"ASSALAMMUALAIKUM..."
"Waalaikumsalam... dah sampai pun." Datin Yasmin, isteri kedua Dato' Hareez menyambut kedatangan suami dan anak perempuannya, Airish Syafiqa.
Hari ini juga Aryan Syah dibenarkan balik ke rumah. Dia berdiri di belakang adiknya sambil bertongkat. Dia menunduk, segan.
"Aryan... jom masuk," ajak Dato' Hareez. Tangannya dihulurkan ke arah anak sulungnya itu. Aryan Syah menyambut sambil tersenyum. Dia mengerling pula ke arah mama tirinya, Datin Yasmin yang berdiri di sebelah kiri papanya.
Aryan Syah perasan Datin Yasmin mencebikkan bibirnya ke arah papanya seraya menoleh ke arahnya sambil memberikan renungan tajam. Bismillahirahmanirahim, ucap Aryan Syah dalam hati. Dari renungan mata mama tirinya itu, Aryan Syah dapat mentafsirkan bahawa wanita di hadapannya tu tidak menyukai akan keberadaannya di banglo mewah milik papanya.
"Min, kenalkan ini anak lelaki abang yang abang ceritakan minggu lepas, Aryan Syah. Kalau Aryan tak ada selamatkan abang hari tu, dah tentu abang dah jadi arwah dah sekarang ni," ujar Dato' Hareez panjang lebar. Dia mengerling ke arah Aryan Syah sambil tersenyum. "Aryan, kenalkan ini isteri papa... masuklah, rumah ni pun rumah Aryan jugak."
"Assalamualaikum, mama." Tangannya dihulur untuk bersalaman, tetapi tidak diendahkan. Hmm... Takpelah... Well Aryan, welcome to the hell! gerutu hati Aryan Syah.
"Datin Yasmin. Call me Datin." balas Datin Yasmin ringkas. Kata-kata itu membuatkan Dato' Hareez dan anak gadisnya, Airish Syafiqa terkejut.
"Eh, Min... apa ni? Kan Bagus tu Aryan panggil Min mama. Takkanlah dia kena panggil Min ni Datin Yasmin pulak? Aryan ni kan anak kandung abang dengan..." tegur Dato' Hareez, tetapi kata-katanya terhenti dipintas oleh Datin Yasmin.
"Anak kandung abang, tapi bukan anak kandung saya, bukan!!" Sengaja Datin Yasmin tekankan perkataan bukan dalam kata-katanya.
Aryan Syah tunduk. Airish Syafiqa yang berdiri di sebelahnya cepat-cepat mencapai pergelangan tangan Aryan Syah seraya menarik tubuh abangnya itu menapak masuk ke arah ruang tamu. "Abang, jangan dilayan sangat kata-kata mama tu ye! Jom ikut Airish... Airish dah kemaskan bilik abang, tau!"
"Tapi... tapi..."
"Tak ada tapi-tapi lagilah abangku!"
Aryan Syah terpaksa akur. Dia menurut sahaja sambil terhencot-hencot berjalan dengan tongkat menuju ke arah tangga. Alamak... macam mana aku nak naik tangga ni?
Sedang Aryan sibuk berfikir bagaimana caranya untuk memanjat tangga sambil bertongkat, tiba-tiba sahaja tubuhnya dicempung oleh seseorang. Dia terkejut sebaik sahaja mendapati papanya, Dato' Hareez mencampung tubuhnya sambil memanjat tangga untuk ke tingkat atas. "Papa?! Takpe ke pa..."
"Takpe... papa masih kuat lagi. Lagipun dah lama papa tak dukung anak lelaki papa ni," pintas Dato' Hareez sambil tersenyum.
Aryan Syah terharu, tak semena-mena air matanya mengalir keluar. Memori silamnya dua puluh lima tahun yang lalu kini muncul semula di benaknya. Ya! Betul tu... dulu papa selalu mendukungku, bisik hati kecil Aryan Syah. "Terima kasih papa."
