PETANG ini, Cikgu Syima akan membuat pemilihan untuk pemain-pemain bola jaring. Aku tidak melepaskan peluang walaupun sudah terpilih memasuki pasukan badminton. Dari tingkatan satu, aku selalu ceburkan diri dalam sukan kerana ia menjadi minatku sejak dulu.
Cikgu Syima mengarahkan aku dan Diana pergi ke bilik peralatan sukan untuk mengambil beberapa biji bola.
Kami berjalan seiring sambil berpimpin tangan. Usikan-usikan Diana mengenai Cikgu Safarin yang mahu mengurat aku, menjadi perbualan hangat di antara kami. Tapi, aku tidak mengulas lebih panjang. Biarlah Diana seorang yang beranggapan seperti itu. Aku tidak mahu jadi gadis perasan!
Di sepanjang koridor kami berjalan, tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Seolah-olah, kami diekori seseorang. Lantas, aku membuat isyarat pada Diana mengenai perkara itu.
Kami berhenti dan berpaling perlahan-lahan. Tetapi, tiada seorang manusia pun di belakang kami. Dalam hati timbul perasaan takut memikirkan sekolah ini mungkin berhantu.
Sebelum ini, kami sering mendengar cerita dari pelajar-pelajar lain dan juga kisah yang diberitahu pak guard mengenai hal-hal mistik yang sering terjadi.
"Anis, tak ada orang pun?
"A'ah laa. Tak ada sesiapa, kan?"
"Jomlah. Nanti kita lambat pula sampai kat bilik stor."
Kami menyambung perjalanan tetapi di sepanjang langkah yang kami atur, memang terasa sangat kami diekori. Sekali lagi aku membuat isyarat pada Diana dan mula berbisik.
"Nanti bila kita sampai kat selekoh bangunan ni, kita menyorok, tau. Bila orang tu dah dekat, kau terus hulurkan kaki. Kalau dia jatuh, aku akan tumbuk muka orang tu, okey?"
"Okey, set!"
Tiba di penghujung koridor, kami cepat-cepat bersembunyi di tepi bangunan. Semakin lama, semakin jelas bunyi derap kaki seseorang.
Di saat itu juga Diana hulurkan kaki dan sepantas kilat aku mendepakan tangan sambil menggenggam buku lima lalu melepaskan tumbukan padu!
"Aduuuhhh!"
Alamak, Cikgu Safarin? Mati aku!
"Cikgu!" Diana menjerit lalu menutup mulutnya dengan kedua-dua tangan.
"Aduuuhhh..."
"Cikgu... Sorry..." Aku mencangkung di sebelah Cikgu Safarin yang jatuh terlentang.
Mata kirinya dipegang dan aku segera mengalihkan tangannya untuk melihat kecederaan yang dia alami.
"Kami minta maaf. Ingatkan orang jahat. Tak sangka pulak Cikgu sebenarnya yang ikut kami!"
Kami membantu Cikgu Safarin berdiri semula.
"Mana ada orang jahat dalam kawasan sekolah? Kuat betul Anis pukul saya. Siapa yang ajar tumbuk macam tu? Aduuhh..."
"Cikgu Izzudin yang ajar." Takut-takut aku menjawab.
"Cikgu Izzudin mana pulak? Saya tak pernah dengar nama cikgu tu!"
"Dia guru silat yang mengajar kat sekolah ni. Tiap-tiap petang selasa dan khamis, dia datanglah mengajar. Kami ni murid silat dia." Diana menjelaskan.
Aku gigit bibir melihat keadaan Cikgu Safarin. Kuat sangat ke aku lepaskan tumbukan? Tiba-tiba tanganku sengal.
"Tangan Anis tak apa-apa?"
Aik? Dia pula yang bimbangkan aku. Sepatutnya, dia perlu risaukan lebam di bawah matanya tu. "Tangan saya okey aje. Cikgu, saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja."
"Tak apa. Saya pun salah. Sebenarnya, saya nak jumpa Anis."
"Lain kali kalau cikgu nak jumpa dia, beritahu ajelah. Saya boleh aturkan perjumpaan cikgu dengan kawan baik saya ni." Diana mengusik.
Aku tersenyum dan tunduk.
"Awak ni... bukan main lagi nak ajar saya. Tahulah macam mana cara saya nak jumpa Anis."
Eleh, tahu cara konon. Tahu apa kalau awal-awal dah kena makan penumbuk.
Cikgu Safarin tersenyum lalu curi-curi pandang ke wajahku. Aku sengaja mengalih tumpuan ke arah lain apabila degup jantung mula tidak sekata. Entah kenapa aku berdebar pula.
"Haaa... cikgu nak mengurat Anis, ya..." Diana gerak-gerakkan jari telunjuknya ke arah Cikgu Safarin.
"Diana, boleh awak tinggalkan saya dengan Anis sekejap?"
