"Macam mana ni ustaz?" Qistina makin bertambah agresif. Luqman sekali sekala hanya ketawa. Eh Man ni karang aku tampo jugak budak ni kot. Iskandar hilang sabar. Ustaz berfikir jalan penyelesaian.
"Kita terpaksa juga arah benda tu keluar dari badan Qistina." Iskandar angguk tanda faham. Ustaz bingkas bangun. Surah Al-Anfal ayat 17 dibacakan oleh ustaz memohon pertolongan dari Allah. Tangan ustaz diletakkan ke arah leher Qistina. Serta merta Qistina menjerit kesakitan. Gaya tangan seolah pisau yang menyembelih lembu dengan gerakan tangan naik turun. Dengan 3 kali gerakan,Qistina rebah. Luqman turut sama pengsan. Ustaz menarik nafas lega. Semuanya sudah selesai. Ustaz menyerahkan kitab lama itu kepada Iskandar."Pergi bakar kitab ni. Kalau budak budak lain yang jumpa nanti makin ramai yang sesat." Iskandar masih keliru. Isi kandungan apa yang tertulis di dalam kitab ini.
"Ni kitab apa ustaz?" Soalan itu terkeluar dari mulut Iskandar.
"Diaboli." Ustaz melihat Iskandar yang seperti keliru memberitahu maksudnya.
"Perjanjian iblis. Perjanjian bertulis di antara manusia dan iblis untuk menunaikan sesuatu hajat. Contohnya menjadikan manusia itu kaya raya,kuat,kebal,kekal muda dan menyeru roh orang yang dah mati. Sebagai pertukaran,manusia itu perlu menyerahkan korban iaitu manusia sebagai pertukaran untuk menjadikan hajat mereka tercapai." Iskandar mendengar dengan teliti. Sungguh licik iblis mempergunakan manusia dengan cara mengumpan benda seperti ini."Haa bangun pon kau. Minggu ni saja kerap sangat en ko pengsan. Kalau kau berlakon filem,mesti senang ko buat duit haha." Bantal terbang terus tepat kena ke muka Kamarul. Luqman cuba untuk bangun.
"Eh eh ko nak pergi mana?" Jangan buat hal kena rasuk lagi, dah lah Iskandar takde.
"Pergi kelas lah. Aku dah banyak kali ponteng. Ni kau pahal tak siap lagi." Sah kepala mamat ni dah tingtong."Aku tak pergi kot. Nanti ko tolong ambikkan homework untuk aku." Aku terus berbaring atas katil. Luqman mengangguk. Dia mencapai tuala dan beredar ke bilik air untuk mandi. 5 minit kemudian dia bergegas keluar sambil berkata "hari ni bukan hari sabtu ekk?" Aku terbarai gelak.
"Badan kau ada rasa sakit lagi tak?" Iskandar mulakan bicara selepas suasana tegang dari tadi dek lawak Kamarul menyebabkan si Luqman ni hampir hampir nak pergi ke kelas pada hari sabtu.
"Aku oke. Cuma ada rasa pening pening sikit masa bangun tido." Mungkin kesan daripada benda tu."Qistina macam mana?" Iskandar menoleh ke arah Luqman apabila nama Qistina disebut."Dia trauma. Sejak dari kejadian tu,dia macam meracau. Ibu bapa Qistina datang bawak dia balik ke rumah. Mungkin nak cuba berubat guna cara kampung agaknya." Luqman mengeluh. Dia masih tidak dapat terima yang Qistina sanggup menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan perhatian daripada Luqman. Disebabkan cinta Qistina yang hanya bertepuk sebelah tangan, dia tiada pilihan melainkan membiarkan bisikan syaitan mempengaruhinya sehingga pilih jalan yang salah. Itu bukan namanya cinta. Cinta tidak perlu dipaksa. Malah melihat orang yang kita sayang itu bahagia walaupun bersama orang lain,itu baru namanya cinta. Tetapi tak semua orang dapat menerima dengan hati yang terbuka. Mereka tidak percaya pada takdir. Tentang jodoh dan ajal maut itu semua perancangan tuhan. Kadang Luqman rasa seperti dia tidak dapat menerima takdir yang ditetapkan. Adakah Qistina merasakan perasaan begini?
