แชร์

BAB 6

ผู้เขียน: S.SYAZAN
last update ปรับปรุงล่าสุด: 2021-09-09 18:38:22

IKMAL

“Ada apa tuan?” Aku bergegas datang ke pejabat apabila mendapat panggilan daripada pegawai atasan.

“Kita dapat laporan terbaru tentang kehilangan seorang lagi remaja perempuan.” Pegawai itu menyerahkan fail kepada aku. Aku mengambil fail itu.

“Ada apa-apa petunjuk lagi tentang kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini?” Dia menggeleng. Aku mengeluh. Nampaknya aku perlu cari sendiri.

“Kau tak pelik ke? Macam mana budak-budak ini boleh tiba-tiba hilang? Kalau seorang dua takpe juga. Ini sampai beratus kot.” Naufal meletakkan pen. Dia memandang aku.

“Kau rasa apa yang dia nak?” Aku cuba berfikir.

“Aku rasa ni bukan kes penculikan biasa. Kalau betul kes culik kenapa dia tak call waris pelajar-pelajar tu minta wang tebusan. Betul tak? Tak rasa sia-sia ke culik saja-saja.” Aku cuba membuat andaian.

“Maksud kau penculik ini bukan nak wang?” Naufal seperti berminat. Aku mengangguk.

“Yes. Aku rasa penculik ini ada motif lain. Mungkin dendam atau….” Aku terhenti apabila sesuatu bermain di minda aku.

“Atau?” Naufal tertunggu-tunggu ayat aku yang tergantung.

“Mereka disembunyikan untuk sesuatu perkara. Mungkin penjenayah ini cuba kelirukan kita supaya kita tidak tertumpu pada pembunuh misteri itu. Ya aku yakin kes ini saling berkait. Mungkin mereka bekerja berkumpulan. Satu melakukan pembunuhan dan satu lagi cuba hilangkan fokus kita.” Otak aku cuba memproses tentang semua perkara yang berlaku. Aku rasa masuk akal andaian aku ini.

“Fuhh..aku ingat kau nak kata tadi pembunuh ini bukan manusia. Yelaa tiba-tiba kan budak-budak tu boleh hilang.” Kata Naufal sambil ketawa.

“Hm mungkin juga.” Ketawa Naufal terus mati.

YUSUF

Hampir setengah jam aku merenung nombor telefon Fatin di dalam senarai kenalan. Perlu ke aku mulakan dahulu? Aku menggaru kepala. Tak pernah aku rasa nervous macam ini seumur hidup aku. Call ke tak call ke tak. Haishhh nak jadi jadi jelah. Aku terus call tanpa berfikir panjang. Dalam beberapa saat dia terus angkat.

“Hello. Siapa ni?” Suara Fatin dalam talian.

“Hey mok. Miss me?” Dia ketawa setelah dapat meneka aku yang call.

“Eyyy tak baik lah. Sudah sudah lah dengan gelaran tu.” Aku juga ketawa.

“Yusuf ganggu Fatin buat kerja ke ni?” Habis skema soalan aku.

“Eh takdelah. Lagipun Fatin memang tunggu Yusuf call pun.” Aku tersenyum sendirian.

“Lain lah dia tu. Mana nak rindu dekat kita.” Tambah Fatin

“Tipu lah kalau Yusuf kata tak rindu. Kadang rindu sangat sampai sengaja cari pasal dengan Fatin. Macam dulu-dulu kan.” Jujur aku.

“Elehhh yelaa tu. Owh yaa. Fiza sehad?” Hati aku dipalu rasa sedih. Lama aku diam.

“Mana Afiza? Nak cakap dengan dia?” Sah Fatin masih belum tahu pasal perkara ini.

“She died 10 years ago.” Suara aku seperti tersekat di kerongkong. Fatin terdiam dan aku dapat dengar dia menangis di sana.

Aku tak salahkan Fatin. Ini semua salah pembunuh itu. Aku pasti aku akan dapat jejak dia suatu hari nanti. Dia perlu menanggung akan kesalahan yang telah dia lakukan. Ini janji aku. Aku memutuskan talian. Fatin perlukan masa untuk bersendirian.

NAQIUDIN

“Besok free tak?” Aku menerima pesanan ringkas daripada Qistina.

“Jap.” Balas aku. Aku cuba untuk melihat jadual aku.

“Besok kita ada kerja tak?” Soal aku pada abang aku.

“Takde. Tapi lusa kau kena kosongkan jadual kau.” Kata abang aku. Aku mengangguk.

“Ya besok free.” Aku segera membalas pesanan ringkas itu.

“Tengok wayang nak. Ada cerita best.” Bagus juga idea tu. Alang-alang dah musim cuti sekolah kan.

