“Aria, aku rindu kau. Dah sebulan lebih kita tak jumpa. Aku ajak kau keluar pun kau tak nak. Kau tak rindu aku ke?”
Laura, kawan sekelas Aria semenjak semester pertama. Orangnya manja. Tapi perangainya akan berubah mengikut situasi.
Laura tiba-tiba datang memeluk Aria. Tahulah dia ni kan rimas bila orang memeluk dia. Sengajalah tu mereka buat dia macam tu.
Aria menghalang dengan tangan. Dia menolak tubuh Laura perlahan. Kalau tolak kuat-kuat nanti mati pula. Tak terdaya dia kalau semua orang nanti salahkan dirinya.
“Ishhh, gelilah peluk-peluk ni. Rania tu kau bolehlah peluk sampai ke pagi. Ni aku. Ishhh, tak nak aku.”
Rania, gadis paling estetik di dalam kampus. Sudah tentulah orangnya juga cantik. Dari hujung tudung hinggalah hujung stokin. Estetik.
Antara mereka yang memakai tudung hanyalah Rania. Ranialah yang paling menjaga aurat. Jika ada kesalahan yang dilakukan, pasti akan ditegur.
Aria menepuk-nepuk badannya. Nak buang bau Laura. Geli. Dia nampak mereka berdua saling berpandangan. Ah, dia dah tahu apa yang mereka difikirkan. Dia menganjakkan sedikit badannya ke tepi. Suka benar mereka berdua menyakat dia.
“Alah, kau ni. Laura ni dah lama tak jumpa kau. Aku pun rindu kau, tau. Meh aku peluk kau.” Rania menerpa ke arah Aria. Tubuh Aria dipeluk erat. Mati pula Si Aria ni nanti.
Lagi sorang lagi. Sesiapa tolonglah bawa mereka jauh dari aku. Aria berdoa di dalam hati. Berharap seseorang akan menyelamatkan keadaan. Dia tak sanggup dipeluk lagi.
Belum sempat Laura pula memeluk, pintu bilik terkuak. Doanya sampai juga akhirnya. Tepat pada waktunya. Syukur alhamdulillah.
Teman sebilik Aria sampai. Terhenti perbuatan mereka sebentar tadi. Malu agaknya. Padan muka. Datang bilik dia nak peluk-peluk. Tak ada kerja.
Kalaulah teman sebilik dia ni fikir yang mereka bertiga ni pelangi, memang dia bagi makan kaki. Tak ada bala saja cari penyakit.
Aria berdehem. Katil di sebelah yang mereka duduk tadi sudah kosong. Menggelupur lari naik atas katilnya.
“Hai.” Aria memandang dia. Mereka berbalas senyuman.
“Hai.”
Cantik perempuan ni. Kurus. Pandai jaga rambut. Datang sini pakai baju kurung. Aria dulu masa mula-mula datang kolej pakai je apa yang dia nak. Nasib baik tak ditegur.
Gadis itu meletakkan beg. Amboi, banyaknya bawa barang. Pindah rumah ke tu. Dah semester ke berapalah tu.
“Nama apa?” tanya Aria. Saja berbasa basi. Takut pula dianggap sombong.
“Saya Sofia. Nama awak apa?” lembut saja suara menjawab.
“Aria. Ni kawan saya.” Jarinya menunjuk ke arah mereka berdua. Aria mengangkat kening. Bagitahulah sendiri. Takkan tu pun nak ajar.
“Rania.”
“Laura.”
Masing-masing diam. Mereka nampak kekok. Termasuklah Aria. Tak tahu nak cakap apa. Tapi boleh sahajakan abaikan Sofia. Buat hal masing-masing.
“Awak bertiga ni sem berapa?”
Pandai dia berfikir. Kejadian tadi buat Aria terus lupa cara bercakap. Bukan lupa. Tapi kejung dah mulut dia ni.
“Last sem.”
Sofia sekadar mengangguk. Punggungnya diletakkan di atas katil. Tangannya menepuk-nepuk tilam membuang habuk-habuk. Maklumlah, dah sebulan lebih katil tu ditinggalkan.
“Ohh, saya sem ketiga.”
“Ohh.”
