Share

Bab 6

PAGI ini, aku bertembung dengan Cikgu Safarin di pertengahan koridor menuju ke kelas. Tiba-tiba aku teringat peristiwa semalam. Secara tidak sengaja, aku menumbuk mukanya. Mak ai... ganas betul. Anak murid tumbuk muka cikgu!

Baru aku sedar, hari ini dia mengenakan cermin mata hitam. Mungkin mahu sembunyikan kecederaan di bawah matanya.

Ketika kami berselisih bahu, dia pura-pura batuk. Aku menjeling sambil tersenyum. Dalam hati terpalit rasa bersalah dengan kejadian semalam.

"Assalamualaikum, pelajar saya yang paling comel. Lajunya jalan. Sampai tak nampak saya berdiri kat sini. Dah makan belum? Nak masuk kelas?"

Sapaan Cikgu Safarin disertai soalan bertubi-tubi segera menghentikan langkah yang kuatur. Aku mengundur lalu menghampirinya. "Waalaikumussalam. Cikgu apa khabar? Mata cikgu macam mana?"

Perlahan-lahan dia angkat kaca mata hitamnya

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status