Datin Yasmin yang menyaksikan pemandangan itu mendengus geram seraya mengatur langkah menapak masuk ke arah dapur dan terus memanggil pembantu rumah.
"Mak Jah..."
"Ye datin..."
"Cepat-cepat sikit siapkan makanan tu... mulai hari ni, rumah ni dah ada tetamu yang tak diundang..."
Mak Jah yang baru sahaja selesai memasak itu terus terpinga-pinga mendengar arahan Datin Yasmin itu. "Tetamu tak diundang? Siapa?" bisiknya. "Takkanlah anak lelaki yang dato' ceritakan hari tu yang datin ni maksudkan? Ah, lantaklah. Bukannya aku tak tahu perangai Datin Yasmin ni!"
"Dengar tak ni, Mak Jah? Mulut terkumat-kamit tu dah kenapa? Mengumpatlah tu!"
"Eh, tak... tak ada apa-apa. Baiklah datin..."
"Mak Jah masak apa untuk tengah hari ni?" soal Datin Yasmin, tegas.
"Err... Mak Jah dah siapkan lamb chop dan salad avokado seperti yang Datin suruh pagi tadi," sahut Mak Jah.
"Tak payah. Menu-menu tu saya batalkan. Dah, Mak Jah boleh masuk bilik Mak Jah, saya sendiri yang akan sediakan makanan untuk hari ni."
"Habis tu? Lamb chop dan salad avokado ni?" Mak Jah bertanya sambil membuka tudung saji di atas meja makan.
"Buang aje dalam tong sampah tu... apa nak susahnya?" jawab Datin Yasmin selamba.
"Hah?!" Mak Jah terlopong seketika. "Kenapa perlu dibuang dalam tong sampah pulak? Bukan ke membazir aje macam tu, datin..."
"Hey! Kau jangan memandai-mandai nak membebel depan aku ye! Aku ni mem besar dalam rumah ni. Gaji kau tu, laki aku yang bayar! Bak sini lamb chop dan salad avokado tu kalau dah susah-susah sangat!" bebel Datin Yasmin dengan tegas seraya merampas pinggan besar yang mengandungi lamb chop yang sudah sedia untuk dimakan itu seraya membuangnya ke dalam tong sampah.
______⛅______
"ARYAN, ini bilik tidur untuk Aryan... masuklah." Dato' Hareez menurunkan Aryan Syah dari campungannya di hadapan pintu bilik tidurnya di tingkat dua bersebelahan dengan biliknya.
Airish Syafiqa yang sudahpun menapak masuk ke dalam bilik itu segera menyerahkan tongkat kepada abangnya, Aryan Syah yang berdiri dengan bantuan papanya itu. "Abang, nah tongkat abang."
"Terima kasih," ucap Aryan Syah perlahan. Dia mengerling papanya yang berdiri di sebelah kanannya. "Terima kasih, papa... Aryan tak tahu macam mana nak balas budi papa."
"Aryan... Memang sudah menjadi kewajipan papa menjaga kebajikan anak-anak papa selagi hayat papa masih ada. Tak kiralah Aryan dah besar panjang macam ni. Bagi papa, Aryan tetap permata yang sangat berharga buat papa. Terima kasih jugak papa nak ucapkan kepada Aryan sebab masih ingat dan menerima papa. Sedangkan papa... pernah tinggalkan Aryan dalam tempoh masa yang sangat lama." Dato' Hareez barkata panjang lebar.
Aryan Syah melabuhkan duduknya di sisi katil bersaiz king yang disediakan khas untuknya. Aryan mengerling ke seluruh bilik. Hatinya tenang. Suasana bilik yang nyaman dengan dinding bilik berwarna biru muda dipadankan dengan kain langsir bercorak mawar putih berlatarkan warna biru tua. Begitu juga dengan kain cadar dan comforter bercorak daun pine berwarna coklat berlatarkan awan dan langit biru serta permaidani bercorak abstrak juga berwarna biru cukup mendamaikan. Matanya berkaca ketika ini. Umi... Aryan dah jumpa papa, impian Aryan selama ni dah tercapai, umi. Kalaulah umi masih ada... monolog Aryan Syah dalam hati.