"Okey." Diana memberi persetujuan dengan senang hati.
Cepat-cepat aku mencubit lengannya sambil membulatkan mata. Tetapi sia-sia apabila Diana tidak peduli. Dia hanya tersenyum dan terus beredar.
Sekarang, hanya tinggal aku dan Cikgu Safarin. Dia senyum, aku pun senyum. Pelik!
"Ada apa cikgu nak jumpa saya? Ada hal penting ke?"
"Boleh kita pergi sana sekejap?" Dia menunjuk ke arah bangku dalam taman bacaan.
Dalam hati aku timbul pelbagai soalan. Entah apa yang mahu dikatakan Cikgu Safarin? Mahu bincang mengenai mata pelajaran Bahasa Melayu ke? Ish, skema sangat bunyinya.
"ANIS suka tak cara saya mengajar dalam kelas?"
"Tentulah suka."
"Macam mana dengan diri saya? Anis suka?"
"Mestilah suka jugak. Cikgu kan, dah banyak tolong saya." Aku senyum sambil melihat lebam di bawah matanya. Alahai, kasihan cikgu ni.
Cikgu Safarin garu kepala. Apa, salah ke aku jawab?
"Bukan itulah maksud saya."
"Apa yang cikgu nak cakap sebenarnya? Saya dah lambat ni. Cikgu Syima dan kawan-kawan tentu dah lama tunggu kat padang." Aku berdiri dan langsung bergerak beberapa langkah.
"Anis, tunggulah dulu. Saya belum habis cakap lagi." Cikgu Safarin turut melangkah menghampiriku. Ramai pelajar sedang memerhati ke arah kami.
"Kalau cikgu nak beritahu perkara penting, cikgu cakap aje. Janganlah banyak sangat maksud tersirat. Saya dah tak selesa bila pelajar lain asyik tengok kita. Cikgu tak rasa macam tu ke?"
"Okey, baiklah. Saya akan terus-terang."
Aku mengangguk dan sedia mendengar.
"Anis..."
"Erm..."
"Sebenarnya saya..."
Ish, nak bersuara pun tersekat-sekat. Sebiji macam cd rosak. Aku mula bosan. "Kalau cikgu tak nak cakap sekarang, cakap lain kali ajelah."
"Okey, okey. Sebenarnya saya dah jatuh..."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Kami menjawab serentak. Pengetua sekolah, Puan Sharifah tiba-tiba muncul dari belakang.
"Safarin, pagi esok ada mesyuarat. Awak tahu?"
"Belum, puan. Surat tak dapat lagi. Pukul berapa?"
"Lepas perhimpunan." Puan Sharifah beredar lalu menghampiri tempat letak kereta.
Aku segera meminta diri untuk pergi ke padang. Dah lewat benar rasanya. Tak sempat aku mendengar penjelasan Cikgu Safarin. Biarlah. Masa masih panjang. Tahulah mana dia nak cari aku untuk sampaikan maksud yang dia simpan.
Sambil mengatur langkah, sempat aku berpaling melihat Cikgu Safarin yang masih tidak berganjak dari taman bacaan. Dia tersenyum lalu menunjuk isyarat matanya yang lebam.
Aku membalas senyum. Dalam hati bagai digeletek. Lucu bercampur simpati pada Cikgu Safarin. Entah esok dia datang mengajar ke tidak? Mungkin dia akan pergi klinik untuk dapatkan surat cuti sakit.
DISEBABKAN aku mengalami mual perut akibat mabuk laut, kami tidak ke mana-mana malam ini. Hanya terperap dalam bilik chalet saja.Kepalaku dipicit dan hidungku dicalit minyak angin cap kapak oleh Cikgu Safarin. Kalau aku tahu begini jadinya, lebih baik aku ajak dia pergi ke tempat lain. Pergi ke satu tempat yang tidak memerlukan kami menaiki pengangkutan air.Sekarang aku dah pulih sedikit. Cikgu Safarin mengajakku berjalan-jalan di tepi pantai. Aku setuju dan menurut.Jauh di seberang, dapat kami lihat dengan jelas cahaya-cahaya lampu yang terdapat di sekitar Bandar Marang. Barang kali ia adalah cahaya dari rumah-rumah penduduk atau bangunan serta lampu-lampu jalan di sekitar Bandar Kuala Terengganu.Tiba-tiba ingatanku berputar mengingati SMS yang dikirimkan perempuan bernama Aida pada Cikgu Safarin.Kenapa mulutku berat sangat mahu bertanya pada Cikgu Safarin m
