"Haa bangun pon ko." Luqman tengok Kamarul sedang bersiap untuk ke sekolah. Kepala dia terasa sakit. Adakah dia masih bermimpi?
"Eh eh ko nak bangun pergi mana tu? Ko baring jelah. Nanti aku bagitahu cikgu, kata ko demam." Luqman mengangguk lalu sambung rebahkan badan. Dia cuba berfikir tentang apa yang telah berlaku semalam.
"Kau rehat lah dulu. Jangan fikir sangat." Iskandar dan Kamarul berlalu meninggalkan Luqman di dalam bilik.
Rasa bosan bila baring je dari tadi. Luqman gagahkan diri untuk bangun. Dia capai beg laptop di bawah katil. Laptop dikeluarkan. Butang laptop dihidupkan. Kerja dia masih belum selesai. Mungkin perkara yang jadi semalam dapat dia gunakan untuk cerita di dalam novel. Boleh jugak sedikit sebanyak membantu untuk siapkan cerita novel ini yang sudah lama tertangguh. Jari jemari pantas menaip situasi yang telah di lalui semalam. Bermula dari dia mendaki tangga meninjau kawasan blok A sehingga babak mengejar budak misteri itu. Setelah mengejar baru Luqman tahu yang budak itu sedang melakukan ritual yang pelik di hadapan pokok besar di belakang sekolah. Dia cuba ingat satu per satu. Luqman taknak terlepas pandang. Semua perkara yang terjadi semalam benar benar pelik. Daripada kelibat budak misteri selepas itu bertukar menjadi nenek kebayan. Wajah yang menyeramkan itu tak mungkin Luqman dapat lupa. Selepas itu...haa kelibat hitam lain pulak yang muncul dibelakang Luqman. Dia tak tahu sama ada dia cuba membantu atau sebaliknya. Luqman rebah apabila melihat makhluk hitam yang merenung ke arah dirinya. Tapi dia sempat menangkap kata kata akhir daripada kelibat itu. Jangan percaya sesiapa? Ahh apa pulak maksud yang dia cuba sampaikan. Luqman berhenti menaip. Dia terbangun saja dari pengsan tengok Iskandar dengan Kamarul berada di sisi.
“ Mereka berdua ikut aku ke?” Bisik Luqman sendiri.
"Ko pergi mana semalam?" Luqman diam. Diam bukan sebab taknak jawab soalan tu tapi dia tak tahu nak mula dari mana.
"Cuba kau cerita kat kami, benda apa yang kau nampak sampai pengsan kau kat sana." Iskandar cuba memujuk supaya Luqman membuka mulut.
"Aku sebenarnya nak tahu benda apa yang sebenarnya ganggu kita tu je. Aku taknak ahh korang ikut aku sekali tapi entah macam mana pulak aku boleh pengsan." Nak jadi hero sangat last last baru padan muka huhu.
"Hm..Aku terjaga tengok tengok kau dah takde dalam bilik. Aku kejutkan Iskandar. Cuba cari kau. Takut lah jugak kena culik dek bunian ke. Nasib kami yang jumpa kau, mau pak guard yang jumpa nahas kau." Luqman senyum. Betul jugak cakap Kamarul. Kalau pak guard yang jumpa mesti dia kena soal macam macam.
Luqman masih belum cerita dekat Iskandar dengan Kamarul tentang satu perkara lagi. Tentang pertemuan dia dan Fatin. Entah macam mana boleh terserempak. Ternyata Fatin bukanlah pelajar perempuan yang biasa.
"Apa maksud awak?" Luqman seperti terkejut.
"Awak tak beritahu mereka? Geleng pon tidak angguk pon tidak. Dia diam.
"Saya tak faham maksud awak. Awak jangan nak mengarut." Luqman cuba untuk beredar dari situ.
"Saya nampak. Semuanya." Langkah Luqman terhenti. Fatin menghampiri.
"Hijab saya terbuka. Sejak kali pertama kita berjumpa, saya rasa sesuatu yang pelik tentang awak. Awak kena segera buang benda tu. Tak guna awak simpan dia." Luqman tidak dapat memberikan jawapan. Sukar untuk dia membuat keputusan. Dia meneruskan langkah membiarkan Fatin tanpa jawapan.
"Ko oke tak ni?" Luqman tersentak. Kejadian petang tadi membuatkan dia termenung jauh. Rahsia yang selama ini di simpan telah diketahui orang luar. Tapi dia rasa Fatin bukan ancaman.
"Aku oke jelah. Dah jom pergi." Kami bertiga bergerak ke surau.