Sofia memandang barangnya yang banyak. Mesti nak mengemas. Agaknya berapa lamalah dia siap mengemas. Dia harap tak lamalah.
“Korang, jom makan. Aku laparlah. Dah lama kita terperap kat dalam ni.”
Aria bagi idea. Nak kasi Sofia privasi sikit. Dia faham tak semua orang selesa dengan orang yang dia baru kenal. Kalau dengan orang yang lebih satu tahun tinggal dengannya juga dia masih tidak selesa. Inikan pula Sofia.
Rania dan Laura berpandangan. Aik, tak nak pandang dia sekali ke? Mereka ni lebih rapat berbanding dengan Aria. Alasannya kerana Aria sering mengunci diri di dalam bilik.
“Jom.” Jawab mereka serentak.
Kami meninggalkan Sofia keseorangan. Biarlah dia nak buat apa pun. Bukan masalah dia.
Perlahan-lahan Aria membuka mata. Dia tak tahu dimana dia berada. Dia memerhatikan dirinya. Hanya berbaju dan berseluar tidur. Masih tak berkasut. Sama seperti waktu itu.
Dia di luar. Bukan di kampus. Bukan juga di rumah. Tapi di sekolah.
Aria memerhatikan bangunan sekolah. Sunyi. Tak ada orang di sini. Pelik kenapa dirinya berada di sini.
Sudah lewat malam. Kelibat pengawal pun tak nampak. Mungkin sedang tidur. Aria bercadang ingin ke pondok pengawal. Tapi tiba-tiba langkahnya terhenti.
“Tolong!”
Aria terkejut. Ada orang meminta tolong. Dia ragu-ragu. Ketakutan menerjah. Takut yang didengar itu bukanlah manusia.
“Tolong!”
Aria dengar lagi. Kali ni dia dengar gelak tawa manusia. Sudah pasti bukan hantu. Suara mereka seperti berkumpulan. Dengar macam ramai.
Gadis itu menangis. Tangisan dia sangat kuat. Bunyinya lebih kepada menjerit. Bukan bersedih. Tetapi seperti sakit.
Setapak kaki Aria melangkah tiba-tiba pandangannya berubah. Ada cahaya yang masuk ke dalam anak matanya. Tangannya menghalang.
Cahaya itu beransur-ansur hilang. Matanya terkebil-kebil melihat suasana yang baru. Kini dia berada di dalam bilik. Macam bilik persalinan. Sewaktu dia menoleh ke belakang dia ternampak gadis itu. Dirinya terpempan. Kaku.
Tangan gadis itu terikat di kerusi. Mukanya nampak lesu dan lemah. Tudungnya habis kotor. Kotor dengan darah. Darah yang mengalir dari hidung.
Entah dari mana datang rasa pilu itu. Air mata deras mengalir. Entah tiba-tiba, hatinya ini bagai dipijak berkali-kali. Aria tak dapat menahan tangisan.
Dia tahu, kalau dia cuba menolong pun. Perkara tidak akan berubah. Tapi dirinya masih berdiri kaku di situ.
“Hahaha, berani kau menceritakan tentang kami pada cikgu.” Gadis pertama. Dia menarik sanggul kepala gadis itu ke belakang.
“Aku dah kata. Rahsiakan. Tapi kau degil. Kau nak jugak bagitahu cikgu. Ini padahnya.” Gadis kedua. Dia melempang pipi gadis itu. Kepalanya terteleng ke tepi.
Aria terkejut. Dia menekup mulutku. Terasa air hangat di pipi. Tergamak mereka. Manusia atau binatang mereka ni?
Gadis pertama berjalan pergi ke meja di hujung bilik. Apa lagi yang mereka rancangkan?
Pandangan Aria beralih pada gadis tadi. Dia kasihankan gadis itu. Tapi dia hanya mampu mengetap bibir. Diam tak berkutik.
Gadis kedua tadi tersenyum. Aria mengerut dahi. Pandangannya dialihkan ke gadis pertama. Mulutnya ternganga. Tak! Jangan! Berhenti! Hentikan semua ni!
“Jangan!”
“Aku mohon jangan!”
“Hentikan!”
“Aria, bangun.”
Tubuh Aria digoncang. Dia nampak Sofia duduk di sebelahnya. Muka Sofia nampak bimbang. Nafasnya turun naik. Aria memandang sekeliling. Ini hanyalah biliknya.
