Share

Bab 2

Author: Nursally
last update Last Updated: 2021-11-21 23:11:54

“Hah?!” Aria menjerit. Telefon hampir jatuh mencecah lantai. Nasib sempat disambut. Dahlah mahal telefon ni. Nilah telefon yang arwah ibu pernah hadiahkan untuknya. Kata ibu mudah nak belajar nanti. Sedih pula kalau pecah nanti.

Ini sangat tak masuk akal. Macam mana Aria boleh jadi presiden pula ni? Bukan ke dia dah tolak jawatan tu? Aduh...

Dulu dia memang aktif dalam aktiviti kokurikulum. Tapi semenjak ibu meninggal tiga bulan yang lalu, dia memang dah tolak tepi dah perkara ni.

Segala jenis jawatan dia lepaskan. Aria memang terkesan dengan pemergian ibu. Tapi dia gigihkan juga belajar sebab nak tinggalkan rumah ni. Bukan rumahku syurgaku. Tapi rumahku dah jadi neraka.

Ibu hidup bermadu dengan Mama Fida sejak setahun yang lalu. Alasan papa kahwin dengan Mama Fida hanya sebab nak jaga dia. Sebab ibu ada tumor otak. Takut tak ada siapa yang akan menjaga dia lepas ni. Huh, sangat tak masuk akal.

Sudahlah papa memilih yang sudah punya anak. Hampir sebaya pula tu anak perempuan tu dengan dia. Cuma dia tua beberapa tahun dari Jessica.

Kalau dibandingkan dia dengan Jessica, tak jauh beza pun. Dari segi ketinggian hampir sama. Tapi Jessica tampak lebih moden dari Aria.

Maklumlah baju yang dibeli Jessica lebih mahal. Sebiji macam mak dia. Suka beli benda mahal. Aria? Dia bersederhana orangnya. Haha.

Aria tak tahu kata-kata papa tu boleh dipercayai atau tidak. Tapi yang pasti dia memang tak bersetuju. Berkahwin masa ibu tengah sakit. Tak kesian dekat ibu ke?

Buktinya sekarang, Mama Fida tak pernah menjaga dia dengan baik. Mama tirinya buat dia macam Cinderella. Depan papa saja baik. Ayat bukan main manis. Tapi belakang papa, itu dia kena buat. Ini dia kena buat. Penatlah macam tu.

Sebab tu dia pilih untuk tinggal di kolej. Dan sebab itu jugalah dia aktif dalam kokurikulum. Tapi sekarang Aria dah tolak jawatan tu. Persoalannya, macam mana dia boleh dapat balik jawatan tu? Permohonannya dibatalkankah?

Maksudnya dia kena balik kolej tiga hari lebih awal. Haih... apalah nasibnya ni. Dia baru nak tenangkan fikirannya kejap di rumah ni. Tapi, boleh ke fikirannya tenang kalau berada di dalam rumah ni.

Nak marah tapi ada baiknya juga. Dapatlah dia lupakan hal mereka sekejap. Dapatlah hidupnya tenang selama beberapa bulan daripada mereka.  

Tapi siapa yang masukkan nama dia ni? Naib presiden Kelab Sukarelawan adalah Airil. Wait, bukan ke Airil nak sangat jawatan tu? Tapi, awal semestar lepas nama Airil tak naik. Tapi kenapa mereka tak pilih Airil saja?

Kalau semua pilih Airil kan tiada masalah. Ni dia pula yang terpaksa menanggungnya. Sudahlah dapat tahu last minute.

  Seseorang mengetuk pintu bilik. Aria mengeluh. Siapa lagi pula ni?

“Masuk. Pintu tak kunci.”

Tombol pintu dipulas. Susuk tubuh terlihat. Aria menjegil anak matanya ke atas. Perempuan ni lagi. Apa yang dia nak lagi?

Dari meja belajar tu Aria cepat-cepat pergi ke katil apabila ternampak Mama Fida. Selimut dibawa sampai ke paras dada. Pura-pura tidur.

“Mama Fida nak apa? Dah malam ni, kan. Aria nak tidur. Aria mengantuk. Mama Fida boleh tak jangan kacau Aria,” jelasnya. Dia berpura-pura hendak tidur. Matanya ditutup rapat. Biarlah mama tirinya faham sudah masanya untuk dia tidur.

Nadanya sedikit keras tapi tidak terlalu kuat. Tolonglah faham yang dia tak suka kehadiran Mama Fida di situ.