“Ok. Besok pukul 9 malam. I ambil you.” Aku rasa ini masa yang sesuai untuk aku kembali bersama Qistina semula.

“Baik bos. Jumpa besok. Jangan lupa tau. Ok, goodnight muahh.” Aku tersenyum. Haii Qis Qis Qis. Ni bagi kiss sungguh ni haha.

“Goodnite.” Abang aku memandang aku. Kemudian dia tersengih.

“Gi date ke besok?” Aku patutnya dah boleh agak senyuman dia tu.

“Ahaa. Qis ajak keluar. Kau tu pergi lah cari awek sorang.” Aku memberi cadangan.

“Malaslah. Aku lebih suka macam ni.” Dia menaikkan keningnya. Aku faham maksud tersirat dia.

“Dasar playboy hahaha.” Aku perli dia.

“Kau dengan aku, lebih kurang je haa. Dah tido awal besok ada date pula kahkah.” Dia membalas.

“Sial kau haha.” Kami berdua ketawa. Macam ini lah kehidupan kami berdua di rumah. Memang dari dulu lagi abang aku yang menjaga aku.

JACK

Paip air dibuka. Aku membersihkan tangan dan muka. Darah mengalir laju bersama dengan air. Senyuman terukir di bibir. Pisau juga turut aku membersihkannya sekali. Aku perlu hilangkan kesan bukti ini. Aku taknak timbulkan masalah pada diriku. Biar pembunuhan ini kekal misteri. Aku melangkah keluar dari bilik air. Mayat seorang lelaki terbaring dengan mata terbeliak. Itu lah padahnya sekiranya tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Aku teringat kembali detik sebelum aku mengambil nyawanya.

“Tolong jangan bunuh aku. Kau cakap kau nak berapa duit, aku boleh bagi. Jangan risau aku ada banyak duit.” Orang tua ni nak mati pun masih sempat nak merasuah aku.

“Lebih baik kau berdoa cepat sebelum aku ambil nyawa kau. Sekurangnya kau ingat tuhan juga.” Aku memberi peluang. Dia mengigil ketakutan.

“Berapa diorang upah kau? Ini haa aku boleh bayar 5 kali ganda lagi.” Dia masih tidak berputus asa. Dia menulis angka di atas kertas cek kemudian diserahkan kepada aku.

“2 juta? Untuk nyawa kau?” Dia mengangguk. Aku berdekah ketawa.

“Macam mana setuju?” Aku berfikir seketika. Dia terus berbaring di atas katil setelah yakin aku akan berubah fikiran.

“Tawaran yang menarik tapi…..” Aku mendekati dia.

Pisau yang disisipkan pada belakang pinggang.

“Maaf aku tak terima sebab selalu aku yang memberi.” Aku terus menikam pada bahagian dadanya. Darah merecik keluar terkena pada muka aku.

Rokok di bibir aku nyalakan. Aku berdiri di luar koridor rumahnya. Sungguh tenang suasana pada waktu malam tidak seperti waktu siang. Tetapi pada waktu malam manusia menjadi syaitan yang bermaharajalela menguasai dunia yang mereka bina, kerana itu aku di sini. Menghukum setiap pesalah di atas segala perbuatan mereka. Aku masuk ke dalam rumah semula. Sebelum melangkah keluar, aku meninggalkan pendrive di atas dadanya. Ini bukti di atas setiap perbuatannya yang disorokkan oleh dunia. Aku tersenyum sendirian. Manusia sekarang tak ubah seperti lalang. Mereka semakin liar tumbuh di merata tempat. Akhirnya, orang seperti aku yang perlu menebas lalang-lalang ini menggunakan undang-undang aku. Aku tak menafikan undang-undang manusia kurang sempurna namun aku tidak akan memaafkan orang yang menerima rasuah untup menutup kesalahan orang lain.

อ่านหนังสือเล่มนี้ต่อได้ฟรี
สแกนรหัสเพื่อดาวน์โหลดแอป

บทล่าสุด

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA EPILOG

    Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 18

    “Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 17

    Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 16

    "Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 15

    "Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya

  • OBSES (BAHASA MALAYSIA)   (S4) OBSES CINTA BAB 14

    Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu

บทอื่นๆ
สำรวจและอ่านนวนิยายดีๆ ได้ฟรี
เข้าถึงนวนิยายดีๆ จำนวนมากได้ฟรีบนแอป GoodNovel ดาวน์โหลดหนังสือที่คุณชอบและอ่านได้ทุกที่ทุกเวลา
อ่านหนังสือฟรีบนแอป
สแกนรหัสเพื่ออ่านบนแอป
DMCA.com Protection Status