Share

13

"Sampai bila kita nak lari ni?" tanya Am separuh menjerit ke arah Jimien dan juga Kasyaf yang berada di kiri dan kanannya.

Kini, mereka bertiga sedang berlari laju seolah-olah didenda oleh guru.

"Kena kejar Hira sampai dia berhenti. Dia memang cepat melatah! Tambah-tambah kalau dia terkejut." jerit Jimien.

"Asal aku kena join sekali!" jerit Kasyaf pula sambil menolak-nolak bahu Am.

"Manalah aku tahu!" balas Am pula yang turut menolak tangan Kasyaf dari menolak bahunya.

Tidak semena-menanya mereka masuk ke padang dan berlari laju hanya kerana mahu memberhentikan Hira dari terus berlari.

Akhirnya, kedengaran loceng rehat bergema ke segenap ruangan sekolah mereka. Am berhenti dari terus berlari dan memandang ke belakang lalu tergolek jatuh. Penat yang dialaminya mengalahkan atlet balapan. Tercugap-cugap Am dibuatnya, habis habis baju sekolah

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status