Amani telah duduk berhadapan Muaz dan juga Razi dikedai Jemmy. Kepala berbungkus tudung bawal biru laut itu ditunduk terasa berat. Cuba sembunyikan wajah muram yang tak mahu dilihat oleh Razi dan juga Muaz. Walaupun Ramona berkeras melarangnya datang memenuhi tuntutan Razi untuk hadir kekedai Jemmy sepeeti yang diminta oleh Razi siang tadi, tapi demi tidak mahu lelaki itu menderanya lagi, Amani terpaksa mengabaikan kata-kata Ramona.
"Amani.."Razi membisik padanya perlahan namun ditekan.Amani mengerling sedikit, wajah sugulnya tidak sanggup diangkat.
"Senyum. Aku kata senyum."
Razi semakin menekan kata-katanya, mata dibesarkan meminta gadis itu mengangkat wajah serta tersenyum manis didepan lelaki yang bakal menjadi pelanggan pertamanya malam ini.Benarlah kata orang. Kalau sudah terlahir dilorong, maka lorong jugalah yang akan menjadi masa depannya. Keputusan SPM secemerlang mana sekalipun, tak akan dapat mengubah nasibnya. Amani sedar akan hal itu. Kubur sahaja keinginan untuk menjadi wanita berjaya. Apatah lagi mahu menjadi wanita solehah. Heh, mimpi siapa yang kau pinjam itu? Hatinya cuba menasihati diri sendiri dan meminta dirinya sedar dengan kenyataan kini.Lelaki didepan matanya yang lebih layak menjadi ayah kepadanya, justeru lelaki itu yang akan menjadi pelanggan pertamanya malam ini. Dia harus merelakan nasibnya musnah ditangan lelaki itu. Demi wang yang Razi mahukan, demi nasib diri dan ibunya, marwah yang cuba dipertahan selama ini akhirnya akan tergadai jua.
"You pasti ke Razi?"Muaz melirik gadis yang masih tak mahu mengangkat wajah itu lalu bertanya pada Razi"Pasti Tuan. Budak ni suci murni lagi Tuan. Masih tak terusik sikitpun."
Ucapnya pasti, diselingi tawa mesra yang dibuat-buat. Bagi Amani, tawa itu hanya lakonan. Bila berdepan dengan bakal pelanggan, tampang itu yang dipamer. Namun bila didepan wanita-wanita lemah sepertinya, lelaki itu akan berubah menjadi syaitan yang menakutkan serta menjijikkan.Muaz menyilang tangan didada sambil melepaskan keluh pendek. Amani kembali dipandang.
"Hei, budak. Awak pasti ke?"Soalan kali ini dituju pada Amani.Dibawah meja, kaki Razi berjalan meyepak kaki Amani, meminta gadis itu mejawap soalan Muaz. Dan sudah pasti, jawapan 'iya' yang mahu didengarinya dari mulut Amani.
Sekali lagi Amani mengerling. Dengan gugup dia cuba mengangkat wajah memandang Muaz, walaupun wajah itu langsung tak sudi dipandangnya. Namun dengan terpaksa, Amani memberi jawapan apabila kembali Razi menunjuk isyarat 'mati' dengan meleretkan jari telunjuk pada lehernya.
"Errr, bo-boleh Tuan."
Bibir gementarnya cuba menzahirkan jawapan.Muaz tersenyum kecil. Kening diangkat. Wajah nakal mula dipamer.
"Then, come with me. Don't waste my time."Meski tanpa kerelaan, lelaki yang telah mengangkat punggung itu perlu diturutnya. Langkahnya dihayun begitu berat mengekori lelaki itu menuju kereta.Razi hanya mengiringi dengan senyum sumbing melihat gadis itu turut melangkah mengekor dibelakang Muaz. Heh, dah anak pelacur tu pelacur jugak lah perginya. Nak tunjuk alim macam mana pun tetap badan jugak dijual. getusnya dalam hati.***Pagi itu, Amani tidak pergi bekerja seperti biasa. Ramona yang masih cedera dirawat luka-lukanya oleh gadis itu. Sedikit aneh, biasanya Ramona tidaklah selemah ini. Bukan tak biasa makan penyepak serta penendang lelaki bernama Razi itu. Tapi kali ini Ramona kelihatan begitu lemah selepas mendapat perlakuan itu. Amani beraggapan mungkin semalam Razi telah membelasah mommynya lebih teruk dari biasa. Sehingga kepagi ini wanita itu masih lemah untuk bangun.
Air matanya dibiar berlinang sambil menuam luka diwajah Ramona dengan kain tuala yang dibasahkan dengan air suam. Sedikit ubat-ubatan sempat dibelinya malam tadi turut diberikannya.Semalam, semasa Muaz menghantarnya pulang, sempat lelaki itu memberhentikan keretanya didepan farmasi. Dia tak menyangka, lelaki seperti Tuan Muaz itu sudi melakukan itu semata-mata memberinya masa untuk membeli ubat buat ibunya. Terimakasih Tuan Muaz. Desisnya dalam hati.
"Amani."
Suara lemah Ramona menyebut namanya. Segera Amani menghampiri wanita itu yang terbaring dikatil."Ya mommy. Mommy nak apa-apa?"Tanyanya lembut."Amani tak pergi kerja ke?" "Tak, mommy. Amani tak boleh biarkan mommy sorang-sorang dalan keadaan macam ni. Biar Amani jaga mommy hari ini."Wajah gadis itu ditatap sayu olehnya. Air mata yang ditahan tumpah jua meleleh dari hujung mata hingga jatuh ke bantal. Sedaya upaya dia mencuba menjaga kehormatan gadis ini, namun akhirnya kecundang jua. Sesal dan kesal merejam hatinya bertubi-tubi. Tangis yang hanya berupa esakan sedari tadi akhirnya bertukar menjadi raungan kuat. Tubuh gadis itu dirangkul kejap."Maafkan mommy, Amani. Maafkan mommy. Mommy tak mampu pertahankan kehormatan Amani. Mommy sudah berusaha supaya Amani tak jadi macam mommy, tapi...."Amani risau melihat wanita itu larut dalam kesedihan. Bahu wanita itu lalu dipengang, lalu dijarakkan dari badannya. Matanya menghantar renungan tepat kemata Ramona, meminta ibu angkatnya itu supaya bertenang."Mommy. Bertenang mommy. Mommy, Amani tak apa. Mommy jangan risau."
Tangisan Ramona terhenti. Wajah anaknya yang seakan tersenyum dipandang aneh."Apa maksud Amani? Amani tolong jangan cakap, yang Amani suka melakukan semua itu?" Dahinya berkerut diwajah serius menanti penjelasan Amani itu. Dia tidak rela Amani menjadi seperti dirinya. "Tak, mommy. Mommy bawa bertenang. Biar Amani bagi tahu mommy satu perkara."Pujuknya meminta wanita itu untuk bertenang. Kemudian Amani menyambung semula bicaranya.Ramona cuba menunggu penjelasan Amani dengan sabar walau hatinya sedang risau."Mommy tahu tak. Tuan Muaz itu baik. Dia tak sentuh Amani pun mommy."Semakin berkerut dahi Ramona. Apa maksud Amani sebenarnya? Dia langsung tak mengerti. Apa yang keluar dari mulut Amani kedengaran begitu mustahil baginya."Amani masih suci, mommy. Mommy jangan risau. Tuan Muaz tak melakukan apa-apa pun pada Amani."
Sambung Amani menjelaskan."Tapi, duit tu. Bukan Tuan Muaz bagi Amani duit kan? Banyak tu."
Tanya Ramona sekali lagi. Kelihatan kekeliruan diwajahnya.Amani koyak senyum kecil. Bahu mommynya dipegang sekali lagi.
