Share

BAB 7

Author: S.SYAZAN
last update Last Updated: 2021-09-13 20:57:24

Seminggu sekolah mereka ditutup disebabkan kes histeria yang melanda sekolah akhirnya mereka dibenarkan datang ke sesi persekolahan semula. Suasana agak suram di sekolah. Masing masing trauma dengan kejadian yang berlaku hari itu. Semua orang tidak mahu bercerita tentang apa yang mereka alami. Mungkin mahu melupakan peristiwa yang menyeramkan seumur hidup mereka.

"Hey Man.." Luqman menoleh ke belakang. Qistina? Aduhh perempuan ni nak apa lagi ni dari aku. Bisik Luqman sendiri.

"Man tunggu. Qis ada benda sikit nak cakap." Langkah Luqman terhenti.

"5 minit."Lantak kau lah nak cakap apa pon. Cukup time aku blah. Ha cakap cakap lah jerit aku di dalam hati. Suara jeritan itu hanya di dengari Luqman dalam hatinya. Qistina mula mendekat.

"Qis tahu Man masih marahkan Qis. Qis tak minta pun Man maafkan Qis sebab Qis yang salah tinggalkan Man dan ikut lelaki lain. Memang Qis yang salah. Tapi Qis nak sangat kita kawan macam dulu balik. Pleasee.." Luqman mengeluh panjang. Ada betul jugak cakap Qistina ini. Sampai bila dia nak berdendam. Exam pun dah nak dekat, daripada dia duk membenci orang saja memanjang boleh kena tekanan jiwa. Baik Luqman lupakan. Benda dah jadi dah pon. Tak rugi rasanya kalau dia berbaik semula sebagai kawan.

"Hm oke."Qis tersenyum selepas Luqman bersetuju. Dia menghulur tangannya. Tanpa berfikir panjang Luqman menyambut tangan Qistina. Luqman rasa macam.....aaahhhh mungkin perasaan dia jee kot. Luqman segera beredar dan bergerak ke kantin. Dia dah lambat. Takut tak sempat membeli makanan.

"Oiii jalan jem ke tadi. Berapa banyak trafik light ko kena tempuh nak datang kantin haa?" Kan dah cakap Kamarul mesti bising punya.

"Sorry bro. Tadi ada hal sikit." Eh mana pulak Iskandar ni. Tak keluar kelas lagi ke budak tu.

"Apa apa jelaa. Dah ko tak payah tunggu Is. Dia suruh kita makan dulu. Dia ada mesyuarat dengan geng geng pengawas. Ada letuu nak buat spocheck nanti. Baik ko simpan barang barang terlarang ko tu elok elok." Barang barang terlarang yang Kamarul maksudkan tu rokok jelah. Jangan fikir bukan bukan. Mereka ni baik kot.

"Baikk bos. Eh eh kau nak pergi mana. Tunggu jap aku baru nak makan." Bapak ahh laju gila malaun ni makan.

"Ko ni makan macam anak dara lah. Cepat sikit. Kang ustazah bising." Kamarul mula mengamuk. Luqman mampu mengangguk. 

"Nasib baik kita yang sampai dulu kalau tak dah kena membebel dengan ustazah." Mereka berdua tersenyum. Takut sangat lah Kamarul dengan ustazah. Alaaa dia kalau marah pon sekejap jaa. Luqman menoleh ke arah Fatin. Nak pergi ke tak? Nak tegur ke tak? Aahh tegur jelaa. Dia bingkas bangun. Langkah Luqman terhenti apabila dia yang datang dahulu ke meja Luqman. Dia yang Luqman maksudkan ialah Qistina. Kaki Luqman tiba-tiba menjadi kaku. Dia tak dapat melangkah ke depan.

"Nak pergi mana tu? Duduklah." Entah kenapa Luqman seperti pak turut akur akan arahan Qistina. Badan dia seolah dikawal oleh entiti lain. Luqman tak dapat kawal atas kehendak dirinya sendiri.

"Dah siap homework math?" Soal Qistina. Macam biasa, Luqman mengangguk.

"Tolong ajar Qis. Susah soalan number 5 ni." Luqman terus lupa tentang Fatin. Tumpuan dia hanya pada Qis. Luqman mula mati akal.

Habis saja kelas hari ni, dia bergegas mahu balik ke bilik. Bahu dia terasa amat sakit semacam. Dia salah tido kaa sampai badan sakit sakit macam ni. Yang penting Luqman nak cepat sampai ke bilik. Eh Fatin? Luqman terkejut.

