulang perbuatan aku berturut-turut sehingga dia tidak sedarkan diri. Aku mengikat tangan dan kakinya pada katil. Pisau cukur aku gunakan untuk menoreh tangannya. Aku biarkan lukanya mengalir lalu aku menjilat darah itu sehingga kering. Satu kepuasan yang tidak dapat aku gambarkan. Sebenarnya aku mempunyai satu penyakit yang pelik. Orang panggil penyakit ini blood fetish yang bermaksud obses dengan darah. Bukan itu sahaja, darah ini juga menaikkan nafsu aku sebelum melakukan hubungan seks dengan mana-mana perempuan. Dia menahan pedih luka pada tangannya. Aku tidak menghiraukan tangisan perempuan itu. Sifat simpati tiada dalam diri aku. Sifat perikemanusiaan sudah hilang. Yang tinggal hanya kesakitan dan ketakutan. Aku akan sebarkan 2 perasaan ini kepada manusia lain.
“Dah ke belum?” Naqi masuk ke dalam bilik.
“Sudah.” Tubuh badan perempuan itu sudah tidak lagi bernyawa. Aku membuka ikatan pada tangan dan kakinya.
“Kau lain kali kalau nak buat benda ini bagi lah berseni sikit.” Naqi menunding jari pada kesan torehan luka yang aku lakukan.
“Ini paling unik aku buat kau tahu tak. Budak ni tak boleh duduk diam tu yang jadi macam ni.” Bebel aku.
Mayat perempuan itu di masukkan ke dalam bonet belakang. Seperti biasa kegiatan kami berdua selepas melakukan hubungan seks dan menyeksa mangsa sehingga mati, kami akan membawa mayat ini ke satu tempat. Nanti pula lah aku sambung cerita.
IKMAL
Aku dah agak Naufal terkejut apabila aku menunjuk tentang isi kandungan di dalam pendrive yang selama ini ditinggalkan pembunuh pada tempoh hari. Mangsa yang mati kebanyakannya mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau. Ada golongan yang jelas terbukti bersalah tetapi dibebaskan. Tidak hairan lah kerana mereka bukannya calang-calang masyarakat biasa kerana mereka mempunyai pangkat dan nama-nama besar di negara ini. Mudah saja untuk mereka memanipulasikan keputusan hakim.
Aku melihat jam di tangan. Jarang Naufal tidak menepati masa mungkin dia masih lagi di pejabat. Laptop di atas meja aku hidupkan. Masih banyak lagi teka-teki yang sedang dimainkan oleh pembunuh. Dalam minda aku banyak persoalan yang memerlukan jawapan. Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kenapa pembunuh melakukan semua perkara ini? Apa yang sedang dia lakukan. Mencari keadilan yang selama ini di sembunyikan atau sengaja melakukan semua ini untuk mencari kepuasan melihat orang lain menderita. Kepala aku sakit apabila cuba membongkar kes ini. Telefon aku di atas meja berbunyi. Aku menjawab panggilan itu.
“Hello tuan.” Tegur aku pada pegawai atasan.
“Hello Ikmal. Kau dekat mana? Datang pejabat sekarang.”
“Dekat rumah. Baik, saya ke sana sekarang.”
Aku menutup laptop lalu memasukkan ke dalam beg galas. Mungkin mereka ada temui petunjuk baru. Aku meraba poket seluar mencari pemetik api. Aahh dekat mana pula aku letak masa-masa macam ini pula nak hilang. Rokok aku masukkan semula ke dalam kotak rokok kerana pemetik api aku lupa letak mana. Stress aku kalau hari-hari macam ini.
FATIN
Aku melihat semula gambar-gambar yang aku tangkap pada tempoh hari. Aku cuba mencari sesuatu yang dapat dijadikan petunjuk untuk aku mencari penjenayah yang melakukan semua perkara ini. Biarlah walaupun satu dunia cuba sembunyikan kebenaran, aku akan cuba bongkarkan. Macam-macam hal yang sedang berlaku di negara ini. Tak cukup dengan kes pembunuhan yang berlaku, baru-baru ini juga gempar tentang kejadian kehilangan remaja perempuan yang hilang tanpa dikesan. Pelik. Aku melihat wajah ibu bapa pelajar berkenaan yang sedih terbayang tentang keadaan anak mereka yang hilang begitu sahaja.
4 0rang Remaja Perempuan hilang setiap minggu
Kuala Lumpur- Kira-kira empat kes kehilangan remaja perempuan berumur 18-21 tahun dilaporkan setiap minggu di negara ini dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Daripada jumlah purata menunjukkan peningkatan kes ini semakin meningkat sejak dari tahun lepas pihak polis menerima laporan tentang kehilangan remaja perempuan. Lebih membimbangkan antara punca kehilangan mereka hilang adalah kerana percaya akan individu yang dikenali melalui alam maya.
Statistik menunjukkan sebanyak 153 remaja yang hilang secara mengejut telah menimbulkan pelbagai persoalan antaranya mengapa remaja itu khususnya perempuan hilang dan mengapa hal ini boleh berlaku?
Aku tersenyum melihat nama wartawan yang menulis artikel ini. Yusuf. Pertemuan secara kebetulan itu telah sedikit sebanyak merawat perasaan rindu terhadap Yusuf setelah sekian lama kami terpisah ketika mengikut haluan masing-masing melanjutkan pelajaran di universiti yang berlainan.
“Hey tersengih-sengih. Teringat kekasih hati ke tu haha.” Aku menoleh. Qistina masuk ke dalam bilik aku lalu berbaring di atas katil.
“Mana ada kekasih lah. Along tak cantik macam angah. Siapa je yang nak.” Dia buat mimik muka menyampah.
“Along yang memilih sangat. Tengok macam angah ini. Apa yang ada depan mata, terima je.” Aku tersenyum melihat karenah Qistina. Aku cubit pipi dia.
“Aduhh sakit lah!!” Dia mengosok pipinya.
“Nanti jangan lupa kunci pintu oke. Dah along nak pergi kerja dulu. Byee.” Aku capai beg tangan di atas katil lalu membiarkan Qistina di dalam bilik.
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.
"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia
"Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu