Share

Chapter 3

Author: Pink Rose
last update Last Updated: 2021-06-08 19:03:19

   Peperiksaan besar SPM telahpun selesai. Kesemua pelajar yang terlibat telah menjalaninya dengan selamat. Syukur tak tehingga mereka panjatkan. Gelaran 'budak sekolah' kini tak lagi sandang. Tinggal menunggu keputusan yang akan keluar beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Amani telah fokus mencari kerja parttime sebaik sahaja tamat sekolah. Pagi Amani bekerja disebuah pasar raya. Sehabis itu, sebelah malam dia terus membantu Jemmy diwarung. 

Meski banyak kali dinasihati oleh Ramona supaya jangan terlalu memaksa diri, namun gadis itu tetap melakukannya. Katanya untuk membantu dirinya mendapatkan wang.

Langkahnya terburu-buru membawa senyum lebar. Kertas keputusan ditangan digenggam erat. Sesekala mulutnya menggumam kata syukur yang tak puas-puas diucap. Dari lantai bawah, kakinya dihayun laju meniti tangga menuju tingkat tiga. Mommy mesti bangga dengan pencapaian dia. Keputusan SPM yang cukup memuaskan.

Meski disekolah dia disisihkan oleh rakan-rakan kerana dirinya adalah anak seorang pelacur, tapi itu tak membantutkan semangat Amani untuk meraih keputusan cemerlang. Puas dirinya memberi tahu bahawa Ramona bukanlah ibu kandungnya, namun kata-katanya hanya dipandang sebelah mata oleh rakan-rakannya.

Bagi mereka, perempuan lorong tetap perempuan lorong. Walau bertutup purdah sekalipun tetap kotor dihadapan mereka. Amani yang sudah lali akan cemuhan itu membiarkan saja. Asalkan mereka tidak mencederakan secara fizikal, Amani rela pekakkan telinga.

Hatinya yang sudah lama cedera sudah kebal akan kesakitan itu. 

Alhamdulillah. Walaupun tidaklah stright A, tapi keputusan yang diperolehinya cukup membuat guru-guru turut mengucap tahniah kepadanya. Amani sangat gembira.

Tangga dititi semakin tinggi, semakin hampir menuju rumah. Kaki Amani tertahan. Suara raungan itu berasal dari tingkat tiga. Tepatnya, dari rumahnya. Bergema satu flat itu akan suara rintih kesakitan seorang wanita, yang dia kenal pasti itu adalah suara,,,, Ramona.

Langkah yang tertahan lalu dihayun semula. Wajah gembira sudah hilang, kini bertukar dengan wajah tegang. Mommynya mungkin dalam kesusahan.

Maka benar tekaannya, wanita itu sedang menerima beberapa sepakan kaki diwajah serta perut oleh lelaki bernama Razi. 

"Mommy....."

Jeritnya bersama kaki yang telah berlari mendapatkan wanita itu yang mana wajahnya sudah melekap pada dinding dihempas oleh lelaki itu.

"Mommy." 

Tubuh yang sudah tidak berdaya itu dirangkul. Tubuh kecilnya cuba menampung, namun upayanya sangat terbatas. Tubuh Ramona melorot kelantai walau Amani cuba menahan.

Air mata Amani mengalir hiba sambil merangkul tubuh wanita itu yang telah berlumuran darah dibahgian wajah.

"Abang Razi, kenapa buat mommy macam ni? Apa lagi salah mommy?"

Tersenggut-senggut suaranya bertanya diantara esakan. Tubuh Ramona dipeluk erat.

"Aku nak duit aku. Kau faham tak. Aku nak duit tu besok."

Suaranya kuat menengking Amani. Tak lupa kakinya turut disepakkan ke kaki Ramona yang mana wanita itu telah dipangku oleh Amani dikaki lima.

"Perempuan sundal ni tak faham bahasa. Aku dah kata, duit RM500 tu simpan untuk aku, aku nak guna besok. Tapi dia pergi bayar sewa rumah pulak. Sial punya perempuan." Sambungnya sambil mengepal penumbuk yang lalu dihayunkan kedinding angkara amarahnya yang meluap-luap.

"Kalau abang Razi nak duit tunggu Amani dapat gaji dulu. Amani boleh bagi, tak perlu belasah mommy macam ni." 

Beritahunya.

"Bila gaji kau? Hujung bulan? Hei, budak. Aku nak guna duit tu besok. Aku dah pesan kat mak kau ni suruh simpankan 500 untuk aku. Tapi dia guna jugak."

Jari telunjuk ditunjuk geram pada Amani yang meringkuk dilantai memangku Ramona.

"Dah memang kena bayar sewa, nak buat macam mana? Kitorang mana ada duit lebih?"

Amani cuba memenangkan ibunya.

Namun malah ujarnya itu mengundang api amarah semakin marak didada Razi. Lelaki itu menghampiri Amani, tudung gadis itu direntap kasar bersama rambutnya sekali. Amani menyeringai kesakitan. Tubuhnya terpaksa bangun walau tanpa kemahuan.

Razi mengetap rahang begitu geram. Sambil mencengkam rambut berlapik tudung, wajah gadis itu didekatkan kemukanya.

"Aku nak kau cari duit untuk aku malam ni. Aku tak kira. kalau kau tak nak aku belasah mak kau ni lagi, baik kau buat apa aku suruh. Kau faham tak?"

Kata-katanya itu diucap tanpa menjarakkan gigi. Cengkaman pada rambut Amani dilepas kasar usai kata-katanya selesai. Nafas pendek Amani cuba diatur kembali. Wajahnya ketakutan semakin panik. 

Ramona kembali dihampiri. Wanita itu sudah tidak berdaya untuk bangun. 

"Kau ingat. Aku nak duit tu besok. Pukul 8 malam aku jumpa kau lagi kat kedai Jemmy. Kalau kau tak datang, aku cari kau kat sini, dan belasah kau orang dua-dua sekali."

Usai menghambur kata-kata itu, Razi segera mengangkat kaki meninggalkan kedua wanita lemah itu tanpa sikitpun rasa simpati.

Amani mengucap panjang. Wajahnya lenjun oleh air mata yang dibiar tanpa diseka. Dia sudah tidak mampu berfikir lagi. Kata-kata Razi perlu dituruti. Dia tidak mahu lelaki itu mencederakan ibunya lagi.

TBC

Continue to read this book for free
Scan code to download App
Comments (1)
goodnovel comment avatar
Hany Bell
Jahat betul bapak ayam tu
VIEW ALL COMMENTS

Latest chapter

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 21

    "Bukak la tudung tu."Kata-kata Fairuz kedengaran diruang dapur yang sunyi itu. Amani yang sedang sibuk membuat scremble egg melirik sedikit dengan wajah jengkel, sebelum matanya kembali difokuskan pada kuali.Suka hati je nak suruh bukak-bukak. Kau ingat kau siapa? Hatinya mengomel sendiri. Fairuz semakin tercabar melihat respon gadis itu mendiamkannya. Posisinya digeser semakin hampir pada Amani. Senyum senget dilorek dbibir, apabila tangannya sudah semakin berani menyentuh tudung dikepala Amani."Bukak jelah. Aku dah tengok dah pun. Apalagi nak disorok-sorok?""Tak payah lah."Terperanjat Fairuz dengan respon gadis itu kali ini. Dia menepis tangan Fairuz dengan kasar sementara matanya sudah mencerlung menjeling dirinya, sebelum mata itu kembali dihadapkan pada dapur dihadapan.Sekali lagi Fairuz menunjuk respon 'wow'. Dia langsung tak menyangka gadis itu akan berubah sikap sebegini dra

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 20

    Amani menyeret kaki membawa diri kebilik. Tidak diendah lagi rasa sakit dikaki olehnya. Hatinya terlalu terguris dengan perlakuan Fairuz padanya. Sungguh tidak patut perlakuan pemuda itu memperlakukannya begitu. Air mata telah jatuh tanpa disuruh. Amani duduk merehatkan punggung dibirai katil melayan perasaannya buat seketika.Maya dikatilnya yang telah lena dipandang sebentar. Sebelum dirinya berganjak bangun menuju bilik air. Diatas tikar sejadah dia bersimpuh melantunkan zikir serta memanjat doa. Tak lupa Alfatihah dititip buat sang ibu dialam sana. Rayunya pada Yang Esa meminta agar wanita yang telah melahirkannya itu diampunkan segala dosa semasa hayatnya. Airmatanya dibiar berlinang membasahi kain telekung dibadan. Rasa rindu mula mencekam jiwa. Rindu pada yang telah tiada, adalah rindu yang tiada penghujungnya.Amani telah hanyut dalam tangisnya. Per