" Hai Atinn." Luqman mengukirkan senyuman. Dia membalas senyuman itu kembali. Tetapi senyuman Fatin tidak lama. Luqman tengok muka Fatin pucat apabila memandang. Dia terus beredar meninggalkan Luqman dengan pelbagai persoalan.

"Betul ke ni?"Iskandar menutup buku yang dibacanya tadi apabila Luqman menceritakan kejadian pelik pagi tadi.

"Serius wehh. Sebenarnya dah seminggu benda ni jadi. Aku mula mula tak syak apa apa. Tapi makin lama makin pelik jadi. Dalam otak aku sekarang duk memikirkan pasal Qis jaa. Kau tak pelik?" Iskandar merenung Luqman. Lama dia diam. 

"Aarhhhhh!!" Kepala Luqman rasa seperti dicucuk objek tajam. Dia menjerit kerana tak dapat menahan kesakitan kepala. Mulut Iskandar terkumat kamit membaca sesuatu yang Luqman tak dapat dengar dengan jelas. Bunyi berdesing menganggu daya pendengaran Luqman. Dia rasa seolah ada bendalir yang keluar melalui telinga. Dia sentuh. Luqman menjadi makin tak tentu arah apabila darah mengalir melalui telinga. Dia terus tak sedarkan diri.

Di bilik Qistina...

Kelihatan muka Qistina puas. Dia dah agak yang Man nak tegur Fatin. Nasib dia sempat halang. Qistina juga dah berjaya calit minyak yang nenek tua tu bagi dekat Man. Lepas ni Man hanya nampak dirinya saja hahahaha.

"Padan muka kau. Aku pujuk cara baik kau jual mahal. Eh mana pula perempuan ni,tak balik balik lagi dari tadi. Tidur rumah bf dia lagi ke ni? Aah lantaklah. Baik aku tido lagi bagus." Qistina mula berbaring.

Di bilik Iskandar...

"Aaahhhh!! Lepaskan aku..Jahanam kau umat manusia."Luqman seolah seperti dirasuk sesuatu. Iskandar dan Kamarul berusaha memegang Luqman supaya dia tidak keluar dari asrama.

"Siapa hantar kau ha syaitan!" Iskandar memicit ibu jari kaki kanan Luqman. Benda di dalam tubuh badan Luqman menjerit kesakitan. Masih tiada jawapan.

"Aku boleh seksa kau teruk lagi dari ni. Aku ulang sekali lagi. Siapa hantar kau!!" 

"Qis......ssssss....tina"

Qistina? Iskandar dan Kamarul berpandangan. Biar betul?

Di bilik Qistina...

"Qis..Qis..Qistina. Bangun solat magrib sekali." Fatihah cuba kejutkan Qistina tapi dia masih tidak sedarkan diri.

"Qis..bangunlahh." 

"Apa?" 

"Solat magrib dulu. Karang lepas dah solat kau sambung tido balik ekk."

"Aku cuti." 

"Owh. Hehe maaf aku tak tahu. Takpelah kau sambung tido. Aku nak solat dulu."

Di bilik Iskandar...

"Kenapa dia suruh kau masuk dalam badan Luqman?" Iskandar cuba menyiasat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

"Tuan aku tak suka Luqman dekat dengan Fatin. Tugas aku supaya buatkan si Luqman sukakan Qistina aaahhhhh!!!" Iskandar terus picit lebih kuat lagi ibu jari kaki kanan Luqman.

"Macam mana nak pulihkan balik Luqman kepada asal?" Benda itu seperti tidak mahu beritahu cara untuk mengeluarkannya. Qistina kunci kepada masalah ini.

"Rul. Jum bawak dia pergi bilik Qis." 

"Ko gila ke."

Iskandar dan Kamarul bergegas keluar dari bilik bersama Luqman. Mereka terpaksa ikat tangannya supaya tidak melepaskan diri. Kalau tak nanti lagi parah.

*Kringggggggggggg

Loceng panjang dibunyikan. Aah sudah bala apa pulak kali ini.

"Semua pelajar diminta keluar dari asrama masing masing dan bergerak ke dewan sepantas mungkin."

"Is. Macam mana sekarang." Kamarul buntu. Iskandar memandang Luqman yang seperti agresif mahu melepaskan diri.

"Kita terus gerak pergi dewan." 

