Share

BAB 2

Helena bergegas keluar dari perut kereta milik Pak Seman bila keretanya terparking elok di tempat yang sepatutnya. 

"Helena... " Mak Limah memanggil nama Helena. 

"Sudah lah tu, dinda. Biarkan saja dia pergi berjumpa dengan Harun." Tutur Pak Seman. 

"Tapi kanda... Dinda risau lah kalau Helena tidak dapat mengawal emosinya bila melihat Harun. Kanda tahu kan Harun..." Pak Seman segera meletakkan jari telunjuknya ke bibir Mak Limah. 

"Shush... Kita doakan yang baik-baik saja untuk Harun ye, Dinda." Mak Limah mengeluh perlahan sebelum mengangguk kan kepalanya. 

"Mari, Dinda kita menyusul Helena bertemu dengan Harun." 

Pak Seman menghulurkan tangan kanannya ke arah Mak Limah. Mak Limah yang melihat perbuatan suaminya itu perlahan-lahan mengukirkan senyuman kecil. 

"Hish, apa lah Kanda ni. Malu lah Dinda." Mak Limah segera meyambut huluran tangan Pak Seman. 

Malu tapi mahu! Itu lah perempuan.

Pak Seman mengenggam erat tangan Mak Limah seperti tidak mahu melepaskan tangan Mak Limah walaupun untuk seketika.

******

"Assalamualaikum, nurse." Sapa Helena dengan nada tercungap-cungap.

"Waalaikumussalam, ye cik?" Soal nurse tersebut. 

"Boleh saya tahu, wad Harun bin Mat dekat mana ye?" Ucap Helena gelisah. 

"Apa hubungan cik dengan pesakit ye?" Nurse menyoal kembali Helena.

"Saya anak dia." Tutur Helena dengan satu nafas.

"Ooo... Bagi saya cek sekejap ye cik." Helena menganggukkan saja kepalanya tanda mengiyakan.

"Encik Harun ditempatkan di wad 101-10. Cik boleh jalan lurus. Then nanti cik nampak lift lepastu cik boleh tekan butang lift tu terus ke tingkat 5 ye." 

"Nanti keluar saja daripada lift cik jumpa kaunter, cik boleh inform balik nama pesakit yang cik nak jumpa tu dekat nurse yang jaga kaunter tersebut." Sambung nurse itu sambil tersenyum manis.

"Okay. Terima kasih nurse." Tutur Helena sambil mengukirkan senyuman manis.

'Jalan terus nampak lift then naik tingkat 5 jumpa nurse, okay aku ingat.' Omel Helena sendirian. 

Sambil mengulang-ulang ayat tersebut tanpa sengaja Helena terlanggar bahu seseorang. 

"Allahuakbar..." Terjerit kecil Helena. 

"Ya Allah. Maaf-maaf. Saya tak sengaja." 

Helena kelam kabut mengeluarkan sapu tangan daripada beg sandang yang dipakainya. 

"Takpe-takpe. Sikit je ni,cik." 

Tutur lelaki itu sebelum kembali mengibaskan-gibaskan bajunya yang terkena air sejuk itu menggunakan tangan kanannya. Tangan kirinya pula memegang cawan kaca yang dibawanya sebentar tadi.

Helena segera menghampiri lelaki tersebut sebelum membantu mengelap baju lelaki tu. 

Lelaki itu tersentak dengan perbuatan Helena sebelum berundur setapak ke belakang. " Err... Maaf cik."

"Ehh... Kenapa ni?" Helena menyoal kembali.

"Erm... Sebenarnya saya tidak bersentuhan dengan berlainan jantina ni. Maaf kan saya." Tutur lelaki tersebut dalam keadaan sebersalah.

Lelaki tersebut melekapkan tangan kanannya ke dada kiri sebelum menundukkan sedikit kepalanya. 

"Ooo yeke... Ya Allah maafkan khilaf saya Encik. Takpe-takpe, patutnya saya yang mintak maaf dekat Encik atas perbuatan saya yang tak senonoh sebentar tadi . Maafkan saya ye, Encik." 

Helena juga turut melakukan gaya yang sama seperti lelaki tersebut lakukan dua minit yang lepas sebagai tanda permohonan maafnya. 

Helena mengerling sekilas jarum jam yang berada di pergelangan tangan kanannya. 

