Share

12

"Hello?" Jimien melambai tangan ke depan muka Hira. Gadis itu dari tadi mencebik dan termenung saja sambil menongkat dagu sendiri.

"Kau tengoklah tu Mien! Handsomenya, Am nama dia. Aduh, aku rasa aku dah jatuh cinta pandang pertamalah Jimien! Omo ottokhaji? (macam mana sekarang?)" omel Hira panjang lebar sambil mengoncang lengan Jimien. Sampai naik pening kawan dibuatnya.

"Yah! Yah!" Jimien cuba menolak tangan Hira dari mengoncang lengan dia. Naik rimas jadinya, digoncang lengan sampai pening.

"Kau ni angau teruk sangat ni. Demam ke?" soal Jimien sambil meletakkan tangan ke dahi Hira. Mahu merasa sama ada panas atau tidak suhu badan rakan semejanya itu.

Hira mula mendecit kuat, lalu menolak kasar lengan Jimien.

"Aku nak ikut dia orang pergi bilik guru. Kau nak ikut tak?" tanya Hira dengan senyuman melebar. Mata pula bersinar-sin

Locked Chapter
Ituloy basahin ang aklat na ito sa APP

Kaugnay na kabanata

Pinakabagong kabanata

DMCA.com Protection Status