Program kami sepatutnya mendengar ceramah di surau telah ditukar ke hari lain. Kami semua diminta bergerak segera ke dewan. Semua pelajar riuh apabila dikumpulkan di dalam dewan. Setelah berbaris kami diminta duduk. Kami tengok cikgu cikgu yang lain membuat formasi bulatan seperti mengelilingi kami. Ha sudah jadah apa lagi ni. Kami semua diberi buku Yasin seorang satu. Owh baru Luqman faham. Ada bacaan yasin rupanya.
"Ustaz nak kamu semua jangan sembang ketika sedang membaca Yasin. Mudah mudahan program kita pada malam ini dapat elak segala perkara buruk yang berlaku di sekolah kita." Ustaz Samad menerangkan tujuan program ini diadakan. Semua pelajar akur. Masing masing sudah bersedia untuk membaca Yasin.
"Bismillahirrahmanirrahim.
Yaa siiin.
Wal qur'aanil Hakiym.
Innaka laminal mursaliyn.
Alaa SiraaTim mustaqiym."
Tiba tiba Luqman dapat rasakan suasana di dalam dewan sedikit berubah. Ada yang tak kena.
"Innamaaa amruhuuu idhaaa araada shay'an an yaquula lahu kun fayakuunu.
fasubHaanalladhiy biyadihii malakuutu kulli shay'iw wa ilayhi turja'uun."
Fatin perasan yang bukan sahaja mereka berada di dalam dewan ini. Terdapat jugak makhluk lain yang berkeliaran. Tapi dia belum pernah lagi melihat benda sebegini. Suara seperti merayu meminta pertolongan. Fatin cuba melihat sekali imbas. Terdapat lebih kurang 3 orang pelajar perempuan berdiri melihat ke arah dirinya. Mereka senyum. Kemudian...menjerit.
“Panasssssssss lahh banganggggg!!”
Semua pelajar kaku. Masing masing mencari suara yang menjerit itu. Luqman tengok seorang pelajar perempuan menggelupur seperti cacing kepanasan. Menjerit jerit seperti kena rasuk. Ustaz Samad bergerak ke arah pelajar perempuan tersebut. Mulut ustaz terkumat kamit membaca sesuatu kemudian hembus ke arah pelajar yang kerasukan itu. Rebah. Ustaz meminta bantuan pelajar pelajar perempuan yang lain untuk memeriksa keadaan dia.
“Aaaarrrrrrrrrhhhhhhhh!!!”
Keadaan menjadi tidak terkawal apabila pelajar perempuan yang lain pulak seperti kena rasuk. Kali ini bilangan makin bertambah. Dari seorang merebak ke seorang. Ada yang menangis. Ada yang mahu lari tinggalkan dewan ini. Tapi ustaz meminta kami semua duduk di tempat masing masing. Guru guru mengepung kami supaya kami tidak melarikan diri.
"Jangan sesiapa pon keluar dari dewan ini!! Kita kena selesaikan benda ni malam ni jugak. Semua pelajar duduk dalam bentuk bulatan. Teruskan zikir. Jangan berhenti!!" Kami mengikut arahan ustaz. Iskandar bangun apabila melihat keadaan tidak terkawal. Mustahil ustaz boleh buat seorang. Iskandar cuba membantu sedaya upaya.
"Rul, Man. Sini. Tolong aku." Iskandar memanggil. Luqman dengan Kamarul saling berpandangan. Kamarul membuat isyarat "boleh ke ni?" Cuba jelah bisik dia.
"Rul. Kau pegang tangan dia. Man pegang kaki. Ingat jangan sesekali tengok mata dia!!" Mereka berdua angguk. Luqman tak pernah tengok Iskandar tegas macam ni.
"Hey manusia!!! Apa yang bisa engkau lakukan? Hehehehe." Wanita itu tersenyum senget sebelum menggerakkan kepalanya. Kami mengikut arahan Iskandar untuk tidak memandangnya.
"Sesungguhnya, engkau iblis sekadar bisikan yang cuba menganggu manusia. Keluar lah kau dari sini selagi aku masih berlembut." Iskandar cuba berdiplomatik. Wanita itu semakin ghairah melentokkan badan menyebabkan genggaman kami terlerai.
"Hahahaha bodoh. Mari tunjukkan kemampuan engkau, manusia bodoh!!!" Luqman dan Kamarul terpelanting. Wanita itu merangkak sambil memandang tajam ke arah Iskandar yang sudah membuka gerak silat.
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu
Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba
Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau
"Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k
Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."