"Bye the way, Nah Encik anggap saja sapu tangan ni sebagai tanda minta maaf saya. Saya minta diri dulu. Saya dah lambat ni.Assalamualaikum." Helena meletakkan sapu tangannya ke pergelangan tangan kiri lelaki tersebut sebelum bergegas pergi daripada tempat itu. 

"Tapi cik, ni... " Lelaki itu menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak dapat menghabiskan ucapannya apabila kelibat tubuh Helena hilang daripada pandangan matanya.

Dia membelek-belek sapu tangan yang berada di genggaman tangannya sebelum perlahan-lahan mengukirkan senyuman kecil. Ada satu tanda nama yang menarik perhatiannya. Nama 'Helena' yang di sulam dengan benang berwarna emas mampu mencuri perhatiannya untuk seketika. 

'Ehem... Waalaikumussalam, Cik Helena. Hope we can till meet again.' Monolog lelaki itu seketika sebelum melangkah pergi daripada tempat pertemuan mereka tadi.

******

Helena bergerak keluar daripada perut lift dengan langkah besar menuju ke kaunter yang dikatakan oleh nurse tadi.

"Assalamualaikum, cik. Nak tanya mana satu ye arah jalan menuju ke wad 101-10?" 

"Cik, boleh amik laluan kanan. Lepas tu akan ada beberapa buah deretan bilik. Lepas bilik yang ketiga tu cik amik laluan kiri dan biliknya sebelah kanan ye." Terang nurse tersebut. 

"Terima kasih, nurse."

Helena mengorak langkah besar. Dia tidak sabar untuk bertemu dengan ayahnya tika ini. 

"Helena... sebentar." Laung seseorang daripada arah lift. 

Helena menolehkan kepalanya ke arah suara yang memanggil dirinya. 

"Alhamdulillah, sempat juga kami berdua mengejar langkah kamu ni, helena. Cepat sungguh kamu jalan dah macam masuk acara larian berjalan 100 meter saja." Ucap Pak Seman. 

Helena yang mendengarkan hal itu hanya tersenyum kerang busuk saja. 

"Dah-dah kanda, jangan nak mulakan aksi berleter awak tu. Marilah, kita bawa si Helena ni ke bilik bapanya." Mak Limah mencubit perlahan perut boroi suaminya itu. 

"Auch." Mendesir perlahan Pak Seman selepas menerima 'hadiah istimewa' daripada isterinya itu. 

'Dah tua-tua pon still boleh tahan lagi ye ketamnya tu. Haish ingat makin tua ni, dah makin perlahan fungsinya. Rupanya makin kuat adalah...' Kutuk Pak Seman dalam hatinya. Kang nanti kalau dia cakap kuat-kuat, naya hidupnya sekejap lagi. 

Mereka bertiga berjalan menuju ke wad yang menempatkan Harun.

Debaran kian terasa saat kakinya menghampiri bilik itu. Bagaikan ada sesuatu yang tidak enak bakal berlaku.

Perasaan Helena saat ini bagaikan ingin meletup sahaja. Sejak daripada tadi jantungnya berdegup kencang sehinggakan hampir sahaja buat diri Helena terasa mahu pitam. Dia panik!

Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa kuatnya jantung sedang bekerja keras bagi mengepam darah untuk dialihkan ke seluruh tubuh.

Saat sampai di hadapan ruangan bilik  101-10, kaki Helena automatik menjadi kaku. Dia takut saat ini. Takut apa yang berlegar di fikirannya sekarang ni menjadi nyata. 

"Mari Helena. Ayah kamu mesti dah tertunggu-tunggu kedatangan kita saat ini." Tutur Pak Seman perlahan saat melihat tubuh Helena kaku serta merta. 

"Takut..." 

" Jangan takut, sayang. Kami berdua ada dengan kamu." Giliran Mak Limah pula memujuk Helena. 

Pak Seman mengangguk kan kepalanya tanda menyetujui kata-kata isterinya sebentar tadi. 

Mak Limah mengenggam erat tangan Helena bagi menyalurkan kekuatannya walaupun sedikit. " Mari, Nak..."

Daun pintu ditolak oleh Pak Seman...

"Assalamualaikum, Harun." 

"Allahuakbar..." 

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status