Share

29

Author: Izzahkhai
last update Last Updated: 2021-03-25 20:53:48

"Theo!" Hazel tersenyum ke arah Theo. Theo menurunkan sedikit cermin mata hitam di pangkal hidungnya. Dia berdiri tegak daripada bersandar di kereta.

Theo tersenyum kacak. Tangannya didepa. Hazel tersenyum lebar lalu berlari menuju ke arah Theo.

Hazel berlari melintasi Theo lalu memeluk lengan Lucas. Lucas tersenyum bangga. Diangkat keningnya beberapa kali ke arah Theo.

"Hazel!" Theo menghentak kakinya. Cermin mata hitamnya dicampak ke atas jalan tar. Tangan di silang ke dada.

"Jom" ajak Lucas.

"Jom!" Lucas dan Hazel masuk ke dalam kereta yang dipandu Lucas.

"Hazel!" rengek Theo. Theo bercangkung di atas jalan tar. Hazel tergelak diikuti Lucas.

Hazel keluar semula dari kereta lalu menghulur tangannya ke arah Theo. Theo memalingkan wajahnya memandang lain. Mulutnya dimuncungkan. Merajuk!

"Woi! Cepatlah! Kau tak payah buat muka tenuk dekat situ!"

Continue to read this book for free
Scan code to download App
Locked Chapter

Latest chapter

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   74 - Last Special Chapter

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Ethan!" Hazel berlari anak menuju ke arah Ethan. Terkejut Ethan dibuatnya apabila Hazel memeluknya. Nasib sahaja tidak tertumpah air di dalam gelas ditangannya itu."Kau ini nasib tak tumpah air aku ini" kata Ethan. Hazel mendongak memandang Ethan dengan sengihan."Marah ke?" tanya Hazel ingin tahu. Ethan menunduk memandang gadis itu. Dia menjentik dahi Hazel perlahan."Tak" balas Ethan selamba. Hazel mencebik."Dah ke tepi. Aku nak minum air ini" Ethan menyuruh gadis itu melepaskan pelukan."No" balas Hazel. Dia mengetatkan pelukan. Ethan mengangkat sebelah keningnya."Hmm?" Hazel mengerdip-ngerdipkan matanya. Wajah comel ditayangkan."Kau nak apa ini? Cakap saja" ujar Ethan. Apabila Hazel sudah membuat perangai manja sebegitu, pasti ada yang gadis itu ing

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   73 - Special Chapter IV

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Dah siap belum?" tanya Hazel kepada Theo. Kelihatan lelaki itu tergesa-gesa menyumbat barangnya ke dalam bagasi."Aku dah kata ambil flight seminggu ke 2 minggu awal. Tak ada lah rushing macam ini. Ini lusa kau nak kahwin baru malam ini sibuk nak balik London" bebel Hazel. Susah betul dapat kawan bebal macam ini."Alah sayang. Aku nak enjoy saat-saat terakhir aku jadi bujang" balas Theo tanpa rasa bersalah. Bagasinya dizip lalu ditarik keluar. Hazel mengikuti langkah lelaki itu."Banyaklah kau. Ini baju pengantin kau macam mana?" tanya Hazel. Theo tergelak kecil."Nanti sampai London aku beli saja baju lain. Pilih saja lah mana-mana. Pakai sehari saja pun" Membulat mata Hazel mendengarkan kata-kata lelaki itu."Habis itu yang siang tadi kau pergi butik itu buat apa

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   72 - Special Chapter III

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"____Theo menggoyang-goyangkan kakinya yang terletak elok di atas meja kopi. Mulutnya pula mengunyah makanan ringan. Matanya tidak lari daripada memandang kaca televisyen itu.Pap!"Sakit lah gila!" marah Theo apabila kakinya menjadi mangsa pukulan menggunakan alat kawalan jauh itu."Kau buat apa dekat sini?" tanya Theo kepada Natalie yang berdiri di tepinya. Alat kawalan jauh ditangan Natalie dirampas."Aku tunggu kau 2 jam tahu tak? Kata nak fitting baju!" marah Natalie. Theo tergelak sahaja tanpa rasa bersalah."Kau yang nak pakai baju itu. Fitting lah seorang-seorang. Lagipun aku sibuk""Sibuk kepala lutut atuk kau!""Eh atuk aku itu atuk kau juga tahu" balas Theo selamba. Natalie mengetap giginya.Natalie melabuhkan duduknya di sebelah

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   71 - Special Chapter II

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"____"Nak ke tak nak?" Lucas memandang siling biliknya. Pensel ditangannya dipusing-pusingkan."Nak ke tak nak?""Nak ke tak nak?"Lucas duduk tegak semula. Kerusinya dipusingkan menghadap meja kerjanya. Kertas A4 dicapai. Dia perlu membuat lirik lagu untuk lagu barunya."Haish!"Sesungguhnya tangannya tak menulis seperti apa yang difikirnya. Saat melihat nama Bella yang ditulisnya di atas kertas tadi, terus sahaja dia mencampak pensilnya. Dia menggelengkan kepalanya."Nak ke tak nak?" tanya Lucas lagi kepada diri sendiri."Apa aku buat ini? Serupa orang gila dah" Rambutnya diserabaikan. Dia merenung A4 di hadapannya itu. Pensil dicapai semula."Nak ke tak nak?" Tanpa sedar tangan Lucas bergerak menulis di atas A4 tadi.Bell

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   70 - Special Chapter

    THE STUPIDOS"The friendship will never ends"_____"Woi! Kambing!" Tersedak Theo apabila mendengar jeritan Lucas itu."Mana kambing?" Theo bangkit berdiri. Sekelilingnya dipandang mencari haiwan itu."Kambing!""Mana kambingnya?" Theo berdiri di atas sofa. Matanya memandang sekeliling ruang tamu mencari keberadaan kambing yang dimaksudkan oleh Lucas itu."Kau kambing!""Mana? Macam mana kambing itu boleh masuk dalam rumah kita?" Theo masih mencari kambing tersebut."Kambing!" Lucas tertawa kecil melihat kebodohan Theo itu."Mana tak guna?" jerit Theo."Kau lah kambing itu!" Theo memandang Lucas tajam. Dia melompat turun dari sofa itu lalu mencapai bantal kecil dan dibaling ke arah Lucas tetapi Lucas sempat mengelak. Lucas tergelak kuat."Woi! Kau tunggu nasib kau

  • The Stupidos (Bahasa Malaysia)   69 (Ending)

    LUCAS HARVEY"Weyh tengok itu Lucas""Hensemnya""Betul itu"Lucas hanya meneruskan langkahnya ke dalam perkarangan sekolah. Banyak mata yang memandang ke arahnya. Dia sudah biasa dengan situasi itu."Lucas!"Lucas tersenyum lebar melihat gadis itu. Gadis itu berdiri bersama 3 jejaka yang lain. Dia melambai ke arah gadis itu lalu berlari anak ke arah mereka._____"Minggu depan kita akan adakan konsert dekat London. Esok kita akan fly ke sana. Tak ada apa lagi. Itu saja lah" ujar Mark sambil matanya beberapa kali melihat helaian kertas ditangannya. Takut dia tertinggal apa-apa maklumat penting.Lucas memandang Mark. Lamunannya terhenti apabila mendengar kata-kata Mark. Tiba-tiba sahaja dia teringat kisah zaman sekolahnya."Itu saja kan?" Mark mengangguk sebagai jawapan.Lucas bangkit berdiri l

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status