Share

BAB 69

KEESOKKAN harinya, Amir masih mem-bisu seribu bahasa. Tangan Amira diraih erat sambil menggeleng-gelengkan kepala. Wajah itu memendam tangisan. Datuk Othman turut tidak sanggup melihatkan adegan dua kekasih itu. Segera Amira ditarik supaya masuk ke balai perlepasan.

Amira sempat menoleh ke belakang. Amir masih berdiri statik di tempatnya, tidak berganjak walaupun selangkah.

Datuk Othman tidak melepaskan tangan anaknya. Dia bimbang Amira akan berpatah balik ke belakang. Setelah susuk tubuh mereka selamat ditelan pesawat, barulah air mata Amira berjujuhan[1] membasahi lurah pipinya.

“Ayah tak paksa kamu buat keputusan. Tapi, jika kamu rasa ingin menarik balik keputusan ni, ayah lebih gembira sebenarnya. Kamu tak perlu berkorban sejauh ni, Mira,” pujuk Datuk Othman.

Amira hanya membisu seribu bahasa. Dia menahan sedunya daripada berterusan.

Sementara Amir pula masih terpinga-pinga dan seolah-olah berada di bawah sedar. Dia ingin menangis tetapi dia seperti di alam mimpi. Mengapa semuanya
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status