"Mommy. Tuan Muaz bagi sahaja duit tu tanpa menyentuh Amani. Dia kata tak sampai hati nak sentuh Amani sebab Amani sebaya dengan anak dia. Tapi dia tetap beri Amani duit untuk dan menyuruh Amani memberi tahu yang Amani telah melayannya. Padahal duit itu diberi secara percuma olehnya."Ramona terdiam. Sukar dipercaya Kan kata-kata Amani. Tetapi dia tahu, anaknya ini tidak pandai menipu. Wajah Amani dilihat lagi sekali. gadis itu hanya tersenyum meyakin kannya. betul ke apa yang Amani katakan ini?Tetapi jika betul, kenapa Muaz melakukan itu? Atau mungkin selama ini dia silap percaturan terhadap lelaki itu? Mungkin selama ini, lelaki itu sebenarnya baik. Cuma dia hanya seorang duda kesepian yang hanya mahukan keseronokan. Jika benar begitu, hatinya sangat bersyukur dan juga berterimakasih pada Muaz kerana telah tampil sebagai penyelamat baginya dan juga Amani.
Duit yang diberi Muaz lebih dari cukup untuk sekadar membungkam mulut si Razi jika dia datang sebentar lagi. Dan dalam masa yang sama, kehormatan Amani masih kekal terjaga.Terimakasih Tuan Muaz!TBC"Bukak la tudung tu."Kata-kata Fairuz kedengaran diruang dapur yang sunyi itu. Amani yang sedang sibuk membuat scremble egg melirik sedikit dengan wajah jengkel, sebelum matanya kembali difokuskan pada kuali.Suka hati je nak suruh bukak-bukak. Kau ingat kau siapa? Hatinya mengomel sendiri. Fairuz semakin tercabar melihat respon gadis itu mendiamkannya. Posisinya digeser semakin hampir pada Amani. Senyum senget dilorek dbibir, apabila tangannya sudah semakin berani menyentuh tudung dikepala Amani."Bukak jelah. Aku dah tengok dah pun. Apalagi nak disorok-sorok?""Tak payah lah."Terperanjat Fairuz dengan respon gadis itu kali ini. Dia menepis tangan Fairuz dengan kasar sementara matanya sudah mencerlung menjeling dirinya, sebelum mata itu kembali dihadapkan pada dapur dihadapan.Sekali lagi Fairuz menunjuk respon 'wow'. Dia langsung tak menyangka gadis itu akan berubah sikap sebegini dra
Amani menyeret kaki membawa diri kebilik. Tidak diendah lagi rasa sakit dikaki olehnya. Hatinya terlalu terguris dengan perlakuan Fairuz padanya. Sungguh tidak patut perlakuan pemuda itu memperlakukannya begitu. Air mata telah jatuh tanpa disuruh. Amani duduk merehatkan punggung dibirai katil melayan perasaannya buat seketika.Maya dikatilnya yang telah lena dipandang sebentar. Sebelum dirinya berganjak bangun menuju bilik air. Diatas tikar sejadah dia bersimpuh melantunkan zikir serta memanjat doa. Tak lupa Alfatihah dititip buat sang ibu dialam sana. Rayunya pada Yang Esa meminta agar wanita yang telah melahirkannya itu diampunkan segala dosa semasa hayatnya. Airmatanya dibiar berlinang membasahi kain telekung dibadan. Rasa rindu mula mencekam jiwa. Rindu pada yang telah tiada, adalah rindu yang tiada penghujungnya.Amani telah hanyut dalam tangisnya. Per
