Share

BAB 16

MEMASUKI bulan ketiga yakni bulan terakhir sebelum peperiksaan bermula, perserta program telah bertambah ramai. Rupa-rupanya, ramai juga yang berminat untuk menyertainya.

Golongan ibu bapa yang berkemampuan telah menaja pelbagai kemudahan untuk keselesaan anak-anak ini. Murid-murid yang kurang bernasib baik pula dibantu dengan kelengkapan belajar dan buku-buku rujukan.

Kian marak api semangat guru-guru dibuatnya kerana mendapat sokongan daripada pihak ibu bapa dan PIBG dalam menjayakan program ini. Mereka juga bersetuju untuk mengadakan perkhemahan di kawasan padang sekolah. Jadi, murid yang tinggal jauh tidak perlu bersusah-payah untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana sesi pembelajaran juga berlangsung di sebelah malam.

Ibu bapa yang merindukan anak mereka dan ingin menjenguk anak mereka dibenarkan untuk menyertai anak-anak mereka semasa sesi BBQ. Ada juga ibu bapa yang memasak dan turut menyediakan makanan. Sesekali keluarga Ah Cheng

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status