Share

Bab 13

TIBA waktu rehat, seperti biasa aku menuju ke perpustakaan. Langkah yang kuatur agak perlahan memandangkan tapak kaki masih sakit. Tapi rasa sakitnya sudah berkurangan.

Aku berpaling beberapa kali apabila terasa diri diekori. Dalam kepala sudah aku agak siapa orangnya.

Sejurus tiba di perpustakaan, Cikgu Safarin menyaingi langkahku sambil tersengih panjang.

Hari ini, suasana dalam perpustakaan agak sesak. Aku menarik nafas lega kerana tidak mahu keadaan lengang seperti selalu memandangkan Cikgu Safarin sering menemani aku. Nanti tak pasal-pasal jadi buah mulut orang. Itu yang aku tidak suka.

Cikgu Safarin mengambil sebuah kerusi milik seorang pengawas perpustakaan lalu diberikan pada aku disebabkan kerusi yang ada pada ketika ini tidak mencukupi.

Kemudian, dia mengambil pula sebuah kerusi pelajar lain yang pada masa itu pemiliknya baru saja me

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status