"Amani.."Mak Tom menegur dari belakang ketika gadis itu sedang ralit membasuh pinggan."Ya, Mak Tom."Hanya lehernya dipusing bagi menoleh pada Mak Tom dibelakang."Mak Tom nak balik dulu ya. Dah pukul 8 setengah ni. Ubat kencing manis mak Tom lupa pula nak bawak.""Oh. Baiklah Mak Tom. Mak Tom hati-hati ya.""Iyalah. Amani pun sudah-sudah la tu buat kerja. Kaki Amani kan masih sakit."Mak Tom melirik kebawah bagi melihat kaki Amani yang telah berbalut bandage."Dah okey dah ni Mak Tom. Lagipun Amani habiskan kerja sikit aje ni."Alasannya diberi supaya Mak Tom tidak risau."Emm, iyalah. Habis basuh pinggan ni terus naik bilik ya. Yang lain-lain tu biar besok Mak Tom uruskan.""Baik Mak Tom."Usai berpesan demikian, Mak Tom segera pamit meminta diri. Wanita pengidap kencing manis itu sudah berasa lain macam badannya kerna terlambat mengambil ubat untuk hari ini akibat terlupa membawa bek
"A-awak. Ba-Baby nak ma-maggi boleh?"Amani paling pandangan sektika pada Maya, apabila kedengaran gadis OKU itu berkata demi kian. Ahh, sudah. Nak maggi la pulak!Amani membuang keluh sejenak. Jam dinding dikerling sebentar. 9:30pm. Awal lagi, boleh lah dia turun bawah sekejap. Bukan apa, kalau lambat-lambat dia pun sedikit seram dirumah itu. Maklumlah, ruangannya besar-besar. Bila seorang diri, serasa seperti ada sesuatu mengintai. Terus merinding bulu romanya."Emm, baiklah. Baby nak maggi apa?"Tanyanya kemudian."Nak, ma-maggi cup. Yang, pe-perisa, ayam!""Okey. Tunggu sekejap ya. Saya turun dulu. Nanti saya bawa naik kesini."Anggukan Maya dilihatnya. Amani kemudian mencapai kain tudung lagi sekali lalu dibalut buat menutupi kepala. Segera dia menuju pintu lalu menapak keluar. Satu persatu kitchen kabinet dibuka. Dia sudah terlupa dimana dia menyimpan stok ma
Porche milik Fairuz telah tiba dihadapan university tempat Amani menuntut. Kereta itu diperlahankan sebelum ia berhenti sepenuhnya.Fairuz melepaskan tangan dari memegang stering, dan telah memeluk tubuhnya sendiri. Pandangannya kosong dibuang kehadapan, sebelum gumamnya kedengaran."Siapa kau ni sebenarnya?"Soalan itu dilontar tanpa mengubah pandangannya. Amani tersentak dan menoleh laju kearahnya. Wajah lugu gadis itu sedang tidak faham dengan apa yang Fairuz utarakan."Er,, apa maksud Yuz?" Perlahan Amani bertanya supaya lelaki itu memberinya sedikit pencerhan.Fairuz mengerling gusar kearah Amani. Wajah garangnya kelihatan sangat tidak berpuas hati."Yuz?" Sempat Fairuz sungging senyum sinis diantara kata-katanya."Siapa yang benarkan kau panggil aku Yuz? Kau bukan family aku, jadi jangan nak pandai-pandai kau panggil aku Yuz." Ucapannya diteruskan, kasar tanpa perasaan.Amani sudah terdiam ditempatnya. W
Isnin pagi 10am.Suara telifon membingitkan telinga, serta mengusir segala mimpi-mimpi indah yang bermain-main diminda. Matanya terpisat-pisat cuba dibuka meski kantuk masih bersarang dikepala.Meja kecil sebelah katil diraba tanpa membuka mata sepenuhnya. Iphone 11 yang masih bercas dicapai segera. Skrin telifon disua ke muka, memaksa gam-gam yang melekat dimata enyah dengan segera.'My Dad'Nama itu sekali lagi memunculkan diri pada skrin. Keluhnya dilepaskan. "Apa yang orang tua ni nak pagi-pagi ni?" Dia menggerutu sendirian. Mahu tak mahu, panggilan dijawap juga."Hallo ayah." Sapanya dengan suara serak akibat bangun tidur tergesa-gesa."Morning, Baby Boy. Do you just a wake? Seriously?" Balas sang ayah.Kembali Fairuz membuang keluhnya. Celik mata je dah kena bebel. Masa kat UK tak ada pun orang call pagi-pagi dan membebel macam ni."Ermm. What do you want, ayah? Yuz ngantuk ni. Kalau nak membebel