“Apa dah jadi?” Aria duduk dari perbaringan.
“Aku dengar kau mengigau. Kau okay tak?”
Aria mengangguk. Dia sekadar meraup rambutnya ke belakang. Rasa kekok bila ada seseorang yang tahu dia mengigau. Lebih-lebih lagi, Sofia itu orang yang baru dikenalinya.
“Maaflah aku buat kau terbangun.”
“No problem.” Sofia kembali ke katilnya. Dan Aria cuba untuk melenakan tidur.
Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y
Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan
Aria sandarkan tubuhnya di balik dinding. Dia keluh kesah. Berat sangat semua ni berlaku. Dengan perangai Rania yang pelik-pelik. Dia tak faham. Kenapa Rania tak berterus terang dengan dia? Kenapa Rania marah sangat dengan dia? Kenapa Aysar adalah penyebab di sebalik semua tu? Huh. Sedikit sebanyak, dia rasa menyesal tak minta maaf awal-awal hari tu.Marah betul Rania pada dia. Salah besar ke apa yang dia buat tu? Kenapa Rania tak faham? Ada yang tak kena ni. Tapi apa? Dia pergi bilik Rania cuma nak tahu dari mulut Rania saja. Tapi gadis itu marah besar. Aria gelengkan kepalanya.Aria terpandangkan sesuatu. Anak matanya membesar dengan cepat. Macam mana dia boleh lupa kotak hadiah hari tu? Dia bongkokkan tubuh mengambil kotak itu di bawah katil. Tangannya menepuk habuk yang mengelilingi. Dia terbatuk-batuk.“Ini Airil yang bagi. Tapi bukan daripada dia. Habis tu, siapa yang bagi eh?” Aria tertanya sendiri. Kotak itu digoncangkan. Telinga dilekap. Nampak mencurigakan. Tapi tak akanlah
Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem
Aria meregang badannya sejurus keluar dari kelas. Teruk juga dia kena marah dengan pensyarah tadi. Mana taknya, hampir separuh dari masa kelas tu dia terlambat.Sudahnya, dia dibebel lama di depan kelas. Mujur hatinya kental. Kalau tak, dah berjurai air mata jatuh.“Aria, kau nak nota yang aku sempat salin ni tak?” soal Irdina.Irdina menyelongkar isi dalam beg. Satu per satu buku dibelek. Jumpa saja buku yang nak diberi terus dihulur kepada Aria. Buku bertukar tangan.“Boleh juga. Thank you, Dina.” Aria meneliti isi dalam buku. Kemas. Memang perangai Irdina macam ni. Semuanya teratur. Dahlah baik hati pula tu. Kalau Irdina tak bagi, mesti susah dia nak belajar.“Welcome. Lagipun, kau bukan sengaja kan datang lambat. So, just in case, kalau kau tak datang tadi, aku memang dah siapkan nota nak bagi kau pinjam.” Irdina memegang bahu Aria.“Ya… aku tak sengaja tadi. Okey, nanti aku pu
Selepas kelas pagi tamat, Sofia berjalan-jalan di sebuah tasik yang tidak jauh dari kampus. Pada waktu ini, tak banyak angin yang dapat menyejukkan kulit. Cuaca terlalu panas. Tapi dia datang sini bukanlah suatu perkara yang menyia-nyiakan.Raut mukanya penuh dengan senyuman sinis. Hatinya rasa gembira sekali apabila dia teringatkan tangisan Aria yang berjela-jela malam tadi. Bagai apa yang dia mahukan hampir terlunas di malam hari.Punggungnya diletak di bangku yang betul-betul menghadap tasik. Selalunya para pemancing memang dah ada di situ. Tapi mungkin terlalu awal, jadi mereka belum sampai lagi. Dia mengeluarkan kipas elektronik dan dihalakan ke wajah. Sejuk sahaja. Aman damai rasanya.“Aku dengar pelan kita menjadi.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba datang duduk di sebelah Sofia. Pakaiannya hitam dan berspek mata hitam. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket. Sepuntung rokok dihisap. Asap yang terkeluar dihalakan ke Sofia.Sofia mengibas tangannya ke udara. Dia c