Awalnya dia tak adalah mengantuk sangat pun. Tapi disebabkan dia malas nak memanjangkan perbualan, cepat-cepat dia lari ke katil.

Mama Fida menutup pintu. Bukannya dia nak keluar semakin dekat dengan dia adalah. Tangannya disilangkan. Sudah jelas air mukanya yang kelat tu.

Aria nampak dia memalingkan badannya. ‘Hmphh... dia ingat aku nak sangat ke pandang muka dia. Minta simpang empatlah. Walaupun mama tiri,’ bisiknya dalam hati.

“Berapa kali aku nak pesan dekat kau? Depan papa tu boleh tak kau behave sikit. Jaga perlakuan kau. Jangan biadab sangat.,” suaranya dikecilkan sedikit kerana takut didengari papa.

Aria tersenyum sinis. Lantas dia bangun dari katil. Kakinya menuju ke hadapan perempuan itu.

“Kenapa pula Mama Fida nak peduli? Aria ni bukannya anak mama. Dan Aria pun bukannya biadab dengan sesiapa pun. Oh, maksud Aria sesiapa yang tak cari pasal dengan Aria.” Sengaja dia bercakap begitu. Terasa? Ada aku kisah.

Bibir Mama Fida disenget sedikit ke kanan. Faham sangat dengan maksud Aria tu. Nampak muka dia tegang.

“Aku akan hukum kau esok. Kau kena buat semua kerja rumah.” Nadanya sedikit riang. Matanya memandang ke kiri. Senyuman panjang di wajahnya. Nak jadikan Aria ni Cinderella lagilah tu.

“Dalam rumah, laman rumah dan termasuklah belakang rumah kau kena bersihkan. Ingat arahan aku ni. Kalau kau tak buat siaplah kau.”

Aria meletakkan telapak tangan dimulut. Kepala sedikit digelengkan. Raut mukanya penuh dengan sindiran.

“Ops, takutnya! Kena hukum. Tapi Aria tak boleh buat.”

Mama Fida memandang tajam. Mukanya penuh dengan tanda tanya. Keningnya terangkat. Egonya sedikit terganggu.

“Kau nak tunjuk belang kau?”

Aria menggeleng. Mukanya dengan selamba menidakkan kata-kata Mama Fida. Lebihan rambut dia selit sehingga ke belakang telinga. Nampak macam Ha Eun Byul dari Penthouse tak? Eh, mana dia tahu drama tu. Dah, Jessica hari-hari buka. Macam manalah dia tak tahu.

“Mana ada. Mama ni tak baiklah. Takkanlah Aria sanggup nak bantah mama tanpa sebab.” Tangan disilangkan sambil berjalan membelakangkan mama.

“Aria ni anak yang baik. Sentiasa ikut perintah mama dengan papa. Tak pernah sekali pun Aria tolak.”

Muka Mama Fida ditambah lagi dengan persoalan. Matanya menikam mata Aria. Tangannya digenggam seperti penumbuk. Dah macam Cheon Seo Jin pula.

“Tapi maaflah. Kali ni Aria memang tak boleh nak tolong mama. Aria kena balik kolej. Terpaksa balik awal. Ada benda yang kena diuruskan.” Benda betul. Dia tak tipu.

Mama Fida menjatuhkan tangan yang disilang tadi. Menyampah agaknya dengan Aria apabila apa yang dikehendakinya tidak menjadi. Aria mendengar dia mengeluh.

“Mama marah Aria ke? Alah, mama janganlah marah. Jess kan ada boleh tolong mama,” kata- katanya penuh dengan sindiran. Dia tahu Jessica tidak pernah membuat kerja rumah.

“Mama boleh ajar Jess cara sidai baju. Cara mop lantai. Cara menyapu. Lagipun, Jess bukan princess. Jadi dia tersangatlah layak diajar macam tu. Betul tak, mama?”

Mata Mama Fida penuh dengan amarah. Giginya diketap rapat. Tapi dia tidak boleh melepaskannya di sini. Kalau papa tahu perangai sebenarnya matilah dia.

“Hisyh!” Mama Fida dengan pantas meninggalkan Aria. Lebih lama dia berada di situ, lebih bertambah amarahnya.

Aria tersenyum lebar. ‘Hari ni kau kalah perempuan becok. Berani kau cari pasal dengan aku! Aku Aria Charissa lah. Bukan sebarang perempuan. Aku takkan kalah. Aku akan sentiasa menang. Kau taukan, perempuan sentiasa betul. Walaupun kau pun perempuan.’

