Share

BAB 15

PERMULAAN hari yang ‘segar’ bagi Amir dengan tekad dan azam baru. Dia sudah tidak mahu lagi lalai dan dibuai perasaan lagi. Dia mesti kuat demi janjinya kepada ibu tercinta.  

Mulai saat ini juga bayangan Sofea harus digantikan dengan dengan wajah ibu. Ibunya keutamaan Amir sekarang. Setibanya di sekolah, Amir disambut gembira oleh guru-gurunya.

Lega hati mereka melihat Amir lebih bersemangat, lebih sihat malah lebih tampan kerana perpakaian baharu dengan rambut yang kemas baru diguntingkan.

Kehadiran Amir ke sekolah memang dinanti-nantikan oleh Pengetua, iaitu Datin Aini. Dia ingin cepat-cepat melaksanakan program yang telah dirancang bersama guru-guru tingkatan lima tempoh hari.

Murid-murid yang senasib dengan Amir telah dikenal pasti. Majoriti diantara mereka tidak cemerlang dalam pelajaran kerana masalah hidup dan mereka sendiri sudah hilang semangat untuk belajar. Mereka meneruskan persekolahan hanya kerana ingin menamatkan tingkatan

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status