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 19

    "Amani.."Mak Tom menegur dari belakang ketika gadis itu sedang ralit membasuh pinggan."Ya, Mak Tom."Hanya lehernya dipusing bagi menoleh pada Mak Tom dibelakang."Mak Tom nak balik dulu ya. Dah pukul 8 setengah ni. Ubat kencing manis mak Tom lupa pula nak bawak.""Oh. Baiklah Mak Tom. Mak Tom hati-hati ya.""Iyalah. Amani pun sudah-sudah la tu buat kerja. Kaki Amani kan masih sakit."Mak Tom melirik kebawah bagi melihat kaki Amani yang telah berbalut bandage."Dah okey dah ni Mak Tom. Lagipun Amani habiskan kerja sikit aje ni."Alasannya diberi supaya Mak Tom tidak risau."Emm, iyalah. Habis basuh pinggan ni terus naik bilik ya. Yang lain-lain tu biar besok Mak Tom uruskan.""Baik Mak Tom."Usai berpesan demikian, Mak Tom segera pamit meminta diri. Wanita pengidap kencing manis itu sudah berasa lain macam badannya kerna terlambat mengambil ubat untuk hari ini akibat terlupa membawa bek

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 18:

    "A-awak. Ba-Baby nak ma-maggi boleh?"Amani paling pandangan sektika pada Maya, apabila kedengaran gadis OKU itu berkata demi kian. Ahh, sudah. Nak maggi la pulak!Amani membuang keluh sejenak. Jam dinding dikerling sebentar. 9:30pm. Awal lagi, boleh lah dia turun bawah sekejap. Bukan apa, kalau lambat-lambat dia pun sedikit seram dirumah itu. Maklumlah, ruangannya besar-besar. Bila seorang diri, serasa seperti ada sesuatu mengintai. Terus merinding bulu romanya."Emm, baiklah. Baby nak maggi apa?"Tanyanya kemudian."Nak, ma-maggi cup. Yang, pe-perisa, ayam!""Okey. Tunggu sekejap ya. Saya turun dulu. Nanti saya bawa naik kesini."Anggukan Maya dilihatnya. Amani kemudian mencapai kain tudung lagi sekali lalu dibalut buat menutupi kepala. Segera dia menuju pintu lalu menapak keluar. Satu persatu kitchen kabinet dibuka. Dia sudah terlupa dimana dia menyimpan stok ma

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 17

    Porche milik Fairuz telah tiba dihadapan university tempat Amani menuntut. Kereta itu diperlahankan sebelum ia berhenti sepenuhnya.Fairuz melepaskan tangan dari memegang stering, dan telah memeluk tubuhnya sendiri. Pandangannya kosong dibuang kehadapan, sebelum gumamnya kedengaran."Siapa kau ni sebenarnya?"Soalan itu dilontar tanpa mengubah pandangannya. Amani tersentak dan menoleh laju kearahnya. Wajah lugu gadis itu sedang tidak faham dengan apa yang Fairuz utarakan."Er,, apa maksud Yuz?" Perlahan Amani bertanya supaya lelaki itu memberinya sedikit pencerhan.Fairuz mengerling gusar kearah Amani. Wajah garangnya kelihatan sangat tidak berpuas hati."Yuz?" Sempat Fairuz sungging senyum sinis diantara kata-katanya."Siapa yang benarkan kau panggil aku Yuz? Kau bukan family aku, jadi jangan nak pandai-pandai kau panggil aku Yuz." Ucapannya diteruskan, kasar tanpa perasaan.Amani sudah terdiam ditempatnya. W

  • Wanita Simpanan [Bahasa Malaysia]   Chapter 16

    Isnin pagi 10am.Suara telifon membingitkan telinga, serta mengusir segala mimpi-mimpi indah yang bermain-main diminda. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka meski kantuk masih bersarang dikepala.Meja kecil sebelah katil diraba tanpa membuka mata sepenuhnya. Iphone 11 yang masih bercas dicapai segera. Skrin telifon disua ke muka, memaksa gam-gam yang melekat dimata enyah dengan segera.'My Dad'Nama itu sekali lagi memunculkan diri pada skrin. Keluhnya dilepaskan. "Apa yang orang tua ni nak pagi-pagi ni?" Dia menggerutu sendirian. Mahu tak mahu, panggilan dijawap juga."Hallo ayah." Sapanya dengan suara serak akibat bangun tidur tergesa-gesa."Morning, Baby Boy. Do you just a wake? Seriously?" Balas sang ayah.Kembali Fairuz membuang keluhnya. Celik mata je dah kena bebel. Masa kat UK tak ada pun orang call pagi-pagi dan membebel macam ni."Ermm. What do you want, ayah? Yuz ngantuk ni. Kalau nak membebel

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status