"Airish! Abang! Turunlah ke bawah ni... makan tengah hari! Buat apa lama sangat dalam bilik si alien tu? Cepatlah turun makan!" Sedang tiga beranak itu berbual-bual di dalam bilik itu, Datin Yasmin memanggil mereka untuk turun makan tengah hari. Agak kuat laungan suara Datin Yasmin ketika itu.
"Papa, abang... jom turun makan, sang ratu lebah dah melolong dah tu, kalau lambat nanti teruklah kita kena sengat!" Airish Syafiqa berkata sambil ketawa.
"Aryan dapat turun ke bawah tak ni? Kalau tak dapat, nanti papa suruh Mak Jah hantarkan makanan untuk Aryan ke dalam bilik ni aje." Dato' Hareez bertanya. Dia risaukan kecederaan yang dialami anak sulungnya itu.
Aryan Syah tidak menjawab, dia hanya menundukkan kepalanya. Masih segar lagi apa yang didengarinya sebentar tadi di mana mama tirinya, Datin Yasmin mengatakan dirinya alien. Sampai hati dia, beginikah sifat orang melayu yang diagung-agungkan tu? Kononnya orang melayu penuh dengan adat sopan... tapi di mana bukti-bukti kesopanan tu?

TING! Isyarat pasangkan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Sejurus selepas itu, Pramugari Syazwana bingkas bangun dari tempat duduk. Dia segera mencapai gagang alat interkom seraya berpaling menghadap para penumpang di dalam kabin itu. "Tuan-tuan dan puan-puan, tanda isyarat pasangan tali pinggang keledar telah pun dipadamkan. Untuk keselamatan anda, sila duduk dan pastikan tali pinggang keledar sentiasa dipasang. Kami akan menyediakan makanan tengah hari untuk anda sebentar saja lagi. Ladies and gentlemen, the seat belt signal has already been turned off.For your safety, please sit down and make sure seat belts are always fastened. We will prepare lunch for you. "Psst!" Airish Syafiqa yang duduk di tempat duduk bernombor 2A di sebelah Aryan Syah itu mengerling abangnya lama. "Abang..." Aryan Syah yang sedang mengelamun di sebelah Airish Syafiqa itu tidak mempedulikan panggilan dari adiknya itu. Otaknya ligat memikirkan apa yang tel
EZMA UMAIRA melajukan langkah kaki meninggalkan Aryan Syah yang masih berdiri menunggu jawapan. Dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. "Awak... Umaira! Setuju tak?" laung Aryan Syah berharap agar gadis pujaan hatinya itu menerima lamarannya. Dia ni, time macam ni pun sibuk nak melamar aku? Maaf awak! Laju tangan kanannya menyeka air mata yang tiba-tiba sahaja mengalir keluar. Aku belum bersedia lagilah! Otaknya ligat memikirkan gadis ketua kru kabin yang mengganggu Aryan Syah semasa dalam penerbangan semalam. Dia ingin tahu apa hubungan sebenar di antara mereka berdua. Aku baru aje kenal Aryan Syah, takkan nak terima terus lamaran dia kot! Langkah kakinya terhenti seraya menoleh ke kiri dan ke kanan. "Di mana aku ni? Adoi Umaira... di sini bukannya Kuala Lumpur! yang aku terhegeh-hegeh melarikan diri dari si Crazy Kitten tu tadi dah kenapa?!" Telefon bimbit yang disimpan di dalam beg tangannya dikeluarkan. Baru sahaja dia hend