Sampai saja kami di dewan,semua pelajar sudah berkumpul di situ. Ustaz Samad bergegas menuju ke arah mereka.

"Kenapa ni ustaz?" 

"Qistina." 

"Kenapa dengan dia?"

"Jum ikut saya."

"Eh jap jap. Saya kena bawak Luqman sekali."

"Ni dah kenapa sampai ikat budak ni?"

"Err..Saya cerita sambil jalan lah. Dah teruk budak ni." Ustaz Samad akur. 

"Kau nak ikut aku tak?" Iskandar menyoal Kamarul yang masih lagi terkejut.

"Ko pergilah. Aku tunggu sini." Kamarul menggeleng. Iskandar dan ustaz terus bergerak sepantas mungkin.

"Qis..jangan biarkan benda tu kawal kau. Kau kena kuat."Iskandar dan ustaz tiba di bilik Qistina. Fatihah sedang cuba menenangkannya.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" Ustaz menyoal Fatihah.

"Tadi masa saya selesai baca Al-Quran terus dia terjerit jerit." Iskandar berdiri berhampiran Qistina. Rambutnya yang panjang menutupi wajahnya. Kaku tidak berganjak. Hanya matanya yang memandang ke arah satu objek. Iskandar mengambil objek yang dilihat Qistina dari tadi. Buku kecil yang kelihatan usang. Dia meneliti satu per satu. Tulisan yang sukar untuk dia membaca telah menyukarkan untuk memahaminya. Luqman menyerahkan buku kecil itu kepada ustaz. Buku bertukar tangan. Ustaz beristifar panjang. Iskandar menggaru kepala kerana tidak faham maksud ayat itu.

"Qistina telah mengambil benda yang tak patut dia ambil." Ustaz melihat Qistina masih kaku tak bergerak dari tadi.

"Maknanya betul lah penyakit misteri Luqman ni ada kena mengena dengan Qistina?" Iskandar masih tak percaya dengan apa yang jadi sekarang.

"Nampaknya begitulah kalau berdasarkan tentang apa yang kamu ceritakan tadi." Buku itu diletak tepi.

"Kamu tolong saya. Kita kena tamatkan permainan Qistina malam ni jugak." Sambung ustaz.

"Tapi macam mana?" Mereka keliru.

"Hehehehehe...hey manusia!!berambus kau. Kalau tidak nahas aku kerjakan." Suara orang tua daripada mulut Qistina telah mengejutkan Iskandar dan ustaz. Matanya merenung tajam ke arah mereka. Qistina yang duduk dari atas katil tadi berdiri menghadap mereka. Ustaz bersedia sekiranya dia mula bertindak agresif. Iskandar menjaga Luqman supaya dia tidak melarikan diri.

"Mati kauuuuu!!!" Qistina lantas mencapai gunting dari meja lalu berlari menuju ke arah ustaz.

Ustaz Samad kelihatan tenang mengelak serangan daripada Qistina. Qistina cuba sekali lagi menusuk gunting ke arah perut ustaz tetapi malang ustaz lebih pantas membatalkan serangan Qistina. Ustaz menaikkan lutut ke arah tangan Qistina yang mengenggam gunting itu. Gunting tersebut terlepas daripada genggaman Qistina. Melihat Qistina yang melatah seperti tidak tahu untuk membuat apa telah memberi ruang kepada ustaz. Tangan kiri Qistina yang kelihatan tidak bersedia dipegang ustaz lalu ustaz memusingkan tangannya ke arah belakang. Tangan kanan Qistina cuba untuk menyiku ustaz gagal apabila ustaz menepis lalu memusingkannya seperti tangan kiri tadi. Kini kedua belah tangan Qistina terkunci. Dia tidak dapat melakukan serangan. Ustaz terus menyepak belakang kaki Qistina lalu Qistina jatuh melutut.

"Lepaskan aku tak gunaaa kau."

Ustaz memulakan dengan membaca surah al-fatihah. Kemudian diikuti zikir. Qistina kelihatan lemah.

"Iskandar. Datang sini." Dia terus bergerak ke arah ustaz. Iskandar bertindak selepas diberikan arahan.

"Aaahhhh!!Sakit lahh bangang!" Qistina terus meronta-ronta kepanasan seperti melecur.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 5

    Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 4

    Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 3

    Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 2

    Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) BAB 1

    "Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k

  • TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)   (S2) PROLOG

    Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status