Luqman menerima mesej daripada Fatin. Dia menanyakan tentang keadaan Luqman tempoh hari. Luqman hanya mampu menyakinkan bahawa dia semakin pulih walaupun cuma pening sikit. Luqman dan Fatin kerap mesej selepas dia berjaya pujuk Iskandar untuk memberi number telefon Fatin kepada dia. Cekgu Anita mahu Fatin menjadi penolong pengawas selepas melihat potensi Fatin yang sangat konsisten dalam melakukan tugasan. Disebabkan Iskandar seorang yang sibuk orangnya, si Fatin ni lah yang akan cover tugasan hal berkenaan pengawas ketika ketiadaan Iskandar. Segala persoalan tentang bagaimana number telefon Fatin ada pada Iskandar akhirnya terjawab jugak. Tu yang Luqman pelik sebab Iskandar ni kurang mesra alam sikit dengan golongan perempuan. Mungkin ada awek yang tinggalkan Iskandar menyebabkan si Iskandar tawar hati untuk bercinta. Eh apa dia merepek ni. Balik tentang pasal Fatin tadi. Makin lama hubungan Luqman dengan Fatin semakin rapat. Tapi dia tak tahu lah Fatin anggap Luqman ni sebagai kawan biasa atau kawan luar biasa. Entah dia ada perasaan ke tak dekat aku ni? Bisik Luqman. Nanti jelaa dia tanya. Baik dia qada kan tidur yang tertangguh tadi. Hari sabtu ni beb!!
Fatin berasa lega apabila Luqman membalas mesej yang dia sudah semakin pulih. Mungkin dia perlukan sedikit rehat. Kesian Fatin tengok dia kena hadapi semua benda sorang sorang macam ni. Sayang sungguh Qistina pada Luqman sehingga sampai dia bertindak sebegitu rupa. Adakah Fatin juga akan buat perkara yang sama untuk orang yang dia sayang? Tak. Tak mungkin. Dia tidak sanggup melihat Luqman berada dalam keadaan terseksa. Biarlah cinta itu berputik dengan keikhlasan bukan dengan cara paksaan. Tapi kalau orang itu Luqman? Ah apa dia mengarut ni. Fatin dengan Luqman hanya sekadar kawan biasa. Dia tidak boleh sukakan Luqman. Lagipun Fatin dan Luqman tidak mungkin dapat bersama. Biarlah hanya menjadi kawan biasa. Dia taknak Luqman menjadi mangsa keadaan. Nanti Luqman akan terkena tempias masalah yang dia hadap. Fatin taknak membebankan siapa-siapa lagi.
Luqman dah tido. Si Iskandar pulak dah keluar sebab nak tolong cikgu buat keja apa ntah. Kamarul bosan mereput sorang sorang dalam bilik ni. Komik naruto di campak tepi. Bosan. Selalu sangat ulang ulang baca sampai dia pun naik menyampah. Iskandar takde majalah ke? Dia bangun dari katil lalu menuju ke meja Iskandar. Rak rekaan dia sendiri penuh tersusun dengan buku buku. Kreatif mamat ni. Kamarul belek satu per satu. Tiba tiba ada sebuah buku yang menarik perhatian sebab macam dah lama sangat berdasarkan kulit buku yang sedikit tertanggal. Dia ambil buku itu untuk membunuh perasaan bosan. Kamarul mengambil masa yang lama untuk mencuba membaca tajuk buku itu disebabkan tulisannya yang bersambung sambung. Diaboli? Apa tuu?
Iskandar habiskan masa dengan membuat research tentang sesuatu perkara yang menganggu fikiran dirinya. Makmal komputer pada pagi ini tidak begitu ramai pelajar. Senang kerja dia untuk membuat research tanpa gangguan. Papan kekunci laju di taip. Terpapar pelbagai maklumat tentang perkara yang dia mahu tahu. Iskandar segera klik pada paparan yang di cari. Dia membaca satu per satu isi kandungan. Maknanya sudah lama kegiatan ini dilakukan cuma hanya segelintir sahaja masyakarat yang tahu tentang benda ini. Dia mencatat segala maklumat yang penting di dalam buku nota. Setelah selesai, dia matikan komputer. Sekarang Iskandar dah dapat jawapan tentang perkara yang bermain di dalam minda selama ini.
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu
Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba
Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau
"Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k
Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."