"TERIMA kasih aunty. "Ezma Umaira melabuhkan duduk di sebelah Datin Yasmin. Kemudian dia mengerling ke arah beg-beg kertas yang berisi pakaian-pakaian yang dibeli di pusat beli-belah di bandar Abu Dhabi petang tadi. Datin Yasmin tersenyum. Dia nenoleh ke sebelah kirinya. Ezma Umaira dikerling seraya pergelangan tangan gadis itu dicapai. "Terima kasih untuk?""Untuk semua ni, aunty. Saya tak tahu nak balas macam mana...""Alah... sikit aje ni Umaira."Datin Yasmin tersenyum seraya memeluk bahu Ezma Umaira. Dia tahu gadis itu banyak makan hati semenjak semalam lagi ketika di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur. Dia perasan cara renungan Ezma Umaira kepada anak tiri bujangnya penuh dengan tanda tanya. Si Aryan ni pun satu, bawak girlfriend pergi holiday, tapi takde pun dia bawak bakal menantu aku n
"APA perempuan tu buat dekat situ? Kenapa dia beriya-iya sangat nak goda buah hati aku?" Ezma Umaira yang memerhati tingkah ketua kru kabin Nour Airlines yang tiba-tiba datang ke arah Aryan Syah dan tiba-tiba memeluk tubuh jejaka itu. Entah-entah dia dengan Aryan memang ada apa-apa hubungan ke sebelum ni? Aryan ni pun satu, yang dia melayan sangat perempuan tu dah kenapa? Apa guna dia ajak aku bercuti ni kalau dia nak bermesra dengan perempuan lain? Ni dah lebih ni! Dia segera mengatur langkah. Tapak kasut dihentak kuat. Geram!Ezma Umaira masih berdiri tercegat di hadapan pintu balai ketibaan itu. Sedang dia sibuk menoleh ke kiri dan ke kanan memerhati pemandangan di dalam terminal itu..."Ehem... kenapa berdiri tercegat aje dekat sini? Kenapa tak jalan dengan..." Aryan Syah yang baru sahaja datang dari arah belakang gadis itu menyapa namun belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, Ezma Umaira terus memintas.
TEPAT jam dua petang pesawat penerbangan Nour Airlines 7E417 boeing B757:3CV itu mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. "Ladies and gentlemen, we have safely landed at Abu Dhabi International Airport..." Sedang ketua kru kabin sibuk memaklumkan kepada penumpang penerbangan itu, Aryan Syah yang baru sahaja terjaga dari tidurnya itu terus mengerling ke arah Ezma Umaira sambil menggosok mata. Dia sempat menguap sekejap. Ezma Umaira perasan dirinya sedang diperhatikan oleh satu-satunya jejaka yang berjaya menakluk hatinya itu memberikan senyuman buat Aryan Syah. Aryan Syah pula segera mengenyit matanya ke arah Ezma Umaira. "Hai... korang berdua ni asyik berbalas pandang siap yang dekat sini mengenyit mata, yang dekat sana pulak asyik tersenyum aje. Menyampah pulak papa tengok. B
"CABIN crew be seated for take off.""Abang, dah nak terbang dah ni! Kenapa abang masih duduk dekat situ? Masuklah dalam kokpit sana!""Airish... diamlah, dik."Airish Syafiqa tergelak melihat reaksi Aryan Syah yang duduk berseorangan di tempat duduk 1A, kemudian dia mengerling ke arah Ezma Umaira yang duduk di sebelahnya juga sudah tergelak. Mana taknya, dari tadi lagi dua beradik itu asyik bercakar.Dato' Hareez yang duduk di tempat duduk bernombor 2B di belakang anak sulungnya itu sudah menggeleng kepala. Manakala Datin Yasmin pula yang duduk di sebelah suaminya itu malas nak ambil peduli, dia memasang headphone di telinga dan menyibukkan diri dengan menonton filem yang disediakan di dalam penerbangan itu.Aryan Syah memerhati ke seluruh zon A dalam kabin pesawat itu. Kad keselamatan yang diselitkan di dalam poket sisi t