SEBELUM kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Marang, kami singgah ke pusat membeli belah Giant untuk membeli pakaian.Ini kali kedua aku memasuki Giant. Kali pertama dulu, ketika Cikgu Safarin membelikan aku beg sekolah baru. Kenangan itu terimbau secara tiba-tiba. Aku tersenyum."Anis.""Ya." Lamunanku terhenti. Aku memandang ke arah Cikgu Safarin yang berdiri di sebelah sambil tersengih pelik."Abang ni, kenapa? Sengih aje manjang.""Tu..." Dia muncungkan mulut ke arah sehelai pakaian.Aku tidak memahami apa yang dia maksudkan. Kemudian, dia terus mencapai sehelai pakaian tidur seksi yang tergantung lalu diberikannya padaku.Aku kecilkan mata. Malu dengan tindakannya. "Abang gatal, ya. Anis tak naklah baju macam ni. Segan nak pakai." Aku pulangkan semula padanya.Lagi sekali dia tersengih lalu ketawa kecil. Ee
TIBA hari yang dinantikan, aku menyiapkan pakaian ke dalam beg untuk bekalan mencukupi ketika berada di Pulau Kapas selama satu minggu. Itu satu tempoh percutian yang agak lama.Alangkah seronok jika keluargaku turut serta dalam percutian ini. Malam tadi aku ingin menyuarakan kehendakku pada Cikgu Safarin. Tapi, niat itu terpaksa aku batalkan. Kalau hendak membawa ramai orang, tentu perbelanjaannya tinggi. Aku tidak mahu menyusahkan Cikgu Safarin pula.Tak apalah. Mungkin lain kali saja. Kalau aku bekerja nanti, jangan kata nak pergi Pulau Kapas, New York pun aku boleh bawakan mereka.Aku mencebik sendiri. Result SPM pun belum keluar, ada hati nak kerja. Lagipun, bukannya mudah dapat kerja hanya berbekalkan SPM. Sedangkan mereka yang mempunyai ijazah, belum tentu dapat memiliki satu pekerjaan dengan mudah. Masih ramai yang menganggur."Apa yang Anis menung lagi? Dah siap? Abang na
SATU malam aku tidak dapat tidur lena kerana memikirkan sikapku yang mungkin keterlaluan terhadap suami sendiri. Walaupun begitu, dia masih mampu bersabar. Entah sampai bila dia dapat bertahan?Nanti tak pasal-pasal aku kena tinggal. Mana tahu kalau hatinya tiba-tiba berubah dan berpaling pada wanita lain. Waktu itu kalau aku menyesal pun tak guna.Hari ini Jumaat merupakan hari cuti. Awal-awal aku bangkit untuk menyediakan sarapan. Cikgu Safarin masih tidur di bilik sejurus pulang dari masjid yang terletak berhampiran tempat kediaman kami.Aku memerhati jam dinding. Ia menunjukkan angka lapan lima belas minit pagi. Sarapan kini terhidang di atas meja. Hanya nasi goreng dan milo panas yang dapat aku sajikan. Nak masak hebat-hebat macam orang lain, aku tiada kemahiran lagi.Aku berkira-kira mahu mengejutkan Cikgu Safarin. Pintu bilik kutolak dari luar dan perlahan-lahan aku menghampirinya y
Beberapa bulan berlalu..."AKU terima nikahnya Nurul Anis Binti Mohd Ali dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai."Sah!Kini, aku bergelar isteri pada Cikgu Safarin. Tapi, perasaanku hanya biasa-biasa. Nak kata gembira, tidak. Nak kata bersedih pun tidak.Aku terasa kosong. Impianku untuk terus menyambung pelajaran, nampaknya terganggu buat masa ini.Apabila memiliki seorang suami, secara tidak langsung, aku mesti mengutamakan tanggung jawab yang telah diamanahkan. Menguruskan rumah tangga perlu diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara-perkara yang lain.Namun, cita-cita yang tersemat dalam hati sejak lama dulu, aku akan teruskan walaupun jalannya nampak sedikit sukar. Aku tahu dari awal Cikgu Safarin memberi kebenaran dan keizinan untuk aku menyambung pelajaran.Hampir dua minggu kami bergelar suami is
AKU berjalan menuju ke sudut gelanggang. Apabila bola berada di tangan, servis pertama aku lepaskan. Aku mendongak dan serta-merta tumpuanku hilang. Hilang kerana terpandang Cikgu Safarin berdiri di tingkap bilik guru dengan senyum kacak.Tanpa aku sedar, bola yang melambung tinggi di sebelah pihak lawan telah kembali ke gelanggang pasukanku. Sudahlah begitu, bola tersebut hinggap pula di kepalaku!Aduhhh! Aku pegang kepala. Bingung sekejap. Alhamdulillah, mujur kepala aku tak biol.Diana menghampiriku. "Kau okey ke?""Okey aje. Tak ada apa-apa.""Nasib baik kau tak cedera. Tapi kan, cuba kau tengok kat tingkap bilik guru. Apa yang kau nampak?""Aku tak nampak apa pun?" Aku berpura-pura."Tak nampak ke atau buat-buat tak nampak? Kalau tak nampak, takkanlah kepala kau boleh jadi mangsa henta