Bukan tahu nak tutup pintu perempuan becok ni. Kakinya laju menutup pintu. Pintu dikunci. Geram. Datang bilik nak suruh dia buat macam-macam. Anak perempuan kesayangan Si Jessica tu tak ada pula disuruhnya.

Aria mencampak dirinya ke atas katil. Esok sajalah dia kemas barang. Lagipun, hari sudah larut malam. Mengantuk lagi. Macam manalah mereka boleh umumkan waktu tengah malam ni. Haih...

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]   Bab 25

    Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y

  • PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]   Bab 24

    Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan

  • PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]   Bab 23

    Aria sandarkan tubuhnya di balik dinding. Dia keluh kesah. Berat sangat semua ni berlaku. Dengan perangai Rania yang pelik-pelik. Dia tak faham. Kenapa Rania tak berterus terang dengan dia? Kenapa Rania marah sangat dengan dia? Kenapa Aysar adalah penyebab di sebalik semua tu? Huh. Sedikit sebanyak, dia rasa menyesal tak minta maaf awal-awal hari tu.Marah betul Rania pada dia. Salah besar ke apa yang dia buat tu? Kenapa Rania tak faham? Ada yang tak kena ni. Tapi apa? Dia pergi bilik Rania cuma nak tahu dari mulut Rania saja. Tapi gadis itu marah besar. Aria gelengkan kepalanya.Aria terpandangkan sesuatu. Anak matanya membesar dengan cepat. Macam mana dia boleh lupa kotak hadiah hari tu? Dia bongkokkan tubuh mengambil kotak itu di bawah katil. Tangannya menepuk habuk yang mengelilingi. Dia terbatuk-batuk.“Ini Airil yang bagi. Tapi bukan daripada dia. Habis tu, siapa yang bagi eh?” Aria tertanya sendiri. Kotak itu digoncangkan. Telinga dilekap. Nampak mencurigakan. Tapi tak akanlah

  • PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]   Bab 22

    Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem

  • PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]   Bab 21

    Aria meregang badannya sejurus keluar dari kelas. Teruk juga dia kena marah dengan pensyarah tadi. Mana taknya, hampir separuh dari masa kelas tu dia terlambat.Sudahnya, dia dibebel lama di depan kelas. Mujur hatinya kental. Kalau tak, dah berjurai air mata jatuh.“Aria, kau nak nota yang aku sempat salin ni tak?” soal Irdina.Irdina menyelongkar isi dalam beg. Satu per satu buku dibelek. Jumpa saja buku yang nak diberi terus dihulur kepada Aria. Buku bertukar tangan.“Boleh juga. Thank you, Dina.” Aria meneliti isi dalam buku. Kemas. Memang perangai Irdina macam ni. Semuanya teratur. Dahlah baik hati pula tu. Kalau Irdina tak bagi, mesti susah dia nak belajar.“Welcome. Lagipun, kau bukan sengaja kan datang lambat. So, just in case, kalau kau tak datang tadi, aku memang dah siapkan nota nak bagi kau pinjam.” Irdina memegang bahu Aria.“Ya… aku tak sengaja tadi. Okey, nanti aku pu

  • PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]   Bab 20

    Selepas kelas pagi tamat, Sofia berjalan-jalan di sebuah tasik yang tidak jauh dari kampus. Pada waktu ini, tak banyak angin yang dapat menyejukkan kulit. Cuaca terlalu panas. Tapi dia datang sini bukanlah suatu perkara yang menyia-nyiakan.Raut mukanya penuh dengan senyuman sinis. Hatinya rasa gembira sekali apabila dia teringatkan tangisan Aria yang berjela-jela malam tadi. Bagai apa yang dia mahukan hampir terlunas di malam hari.Punggungnya diletak di bangku yang betul-betul menghadap tasik. Selalunya para pemancing memang dah ada di situ. Tapi mungkin terlalu awal, jadi mereka belum sampai lagi. Dia mengeluarkan kipas elektronik dan dihalakan ke wajah. Sejuk sahaja. Aman damai rasanya.“Aku dengar pelan kita menjadi.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba datang duduk di sebelah Sofia. Pakaiannya hitam dan berspek mata hitam. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket. Sepuntung rokok dihisap. Asap yang terkeluar dihalakan ke Sofia.Sofia mengibas tangannya ke udara. Dia c

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status