"Ada apa kau nak jumpa aku ni sampai tak sempat nak tunggu aku kat bilik." Iskandar datang menghampiri Luqman.
"Is. Aku tahu kau sibuk. Banyak tugas kau kena pikul. Tapi kau boleh tak tolong aku?" Luqman berharap Iskandar adalah orang yang tepat untuk meminta bantuan.
"Untuk kau apa pun boleh. Kita kan dah macam adik beradik." Luqman tersenyum.
"Kau nak aku tolong macam mana?" Sambung Iskandar lagi.
"Tolong ajarkan aku solat." Iskandar turut sama tersenyum lalu memeluk Luqman.
"Apa kau rasa sekarang." Iskandar menyoal Luqman yang baru sahaja selesai belajar solat.
"Aku rasa gembira. Aku tak tahu nak cakap macam mana kat kau tapi aku rasa tenang. Mungkin aku lama tak sujud kepada Allah. Aku tak rasa tenteram. Ada je benda yang tak kena. Resah. Gelisah. Tak tentu arah." Luqman dapat rasa air mata dia seperti membasahi pipi. Tak kesahlah air mata jantan dia mengalir di hadapan Iskandar.
"Takpelah. Syukur kau dah sedar. Tuhan sayangkan kau, Man. Dah jom gerak balik bilik. Nak senja dah ni." Mereka berdua bergerak dari surau menuju ke asrama yang tidak jauh dari situ. Mata Luqman sempat melihat Fatin yang sedang merenung ke arah dirinya dari tempat dia duduk. Fatin beralih pandangan apabila sedar Luqman melihat dia. Pelik.
"Kau nak overnight ke malam ni?" Luqman berhenti menaip. Dia memandang Kamarul yang sedang menepuk bantal.
"Ahaa. Besok cuti. Ingat nak habiskan beberapa bab. Cepat sikit siap nanti." Kamarul mengangguk. Tengok gaya dia yang macam ngantuk tahap dewa, Luqman menyambung semula menaip. Dia memandang seketika Iskandar, yang sedang khusyuk membaca Al-Quran. Rasa tenang bila mendengar ayat-ayat suci itu. Sebaik sahaja selesai membaca, Iskandar meletakkan Al-Quran di atas meja.
"Kau taknak tido lagi?" Luqman menggeleng.
"Aku nak habiskan sikit keja aku ni." Iskandar mengangguk faham.
"Kalau kau rasa ada benda ganggu kau, kejutkan aku." Luqman mengangguk. Iskandar kemudian merebahkan dirinya di atas katil. Mata Luqman kembali semula menghadap skrin laptop.
Setelah yakin Iskandar dan Kamarul dibuai mimpi, Luqman menutup laptop. Aku menghampiri Iskandar dan Kamarul. Luqman meminta maaf kerana tidak memberitahu rancangan yang bakal dia lakukan. Dia memulas tombol pintu perlahan, wajah mereka lama Luqman pandang. Dia tahu ini yang terbaik. Luqman keluar dan menutup semula pintu.
Lampu picit kecil yang dibawa Luqman suluh untuk membantu melihat kawasan yang gelap. Kebanyakkannya sudah nyenyak tidur. Luqman nekad untuk teruskan misi. Dia berdiri di hadapan blok A. Luqman akan mulakan menyiasat bangunan ni dulu seperti yang dicerita Maria. Satu per satu langkah di atur supaya tidak tergelincir ketika menaiki tangga. Luqman bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Dia suluh pada pintu. Tertulis kelas 4A4. Kelas Maria. Luqman memasuki kelas itu. Kosong. Yelaa dah malam kan siapa je nak belajar. Ketika dia berjalan, dia dapat merasakan seperti ada kelibat putih terbang laju di belakang dirinya. Segera Luqman menoleh.
"Issssss bangun bangun!!" Iskandar membuka mata. Kamarul seperti gelisah kejutkan dia dari tidur..
"Man takde dalam bilik." Iskandar tersentak. Ha sudah. Dia terus bangun meluru mencuci muka.
"Eh eh salin lah seluar dulu. Takkan ko nak pakai kain pelikat tu." Iskandar bergegas salin seluar bila sedar yang dia tido pakai kain pelikat. Lampu suluh di bawa. Jangan buat keja gila Man!! Omel Iskandar sendirian.
