Share

Bab 12

HARI ini aku tidak ke sekolah. Kecederaan yang aku alami tidak mengizinkan aku bergerak pantas. Seharian aku hanya berehat di rumah.

Aku teringat kejadian semalam. Sebaik saja Cikgu Safarin menghantarku pulang, dia meminta izin dari ibu dan ayah untuk membawaku ke klinik.

Sebelum itu, sempat ayah menyuruh Cikgu Safarin naik ke rumah untuk solat maghrib dan makan malam bersama.

Aku terperanjat apabila ayah menjemput Cikgu Safarin makan memandangkan tiada lauk yang dapat ibu sediakan.

Rupa-rupanya, ayah membeli satu tin sardin jenama paling murah dan beberapa biji telur untuk digoreng. Aku menarik nafas lega. Mungkin ayah masih memiliki baki wang walaupun sedikit.

Banyak aku mengelamun hari ini. Maklum saja, tiada aktiviti yang dapat aku lakukan di rumah.

Aku membetulkan kain batik lalu melangkah perlahan-lahan menuju ke luar untuk me

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status