"He he he he he he he..." Bulu roma Luqman menegak. Yakin tu bukan halusinasi, Luqman mengikut bunyi suara tu. Bunyi itu tiba-tiba hilang. Luqman dah hilang jejak dia. Tak guna!! Luqman menuruni tangga. Dia mahu teruskan ke blok B pulak. Luqman terkejut apabila melihat kelibat budak melintasi di hadapannya. Dia tabahkan diri. Luqman ikut kelibat budak tu tanpa disedarinya. Dia bersembunyi di sebalik pokok. Budak itu berdiri di hadapan pokok besar. Mungkin ini yang dimaksudkan Maria? Luqman perhati budak itu seperti melakukan pemujaan. Mulutnya terkumat kamit. Jampi apa yang dibaca olehnya dia tak pasti dan Luqman taknak ambik tahu. Yang penting dia kena cepat pergi dari sini. Dia dapat rasa nyawa dirinya dalam bahaya. Luqman cuba berundur belakang perlahan lahan tanpa disedari oleh budak itu.
Krikkkkkkkkk...
Cantekk. Luqman terpijak dahan yang berada berhampiran pokok yang menjadi tempat dia menyorok. Budak itu memandang tepat ke arah Luqman. Dia berlari menghampiri Luqman. Melihat keadaan itu, Luqman cuba berlari sepantas yang boleh. Nasib Luqman tak baik, dia tersandung. Lutut Luqman berdarah. Dia cuba mengesot sedaya upaya asalkan dapat selamatkan diri. Budak itu tersenyum mengejek. Kurang ajar betul nasib Luqman tak baik je ni, kalau tak mesti tak dapat tangkap dirinya. Luqman menyumpah. Budak itu berubah rupa menjadi nenek kebayan. Rambutnya putih, mukanya yang hodoh dan berjalan membongkok menyeramkan Luqman. Dia lebih suka rupa budak tadi.
"Kenapa kau ganggu kami ha!!" Luqman memberanikan diri.
"He he he he he he..." Suara dia mengilai membuatkan Luqman berhenti untuk menyoal kembali. Dia yakin benda ni yang sama menganggu dirinya. Kukunya yang tajam sudah bersedia untuk mencakar Luqman. Tiada daya yang mampu Luqman lakukan selain dari memejamkan mata. Luqman berdoa supaya terselamat daripada makhluk hodoh ni.
"PERGI!!!!" Suara yang lantang itu mengejutkan Luqman. Dia membuka mata. Luqman melihat wajah nenek kebayan itu sedikit pucat. Dia berundur setapak ke belakang kemudian hilang sekelip mata. Luqman boleh menarik nafas lega. Dia cuba untuk bangun akhirnya berjaya berdiri setelah bersusah payah. Luqman menoleh ke belakang. Dia menjerit apabila melihat makhluk hitam berbulu duduk seperti mencangkung. Matanya merah saga menambahkan gerun. Luqman terus rebah. Kemudian tidak sedarkan diri yang pasti dia sempat menangkap kata kata akhirnya.
"JANGAN PERCAYA SESIAPA..."
Luqman rasa wajahnya seperti ditampar. Dia membuka mata sedikit demi sedikit. Mata Luqman terasa silau apabila disuluh cahaya. Apabila penglihatan menjadi jelas, Luqman melihat Kamarul dengan Iskandar berada di sisinya.
“Kau jangan bergerak. Iskandar, kau nampak apa-apa tak?” Kamarul mengangkat Luqman. Mulut Iskandar terkumat-kamit membaca doa.
“Cepat. Bawa dia balik bilik.” Arah Iskandar tegas. Kamarul segera menggunakan kekuatannya mengangkat Luqman tanpa menoleh ke belakang. Dia dapat mendengar dengan jelas suara wanita mengilai.
“Terus balik bilik.. Jangan pandang belakang. Aku akan datang kemudian.” Iskandar menjerit walaupun suaranya semakin sayup-sayup kedengaran.
Kamarul meneruskan langkah tanpa menoleh lagi. Dia serahkan kepercayaan kepada Iskandar. Mereka berdua sampai ke bilik. Iskandar meletakkan Luqman di atas katil. Dadanya berombak dan tercungap-cungap kerana kepenatan.
“Balik lah cepat Iskandar…” Kamarul galak semakin risau.
"Hehehe. Aku datang jauh ke mari. Siapa yang menyeru aku datang ke sini?" Kamarul terperanjat apabila melihat Luqman mengigau. Dia bercakap sendirian seolah ada makhluk lain di dalam bilik.
"Owh tuan hamba rupanya. Patik ingat siapa yang datang ke mari. Mari lah masuk." Suara Luqman berubah menjadi lunak seperti suara wanita. Kamarul semakin tertekan.
Tiada apa yang mampu Kamarul dapat bertindak selain dari melihat segala kelakuan Luqman yang mewakili 3 identiti berbeza.
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu
Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba
Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau
"Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k
Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."